Aug 11, 2008

Gulai Tempoyak Cili Api

ada org kata, nak tambat suami tidak susah. bagi perut dia kenyang, bagi dia "bayar bil" on time, hatinya akan senang! wahh!! begitukah?
.
btw, entry ni agak basi. tu dia hasil pancingan carlos sabtu lepas. ikan, ketam & udang lipan. pelik ok rupa udang tu. menakutkan.
.
bukan efek fotografi. udang ini mmg hodoh!
.
malas nak menumis segala, ketam & udang tu akak goreng saja. ikan senangin yg besar tu pulak buat gulai tempoyak cili api.
.
Gulai Tempoyak Cili Api

bahan2:
  • 2 ekor ikan (M size) apa jenis pun boleh
  • sejemput cili api
  • 1 ruas ibu jari kunyit hidup
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 helai daun kunyit (siat2)
  • 2 sudu tempoyak
  • 2 biji cili hijau

kekdah:

  • blend cili & kunyit. masukkan dlm periuk
  • blend kelapa parut. penuhkan 3/4 blender tu dgn air. perah santan, masukkan dlm periuk
  • panaskan cili + kunyit + santan (kecikkan api utk elakkan santan pecah minyak)
  • masukkan cili hijau, daun kunyit & ikan
  • didihkan...blub! blub! blub!
  • ejas garam & asamnya. jgn letak asam dulu sbb tempoyak tu dah sedia masam. kalau kurang baru letak sedikit asam keping.
  • siap!!!!

7 comments:

Anonymous said...

perhhhh lobster la kakak niek masak,makanan ruji aku tuh..buek lak goreng belado,dilisyes!!

-acu-

K.Jah said...

bukan lobster tu doh. bosa ibu jari yo...takdo isik lak tu.

ita.itu said...

telan air liur aku okeh.....udang tu x sanggup aku nak mkn..hehe

NieZearm said...

manyak takut ooo... nnt byk asid dlm badan. leh gaut.. :-p

K.Jah said...

ita - udang tu bukan ada isi pun. stress tau!

jek - aku dgr petua, mkn udang kena sekali dgn kulit dia. kulit dia ada chitosan utk serap kolestrol. tapi kalu ketam, kerang tu...agak2 ko sanggup x mkn kulit dia? heheheh

NieZearm said...

mau koyak tekak aku nanti. kok ia pun bole claim, tak nak la sesaje je nyeksa diri.. :-p

K.Jah said...

jek - tu la. tak bebaloi memakannyer.