Jan 5, 2011

buat kak ros!

to puan rosmah mansor. tahniah atas projek permata anda. bagaimana dgn budak2 ni?

  • autism
  • aspergers
  • add/adhd
  • dyslexic
takde ke special program utk early-intervension? ramai genius terdiri dr golongan mereka jugak tau. contoh: Albert Einstein, Isaac Newton, Benjamin Franklin, George Washington, Abraham Lincoln, Leonardo da Vinci, Vincent van Gogh, Beethoven, Henry Ford, Bill Gates...ramai lagilah. tak larat nak list satu2.

utk contoh disleksia, saya copypaste dr sini. ramai parent yang tak tau ni. antar anak pi skolah, bila cikgu kata anak ada problem...marah plak tu. tuduh cikgu tak tau mengajar. padahal tak sanggup terima hakikat yang anak tu ada masalah pembelajaran.

so, kalau nampak something wrong dgn anak tu, pls take prompt action la ya. jumpa dokter. jgn jumpa dukun plak. sbb masalah ni akan datang once anak start belajar. biasa cikgu tadika akan jumpa dulu. kat rumah mmg nampak normal mcm biasa.

pls take note before it's too late!

yang penting...PARENT JANGAN BUAT PERANGAI BODOH SOMBONG DGN CIKGU!

adios!

________________________


Adakah Anak Anda Mengalami Masalah Membaca?

Jika anak anda menunjukkan tanda disleksia, dapatkan bantuan sebelum masalah ini benar-benar menjejaskan keupayaan. pembelajarannya

Oleh Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin, Pakar Perunding Psikologi Klinikal


Disleksia ialah sejenis kecelaruan membaca, iaitu gangguan pembelajaran paling umum di kalangan kanak-kanak. Keadaan ini bukan disebabkan masalah penglihatan atau kurang pendidikan awal, tetapi dipercayai berpunca daripada keabnormalan dalam otak yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk membaca. Seorang kanakkanak menghadapi risiko disleksia yang lebih tinggi jika ada ahli keluarganya yang lain mengalami masalah yang sama.

Adakah Anak Anda Mengalami Masalah Membaca?

Kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin kelihatan biasa atau pintar apabila bercakap, tetapi mengalami masalah membaca dan menulis. Justeru, dia mungkin mendapati sukar untuk belajar, menyebabkan keputusannya kurang memuaskan di sekolah. Lambat-laun kanak-kanak ini mungkin terasa dirinya “bodoh”, resah, kurang keyakinan diri, atau mengalami masalah emosi lain.

Jika tidak dirawat lebih awal, ia boleh menyebabkan kanak-kanak tidak mencapai potensi penuhnya, dari segi akademik atau sosial. Namun, jangan salah anggap bahawa kanak-kanak disleksia itu “bebal”. Sebaliknya mereka sering menunjukkan bakat dalam bidang lain, seperti muzik, sukan dan seni.

Tanda Penting

Disleksia ialah masalah sepanjang hayat. Namun begitu, keadaan ini tidak seharusnya menjadi sumber keresahan anak anda atau menjadi penghalang kejayaannya. Dengan intervensi awal, kanak-kanak disleksia boleh belajar untuk mengatasi masalah ini dan mencapai kejayaan di sekolah dan juga dalam kehidupan. Justeru, anda digalakkan untuk mengenali tanda umum untuk mengesan disleksia di peringkat awal hidupnya.

Fakta Disleksia

Menurut Kementerian Pelajaran, kira-kira 314,000 murid sekolah di Malaysia menghidap disleksia.

Sumber: The Star, 16 Mac, 2009.


Tanda Umum Disleksia

Common Signs of Dyslexia

Berbincanglah dengan doktor anda jika:

  • Keluarga anda mempunyai sejarah disleksia.
  • Keupayaan membaca anak anda berada jauh di bawah tahap yang dijangkakan bagi usianya.
  • Mendapati tanda masalah pembelajaran di atas pada anak anda.
Doktor akan merujukkan anda kepada pakar psikologi atau pakar lain untuk menjalankan penilaian formal terhadap anak anda untuk mengesahkan disleksia.

