Oct 10, 2013

back to basics

bukak2 je fb...
menderu2 masuk iklan kurus, iklan putih, iklan besar, iklan ketat, iklan tegang, dll.
ok kita disable feed dia.
mak tak suka!
hahaha!

satu ketika dulu saya adalah seorang yang gila suppliment.
name it la apa brand yg saya tak makan.
semua dah.
obersi mari...kokdiang mari...
ada kkm ke takde kkm ke semua saya belasah.
ikut2 kawan.
makan la jah, boleh kurus ni...
(padahal dia tak kurus2 pun lagi)
makan la jah, nanti boleh cantik sesama...
(2 taun dia makan tona masih tidak sekata malah berlopak pula. apakah?)
duit kalau kira habis beratus jugak dah...

nasib ada kawan2 doktor.
diorang la nasihat suruh stop.
apa2 ubat ni tak kira la apa mesti ada side effect dia.
terutama pada hati & buah pinggang.
so, go for natural adalah lebih baik.
kat rumah cuma sparekan panadol saja.
gittew!

so bermula la pencarian natural remedies berasaskan apa2 yang ada kat dapur sana.
detox gila2.
minum air kosong banyak2.
overhaul satu badan.
kasi buang segala racun2.

nak cuci bersih usus?
minum air rendaman mint + timun + citrus (lemon, oren, lime, etc)

rasa nak demam?
rebus air serai, minum cepat2. insyaallah ok.

cuci muka?
soda bikarbonat + madu boleh menanggalkan noda2 dari muka.

nak mantoppp?
minum rebusan manjakani.

supaya makanan senang hadam?
minum madu + serbuk kayu manis. insyaallah.

batuk & gatal tekak?
kapur + limau kasturi sapu kat tekak & dada. limau + madu kasi minum.

muka naik jerawat?
sapu kunyit. dia ada antiseptik.

pelupa?
amalkan jus pegaga
(yang ni dengarnya bagus utk anak2 jugak...daya ingatan lebih kuat)

nak kurus?
minum air rendaman asam keping.
heyyy ini petua dr oz ok.
ramai dah retis hollywood kurus pakai cara ni.
diorang makan extract garcinia cambogia tu.
cam dasyat je nama kan?
padahal asam keping je pun.
melambak kat dapur dipandang sepi je.

eh ada banyak la cara.
tak larat nak tulis semua.
omputes pun sekarang dah rajin ambik benda2 natural ni.
kita je kat malaysia ni makin merapu ubat tah hapa2.
tu belum tengok iklan dia lagi...ewwwww!!!
apa nak jawab bila anak tanya "mami kenapa muka dia macam ni?


apa2 pun kan...
perlu rajin cari dan baca.
kat sini ada...boleh buat rujukan.
murah, selamat & berkesan insyaallah.
amalkanlah.
lepas tu boleh apply keje kat metua ashrapmoslem.
maklum la menantu dah resign dah kurang 1 pengamal perubatan kannn.

so kawan2...
sayangilah badan kita.
mari amalkan natural remedies & clean eating sama2.
back to basics macam orang dulukala.

daa...
(nak pi blend jus pegaga)

30 comments:

Acik Erna said...

uish hebat tu jah he he,,akak minum air asam koping tu kalau tekanan darah naik yo

Acik Erna said...
This comment has been removed by the author.
Yunus Badawi said...

banyak benda2 ni mcm jus pegaga tu tak boleh nak masuk kat tekak ni lah ...... huhu

Siti said...

byk benda alami kat sekeliling kita yg boleh dijadikan ubat. tunggu dipetik je. kite je suka pandang rendah kat tanaman tepi rumah. baiklah, nak gi cari pegaga sekarang!

Madam Sooyaree said...

Kan best kalau makan ciskek, boleh kurus badan... makan cokelat kek, boleh ilang jerawat...

Madam Sooyaree said...

Kan best kalau makan ciskek, boleh kurus badan... makan cokelat kek, boleh ilang jerawat...

