May 11, 2010

sebelum terlambat...

ok.

ini seriyes.

emosi nih!

2-3 hari ni akak agak bz menguruskan sesuatu. bukan menguruskan badan ye. tapi tolong uruskan hal sorang kawan yg tengah susah.

tak. bukan nak kata akak baik. cuma...memandangkan ada la sedikit nolej, sedikit ekses & kabel yg tak berapa nak tebal utk hal2 tertentu...maka akak bantu la sekadar termampu kan.

call epf...setel. tapi abg2 ada plak yg tak stuju nak kuarkan akaun 2 tu utk tolong adik. sok2 nak beli umah nan cukup katanya.

call ppum...tak berapa nak setel.

call kpj sbn...dr takleh buat apa2. takde facilities utk procedure tertentu.

call nilai cancer...kemo mungkin boleh cecah ratusan ribu.

call hukm...dapat appt. tapi lambat la plak lagi 2 minggu.

hari ni...

budak tu dah sakit sangat. semlm jumpa dia masih boleh gelak2 atas wheel chair. mak pening kepala. ayah sangat risau. bp naik. sedih mengenangkan nasib anak. yelah. baru 21. perjalanan hidup masih panjang.

dr confirmed. BREAST CANCER stage 3~4.

report biopsi kata kena kemo dulu baru operate.

dr dah bagitau cause & effect. budak tu angguk paham. akak rasa cam nak nanges bila dengar dr kata...

"mula2, u kena terima hakikat dahulu yg ini adalah breast cancer. peluang utk sembuh adalah bla...bla...bla..."

nasib baik dr adalah sangat berhemah dlm menuturkan kata2 walupun dia cinos. respek disitu.

ok.

akak malas nak citer lebih2 pasal ni. tak bagus la kan. cuma akak nak pesan sikit kat sini...

SEMENTARA MASIH SIHAT...
GO GET YOURSELF A MEDICAL CARD!!!


kita takkan tau bila kita akan perlukannya.

period.

p/s :
lagi satu. sila jgn bongkak dgn full coverage oleh company ko selagi company itu bukan bapak ko yg punya. gini je la senang citer. kalu dlm petiais ko ada daging/sayo busuk, adakah ko akan simpan sampai ia berulat dan terdispose dgn sendiri? tidak bukan? ko akan buang kan? begitu jugalah dgn employer. dia takkan tanggung ko sampai mati. maka...bersiap sedialah sementara belum dipanggil ke medical board. sorry terkasar bahasa. terpaksa...bila kejadian begini berlaku depan mata. apa2 pun...healthy is wealthy. amin!
.

No comments: