Jan 8, 2009

tak boleh tangguh v/s boleh tangguh

Kes 1:
Berita Harian (lama dah ni...tarikh tak ingat)
Remaja gagal hadiri PLKN kena penjara
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail
.
KANGAR: Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, menjadi remaja pertama di negara ini yang dihukum oleh mahkamah kerana gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada Julai tahun lalu. Beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, dijatuhi hukuman denda RM600 atau 14 hari penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam.
.
Bagaimanapun, disebabkan kesempitan hidup, Ahmad Hafizal yang mengambil upah membuat bendang untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Ahmad Harizal, yang tidak diwakili peguam dan tanpa ditemani keluarga, dituduh mengikut Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali. Dia didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah, pada 25 Julai 2004.
.
Berseluar jean, berbaju T biru dan berselipar, Ahmad Harizal yang mulanya tenang ketika hukuman dijatuhkan, kelihatan agak sebak ketika dibawa polis untuk dihantar ke penjara. Walaupun sudah dijatuhkan hukuman, Ahmad Harizal, masih perlu mengikuti PLKN seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 18 (2) akta yang sama. Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad berkata, beliau membuat keputusan itu selepas mengambil kira latar belakang tertuduh yang terpaksa bekerja untuk menanggung dua adik dan ibunya. “Walaupun datang daripada keluarga miskin, kamu tidak seharusnya membelakangkan arahan kerajaan yang mewajibkan setiap remaja lepasan sekolah menjalani PLKN. “Kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk menyediakan PLKN bertujuan membentuk sahsiah dan menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda. "Saya berharap hukuman ini menjadi pengajaran kepada remaja lain supaya tidak memandang ringan arahan kerajaan apabila diminta menghadiri PLKN," katanya. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norfiza Mohamed Noordin. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, menerusi Pegawai Akhlak, Wan Shuhairee Wan Salim, turut mengemukakan laporan kepada mahkamah yang mengesahkan Ahmad Harizal daripada keluarga miskin. Dalam rayuannya, Ahmad Harizal meminta mahkamah meringankan hukuman kerana keluarganya miskin dan perlu bekerja untuk menanggung dua adiknya yang masih bersekolah. Anak kedua daripada empat beradik itu juga mengakui tidak menyedari bahawa kegagalan menghadiri latihan PLKN sebagai satu kesalahan. Beliau tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai seorang pembantu tadika dan tiga adik beradiknya yang lain setelah ibunya berpisah dengan bapanya. Sementara, Norfiza dalam hujahnya berkata, walaupun miskin, Ahmad Harizal tidak terlepas daripada menjalani PLKN seperti yang diwajibkan kepada remaja lain. Katanya, mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada remaja lain supaya tidak sewenang-wenangnya mengingkari arahan kerajaan.
___________________________________

Kes 2:

Utusan Online

PLKN: Diana hanya diberi penangguhan

KUALA LUMPUR 5 Jan.

Pelakon drama Janji Diana, Diana Danielle Danny Beeson, (gambar) 17, hanya diberi penangguhan dan bukan pengecualian daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, permohonan penangguhan itu sudah dimaklum sendiri pelakon itu kepada pihaknya kerana terikat dengan kontrak yang tidak boleh dielakkan.

Tegasnya, Diana tidak boleh terlepas malah akan dipanggil semula untuk pengambilan kedua atau ketiga tahun ini bergantung kepada kontraknya. ‘‘Kita tidak pernah memberi pengecualian kepada Diana yang seharusnya mendaftar 27 Disember lepas. Dia terpaksa mengikut kontraknya dan pihak kami sudah menangguhkan kursusnya. ‘‘Kita tetap akan panggil dia untuk menyertai PLKN. Dia sendiri tidak boleh ‘lari’ dan perlu memaklumkan kepada kita selepas tamat kontrak berlakon,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan sebuah akhbar tabloid yang menyatakan Diana dikecualikan daripada menyertai PLKN.