Bantuan untuk Disleksia

Apabila disleksia disahkan, doktor atau ahli psikologi biasanya akan mengesyorkan program pendidikan pemulihan bagi kanak-kanak terbabit. Program khas untuk individu disleksia ini membabitkan guru terlatih khas atau pakar bacaan untuk mengajar teknik dan strategi khusus bagi membantu mereka belajar membaca, menulis, mengeja dan memahami bahasa dengan lebih baik. Kanak-kanak disleksia boleh belajar seperti rakan sedarjahnya yang lain apabila dia mengamalkan teknik dan strategi tersebut.

Sokongan dan galakan ibu bapa boleh mencepatkan lagi proses pembelajaran anak mereka yang mengalami disleksia. Ibu bapa boleh memperkukuh segala yang dipelajari dengan kerap membaca kepadanya dan juga memberinya masa untuk membaca seorang diri atau bersama. Lebih penting lagi, jadikan aktiviti membaca menyeronokkan dengan memilih bahan bacaan yang menarik minatnya. Dan galakkan anak menyertai kegiatan yang dilakukannya dengan baik, seperti melukis, muzik, drama atau bersukan.

Belajar menerusi Bermain

Belajar membaca mungkin lebih berkesan apabila membabitkan permainan. Cubalah permainan berikut:

  • Main makan perkataan. Perkenalkan perkataan baru kepada anak menggunakan biskut abjad. Dia dibenarkan makan biskut apabila menyebut perkataan dengan betul.
  • Main sorok. Tulis perkataan atas kertas dan sembunyikan di sekeliling bilik. Apabila anak anda menemui perkataan kertas yang disorok, suruh dia baca perkataan yang tertulis. Ini akan membantunya mengingati perkataan tersebut.
  • Mencari harta karun. Sembunyikan sesuatu barang (contoh mainan kegemaran anak) dan buat beberapa nota bertulis untuk memandunya mencari barang yang tersembunyi itu. (contohnya pergi ke dapur, lihat di bawah meja, lihat di dalam laci). Ini membantunya membaca dan mengikut arahan.

33 comments:

Ayako A. said...

adik saya dileksia :D

tapi saya sayang dia.
dia tak bodoh, cuma agak lambat sedikit dari orang lain.


ramai yang ada masalah gini, tp itulah.. tak ada program sesuai bagi diorang..

Hezesuze said...

baru tau info pasal ni uols...pasni kene pantau perkembangan anak2 ler..

bungacahaya said...

Walaupun saya lom ade anak tp saya sonong Kak Tijah bertanding (oppsss bukan)...saya sokong pendapat Kak Tijah.

Program ni mcm terlampau elit la. Just imagine, for sure la this grup of anak2 mesti masuk SBP, masuk U, keje best2. Abes yg tak permatapintar camno? Jd 2nd/3rd choice kah?

Siti Noor Aminah said...

jangan pinggirkan mereka, kerana mereka juga permata negara.


*skemanya ayat

catz said...

jom tetel.
hahahhaha.
azam 2011.mkn tetel dgn tijah.
:)

Unknown said...

I have checked the school with dyslexia programme in KL. In Taman Maluri... Babe... thanks for the time yesterday. Stephanie babe!

Ms.Lilies said...

tq nok info ni..
aku tau details psl autism je..
sbb ada 1 blog tu anak dia autism...byk info dr sana aku bljo

Tijah said...

kasih
org gini mmg tak bodoh. dia cuma confuse. sbb tu approach yg betul kena ada.


heze
yer. etlis seawal anak 4 taun dah kena pantau betul2.


bungacahaya
dah keje best2 pastu list nak bayar ptptn kan? wakakaka. org atas byk yg lepas pandang benda cenggini.


gc
yer betul. jgn pilih kasih kannn? kita pun pandai gak pilih kerajaan...


catz
errr. bukan aritu 1/1/11 azam nak kurangkan koresterol ker nok? kihkihkih


tic
no probs. heyyy. lepas ni kena cari tempat makan with soundproof seat aaa? hahaha.


mimi
aaa. learning disability ni ada byk nok. kalu gugel mmg tak abes punya. apa2 pun anak ni kena pantau betul2. kekadang nampak biasa tapi dlm kita tak tau kan...

lilRed Farah said...

bespren saya disleksia, bukan bodoh, cuma ada masalah eja n sebutan.

