Aug 18, 2008

cencaru belah belakang

oh yer! lupa pulak nak cerita. semlm, ahad...akak buat cencaru belah belakang. 3 ekor jer. gambar yg akak tepek ni curi dr google sebenarnya. takde la akak nak buat sampai 5, sapa pulak nak makan kan? lagi pun nak buat epidural tu kan ke mengotorkan tangan. so, tak dapat la nak snap2 segala.
.
btw, ni resepi dia. senang saja. mula2 kita siapkan sambal dia dulu utk disumbat kat belakang ikan tu. cencaru tu BELAH BELAKANG tau!! bukan depan! kalau nak senang, masa beli tu mintak abang penjual tu belahkan siap2.
.
sambal ni versi MIL takde kelapa bagai ok. pada yg suka kelapa tu boleh la tambah sendiri.
.
bahan2 sambal (utk 3 ekor cencaru M size):
  • 4 biji bwg merah
  • 2 biji bwg putih
  • 2 inci halia
  • 1 btg serai
  • 2 biji cili merah
  • sejemput cili api
  • sedikit belacan
  • sedikit air asam jawa
blendkan semua2 bahan dan sumbatkan kat cencaru tu cengginih. tak perlu tambah garam sbb belacan tu dah masin.
.
pastu ikat dgn benang atau dawai (mcm org ikat ayam percik tu) kemudian digoreng dgn api yg sederhana. masak biar lama sket memandangkan ikan ni jeket dia agak tebal ya puan2.
.

siap!! masa nak hidang jgn lupa buang dulu benang/dawai pengikatnya tu. pastu curahkan sedikit sos thai jenama life & kicap lemak manis cap kipas udang dan dimakan dgn nasi panas2. confirm dilisyes!

bayam rebus utk melengkapkan hidangan. gambar ni pun cilok dr google gak. sapa punya ntah. akak mane ade pinggan kaler biru cenggitu. akak pakai pinggan free sabun DAIA tu saja.

5 comments:

Teman2 Sekalian said...

mahu jugak terburai puasa mummy bila masuk blog jah bulan2 puasa nanti.. kekekekeke...

ita.itu said...

sdp nye KJ..terlior aku ok..ko mmg terer ek msk

Tijah said...

mummy - bln pose nanti nak post gambar kuih2 pasar ramadhan plak. hahaha...saje je ek??

ita - ko pun teral per. aku mana reti buat tomyam...tak penah seumo idup aku try. hahahah

Secret Writer said...

ADOI...tak tahan tengok Ikan tu...sodap.

P/S:Kak jah...bila pulak nak share skill buat kueh raya kat sini?

Tijah said...

kos, biskut2 raya ni tak teral la...tapi kalu hidangan dipagi raya tu bleh la. nasi impit ke, kuah kacang ke, rendang ke, heheheh