Sebelum ini Abdul Hadi juga pernah menafikan dakwaan bahawa anak orang kenamaan (VIP) boleh dikecualikan daripada mengikuti PLKN. Tambahnya, penangguhan kepada Diana memang dibolehkan dan sebenarnya termaktub dalam akta. Jelas Abdul Hadi, akta itu sendiri memperuntukkan seseorang yang dipilih untuk menyertai PLKN boleh membuat permohonan penangguhan dengan menyertakan sebab-sebab yang kukuh. ‘‘Kita ada akta yang memperuntukkan setiap pelatih boleh menangguhkan kursus mereka sehingga umur mencecah 35 tahun dan ia perlu disertakan dengan alasan yang munasabah,’’ ujarnya. Oleh itu, katanya, isu itu seharusnya tidak timbul dan masyarakat sendiri perlu faham tanggungjawab JLKN kepada remaja yang terpilih untuk menyertai PLKN.

___________________________________

isu ni 1 malaysia dah sedia maklum kan? maaf yer! saya tak berniat nak mencabar KEDAULATAN UNDANG-UNDANG. saya masih teguh menjunjung rukun negara. cuma sebagai rakyat Malaysia, saya tertanya-tanya. kenapa Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi nasibnya begitu? kenapa Diana Danielle Danny Beeson nasibnya begini? explain pleasee!!!! (angelz, sebagai bakal lawyer...apa pendapat nko nok??)

43 comments:

A m m i said...

kesian budak laki tu..tanggungjawab besar. sebab dia xde nenen yg nak ditunjukkan makanya dia disumbat dlm penjara..

budak pompuan yg tunjuk nenen tu..apa kes..

apa aku ckp ni kak?? ko paham tak hahahha

julietchun said...

Mana pegi wakil rakyat yg sepatutnya membela nasib rakyat cam Harizal tuh? atau dorang suma dok syok tgk drama lakonan Diana.

e_ja said...

hahahaha..

akak stuju 200persen sama ko sheila..akak paham sgt apa yg coba utk smpaikan tuh sheila..ekekeke..

pearl'E.J said...

kannnnnn.... org yg betul2 tak leh pegi, sbb dia miskin n nak kena kerja tanggung keluarga dipenjarakann... org yg mmg mampu utk pergi n disebabkan status artis n kaya, diberi kelonggaran... mcm sial laa!!

hoodedlicious said...

ya la..kenapa ahmad hafizal tu tak diberi penangguhan sampai ke satu masa yang tertentu..sampai adik2 dia abih belajar maybe..memandangkan dalam akta kata leh tangguh sampai usia 35 tahun..kenapa kenapa kenapa..why why..ha..orang gomen tolong jawap sat..yang diana danielle tu bleh plak nak tangguh2 sampai kontrak habes la apa ka..kenapa tak penjarakan dia gak..ya la dia mintak penangguhan tu sendiri..apsal tak sarankan si hafizal tu buat benda yang sama..kenapa orang tak tolong dia..ha..marah ni..

ita.itu said...

mmg cilakak ek..kalo artis pilih kasih..konon takut PLKN kena saman..sbb takut pihak syarikat rakaman saman..porah la

Cara Ross said...

aku suke tgk diana ni..cantik! **matilar larik tajuk!!

Ungku Nor said...

apesal aku tak shekshi cam diana tu haaa??
ni suma yang buat aku nak marah TIJAH niiii!!!

tapi memang sakit hati je baca 2 kisah ni kan?

NouroulSuhaimi said...

nak buat camna... ahmad faizal tu tak secantek dan seseksi diana danielle tu... cuba ko suruh dia dragggg... harus dapat penangguhan tuuu.. silap2 tak yah g terus!

azreen said...

adoh hai....mmg tak guna btul kan....ini tidak adil namanye....kesianla kt budak lelaki kes 1 tu.....

Lily @ Mama Iqa said...

wakakakaka! ini diskriminasi namanye kak jah oiii..

IRA said...

adik2 di luar sana, kalau nak tangguh PLKN, sila berkemban.

tapi kalau laki...err jgn berkemban.tak lawa. nanti diorang tangguh PLKN, antar ke spital plak.

KV said...

hampeh...

Umie said...

Sebab 1:
Harizal tu miskin...Diana kaya.