A.I said...

kennnn...betoi2. duit pun selamat. haha ^_^

Petak Bunga said...

natural remedies ni lambat kesan..tu yang kadang tak boleh sabar..

~ Cik Azz ~ said...

Akak tak ponah boli apo laie nak makan.. Tang minum air kosong tu mmg akak buek la..

Lagi satu, kok muko ado parut, buleh sapu dgn londir lidah buayo tu.. amalkan selalu.. tapi kok gatal2 tu, tahan yoo la.. tu makno ehh dio tongah botindak la tu.. hehehe...

Pegago yang daun lebar banyak kek ghumah ni.. Tak makanpun, buek hiasan yoo.. Nak poie blend la.. Tapi kang turun lak tekanan darah.. Sbb ado orang kato minum air pogago ni untuk turunkan tekanan darah..

Tijah said...

k.erna
baru nak belajar2 kak. tapi asam koping tu mak sey mmg minum nak2 bila time nak pi check up klenet kesihatan. takut kono marah ngan dokto sbb bp & gulo eh tinggi. haha


yb
sedap bang. secekak tu buat utk 2 cawan air. blend pastu letak brown sugar sket utk sedap. rasa air tebu gak kekadang...


siti
kannn?? alangkah bestnya kalu duduk kampung leh tanam cekur, daun kaduk, ulam2 tu semua. dah la free berkhasiat plak tu.


madam
hahahaa. saya pun berharap begitu malangnyer tidak. eh tapi takpe amek during cheat day. bak kata omputes sepotong tidak membunuh bukan?


ai
kalu kira balik la kan...huiii. lagi sikit dah bleh pi haji.


petak bunga
tu la yg saya pikir dulu. lambat. tapi bila kenang balik sayangkan badan utk jangkamasa panjang...kono lah istiqomah ye dak


Tijah said...

k.azz
akak mmg untung ado tanah leh tanam macam2 kan. lidah boyo mmg byk guno eh org koba. pegago tu sey minum 2x yo seminggu. tu pun buek jalang2 yo. kang over na pucat losi lak dah cam kono sodut pelosit lak ghoman eh kan?

tasekM said...

ni kalau aku pi myden stok asam keping habis ni kau punya pasal la ni jah...!




.

Nizam.Ariff said...

Tas, aku rasa asam keeping lebih menonjol-terjojol-jojol daripada tempe dek promosi dak Tijah ni...

Soda bikarbonat buang noda di muka. Cemana nak buang noda dalam kepala ek?

suezen said...

wah tips....harus ikut ni...asam keeping tu plg best:D

||alis|| said...

rendam bendi potong/hiris utk kencing manis. amalkan 3mggu b4 pi klenet amek bacaan. lagi satu kot selsema belah 4 bawang besar letak ats kepala katil atau meja tepi katil. tuh 2 tuh cina nyer petua.

alang2 dah kembali ke alami, diet paleo trus la kakjah :) :)

||alis|| said...

* owh lupa, yg rendam bendi tuh rendam sebijik je 1gelas air, 1mlm n amek lendir je, omak den koba mmg ler tokak x ley nak masuk, huhu.. tapi apakan daya..

Irfa said...

penah dgr psl asam keping utk kurus tu,tp mmg x lalu la..masam giler rasanya.

kalau stok asam keping tu, rumah aku bertahun makan tak abis,mana tidaknya.ayah aku buat sdiri asam keping tu ;)

emm nak back to basic lah
tq Jah

sheila arshad said...

yes...back to basic.

den aritu ado gaklah tergatal boli perkara ni. takyah sebut namolah kot..nak putihlah sgt konon eh. (dah ko lahir dari genetik berketurunan India...ko nak putih tang mano laie nok ooii)

I consumed that for almost 2 months and I started to have fast heartbeat, breathless. den sampai kono buek ECG and X-ray sebab doc kata heartbeat den adolah sgt tak normal utk pompuan umo cam den..pehtu takat kojo kek opis. doc tanya ado ambik apo2 supplement ke tak..den tipu kato xdo.

balik...stop makan mende alah tu and alhamdullilah dah takdo ghaso benapeh cam org yg dah nazak.

