Oct 18, 2013

pengat kesihatan

hi!

lama tak masuk resepi kan?
jaga anak yang demam dah 2 hari.
bagi makan, bagi ubat then lepas dia tido saya free.
moh la masuk dapur.

semalam mak saya ada bagi pisang nipah 4 biji.
choiiii 4 biji je ke?
nak buat apa tu?
takpe la. ingatan tu yang penting. haha.
nak goreng cam tak kuasa.
buat pengat je la kan.
kawankan dengan tepung penyet tu untuk nampak lebih meriah.

ok lets...

bahan :
  • 1 cawan tepung pulut
  • air (untuk bancuh tepung)
  • secubit garam
  • pisang
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 cawan air
  • 2/3 sudu besar gula merah (suka manis boleh lebihkan)

cara:
  • tepung pulut + sedikit garam + sedikit air diuli jadi doh. make sure sampai boleh dibentuk.
  • gentel bancuhan tepung bulat2 dan leperkan sikit tengah dia tu.
  • keep aside. ewah!
  • potong pisang sesukahati. keep aside jugak.
  • panaskan susu + air + gula merah (untuk kuah pengat)
  • masukkan doh tepung pulut ke dalam kuah sampai masak (tanda masak, tepung akan timbul)
  • then masukkan pisang.
  • masukkan jugak secubit garam untuk kasi lemak.
  • adjust kemanisan.
  • siap.
  • boleh makan.

panjang kan cara?
haha!
sebenarnya ia adalah pengat puteri mandi.
diberi nama pengat kesihatan sebab tak pakai santan.

itu saja.
have fun!

note : ini versi cair seperti yg saya suka. sapa nak kuah pekat sikit boleh guna 2 cawan susu terus takyah campur air kosong tu ya.

22 comments:

Yunus Badawi said...

Booking tempat dulu

Yunus Badawi said...

yg cair ni kena sikit dgn selera saya. Kalau yg pekat tu, geli geleman nak telan .... huhu

Tijah said...

Yb,
kan? Sy pengat ni suka cair2 kadang siap taruk ais nanti rasa dia mcm cendol. Isk, lapa la plak bila teringat.

Nizam.Ariff said...

Pengat pisang adalsh feveret brbuka puasa aku.. Terasa selesa usus besar dan kecil...

al- lavendari said...

makan dengan roti benggali sedap ni ..

Mama Eqalicha said...

Cedapnye.. Terase2 kat tekak nih

Acik Erna said...

Sodap pongat tu jah..anak2 akak kok tak boh topung pulut tu sibuk nanyo..mano topung e..konkadang maleh tu akak boh sagu biji yo

tasekM said...

aku syak full cream milk dgn santan tak jauh beza la lemak dia jah...


.

Tijah said...

nizam
pisang nangka la terpaling sesuai sekali. masam2 dia lawan dgn lemak manis pengat pergh!!!


al
tak sompek tunggu benggali datang dah selosai dulu bang. buek pun sejomput yo. hiks


mama eqalicha
cer bayang. cer bayang. hehhee


k.erna
aah la kak. topung tu yang pelakon utamo eh kan? yg lelain tu tambahan yo nak buh pisang ko, ubi ko, keledek ko. ohhh hai lapa lak ha.


tas
sebenarnya aku sayangkan santan kotak tu. santan bagi aku buh kat gulai. kalu takat dizet cenggini susu pun boleh laaa

Daddy Ziyyad said...

letak dalam esbok..

dah sejuk...

makan...sodap ehhhh...

nak suruh org rumah buat pengat la esok...:)

JunAina said...

Orang kat rumah semua suka tapi saya kurang suka buat rasa2 bolehlah...

Tijah said...

Dz,
Kann? Kalau buat time weekend siap. Kekejap kang bukak esbok ulang.


Jun,
Kalau buat kurang manis sedap. Kalau manis sgt nak makan pun seram

isabelle frankly said...

pengat kesihatan tuuu.
ni kalo buat, org tanya nape nama pengat kesihatan, nak kena quote nama kaktij la kan?
kang kena saman pulok sbb plagiarize. hewhewhew

||alis|| said...

apa pon... idola sy tetap pengat pisang nangka. pisang goreng plak harus wajib pisang tanduk. lawan kicap cili. ubi ketuk pon sedap. ubi rebus.. lepeng tepung.. cicah sambal ikan bilis.. adoi! terbaek n fav 4ever! hihi..

||alis|| said...

hat bendi tuh.. gula from 13 jadi 10. amalkan 2 mggu tp lompat2. seminggu 3x ke.. gitulah. bendi kasi buang.

apa pon gua tetap x lalu nk telan. yg penting potong nasi..

makcikkantin said...

pengat tau..(ala ala serawa kan?)...kita suka sikittt cair

bila letak tepung pulut, jadi tak tau.....

apa2 pun jajnji tak mudarat kan

Rose Azadir said...

Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

Tijah said...

isabelle
kena bg kredit yer. haha. sbb dia spesyel tak caya cer gugel mesti tak terus masuk laman sesawang kementerian kesihatan punya...


alis
paling afdol mmg pisang nangka utk pengat kan? tapi dah nipah jer ada sepat sudeh. nangka syok sbb dier kan cam masam2 sket lawan dgn manis pengat wallawehh.


makcik
aaa serawa letuh kot. tepung pulut tu pelakon tambahan jer tu sbb kang klakar sgt plak pisang patbijik jer tenggelam timbul dlm tu. hiks.


rose
salam. insyaallah rose. salam kenal. :D

huda said...

sedap nya.. tetibe terliur tgk pengat ni.. heheh

blogwalking.. nice blog :)

visiting me back
hudakassim.blogspot.com

Tijah said...

huda
haiii. boleh la buat wiken ni. makan sambil tgk tv

darmo togel said...

UNTUK BOCORAN TOGEL SGP/HKG HARI INI HASIL RITUAL DARI DUKUN TERNAMA YANG BISA ANDA MENANGKAN HUB KI DARMO DI NO (-082_310_143_355) KARENA KEMENANGAN ANDA ADALAH TUJUAN UTUK KAMI..ATAU KETIK, http://bocoranramalantogelkidarmo.blogspot.com
DAN KEMENANGAN SATU MALAM ATAS PEMBERIAN ANGKA DARI AKI YAITU 350 JUTA DAN TERIMAH KASIH, SEMOGAH AKI SEKELURGAH PANJANG UMUR…

darmo togel said...

UNTUK BOCORAN TOGEL SGP/HKG HARI INI HASIL RITUAL DARI DUKUN TERNAMA YANG BISA ANDA MENANGKAN HUB KI DARMO DI NO (-082_310_143_355) KARENA KEMENANGAN ANDA ADALAH TUJUAN UTUK KAMI..ATAU KETIK, http://bocoranramalantogelkidarmo.blogspot.com
DAN KEMENANGAN SATU MALAM ATAS PEMBERIAN ANGKA DARI AKI YAITU 350 JUTA DAN TERIMAH KASIH, SEMOGAH AKI SEKELURGAH PANJANG UMUR…