Dec 5, 2011

yang tak suka pulak...

rentetan cerita pasal pisau semalam kan...
macam best pulak.
tak sangka ada jugak rupanya yang punya tebiat macam saya.
beli dan beli dan beli pisau saja kerojenye.
gimmifaif.

kali ni saya nak list benda yang saya tak suka pulak lah.
mana tau ada sapa2 yang pe'el sama boleh kita geng.
pikir jap...

ok.
  • tak suka pink.
  • tak suka kumpul souvenir dari rumah orang kahwin yang bagi selain makanan. kalau orang bagi jugak saya ambik then bagi mak saya. dia cukup suuuuukaaaaaaa buat koleksi. (beliau masih simpan bunga pahar kahwin saya yang dah 10 taun tu. ewwww...)
  • tak suka bunga2 & perhiasan kecik2 dalam rumah.
  • tak suka carpet.
  • tak suka bela binatang peliharaan. (tapi saya tak benci haiwan)
  • tak suka channel sukan. (ok. mungkin cuma suka acara renang saja. hiks)
  • tak suka pegi sale. penah pegi sale crocs beratur panjang macam mintak bantuan makanan. itu last ah!
  • tak suka makan masakan sendiri. kalau masak lebih, hantar rumah mak then saya makan apa yang dia masak pulak.
  • tak suka simpan banyak barang dalam rumah. pinggan mangkuk lama, baju2 lama semua dah di distribute ke tempat yang sepatutnya.
  • tak suka membebel. tak pecaya tanya suami saya. kan bang kan? (paksa dia angguk)
  • tak suka jugak dengar orang membebel.
ok nanti fikir lagi...

btw...
tak sanggup menahan gelora.
satu persatu kedai ku cari jua.
santoku ceramic knife.
giant senawang.
harga 30++.
murah 1/2 price dari yang dijual secara online.

review?
sangat sangat sangat memuaskan!
pisau lain sila duduk diam2 dalam lemari.

apa lagi bang?
belikan la untuk wife korang.
alaaa...
rokok sehari 3 kotak bleh...
apadahal kan?

note :
dah siap2 slice apple, kundang (kak mus bagi), mangga, timun & sengkuang. asben balik kang mau bikin rojak buah sebagai upah agar beliau tak marah saya beli pisau lagi. lebiu bang. hehe!

38 comments:

  1. part sale tu sgt geng!
    aku xsuka ramai2....mau beli jua kalu simpan duit pehtu poiela boli time xramai org hikhikhik*dah haku gelak cam ko plak haa *

    ReplyDelete
  2. kita boleh serumahlah tijah, gimi five: )

    ReplyDelete
  3. alaa kak tijah. nanti wedding saya nak ajak kak tijah datang tapi kak tijah tak suka doorgift perhiasan. so how?? takkan nak bungkus makanan plak nanti orang lain jeles. hehe.

    btw, teruja nak beli pisau seramik macam kak tijah.

    ReplyDelete
  4. GILA nak marah bini beli pisau?? ada yang putus urat merih kang

    ReplyDelete
  5. mimi
    aku suka shopping relax2 slow2 tanak rebut2. semlm pegi jusco diorang buat happy hour apa ntah berebut2 org pegi selongkar bekas tu. dah macam sukaneka aku tengok. hahaah


    cik ina
    wiiiii best. saya potong2, cik ina masak ehhhhh?


    atiqah
    akak bawak mangkuk tingkat siap2 bleh? senyap2 masuk dapo tapau. ahahaha


    hatim
    sebab tu beli dulu baru bagitau. nak marah pun tak boleh sbb bini comel. ehh!

    ReplyDelete
  6. Hahaha!

    Yang pertama je x geng.Yang lain semua "in".

    Hoh!Nmpknya aku pernah tertipu beli pisau seramik tu rege sampai 80 hengget rupanya ada lagik yg murah.Pisau seramik mmg best cuma aku punya mak buat ketuk tulang ayam terus pendek jangka hayat.Padahal apek tu dah pesan jgn guna dekat tulang ayam.Aduhai!Omak den.Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  7. Pinggan2 lamo tu mahal dah hargo ehh skang ni Jah.. Piring ehh yoo sobijik dah cocah 30 hengget...

    Lopeh ni nak kigho ado boghapo bijik pinggan2 lamo kek ghumah tu.. kihh3..

    Dulang tombago tu lagi mahal kott.. hahaha...