Tijah said...

tas

kejap sok ko tengok iklan ubat asam keping aku kuar tv eh?


nizam
nak buang noda kat kepala senang je brader. jumpa ustaz amek ceramah agama. hahaha


suezen
kan?? tapi mula2 kena man2. tekejut perut kang.


alis
paleo diet? wallawehh. tu tunggu aku bela kambing/lembu/tanam sayur sendiri dulu. skang ni baru nak berjinak clean eating. tak makan processed food sgt. begel ai buat senirik tau skarang. huhu. btw, bendi tu...errrrr. tgh pikir nak try ke tak.

Tijah said...

irfa
memang masam giler. 1st time buat tamak buh sampai 2 keping amekkaww tak tertelan. wah buat sendiri lagi bagus tu. lebih terjamin kebersihan, tak pun bleh try pakai asam gelugur fresh tu. sini susah nak jumpa...


sheila
osah eh waghih. samo la kito. den pun ado amek ubek utk putih tu jugak. ada sekali tu nak top up, beli kat mydin terminal2 sana. elok2 tgh pegang botol tu kkm datang serbu kauuu. nasib baik den tak dihangkut eh naik lori sekali. pegawai tu cakap ubat2 gini jgn sebarang makan. ada kkm pun kekadang palsu, pastu kilang plak bekeladak kotor eh. kalu ko nak tau den makan apo meh pm. nanti den cito. xleh cito sini kang org koba tabur pasir lam piok nasik eh plak.

Anash said...

boto la kobaan tu tijah
den polik
mano ntah iklan tu dapek masuk dalam fb

den cari kawan
bukan
cari ubat kuruskan badan

(terus gigih poi tanam pegaga keliling rumah jiran sebab rumah sendiri tak do tanah)
heheh

makcik tempe said...

tijah lepas ni ko boleh geng ngan cikina .dari dulu cik ina tak pernah ambik supplement.bukan tak caya tapi prefer ambik buah, sayur natural tu kan lebih baik tak de barang tersembunyi. go go chaiyok

adibah said...

Ijah, jgnlah kita percaya dengan iklan ketat sendat melepak susut kecut tu sayangku..
Lebih baik kita buat suma secara natural.. kita kan natural beauty kan Ijah kan? kan? kan?

adibah said...
This comment has been removed by the author.
adibah said...
This comment has been removed by the author.
katamutiaracintaromantis said...

nicely presented information in this post

Tijah said...

anash
kan? geram kekadang feed kat fb tu bukan semua boleh pangkah. cemana diorg set tah. sabar je la tgk dgn hati membara. pegago tayah tanam skang kodai runcit byk jual dah siap bersihkan.


cik ina
gimmifaif. aah itu la yg dr selalu cakap. masa saya tunjuk botol2 vit tu dr geleng kepala. "awak ni kan, drp spend ratus2 beli suppliment baik awak beli buah2 yg bagus/high grade. konfem selamat" katanya...


adibah
isk. manja la plak panggilan ittew nok. yelah. ijah setuju dgn ibah. kita go for natural la kan? kembali ke alami begitu...


katamutiara
time kasih byk2..:D

JunAina said...

Kita copy eh...nanti nak simpan kat blog kita boleh buat rujukan.

Tijah said...

junaina
boleh dipersilakan...

darmo togel said...

UNTUK BOCORAN TOGEL SGP/HKG HARI INI HASIL RITUAL DARI DUKUN TERNAMA YANG BISA ANDA MENANGKAN HUB KI DARMO DI NO (-082_310_143_355) KARENA KEMENANGAN ANDA ADALAH TUJUAN UTUK KAMI..ATAU KETIK, http://bocoranramalantogelkidarmo.blogspot.com
DAN KEMENANGAN SATU MALAM ATAS PEMBERIAN ANGKA DARI AKI YAITU 350 JUTA DAN TERIMAH KASIH, SEMOGAH AKI SEKELURGAH PANJANG UMUR…