Dec 4, 2011

ku ingin memilikinya...

saya ada satu tebiat.
gila pisau.
pantang nampak...
kalau berkenan, saya akan beli.

2 dari kiri adalah feveret. tajam giler mampu merodok apa saja. samaria cutlery.

yang selalu dipakai setakat ni.
semua adalah dijamin tajam lagi melukakan.
tukar2 ikut keperluan.
3 dah bagi mak penang.
2 bagi mak seremban.
1 jenis bersarung simpan dalam kereta.

saya sangat pantang pisau tumpul.
benci betul.
susah nak perform.
sebab tu dah siap2kan pisau tajam di dapur kedua2 emak.
senang saya nak masak.

dan sekarang...
pisau seramik tengah "in".
cantik kan?
bold & beautiful.
meleleh air liur dengar dia punya ke'best'an.

tidak akan karat.
tidak akan tumpul.
tidak perlu diasah.
memotong dengan lancar.
mata senang dibersihkan.
hasil potongan kemas dan rapi
tidak memindahkan bau dan rasa makanan ke makanan lain
tiada masalah menyiang ikan, daging, ayam, sayur dan lain-lain
buah-buahan terutama apple lambat teroksida
memotong nipis, tebal, rincik, kelar, lapah semakin mudah
memotong roti tanpa merosakkan tekstur dan bentuk roti
memotong buah-buahan lembut tanpa merosakan bentuk buah
makanan nampak lebih menarik dan bersih

wiiiiiiiiiiiiii!!!
pendek kata...memang harus dimilikilah.

ada sapa2 penah beli?
brand apa best?

note :
1. apa tebiat korang pulak?
2. (reminder utk suami) bang, anniversary kita bulan ni kannnnnnnn??????
3. birthday saya taun depan nak mintak pisau boleh? follower ada 1000++ kalau la dapat 1000 pisau lelain jenis. wiiiiiii bestnya!

29 comments:

al-lavendari said...

terliur juga nak beli pisau seramik tu ..

kat Giant Ampangan ada jual tak dan berapa reganya ?

Cik Ina Do Do Cheng said...

kenapa kita serupa? kat rumah cik ina koleksi pisau sama banyak ngan ko. minta-minta tak de orang yang buat kita marah ye.kah kah kah

DeLancrettLurpak said...

khelassss kak jahh!

takut org nak dokek kak jah oi, bila borak "akak kalau waktu lapang buat apa kak?"..kak jah jawab "asah pisau,akak mmg sukaaaaaa pisau". confirm lepas tu takda soalan susulan, kehkehkeh...

apakportefeuille said...

jah tgok kek sini haa..


http://aysia.com.my/aysia-online-shopping-mall-1/household-products/over-ceramic-knife.html

-wos- said...

macho betul hobi ko ni jah..

aku suka kumpul klip rambut rerama jer..

kiutkan aku?

ibundo said...

alahai... pisau kek rumah akak ni agak e dah dokek sepuluh tahun tak ganti-ganti. okay yo lai haha. Boli yang satu kotak sedozen sepuluh hengget kalau tak silap.

Aidah said...

Yang satu simpan lam keto tu, akak musykillah Jah. Untuk potahanan dighi ko? Hihihi. Akak sokaghang ni gomar ngumpul DVD box set. Nampak na tak bopekdah kan. Tobantier yo ateh katil layan DVD. Hahaha.

F A R Y N said...

akak..pisau lipat rega 10sen tu bley tak?

Aku said...

Jah, aritu aku hampir-hampir nak beli sebilah, dah pegang masuk bakul pun. Dia terangkan semua yang abgus tapi aku suruh orang tu terangkan betul-betul apa yang tak bagus...


Ceramic is always a ceramic. hard but brittle, boleh sompek. Dah kalau dah sompek, buang je sebab macam mana nak asah ceramic?

Dia kata, jaga-jaga kalau siang ikan atau ayam. Jangan takek kat tulang temulang, sure sompek!

dengan kata lain, pisau tu sesuai untuk potong bende-bende yang lembut: bawang, kentang, buah-buah, agar-agar, kek, roti...

Bila dengar macam tu, aku letak balik pisau tu. Belum masanya aku nak bermewah dengan pisau tu kalau setakat nak potong benda-benda yang lembut...

Aku said...

Chup!!!

yang aku tengok tu macam tak sama dengan yang dalam gambar tu. Yang aku tengok nampak lebih nipisa dan warnanya lebih putih, dah macam plastik. Mungkin jenama lain kut...

mungkin yang dalam gambar tu ada besi kat dalamnya untuk kuatkan... so, tak ada kekurangan lahir dan batin.

MK said...

org laki selalu ckp sepandai-pandai org pompuan pun tompek eh sok kek dapur. tp org laki selalu lupo, kek dapur lah tompek or pompuan simpan pisau... ehehe..

sey lun ado hobi laie ni kak.. adakah sey tak normal?

tasekM said...

jah...
tebiat dgn tabiat lain ye jah...

:p



.

tasekM said...

jah...
tebiat dgn tabiat lain ye jah...

:p



.

kucingorengemok said...

ko simpan dalam kete? kot polis tertembak ko pukul 2-3 pagi, senang keje dia nanti takyah pikir² alasan...

