Aug 11, 2008

kahwin itu best tapi bukan senang...


skrg ni musim org kawen eh? kalau dlm istilah animal planetnya mungkin boleh dirujuk sebagai mating season.

sekalung tahniah pada mereka2 yg baru saja menempuh gerbang perkahwinan. semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. statement hingga ke anak cucu tak patut diguna pakai lagi skrg. takut betul2 bahagia sampai ke cucu saja. dapat cicit, terus porak peranda. bayangkan betapa hodohnya alasan seorg datuk berusia 80 tahun ini...

"uwan kau dah tak hot cam dulu laie"

gilo!

ok. bagi yang dah lama kawen pulak mcm mana? contoh mcm akak ni. pejam celik, pejam celik dah nak masuk 7 tahun pun. mesti ada petua rumahtangga bahagia yg bleh dirujuk kan?

bagi sesetengah org, nak terima nasihat & pandangan secara lisan kadang2 agak sukar. mcm akak la. maklum la agak kepala batu disitu. cara yg paling sesuai adalah melalui pembacaan. sbb tu kekadang en.suami selalu hint2 thru email dan akak rasa cara tu agak berkesan. lagi pun dia tau, mensound akak direct to the face effectnya adalah seperti mencurahkan air ke daun keladi. hehehe!! (thrill tak kawen dgn i bang??)

ini ada bbrp tips rumahtangga bahagia dr sumber yg boleh dipercayai. utk rujukan akak sama. en.suami, pls take note jugak okeh!!

  • Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

  • Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

  • Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

  • Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

  • Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

  • Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

  • Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

  • Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

  • Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

  • Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

  • Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

  • Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

  • Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

  • Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

  • Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

  • Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

sekian saja tazkirah utk hari ini. terima kasih!

9 comments:

Lily @ Mama Iqa said...

wah..bgs tazkirah ari ni..time kasih ye kj utk tips2 alam rumah tanggan yg bahagia..chewah!

Emi Farez said...

Pepagi ariu senin ni harusla kita bertazkirah antara satu sama lain hehehe... terima kasih atas tip2 ko yang memang sesuai diguna pakai... bukan pakai buanh hehehe1

ita.itu said...

eh KJ..sm usia perkawinan kita ye..hehe

Marjerin said...

:)

Ms.Lilies said...

loncat punya loncat jumpa ur blog...menarik betul tips ni...tq tq

Anonymous said...

semenjak bila ko jadik assistant fadilah kamsah nih?

Anonymous said...

dah 17thn kawen..

apa ye nk ckp..tiap org berbeza..segala panduan itu hanya untuk memberi kita jalan...yg mencorak bagaimana hidup kita adalah dari kerjasama kedua belah pihak..tak boleh ssorang je nk mcm tu..sedangkan seorg lagi..tak kisah.


tapi bila dah lama kawen..anak2 dah besar..kami ada byk masa utk bersama lebih dari dulu...boleh keluar mengeteh walau dah 12 mlm..heheheh

Tijah said...

akak respon secara pukal la yer? hehehe...

mamaiqa, IK, ita, marjerin, lilies, waniejr, kjie...

bukan apa, drp melayan monday blues dgn membaca citer blue, baik kita baca tazkirah sket. hehehe..

wanie, saje je ko CAPkan super tu kan? moga tips ni berguna utk kita semua. mcm kjie kata la...kena ada kerjasama 2 pihak gitew!

susudalambotol said...

kahwin memang seronok kak :P tapi tulah, persediaan lepas kahwin tu lagi penting.