dengar lagu ni....kena betul batang idung gua.
(dush)
teringat pulak zaman muda2 dulu.
gua dulu...sekali kapel 2-3 orang terus.
bukan player.
cuma nak compare je.
sekali jumpa carlos...terus gua tepesona.
tinggal yang lain2 tu semua.
siriyes!
carlos tu, gua yang tekel dulu.
jual mahal oooo mamat tu.
pening kepala gua atur strategi.
cakap kalu...chances 50-50.
diam kalu...chances 0.
gua nekad. cakap.
sekali dia respon kauuuu!
dah dekat 11 taun pun skarang.
alhamdulillah!
sekian cerita cinta tijah!
ewahhhh!!!!
ok dah.
sila klik lagu sekarang untuk dapat efek romantik.
sedap pulak sore budak ni lomak-lomak manih!
Aku Suka Dia – Ainan Tasneem
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
semoga terus berbahagia tijah...
ReplyDeleteKdg2 perlu jugak kita bukak langkah dulu kan?Sy dulu pun camtu,tp x ckp direct.Bagi hint hint jer.Nasib baik respon,Alhamdulillah,harap2 bahagia sampai ke akhirat.Doa utk akak tijah jugak,hehehehe.
ReplyDeletebukan main ko jahhh..layan ainan tasneem lak.aku pon mengorat speki dulu.walhal dia imam skolah,aku rockstar.janji konpiden beb!kahkah!
ReplyDeleteSmoga ko dan carlos berbahagia smpai bila2 ye..loving2 smpai kerepot.amin....
aku suka n3 ni...
ReplyDeletesekian
*lama giler xkomen blog org*
sebelas tahun baru jumpa lagu yang sesuai..
ReplyDeleteclasic momento!
Ewah kak tijah ni.....jiwengss pulak dia.
ReplyDeleteAlhamdulillah.11 tahun dah usia perkahwinan kak tijah : )
Selamat ulang tahun perkahwinan.
ReplyDeletedidoakan akan sentiasa gembira dan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan...
Aku dulu, mak dia yang ngoratkan aku.. keh keh keh
entah kenapa... aku tak suka lagu ni jah...
ReplyDelete.
Osah tokosima akak donga kesah cinto kau, jah. Tumpang amik aura romentik jap yo. Akak bukan apo, sojak duo monjak ni macam dah ilang ghaso tu lah. Dah nak sampai tarikh luput agak e. Hahaha.
ReplyDeletezulaiha
ReplyDeletemekasih. awak jugak yerrr...
rafhani
gimme 5. berbaloi2 hasilnya kan? kalau takde respon xpe ler...bleh cari marka lain. hehe
anis
set set imam ni mmg nak kena ngorat xleh tunggu lama2 nok nanti dikebas orang. maklom la saham tinggi bukan saja dimata waniter malah ibu2 mereka juer. oh time kasih atas doa.
mimi
oiiii kol brapa ko tido mlm tadi? kira biri biri ehh?
kueh bakar
ni kira lagu paling tepat kena batang idung. seblm ni layan uji rashid jer. huhu
Aku terkedu......
ReplyDeleteOhhhhh indahnya...keheke kelessss kooo jah
syafinaz
ReplyDeletealhamdulillah begitulah lepas melalui mcm2 pahit manis setakat ni masih mantepp insyaallah. heheh
nizam
mekasih. mekasih. harap ko jugak mcm tu. ko dulu mesti bajet sopan tiap kali nampak bakal mak metua kan? tu yang kena pinang tu. kihkih
tas
hahaha. ko kena kawen paksa ekkkkk? ----- lariiiikk
k.aidah
takpo kak. tarikh luput buleh renew. apo kato akak pi hanimun ke PD. errr...PD? kihkihkih
chik att
ReplyDeletentahh. tetiba lak terasa syahdu memusim ujan nih. selamat bercuti cikguuu
Wahh.. Sojak bilo pulak ada lirik lagu kek sini... hehehe..
ReplyDeleteJangan cakap ikut akak dah laa.. haha..
Alhamdulillah, semoga terus bahagia smpi syurga.
ReplyDeletewihuuuu sama la kite kak..1st time dgr lagu ni terus buat background music utk blog ;p.
ReplyDeletemmg kekadang kite yg kena buka mulut dulu kan..kot tak melopong laaa :p.
welkam bek Tij..!!
ReplyDeletek.azz
ReplyDeletehahah. dah lama tak update kak sekali tgk blog ehhhh bleh main masuk2 yutiup lak. apo lagi la kan...
niza
mekasih niza. awak pun ehhh...
zoora
yer betul. tak cakap kang melepas putih mata lak ekk? hahaha. tapi dah bajet dah dulu, kalu dia tak respon, mmg gua lari pegi nepal sana kaver mallew.
dib
yerrr. ko bila mau update? ahhahaha
romantiknya cinta Tijah...I like
ReplyDeletekalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kata orang tua-tua.
ReplyDeletesyabas kepada awak yg telah memecahkan ruyung.
datanglah ke rumah abang pada 18/11 ni ..
maklumat lanjut di sini ,,
http://al-lavendari.blogspot.com/2012/11/undangan-ke-pertemuan-blogger.html
cik tie
ReplyDeleteuishhh mana ada romantik kak. tu hampir memalukan diri sendiri namanya :D
AL
18 insyaallah bang. nanti saya tengok kat blog abg yer. wahhh. makngah masak apa la agaknyer tu ekk
semoga akak diberi kerajinan mengupdate blog selalu...amin..hihihi
ReplyDeletehehe...tak kira la sapa tekel sapa..janji dah 11 taun setel. lagu sedap, first time dengaq ni...maklum makcik dah 'senja' jarang layan lagu...:)
ReplyDeleteZatie
ReplyDeleteMari kita doa sama2 ye dik. Aminnnn.
Mk
Iya mcm catchy kan lagu tu. saya dgr sekali terus nak dgr lagi dan lagi