    ReplyDelete
  8. syafinaz
    kalau google mmg online diorg jual lebih kurang mcm tu. 65++. ada gak sampai 80. mark up lebih kot tu since kedai pun blm banyak jual lagi.


    k.azz
    pinggan mangkuk kopitiam tu mmg sey tak ponah ado kak. kok ado mmg sey simpan sbb tu klasik. yang sey distribute brand arcoroc yo. pesen lamo2 yg kusam yo maghin. kok tak bagi kek org susah plak nak boli baru sok. heheeh

    ReplyDelete
  9. kak jah,

    yg part souvenir kawin and bela binatang tu mmg gimmefive lah..

    bab makan tu, apa yg saya masak saya suka makan, kalau tak mcmano lak den boleh membesar bagai johan ye dakk?kehkehkeh

    saya suka pegi sale tapi sale tempat mahal sebab tak sesak sgt, kehkehkeh, pegi jek la tempat sale, duitnya takdo den nia...

    ReplyDelete
  10. sgt seswai bwk g rewang.
    kupeh halio.

    ReplyDelete
  11. tak suko poi shopping maso orang tongah ramai gak. Lomeh dan rimeh...
    tak suko gak boli pisau haha..

    ReplyDelete
  12. Agak eh kalau taim kenduri kek ghumah kau, glemer ni Jah. Akak gerenti makcik2 rewang akan kagum amek kek koleksi pisau tu. Boleh buek bisnes kutu ni.
    Akak pun tak gomar gi sale esp weekend. Nak mombayar pun sojam boghatur, baik tak yah.

    ReplyDelete
  13. Ishish... Dapat gak apa yang diidam...

    Tahniah kak. Happy for you. Hahahaha

    ReplyDelete
  14. haaa! julung² kali aku pegi factory outlet sale, aku rasa nak tikam semorang yang potong line-tolak²-dan menyerbu ke barang macam orang gila tu

    takpe la bayor full price (atau tak beli langsung) dari kena darah tinggi

    ReplyDelete
  15. tak suka pink gak!

    tp baju kurung kaler pink ada cukup seminggu boleh pakai! mak yg belikan

    ReplyDelete
  16. tak suka pink.
    tapi pink suka aku.
    sbb tu aku ada beberapa lai baju dan tudung pink.

    eh..
    banyak la persamaan..
    tadi aku dah taip satu-satu..
    aku nak tekan publish tertekan preview lepas tu lajuuu jer aku tekan 'x'.
    tak kuhaser dah nak taip balik.

    bagi je la satu kat aku borang membership kelab tijahlawa!

    aku nak daftar.

    ReplyDelete
  17. kundang? sodap eh lak aii tapi tkleh mkn bebyk. gigi ngilu.

    part sales tu mmg samo. tk goma sosak2. duit pun kan eh ado bona. hehe

    ReplyDelete
  18. cik tijah!
    hati-hati woo..
    tercucuk perut sendiri kang di kala memandu..
    bahaya tu..

    ReplyDelete
  19. Rasa ganjil pulak bila tiba2 ko bahasakan diri "saya" hehehe

    ReplyDelete
  20. Tak suka masak? Habislah harapan aku nak merasa ayam rosemary ko tu .... huhuhu

    ReplyDelete
  21. kak Tijah...

    boleh tak aku kirim tlg belikan pisau tu seketul kak? Macam best aje dia punya penangan...

    boleh tak??
    seriyes nih!


    :!

    ReplyDelete
  22. 1. Aku pun tak suka sesak-sesak nak rebut-rebut sales. kalau aku pergi sorang2, aku sanggup terjah...

    2. Tak suka orang pompuan bising-bising... aku boleh nanges, takut.

    3. tak suka buang sampah...

    ReplyDelete
  23. mim
    ye la. ko masak ko mmg kena makan sbb sana ko takleh tukar2 pinggan ngan sedara mara. hikhik. jeles tak? jeles tak?


    kngah
    xleh do. kang org lain nak try pinjam. ghusak la mato eh. sayang tu.


    kpah
    kan? nak2 dokek2 nak bukak sekolah ni. merombik kek pasarayo org bawak anak siap test2 baju bukak2 seluar moh kek situ. mano tak sompit.


    k.aidah
    osah eh kak. bukan takat payah nak bayar. nak keluar parking pun beratur panjang kekadang. ado tu plak lupo bayar parking dah palang tu tak naik dah jem kek situ. bongih amek la.


