Jul 9, 2010

good news...

hey! hey!

jangan panik!

The pessimist sees difficulty in every opportunity.
The optimist sees the opportunity in every difficulty.

kena tengok...
sapa dah buat profit...boleh withdraw!
sapa belum...pls wait!
good time to save & invest...
dollar cost averaging baiii!!!

tips:
  • jangan membazir (barang konfem naik harga)
  • simpan duit kat FD/ASB/Tabung Haji or any tools/fund yg offer dividend.
  • nak invest...kalu tak berani, jgn main lump-sum. buat DCA (dollar cost avrg).
  • insured yourself (medical cost akan naik double dr harga barang)
  • ada duit lebih? beli la hartanah. auction biasa melambak2 tem recession.
  • ada lagi sajesyen? boleh tambah di sini...

daun, pls advise me kaunter mana paling potensi nanti yer?
tq
__________________________________________________

Bersedia tempias gelombang kedua

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ingatan sudah wujud tanda-tanda gelombang kedua kemelesetan ekonomi di Eropah dan Malaysia mungkin turut menerima kesannya apabila ia berlaku.

Beliau memberitahu, tanda-tanda itu sudah dapat dilihat ketika kunjungannya ke Britain baru-baru ini.

"Saya baru balik dari England dan nampak ada tanda-tanda kemelesetan ekonomi gelombang kedua berlaku di sana. Kalau berlaku di Eropah, kita mungkin akan turut menerima tempiasnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara Koperasi Atlet Malaysia Berhad dan IRIS Corporation Berhad di sini hari ini.

Perjanjian itu bagi membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama mengusahakan 40 hektar tanah di Perak dengan projek tanaman tembikai emas.

Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi IRIS Corporation Bhd., Tan Sri Razali Ismail dan Presiden Koperasi Atlet, Datuk Mumtaz Jaafar

Ditanya adakah inisiatif kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Oktober ini mampu melindungi ekonomi negara, beliau menjelaskan:

"Kerajaan sedang berusaha tetapi ia bergantung kepada sektor lain iaitu sektor dalaman dan luaran."

Najib sebelum ini turut meminta rakyat supaya bersedia menghadapi kemungkinan berlaku kelembapan ekonomi pada separuh kedua tahun ini yang dilihat boleh mendatangkan risiko kepada sasaran pertumbuhan ekonomi negara.

35 comments:

wos said...

err..errr...

Tijah said...

sepic less wos? kelu lidah ekkkk?

NenetPenne (NP) said...

lecturer marketing aku pun cakap mcm tu, dalam difficulty tu ada opportunity..

aku beli rumah time recession..murahhh ooo

errr kalau bank CT tu tutup lagi bagus sebab depa tak dapt cari aku..ha ha ha...

bayangkan eh... orang kalut selesema vami tapi tokey yang buat mask untung ooo..sebab semua orang mau pakai mask...

eh eh terkeluar topic pulak...

zonaku said...

alamak!

Yunus Badawi said...

Kalau ada kaunter yg bagus tu bagi taulah.

Tijah said...

net
aku harap bank rimau yg tutup. kahkahkahhh. sbb aku ada masaklah dgn mereka


zonaku
haa...haaa.. tak tauuu


yb
kita tanya daun bang. dia terall...

julietchun said...

gelombang pertama pun masih terasa nak datang gelombang kedua pula? mau kelepet kali nih :P

Anonymous said...

tak sempat exercise ESOS lagi ni. in progress...tangguh dulu la recession tu!

good info btw

Daun said...

ko jangan la gitu, yb tu lagi terall

A.I said...

camne ni???!! aku ni nk ada duit lebih RM100 sebulan pon payah Jah :(

Tijah said...

juliet
tu la. cepat na plak kali ni kan? jom koleboret jual "ayam" nak?


hide
caner nak tangguh tu ek? sapa yg blm kawen tu bleh la ejas time. siann. hehe


daun
yb nak beli saham kerang tu. baper seunit eh?


ai
senang nok. sari ko try sorok rm10 pastu kena buat2 lupa. misti boleh punya. aku dah try

malinasiam said...

aku pong xsuka bank rimau!!!
hahahahah

tasekM said...

aku benci segala gelombang2 ni tau... tunggu gelombang ke 14 lah br nk beli umah sebijik lagi... ha ha.

harus la tak dan tu kan....



.

sitinaminah02 said...

kak tij,

gaya ko cakap macam unit trust consultant je..



haha.

