Aug 5, 2008

tips cegah kecurian

berita harian hari ni...

semlm, cem tido dgn akak balik. sejak kes pecah rumah menjadi2 ni, takut nak biarkan dia tido sorang2 kat bilik dia. dan akak jugak terpaksa ambik extra precaution...bawak pisau potong daging & bbrp brg lain yg boleh dijadikan senjata masuk bilik. ni karang ingat nak gi cari parang panjang pulak. pastu nak beli kemenyan sekali...mlm2 seblm tido bakar kat luar rumah dulu. mesti perompak tu takut kan? pastu mesti dia speku akak ada bela antu raya bagai! wakakakaka!!!

err...lg satu, mcm mana procedure nak apply lesen senjata api ek?

sedikit pesanan khidmat masyarakat...


Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia.

  • Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

  • Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

  • Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

  • Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

  • Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

  • Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

  • Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

  • Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

  • Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

  • Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

  • Sediakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

  • Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

  • Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

  • Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

  • Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

  • Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

  • Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

  • Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

  • Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

  • Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

  • Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

Sumber : PDRM

19 comments:

Umi Mia said...

Satu lagi kan...disebabkan kes2 macam ni dah byk..skrang ni tak berani dah nak tidur menyeksi...kang tak pasal-pasal jer..miintak simpanggggggg....

ita.itu said...

kah.kah.kah..lawak la ko bakar kemenyan..haha..bagus ko sentiasa berjaga2..hehe

IBU KUMBANG said...

banyak2 Idea ko, bakar kemenyan la yang paling bernas skali...

MAMA IQA said...

bgs idea tu..bkr kemenyan..confirm perampok tu ingat kite tgh menurun kan.berani msk arr!!

Jie said...

eee.... skrg ni kena simpan kemeyan la pula..hehehehe

NieZearm said...

kalau tanam periuk api bole tak?

Izzu Izzuri said...

Hahahaha!!
Kemenyan->Cnfrm perompak yg guna ilmu hitam pk hantu dia nih mesti lg power nih..

Periuk api->Boleh tu mmgla boleh tp sian kt org yg potong rumput la, tak pasal2 potong kaki skali.

Senjata api? Kene de lesen.
Periuk api? Risiko kpd diri sndiri & manusia pmotong rumput.
Klau camtu guna periuk belanga jelah.

K.Jah said...

umimia - kan? terpaksa berkelawar atau pijama full set sajork. kang seksi2 kang menaikkan napsu perompak la pulak!

ita, ibukumbang, kjie, mamaiqa - terpikir pasal kemenyan ni sbb umah jiran india dpn ni salu bakar setanggi tem maghrib! naik gak la segala bulus yg ada...seram!!!

jek - bleh..pastu kang abis cacat kucing2 kat area sini. diorang tu salu jer masuk kawasan rumah aku nih...agaknyer sbb ada aura org beriman kot disini. ouwcchhh!!!

micro cap stocks said...

thats amazing story.

:: AYU AYUMiE :: said...

tambahan: periuk TEFAL! muahahaha

ai rasa ai nk bela SAKA la barang sekor dua...maklumler ai nk pindah umah flat..leh la kerahkan SAKA tu jaga umah, jaga kete laki akak & motor adik akak...bulehhh??

*rasa semakin tak selamat kat negara sendiri...kan kawan²?

K.Jah said...

nak best lagi bela la harimau jadian mcm waris jari hantu tu...bleh bawak gi keje, seb minyak lagi!

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam, takut kalu menda ni terjadi kat saya, mintak-mintak dijauhkan, seram sejuk baca berita ni

dakwanie SUPER junior KJ said...

beb... SUPERJUNIOR BEB
batch 94/95 nih...
muahahhahahahahah ty tuh senior aku beb


*** dakwanie dalam usaha menegakkan benang yang tak basah!!

K.Jah said...

wakakakak...tak poti la tu. ok la, skati ko la...tapi ko 30'an gak la taun ni kan? wowweeee!!!! welkam beb!!!! welkammmm!!!!

K.Jah said...

CB - mmg seram! sbb tu kena beringat seblm kena. isk!!! nak kena survey alarm plak pasnih

dakwanie yang sangat comel said...

lommmmm baru 29 ++

la la la la - blom besday tak leh kira setahun kan?

mak kintan said...

suka bab kemenyan..balik kang nak beli la. apa2 pun mk la yg paling mude kat sini sweet 29 heheeheheh...

Mummy said...

yang.. thanx for d info ya... kusyuk sungguh mummy membacanya...

K.Jah said...

wanie - ah..x kira. 30 gak!!! yada..yada..

MK - best per jadi 30'an...rasa hot jer...hehhehe

mummy - sama2. info utk kita semua tu...