Sebab 2:
Harizal org biasa tak terkenal takde pengaruh...diana glamer abih & ade pengaruh

sebab 3:
Harizal adalah lelaki biasa yg x berpakaian branded... diana adalah pompuan luar biasa yg berpakaian menjolok mata

muahahahahahahahahahahahahahahaha

Zihan Naszeri said...

tu kalu aku pakat tarik dr bawah baju diana tu terpampang n*n*n die mau terbuntang mata org PLKN harus bg diana exempted terus dr plkn tanpa ragu2..

sian budak tu kak

chronicles of angelzz said...

uuu terkesima mak baca komen teacher itiew...

bg iolss kesilapan disini adalah ketidaksamarataan antara gaya hidup diana n harizal...

well sebagaimana yang kita tawu people yang tinggal kt bandar lebih peka ngan keadaan semasa n che abg macam harizal keje yang tinggal kt kg boleyh diibaratkan macam katak bwah tempurung... sorry bahasa kasar...

so in conclusionya kita x leyh cakap yang harizal tue adalah mangsa kepada ketidakadilan sebab law is a law n in the eyes of the law ignorance is not a defense... so the fact yang harizal tidak mengemukakan permohonan penangguhan n whatsoever yang perlu dia buat untuk melepaskan dia dr terikat ngan undang2 adalah kecuaian harizal sendiri... hurm as for diana dier buat mende yang sepatutnya ngan mohon penangguhan...
bg iolss silapnya disini harizal yang x amik port ngan x kemukakan permohonan penangguhan tue so silap diala uollss... n dun forget the fact yang harizal was not presented by any legal practitioner yang boleyh tolong dier sewaktu kes tue berlangsung...
supposedly harizal boleh mintak bantuan guaman percuma uollss dr legal aid tue n buat surat permohonan penangguhan b4 judgement dibuat...

hurm masalahnya kehidupan sosial la uollss memang kat mana2 macam jurang perbezaan kehidupan masyarakat kg n bandar yang wat jadi macam nier...
apa2 pown justice tue subjective yer uollss...

lalala da macam jawab assignment da nie...

UmiMia said...

hehehe...budak lelaki tu ada hantar ke surat mintak tangguh or tunjuk sebab watsoever..kalau tak der anto..payoh skit lah nak komen lelebih...

Cara Ross said...

tu dia...penjelasan yg padat n bernas dari adik peguam kite! (tepuk2 tangan)

NouroulSuhaimi said...

nok.. mak terkesima dgn jawapan adek peguam kita ni nok.. ko mmg kelasss dek!!! tak sia2 ko nak jadi peguam... jgn lupa dek perjuangan ko yang ko ckp kat akak tu... ok!

Cik Pah said...

mane ade adil kat dunia nih kak ooi..

linn said...

tepuk2 tgn utk angelz. best best..aku tetiba suke lak bab2 law nih. iskkk..

Tijah said...

haaa...korang dah dengar apa kata peguam kan??

cumanya masalahnya, budak tu kesian sbb takde sapa nak guide dia. dia pun mungkin x tau procedure. nak kena buat surat ker haper ker. kat sini la sebenarnya tanggungjawab bijakpandai utk bagi nasihat pada masyarakat yg tak kurang berapa nak bijak. org kampung...sedara mara...wakil rakyat. mana mereka yer?

maklum la..bukan semua org tau apa dia punya rights.

the artist and i said...

kesimpulannya tijah jelita oiii.. memang agak bangsat sikit sistem di Malaysia ini.

Biasalah, kalau miskin, jarang orang guide ke hapa ka.

Kalau seksi dan cerdik, mesti semuanya senang-senang saja.

Beza yang jelas. Itu yang nampak, yang sipi-sipi tak nampak tu?

Sorry lah tijah.. i baru balik sekolah, kalau sistem tak betul memang i rimas tijahh oiiii..

(apapun dada i tak seseksi ituh!) hahahaha

Tijah said...

mmm...mungkin sistem yg ni tak termasuk dlm manifesto pilihanraya kot kan?

Unknown said...

sbb adik ahmad hafizal tu bukan artis mcm diana danielle~~

itu aje komen saya.

