Aug 14, 2008

penyusunansemula...

jam menunjukkan pukul 2.30 pagi dan saya masih aktif. insomnia. nocturnal.

semlm dah menyapu, mengemop bagai. kali ni belek peti ais pulak. ada la terbeli 4 set bekas dari kedai 2 ringgit tu. boleh la susun blk mana2 yg patut. nak beli tupperware mahal2 tu setakat nak freeze/defroze? oh!! kirim salam!

baru la kemas sikit nampak bila dah sumbat segala brg dlm bekas tu. bau pun hilang. maklum la segala mcm mak nenek ada..tempoyak, belacan, durian, cempedak, ikan, udang. esok ingat nak beli lagi 4 lah. bekas bersize A4 rm2.50, kira ok la tu kan!

rempah pulak. selama ni akak ikat dgn getah je. kali ni asingkan siap2, masukkan dlm bekas dadih kecik2 tu. siap label lagi mcm kedai selvi.

haaa! kan senang nak guna nanti!

sila kenal pasti rempah ratus ini supaya tidak malu dikemudian hari.

suara sumbang: apo nih! hantaran kemain la maha, bungo congkih pun tak kona...

buah pelaga (cardamon)
biji sawi (mustard seed)
ketumbar (coriander seed)
cengkih (clove)
buah keras (candlenuts) - agen pemekat utk masakan

lada hitam (black pepper)
kayu manis (cinnamon)
halba campur (biji sawi+halba+jintan+dll) khas utk kari ikan
jintan putih (cumin)
bunga lawang (star anise)

ada byk lagi. cukup la yg basic2 ni dulu. berjumpa lagi di episod akan datang. daaaa....

10 comments:

Anonymous said...

wah~~sgt berguna pelajaran ni!!
saya ni setakat lada hitam kenal lah...tapi nama2 yg pelik tuh mulalah goyah, hehehhee


go kj go!!

suke ! =)

MK said...

wahh!!! trimas utk kelas tuition masak2 ni.. mk mmg memerlukannye. nak beli dadih juer la..nak simpan rempah yg selama ni ikat ngan getah tempe je pastu campak dlm bekas tah mana2. bila nak guna tak jumpe..hehe

ita.itu said...

wah sgt rajin ko mengemas okeh.haha..aku bila pulak ek..hehe

Anonymous said...

mcm masuk kedai mamak la pula ni..
nk msk briani lauk kambeng ke?

hehehe...jgn lupa hntr semangkuk

Anonymous said...

kahkah,teringat time atok soh aku masak ikan merah masak sup, aku terus tipon ko dan2 tu gaks..ngah!atok soh masak sup ikan. nak guno rompah apo a?camno goman eh?yang kocik2 tu ko?oo yang macam bintang tu erk!!hahahaha..sebaik jadik gaks akhirnye..atok makan betambah katenye,ihik

*sazah jamaliah takdo temtu,kuar jap..yang pasti shana kono marah ngan aku pasal call time aku nak masak..ko tipon kang la mangkok,aku nak concentrate masak niek,wahkahkah

-acu-

Lily @ Mama Iqa said...

bgs pembelajaran dr kj ini..hehe..teruskan lg dgn next tutorial ye..sbb blh la den tambah2 ilmu yg tak sebarapo ni..tq2!

Tijah said...

nafnaf - kat kedai salu ada siap label punya. lagi senang..pasnih italian spices lak eh. tungguu..

MK - sama la. bila nak guna baru terkial2 cari. bila dah jumpa tak cukup korum la plak...

ita - aku kemas mlm2 jer time anak dah tido...ala2 sinderela la konon.

kjie - briani lom try lagi..nanti eh??

cija - kahkahkah!! nak masak sup ikan pun stress kan?? montang2 ado akak jgn ingat ko tak kono masak!

ko ingat tak masa ibuayah gi haji tinggalkan kita dulu?? atuk request rendang daging, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit, sup tulang...haaa..susulan dr kejadian tu la aku start blaja masak! hahahah..panik siut!!!

mamaiqa - ada lagi pasnih...tungguuu!!!

Lily @ Mama Iqa said...

KJ..anda tlh di tag..sila la ke blog saye utk amik homework anda!

Emi Farez said...

aku ni masuk blog kak ja ke atau blog cikgu ekonomi rumah tangga?... hehehe.. teruskan usaha murni anda itu

Tijah said...

Ik - ni blog caca marba ekceli. sumer pun ada termasuk lagu & liriknya. hahahah