    miey
    sendiri idam, sendiri pegi cari. hahaha


    kog
    sale ni konfem barang stok tak berapa nak best kan? ada defect sana sini. suasana sesak dlm tu yg buat kita sakit hati.


    kehelan
    gimmefaif. saya pun ada bbrp barang pink org kasik. tapi saya dah kasik orang lain. hehe

    ReplyDelete
  24. wos
    aku tauuuu tu. ko pakai ping masa kes durian aritu kan? takpe wos. org kalu berwajah feminin lawa la pink. aku tak sesuai. nak form? boleh. nanti aku datang jumpa ko eh.


    mk
    kundang sey pun takleh makan byk. sakit tokak sbb gotah eh byk. tapi kok dah besalut mo kuah rojak tu kan wiiiiii ai. bebaloi kok sakit tokak pun.


    cik aletheea
    eh tak. gambar diambil ketika parking. tak nyenyabar nak tunjuk smorang kan. hahaah


    yb
    tak suka makan masakan sendiri la bang. masak tetap la suka kalau ada org sudi nak makan. haha

    jaja
    boleh. nati aku tgk kat giant ada lagi tak eh. siriyeske nih? email la nanti hp ko.


    aku
    aku kalau org bising2 suara macam petir baru aku rasa nak nanges. lepas tu aku buat dia nanges plak.

    ReplyDelete
  25. Huh? Ko memang ganas, macam phoenix boleh bangun semula selepas jadi abu. Oh ya, ko ada banyak pisau... berani la... hahaha

    ReplyDelete
  26. tabiat kita sama.
    kecuali satu.
    aku suka channel sukan...


    .

    ReplyDelete
  27. siriyes..mmg siriyes! kat BP ni tatau nak cari kat mana...(aku yg malas carik pon iye jgk..haha)

    ahh..aku jarang plk bkk emel. ni no nye...0177187002

    ReplyDelete
  28. haha, kebanyakan nya yg tak suka tu, fifi turut tak suka....

    ReplyDelete
  29. pisau tu lut tak buat kikis tunggul janggut?

    ReplyDelete
  30. saya tak suka tempat sesak. so kalau sale yang menyebabkan org bersesak. kompem aku tak pergi.

    best tak pisau tu? kalau best aku pun nak beli jugak

    ReplyDelete
  31. aku
    aku lagi berani kalau ada pisau lapah daging yang bawah tu. berat wooooo tu...


    tm
    sama la tuuu. aku pun suka sukan jugak walaupun 1 acara saja yaitu renang lelaki. hahhaa


    jaja
    ok nati aku pegi tengok balik ada stok lagi tak eh. kat online ada jual tapi cam mahal sket aku tengok


    fifiey
    wah uniknya nama. :D. bleh la kita geng nih...


    uncle
    ammaaaaa. sukenyeee. tengs sudi datang blog saya uncle. errr...pisau tu rasanya buat cukur licin pun boleh tu. :D


    ady
    pisau tu best tapi fragile sikit. xleh potong tulang. potong lain2 takpe. tok mudim pasti suka sbb kerja menjadi sgt lancar.

    ReplyDelete
  32. putu
    takleh. semua aku sayang. hahaha tamak.

    ReplyDelete
  33. Dulu mas belajar,saya ada kawan yang suka sangat kumpul pisau potong kertas..kawan sebilik..hmm..macam2 jenis..besar kechik pendek panjang semua la..

    ReplyDelete
  34. saya suka pink

    saya juga ada koleksi door gift kawein (selected friends only - including yours)....

    tak boleh gimme faif...

    tak boleh geng....

    dah tak geng, dah boleh buang door gift.... hahahaha...

    ReplyDelete
  35. alin
    pisau bunyi zig zag tu eh? dulu saya kumpul gak pisau tu. best kan? ada macam2 kaler lagi.


    zt
    aiyoooo. awak simpan lagi doorgift kita? kita pun takde simpan. dah lama sangat dah buruk. hehehe.

    ReplyDelete
  36. Bunga telur tak simpan.

    Tapi kan ada juga Pn. Tijah bagi kpd selected friends gelas kecik balut dgn kain net tu? ingat tak? ingat tak?

    haha...yg itula i simpan pun ...
    coz i thot only "special friend" je yg dapat.... huhuhu...

    i thot i was special....hahaha

    sedey!

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

superjo...
supermen...
sudah baco...
harap komen...