*numpang komen yea,kak!

kakpiah said...

mak dgn selambernyer melantik angelzz menjadi peguam utk keluarga mak yg mempunyai aset sebanyak 485 ringgit sebelom keuntungan di kira di dlm akaun ASB.
sekian,
harap maklom..

lupekanje said...

hmm...yup...harizal pandang rengan arahan kajaan tu...tapi diana ni jauuuuuuhh pandangnya...memang tk ada kaitan dengan diaiskriminasik ke aper keh..
mcm pandang rengan dengan speedtrap..skali kener...bayau la..
Adik Harizal ni atau sesaper yg nak tangguh atau elak PLKN ni...lenkali siler la buat surat rayuan...jgn le diam je..apa2pun, kener ada black n white...Diana tu come in full package...dia merayu apapun, blh dpt punyer..sbb dia ada buat rayuan...yg ngko..harizal, tk buat rayuan, aper kehal..
Tapi best la kalu dpt PLKn dgn Diana nih...hehhehe..kasik buli sama dia..

Huda Luna said...

tu name nye MALAYSIA..

MALAYSIA yg boleh sgt2..

sptt2 nye..
gugurkn je plkn ni..
nyusahkn je..

nk tmbh smgt patriotik amende nye..
kt skola dh ckup mcm2 aktiviti patriotik tlibat dh la..


isk..
kesian btul kt mamat tu..

Nad Eusoff said...

eiiiiii!
macam ape je!!!
geramnye bace!

pokoknye pasal status kan..
bangang!
geram sy kak...
adui la

Shumierain said...

Adat la law kek maleysia ni...law ikut darjat sket..

cendawanintim said...

owhhhhhhhhh adik loyer ku...

panjang gilos elaborate ko nok!

Rahayu Abdul Rashid said...

wah! akhirnya dpt view blog u ngan sempurna... meriah idop hahah!

tp serius, mmg kesian tgk budak tu kan... but, one thing yg perlu diambilkira... "memang ada hasil ke dari PLKN nie? saya tgk budak kg saya balik dari PLKN... cam biasa ajer... cam plkn ni menghabiskan duit negara ajer... pendapat aku ajer... jgn ada yg marah laks yer... aku kan suker mandai2...hik

Unknown said...

ko jgn buat macam ni pulak.... pakai baju tido tengah pokan.... errr... dia dpt penangguhan tu pasal pakai baju tu la kot.... takut ada kes &%#@% pulak kang kat kem PLKN

Unknown said...

Err... bukan ke hari bila timbul kes harizal tu.... MB Perlis dah bawa keluar dia dari penjara (tak sempat masuk penjara pun)... bayar semua denda dia... lepas tu hantar dia kat Pusat Latihan Industri.... bagi segala macam bantuan... yg tu korang jgn lupakan la pulakk!

Tapi kalau korang tak buat surat rayuan penangguhan.... pakai la benang seurat pun, jgn harap le korang nak lepas. Yang penting sekeping surat je.... tak payah jumpa wakil rakyat punnn!

madam kheyr hameed said...

hai kak tijj..
i selalu baca tapi tak pernah komen..baru hari ni terpandang kat kotak komen tu..warning: sapo baco tapi tak komen..pendek umo! gerun sekali amaran kak tijj tu laa..ok2..let me komen utk elakkan sumpahan kak tijj yang hazabbanar tu menjadi..fuh..

double standard..itu antara dasar yg wujud dlm negara kita. istilah dulu yg DSAI keluarkan 'kronisme'.tp dinafikan.ape kess? the fact is..memang most of the orang-orang yg ada kat atas nun amalkan kronisme. puak-puak depa je leh dapat kontrak, puak-puak depa je leh dapat pengecualian. pasai pa? pasai undang-undang ni depa yang reka, ikut suka depa la nak ubah bila-bila masa ja.kot ada duit, ada rupa, gesel-gesel sket..teruih chayaq.dan dan tu gak ubah.utk yg takde harta takde rupa takde kabel..undang-undang yg dibuat tu macam ditulis dengan dakwat kekal, memang takleh ubah. buat la rayuan mendodoi mcmne skalipun, boolayan. tapi buat orang yang ada-ada bagai, undang-undang tu umpama ditulis dengan pensel.