Tijah said...

momguess
nak tukar atm kad yg cip eh dah pocah pun amek maso. cett...


tm
biasa sekali gelombang 10 taun. so 14 x 10 = ?
idop lagi ke ko temtu nyah? kikiki


gadiscomel
bukan setakat unit trust, insurans boleh, konseler umahtangga boleh, perisik upahan boleh. pendekkata sebeboleh lah. hahaha

Nizam.Ariff said...

Aku dah dekat nak beli umah ni.

Tapi, aku takut aku yang hanyut dalam gelombang ke-2 tu sampai tak leh bayar...

advise skit...

Desert Rose said...

Wehhh gud news pekenama lagu nih, haippp *pi bele tabung ayam bessarrrr*

Cikja said...

Alamak tjah!
salah bercaturan lah..dah terbeli kete baru pulak..klu tau pakai je kete antikku ittew...

tak lena tidolah cam nie..

PUTUBAMBU said...

ishh..takutnya dengar..
dah le aku takde harta $$$
harap rumah ngan kete je..

tapi harta paling berharga anak2lah...


* sib baik le kwsp tulun simpankan utk aku..dapat gak le aku invest dlm tu.. sib baik le ada untung...

A.I said...

sari $10?! hhrrmmmm
- aku blanje mkn kt opis ni paling byk pon $5... :( mati kebulur le aku anak branak jah oi! HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

kucingorengemok said...

nak sorok skit cash dalam tin milo, tanam kat belakang dapur rumah bapak aku... time meleset sok kasi korek

Yunus Badawi said...

tumpang lalu: daun
bagi lah tips sikit. Jgn kedekut ilmu hehehe

isabelle said...

alamak.. kalo meleset lagi, alamatnya makin gelap la masa depan nak pegi phd kat oversea.
pegi over the sea je la...USM.huhu

Cik Azz said...

Adoiii.... Tempiasnya akan kena kat mak akak lagi ni... Harap2 tak berulang la peristiwa tahun lepas... Sian omak den nnt.... huhuhu...

p/s: Kena kurangkan makan dr skang... uhukk...

Catwoman said...

Salam Tijah.....

Tsunami k`melesetan ekonomi dtg m`landa lagi.

Aisehhhhh, sediakan payung cepat, hujan sudah mau turun.

:)

Daun said...

tumpang lalu: yb,
jangan la gitu, yb kan cikgu daun

Daun said...
This comment has been removed by the author.
Tijah said...

nizam
isk jangan. seblm beli surveyla bank rate kaw2 terlebih dulu. nanti share info eh?


D.R.
aku kena cr blk tabung haji yg kaler ijau dapat tem bukak akaun dulu tu. mana tah aku letak. rasa dlm masih ada 10 hengget. huhuhu


putu
buleh la start ikat belanja benda2 tak perlu dr skrg. heheh. eh..sspn anak dah bukak?


ai
bolehhh nok. kena usaha kuat sket ler. hehehe


kog
pastu jgn lupa pacak tulis situ. "tiada duit di sini" huhuhu


yb
nak ilmu ko kena jumpa dia bang...


isabelle
hahaha. a'ah. seberang laut gak tu kan?


k.azz
buleh la tanam padi sindri topi umah tu...


zyma
skrg keadaan x bleh nak jangka kan?


daun
yb tu mmg. dia tu biz minded tu. saja jer nak merendah diri tu...

Anonymous said...

Salam perkenalan dari Hanee.

Sememangnya harga barangan sekarang sudah meningkat. Kalau nak ke supermarket, kena sediakan RM 2 kali ganda dari dulu. Sesak nafas dibuatnya.

al-lavendari said...

kaunter "blogsepit"

Tijah said...

hanee
yer. 50 kalu dah terpecah sekejappp jer habis


al
hahahaa. apa2 pun ramai langgan kaunter tu bang

ckLah @xiiinam said...

Petanda awal tak akan dapat bonus lagi tahun ni...

Tijah said...

cklah
hehhee. claim kat pak zahan la jawabnyerrr....

Anonymous said...

alamak! so secary, dah la i dah tak keje... huhu! sib baik WKS buruk tu dah habis byr, kalu tak, botak nizam mikirkan hutang tetiap bulan...

Tijah said...

ayu
kalu nak beli keta sila jgn beli skrg yer sbb rate tgh tinggi. asal bole gerak sudeh. hehehe