Jul 9, 2010

good news...

hey! hey!

jangan panik!

The pessimist sees difficulty in every opportunity.
The optimist sees the opportunity in every difficulty.

kena tengok...
sapa dah buat profit...boleh withdraw!
sapa belum...pls wait!
good time to save & invest...
dollar cost averaging baiii!!!

tips:
  • jangan membazir (barang konfem naik harga)
  • simpan duit kat FD/ASB/Tabung Haji or any tools/fund yg offer dividend.
  • nak invest...kalu tak berani, jgn main lump-sum. buat DCA (dollar cost avrg).
  • insured yourself (medical cost akan naik double dr harga barang)
  • ada duit lebih? beli la hartanah. auction biasa melambak2 tem recession.
  • ada lagi sajesyen? boleh tambah di sini...

daun, pls advise me kaunter mana paling potensi nanti yer?
tq
__________________________________________________

Bersedia tempias gelombang kedua

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ingatan sudah wujud tanda-tanda gelombang kedua kemelesetan ekonomi di Eropah dan Malaysia mungkin turut menerima kesannya apabila ia berlaku.

Beliau memberitahu, tanda-tanda itu sudah dapat dilihat ketika kunjungannya ke Britain baru-baru ini.

"Saya baru balik dari England dan nampak ada tanda-tanda kemelesetan ekonomi gelombang kedua berlaku di sana. Kalau berlaku di Eropah, kita mungkin akan turut menerima tempiasnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara Koperasi Atlet Malaysia Berhad dan IRIS Corporation Berhad di sini hari ini.

Perjanjian itu bagi membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama mengusahakan 40 hektar tanah di Perak dengan projek tanaman tembikai emas.

Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi IRIS Corporation Bhd., Tan Sri Razali Ismail dan Presiden Koperasi Atlet, Datuk Mumtaz Jaafar

Ditanya adakah inisiatif kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Oktober ini mampu melindungi ekonomi negara, beliau menjelaskan:

"Kerajaan sedang berusaha tetapi ia bergantung kepada sektor lain iaitu sektor dalaman dan luaran."

Najib sebelum ini turut meminta rakyat supaya bersedia menghadapi kemungkinan berlaku kelembapan ekonomi pada separuh kedua tahun ini yang dilihat boleh mendatangkan risiko kepada sasaran pertumbuhan ekonomi negara.

35 comments:

  1. sepic less wos? kelu lidah ekkkk?

    ReplyDelete
  2. lecturer marketing aku pun cakap mcm tu, dalam difficulty tu ada opportunity..

    aku beli rumah time recession..murahhh ooo

    errr kalau bank CT tu tutup lagi bagus sebab depa tak dapt cari aku..ha ha ha...

    bayangkan eh... orang kalut selesema vami tapi tokey yang buat mask untung ooo..sebab semua orang mau pakai mask...

    eh eh terkeluar topic pulak...

    ReplyDelete
  3. Kalau ada kaunter yg bagus tu bagi taulah.

    ReplyDelete
  4. net
    aku harap bank rimau yg tutup. kahkahkahhh. sbb aku ada masaklah dgn mereka


    zonaku
    haa...haaa.. tak tauuu


    yb
    kita tanya daun bang. dia terall...

    ReplyDelete
  5. gelombang pertama pun masih terasa nak datang gelombang kedua pula? mau kelepet kali nih :P

    ReplyDelete
  6. tak sempat exercise ESOS lagi ni. in progress...tangguh dulu la recession tu!

    good info btw

    ReplyDelete
  7. ko jangan la gitu, yb tu lagi terall

    ReplyDelete
  8. camne ni???!! aku ni nk ada duit lebih RM100 sebulan pon payah Jah :(

    ReplyDelete
  9. juliet
    tu la. cepat na plak kali ni kan? jom koleboret jual "ayam" nak?


    hide
    caner nak tangguh tu ek? sapa yg blm kawen tu bleh la ejas time. siann. hehe


    daun
    yb nak beli saham kerang tu. baper seunit eh?


    ai
    senang nok. sari ko try sorok rm10 pastu kena buat2 lupa. misti boleh punya. aku dah try

    ReplyDelete
  10. aku pong xsuka bank rimau!!!
    hahahahah

    ReplyDelete
  11. aku benci segala gelombang2 ni tau... tunggu gelombang ke 14 lah br nk beli umah sebijik lagi... ha ha.

    harus la tak dan tu kan....



    .

    ReplyDelete
  12. kak tij,

    gaya ko cakap macam unit trust consultant je..



    haha.