faktor lain..kalau korang perasan,undang-undang ni digubal dalam parlimen nun..yang buat dan yang laksanakan adalah orang yg sama.kalau ikut law, sepatutnya kena terdiri dari orang yang berbeza. senang ckp, diorang buat undang-undang ni berdasarkan pada ukuran kat baju diorang..bukan kat baju rakyat. korang ingat anak-anak pak menteri tu pergi ke PLKN? nan ado. kalau perasan, kebanyakan bebudak science stream tak kena panggil pi PLKN. hmm..kalau betul nk jadikan manusia dengan acuan rabbani,jangan ada pengecualian..semua WAJIB. penangguhan tu dibenarkan tapi dalam kes-kes tertentu.

efek kena saman?? aahahahah..kelakar la si diana tu. dan kelakar la org yg bagi pengecualian tu. ellooo...KRU records dengan pak menteri, kuasa sapa lg atas? pak menteri kawal KRU or KRU kawal pak menteri. aiyoooo...malas nak ulas panjang lebar lgi kak tijj..i jawab ni pun sbb nk elak sumpahan. tu je dulu kak tijj..

*aku bagi komen ni macam buat entri plak*

tata

muadzlife said...

eeeeiii mmg taw..tu den maleh dok mesia nih..

sakit ati kan!!...bak po an. dah gitu cagho idup 'minda kolas ketigo' (kato 'e' lah - den x kato)

Unknown said...

kebanyakan bebudak science stream tak kena panggil pi PLKN..... aku aku budak SBP sains, apasal kena gi plkn ha.... anak 'puak' sapa ni?

Err... DSI tu bukan ke ada kat parlimen gak kann?

Sapa yg malas duk malaysia boleh duk kat somalia... hahaha!
(tapi kalau gi luar negara pun kerajaan yg tanggung tak yah cakap apa2 la)

madam kheyr hameed said...

1.sila fahamkan maksud 'kebanyakan'. i tak maksudkan 'semua'. got it?

2.cume pinjam wording 'kronisme' dr DSAI. takde langsung ckp mengecualikan DSAI dari parlimen yg i ckpkan. got it?

*sorry..aku ni memang bangsa menjawab sikit*

kak tijj..ampun..*peluk*

Tijah said...

hehehe...

ada pros, ada cons. apa2 pun, kita sumer berhak bagi pandangan masing2ye tak? bagus! bagus! syabbas korang!!! kadang2 kita ni terleka. cuma bila dah kena batang hidung sendiri atau org yg dekat dgn kita.. baru nak melatah. oppocot!! kan? kan? kan??

mmm...next pru mak nak undi sape ek??

||alis|| said...

salam kak tijj (motiff?? lagi kelas kot, hahaha!!)

alis stuju ngan peguam kiter yg 2org tuh (hujah pnjang2 tuh *hai khai~ *b_d*)

ape pon, gomen kiter yg terchenta nih spent RM8,000/budak plkn~! apa hangpa boleh buat dgn rm8,000 kalu dapat? (cikgu, saya nak jawab! nak beli complete set DSLR!)

alis penah jaga koperasi uitm masa PLKN siri 1 berlangsung di segamat dulu...
pada alis: PLKN nih agak membazir.. 3bulan alis tengok budak2 nih.. haih, mcm2 ragam! tak sesuai nak letak 1-1 kat sini..

dah tuh; semua barang2 yg diberi free selama 3bulan, eg:boot,baju,kasut hitam, tee PLKN, abeh jer latihan, pakat buang ramai2..dalam tong sampah besar, padahal semua dlm kondisi yg baik.

makcik2 cleaner la yg tolong asing2kan, sambil geleng2.. "budak2 sekarang nih tak reti nak sayang harta ye dik.." begitulah ujarnyer pada alis.

oye; jangan kata diana kemban tuh, syura yg tak kemban tuh pon dapat pengecualian waktu dia kena panggil siri 1 Uitm segamat. dok 5-6hari, alih2 dah hilang..
hmm...

kak; sorry ek; terlanjur ku bicara.. hehehe.. pasni komen yg kontot2 jer.. alis janji~

Awan Lahon said...

TAKPALA MAK, DIA LAWA?..MAK, DIA LAWA?..LAWA..

HAHAHA..DIA NAK BERLAKON NANTI ADA CALAR2 KAN SUSAH NAK BERLAKON KTS..KEKEK

Tijah said...

awan, mak lawa gak..tijahlawa. wakakakaka!!!

Unknown said...

Dusun Resort?

wwoooowwww.... awesome...hahahahaha