Feb 26, 2014

indok dah koba...

doge! doge!

hayolah!

maghin laie indok dah koba.
kok suko kek oghang tu, koba an la.
ini sonyap yo bukan eh dio buleh tau.
yo dio yo maknusio biaso bukan eh wali buleh maco ati.
cor luah an isik ati tu kan ko sonang.

buek cam indok nia ha.
indok maghin mo abang kau, indok yang mulo an dulu.
mulo2 ado yo raso cam malu.
maklom la awak yo nang betino eh kan.
cam pigi caghik timbo ghompan eh.
tapi tu la.
kok tak diluah an kang langsung tak lokek.
kok dibagitau untong2 dio pun samo. ewah!
so indok pun dongan tak malu eh koba an yang indok suko kek dio.
lopeh tu indok koba indok cumo luah an apo yang indok raso.
dan indok tak kisah kok indok betopuk sebolah tangan.
ewah laie sekali!
lopeh tu indok blah laju2!
konon tak kisah padohal muko dah lobam maso tu dek kemaluan.

sesampai yo kek umah dio call.
koba dio pun sebona eh suko kek indok.
manggggg aiiiii.
osah gighang eh indok tem tu.
raso nak menikah malam tu jugak.
eh gata eh pulak!

see???
ehhh tibo2 dari cakap pilah poie cakap oramputeh.

pado si dio kok baco...
bagitau la.
takdo salah eh do.
siti khadijah pun minang nabi.
apik an la mulut2 dongki tu.

cubo = 50% (baleh/tak baleh)
tak cubo = 0%

paham tak apo yang indok cubo sampai an ni?

apo2 hal watsep indok yo.
indok sedio membantu.

sekian.
indok kawasan.

Feb 5, 2014

hendak seribu daya...





isk melampau kan??
lawa kan?
tiba2 rasa cam lapar kan?

tu saya kopipes dari fb toke kek tersohor lela manja.
pinjam eh nok???

suka tengok cara dia buat bekal untuk anak dia ke sekolah.
kretip kan?
rajin kan dia?
saya pun tak terbuat macam tu.
padahal beliau tu keje, buat kek lagi stilllll ada masa prepare makanan untuk anak tercinta.
complete!
ada appetizer. ada main dish. ada dizet jugak.
oiii saya kagum betul nihhh!!!

betapa beruntung dan bangganya anak beliau.
mesti kawan2 yang kena makan makanan kantin jeles hentak2 kaki ni.
saya yang tengok ni pun rasa nak bercucuran air lio & air mata.

ok la saya pun bekalkan anak ke sekolah jugak.
tapi biasa2 je la kekadang masak kekadang beli.
tapi beli pun make sure dari penjual yang comply ngan piawaian kita.
kurang minyak. makanan panas2 baru masak. kurang masin, kurang manis.
haaa begitulah.
setakat ni gerai kak nora bingit sikamat is the best!

saya cerita ni sebab saya sakit hati lepas borak basa basi ngan ada parent kat kantin tadi.
dia tanya anak saya bawak bekal ke?
saya kata la iyee. hari2 without fail setakat ni sedari dajah 1.
air mineral wajib 2 botol 500ml tu.
dia tanya tak bagi belanja ke?
saya kata bagi tapi biasa dia tak guna.
dia kata "mmm...pandai awak jimat ye"
saya senyum je la.
dalam hati sebenarnya saya kesian kat dia.
ehhh tak. saya lebih kesian dengan anak dia.
bukan sebab nak jimat.
saya tak kedekut cuma mata duitan je sikit.
tapi sebab saya memang hari2 hantar/ambik anak...
jadi saya tau macam mana makanan kat kantin tu since saya melepak tunggu kat situ.

ada budak pagi2 lagi dah minum milo ais dengan fishball goreng 3 bijik.
minyak goreng? ofkos la yg peket tu a.k.a minyak recycle.
ko rasa kantin nak guna minyak sri murni yg dua kali pemeringkatan tu?
tidak ok!

break pukul 10?
mi goreng/bihun goreng/nasi goreng minyak telanjang bak kata cepwan.
kosong.
untung sabut ada la pisbol ke piskek ke seketul dua dalam pinggan.
sayur biasanya takde.

lunch?
saya penah tengok kawan cem makan nasi kosong dengan sup kepak ayam.
kawan yang lain dapat leher ayam.
pastu ada la kentang seketul.
sup pun cair.
air? coke cair ais lebih.
sian tengok.
sebab anak saya makan ayam masak kurma yang pekat dan sedap sebelum proceed ke sesi petang.

bagi belanja rm5 itu je budak tu dapat makan?

so mak2 sekelian meh la kita pantau ye.
jangan lepas tangan main bagi je duit belanja suruh anak beli makanan sendiri kan.
you are what you eat bak kata oramputes.
ni anak gogot coke hari2 kat sekolah sok kecik2 dah ada kencing manes amacam?

anak2 pun kena diajar jugak jangan memalu bawak bekal ni.
sebab biasa saya tengok yang rajin bawak ni budak pempuan.
nanti kang ada la bekas hello kitty kaler pink2 bagai eh suwittttnya!
budak laki ni kurang. malu ngan kawan agaknya kan.
lagi macho kalau beli kat kantin.
tapi cem saya dah pesan.
kalau kawan ejek saya suruh dia balas dengan sopan.

"KAU TAK BAWAK BOKA SOBAB OMAK KAU POMALEH!!!"

sekian curahan hati saya untuk bulan ni.
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan puan puannn?
(terus set jam untuk esok kul 5.30am)