    ReplyDelete
  13. momguess
    nak tukar atm kad yg cip eh dah pocah pun amek maso. cett...


    tm
    biasa sekali gelombang 10 taun. so 14 x 10 = ?
    idop lagi ke ko temtu nyah? kikiki


    gadiscomel
    bukan setakat unit trust, insurans boleh, konseler umahtangga boleh, perisik upahan boleh. pendekkata sebeboleh lah. hahaha

    ReplyDelete
  14. Aku dah dekat nak beli umah ni.

    Tapi, aku takut aku yang hanyut dalam gelombang ke-2 tu sampai tak leh bayar...

    advise skit...

    ReplyDelete
  15. Wehhh gud news pekenama lagu nih, haippp *pi bele tabung ayam bessarrrr*

    ReplyDelete
  16. Alamak tjah!
    salah bercaturan lah..dah terbeli kete baru pulak..klu tau pakai je kete antikku ittew...

    tak lena tidolah cam nie..

    ReplyDelete
  17. ishh..takutnya dengar..
    dah le aku takde harta $$$
    harap rumah ngan kete je..

    tapi harta paling berharga anak2lah...


    * sib baik le kwsp tulun simpankan utk aku..dapat gak le aku invest dlm tu.. sib baik le ada untung...

    ReplyDelete
  18. sari $10?! hhrrmmmm
    - aku blanje mkn kt opis ni paling byk pon $5... :( mati kebulur le aku anak branak jah oi! HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    ReplyDelete
  19. nak sorok skit cash dalam tin milo, tanam kat belakang dapur rumah bapak aku... time meleset sok kasi korek

    ReplyDelete
  20. tumpang lalu: daun
    bagi lah tips sikit. Jgn kedekut ilmu hehehe

    ReplyDelete
  21. alamak.. kalo meleset lagi, alamatnya makin gelap la masa depan nak pegi phd kat oversea.
    pegi over the sea je la...USM.huhu

    ReplyDelete
  22. Adoiii.... Tempiasnya akan kena kat mak akak lagi ni... Harap2 tak berulang la peristiwa tahun lepas... Sian omak den nnt.... huhuhu...

    p/s: Kena kurangkan makan dr skang... uhukk...

    ReplyDelete
  23. Salam Tijah.....

    Tsunami k`melesetan ekonomi dtg m`landa lagi.

    Aisehhhhh, sediakan payung cepat, hujan sudah mau turun.

    :)

    ReplyDelete
  24. tumpang lalu: yb,
    jangan la gitu, yb kan cikgu daun

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. nizam
    isk jangan. seblm beli surveyla bank rate kaw2 terlebih dulu. nanti share info eh?


    D.R.
    aku kena cr blk tabung haji yg kaler ijau dapat tem bukak akaun dulu tu. mana tah aku letak. rasa dlm masih ada 10 hengget. huhuhu


    putu
    buleh la start ikat belanja benda2 tak perlu dr skrg. heheh. eh..sspn anak dah bukak?


    ai
    bolehhh nok. kena usaha kuat sket ler. hehehe


    kog
    pastu jgn lupa pacak tulis situ. "tiada duit di sini" huhuhu


    yb
    nak ilmu ko kena jumpa dia bang...


    isabelle
    hahaha. a'ah. seberang laut gak tu kan?


    k.azz
    buleh la tanam padi sindri topi umah tu...


    zyma
    skrg keadaan x bleh nak jangka kan?


    daun
    yb tu mmg. dia tu biz minded tu. saja jer nak merendah diri tu...

    ReplyDelete
  27. Salam perkenalan dari Hanee.

    Sememangnya harga barangan sekarang sudah meningkat. Kalau nak ke supermarket, kena sediakan RM 2 kali ganda dari dulu. Sesak nafas dibuatnya.

    ReplyDelete
  28. hanee
    yer. 50 kalu dah terpecah sekejappp jer habis


    al
    hahahaa. apa2 pun ramai langgan kaunter tu bang

    ReplyDelete
  29. Petanda awal tak akan dapat bonus lagi tahun ni...

    ReplyDelete
  30. cklah
    hehhee. claim kat pak zahan la jawabnyerrr....

    ReplyDelete
  31. alamak! so secary, dah la i dah tak keje... huhu! sib baik WKS buruk tu dah habis byr, kalu tak, botak nizam mikirkan hutang tetiap bulan...

    ReplyDelete
  32. ayu
    kalu nak beli keta sila jgn beli skrg yer sbb rate tgh tinggi. asal bole gerak sudeh. hehehe

    ReplyDelete

superjo...
supermen...
sudah baco...
harap komen...