Tijah said...

al
tak perasan la pulak bang. saya baru nak start cari esok kat giant senawang kot ada. nati saya rojer abg eh.


cik ina
pisau tu semua murah2 je. yang beli kat kedai rm2 pun ada. kalu ada yg buat kita marah kak...kita guna pisau lapah daging kat bawah tu ek?


mim
kahkahkahhhh. batu asah kat rumah aku mmg haus cepat. asal pisau tak best jer aku asah. 1 x perform, semua sekali aku asah. mmg tebiat la tu


apal
ok tq pak. nati gua zass ke sana naa...


wos
mmm...kau mmg comel wos. selain rerama kau juga suka barangan berwarna ping kannn?


kpah
yang sedozen tu ada org hadiah tapi sey tak bukak laie kak. set tu cam bosa2. sey ghoma pakai yang toba, runcing, kontot2 design eh sodap nak gonggam. wiii bunyi cam nak munuh org yo kan?


k.aidah
cito korea ko kak? sey kurang kit tengok tv/dvd ni. baco buku apotah laie. copek yo lolap eh...

Tijah said...

faryn
boleh dik. mata pisau cukur gillette pun akak terima. kihkihkih


aku
a'ah. aku ada baca gak pro&cons pisau tu. mmg takleh lapah tulang tapi takpe sbb aku ada parang utk itu. nak lapah gear box pun boleh. hehehe.


mk
boto tu tan. segalo bondo ado kek dapo tu utk dibuek senjato. selain pisau, ado jugak losung batu, sobuk cili, gunting beserta kuali sebagai perisai. kannn? pompuan ni...kok takdo koleksi tudung terkini baru la tak normal. hehehe


tm
kihkihkih. tebiat tu mmg cara org sini sebut tabiat. bunyi cam kasar sikit kan?
cam tebiat nak mampos gittew.


kog
ala pisau potong buah yg pendek tu je. utk hiris lite2. kalau kena rodok pun insyaallah setakat cedera parah tapi tak sampai kena tulang.

Ms.Lilies said...

aku ni pesen pakai sampai lunyai.
pisau aku sikit je nok...itula dok diasah2...


errr...mlm td laki aku br beli kerambit...br pes time aku tgk live huhu

Tijah said...

mimi
kerambit? mana beli nok? aku teringin nak simpan 1 tu. aku henbeg yg pakai sampai lunyai, tapi pisau aku suka ada byk2 jenis. huhu

Acik Erna said...

jah..apo pasal samo ni...he he akak pun pantang nampak pisau..dah satu laci lam kabinet dapur dah pisau.
tapi bilo nampak nak boli yo laie..kalau nak boli..sonyap2 pi bahagian pisau tu sensorang..nanti ado yang togo..
pisau yang kek gumah tu ado yang tak guno laie kato e..he he

Tijah said...

k.erna
hahahaa. buleh lak centu kak kan? sey kalu poie family store tu kan, takdo keperluan pun misti nak naik gak tingkat eteh tu tengok kot2 ado pesen pisau terbaru. dah tengok baru pueh hati turun bawah cari brg dapo plak.

isabelle said...

x takut ke incik carlos kalo bininye mintak pisau sbg hadiah enibeseri?
mcm nak ugut 'kalo abg curang, i sunatkan u, bang'.
hahaha

Nota Cikgu Anum said...

mader inlaw ada bg satu pisau. kate buat dgn mate gaji org potong balak. iyoko. tapi dah patploh kali makan jari ai. tu pasai ai jarang masak :)

Ms.Lilies said...

Beli kat empire nok..kedai jual ala2 brg askar..laki aku beli situla...tajam giler

Daun said...

aku tunggu ko muncul dalam masterchef

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Rugi lak tak bawak kaum kerabat pisau akak kek sini haa.. Kalau tak, boleh gak angkut poie ghumah ko mintak tolong asah an... hehe..

Pisau kek ghumah akak memang tumpul2 yoo.. Ado duo yoo yg tajam ehh... satu utk kogunaan kek dapo dan satu lg akak sorok sbb omak akak ghajin bona buang pisau.. dio manjang lupo yoo mano dio lotak pisau tu.. tup2 jumpo dah bokaghat dah.. huhu..

lyza said...

awat la..(haa keluaq abih bhs utara hehe)hobi akak sama ngn my hasben..
suka periuk..suka perkakas masak, dan paling terbaru, suka pisau..
agaknya mmg itu la kesukaan org yang suka g dapur kan..:D
Cam saya..suka FB,suka blogging,suka membaca,suka menyoping..tak mendatangkan pekdah kan..:P

Tijah said...

isabelle
tak tau la beliau perasan ke tak akan kegemaran isteri beliau ini. hehehe


cikgu anum
pisau dari mata gaji? wii mcm mana rupanya tu? sesuai utk potong roti kot pisau jenis mcm tu.


mimi
empire? tempat kedai meletup tu nok? cer ko mms sket gamba nak tgk cemana.


daun
tang potong memotong bawang mungkin aku boleh menang pin kebal. hahah




k.azz

arwah atok sey dulu pun samo ghoma asah pisau. siap ado mesen asah yang pakai letrik tu. mmg osah tajam eh pisau lopeh tu. pueh hati la walaupun mesin tu agak mahal.


lyza
bagus apa hobi kumpul barang dapur. sbb ia utk kebaikan sejagat. kang bila dah siap masak2, semua org dapat makan. untung kannnn?

Tishya said...

kak tijah kite ade! satu set. ada dua pisau, 1 peeler dan papan pemotong. kite beli masa bisnes trip ke japan kekonon subiner tuk diri sendiri. sbb cumil sgt holder kale pink petu pisaunyer kale putih. cam set pisau mainan barbie pule. lepas tu tragedi sgt sbb potong mangge terpotong jari tsk. tp still feberet pisau mak kite bila dtg rumah. tpi smlm jari dia pn turut terkorban. dia kata eh bucu pn tajam ka? haha amik padah..

Tijah said...

tishya
izittt? ada peeler sekali? oh bestnya. peeler blm ada jumpa plak lagi sbn ni. best tak masa peel tu? kalu best nanti ingat nak cari gak satu. tajam kann?? mmg puas hatilah