contoh: kenderaan - kerendaan
ngeri - neri
kecuali - cekali

there are certain letters they cannot see ( or feels it hard to say it they just skip) atau pon nak eja payah. some ppl say they are pelat, but they are actually dyslexic.

and latest just find out, adik sedara plak dyslexic. kesian die sbb semua org berlumba nak dpt nombor satu, but during exam, she is not given extra time to answer the papers. can still remember masa di UK dulu, ade classmate yg dyslexic, they always get 30 minutes to 45 minutes extra time due to their condition.

haih la Malaysiaku indah

tasekM said...

sebenarnya ramai yg disleksia nih. cuma ramai yg tak amik kisah.



.

ayampinko said...

hem ilmu nie..tqtq

kutak jinggong said...

salam kak..

Antara penyakit utama pembelajaran. Masalah bukan pada pelajar sahaja tapi juga pada pengajar. Ramai pengajar selalu tumpukan perhatian lebih pada pelajar2 yang bijak dan abaikan pelajar yang kurang cerdik.. padahal yang kurang cerdik lah yang patut diajar lebih...

chai n tea said...

adik saya pon disleksia
dia pandai membaca umur 10 tahun..

now dah 26 tahun...engineer you

imanamani said...

cik tijah...

anak kita peringkat awalan autism.
mujur cepat bawa jumpa doktor..

sekarang dah darjah dua.. masa darjah satu cikgu terus suruh pegi sekolah khas.. tapi sekolah khas yang ada bukan ada untuk autism secara menyeluruh..

usaha dan usaha..Alhamdulillah.. anak saya getting better... :)

||alis|| said...

makaseh atas kesedaran kakjah.

hmm sedikit pasal Permata nih, dalam ramai2 students kat sekolah adikku (sbp), cuma sorang jer yg dapat. lepas tuh pi la sana pi la sini pasal kena ikut prgram dll, pmr baru nih 7A.

habis stress budak tuh adikku cakap. banyak masa habis kat luar.

aNiS tHe BumbleBee said...

tgk citer aamir khan aritu..best! tajuknye tara zamen par.citer pasal budak dyslexia.sgt bagus bg org2 yg xpaham pasal masalah ni.

Chik Att said...

huhuuhu ... Permata pun permata laaa...

apasal bawang besar naik sampai rm5.50 sekilo.....

uhh .... ada kena mengenaaa ke Jah ... Soriiiii ..

hai said...

anak akak penah didiagnose sebagai dyslexia...itu pun perasan sendiri,bila tgk dah thn3,masih x pandai membaca...ambik insiatif sendiri pegi wat assesment kat persatuan dyslexia,titiwangsa...masa tu akak dok kat pekan,phg.
zaman tu x de sgt guru mahir dlm bidang ni..terpaksa luang byk masa untuk dia..alhamdulillah sekarang dah nampak byk peningkatan.tahun ni nak ambik spm...bdk dyslexia agak lambat tapi kalau mereka rajin sikit,insyallah mereka akan berjaya...mereka sentiasa perlukan sokongan dan galakan,specialy dari keluarga dan guru2!!

isabelle said...

woh..kaktij ada utusan utk makcik kembang lah..

Tijah said...

farah
yer betul. diorang ni sebenarnya confuse je bukan x pandai. sbb otak translate lain dr benda yg dia nampak kan? statistik makin naik skrg tapi masih org kita ni masih blm ada awareness kan. salah sapa tu? malaysia volehhh!


tm
a'ah nok. ramai tak kisah sbb diorang tak tau benda nih.


ayampinko
sama2. :D


kutak jinggong
nak senang kerja kot. tapi mmg respek la pada pengajar2 yg passionate kat kerja diorang kan?


chai n tea
kannn? kalu approach nya betul misti boleh punya. tahniah buat dia...


imanamani
betul. kelas khas biasanya campur2 so mcm mana nak buat different approach kan? lain difficulties lain teknik dia.


alis
stress woo cenggitu. sok dah besar meroyan tak sudah la jawabnyer sbb kurang enjoy childhood masa kecik2. saiko wooo!

Tijah said...

anis
oh ada ehh? aku yg citer shah rukh khan pasal autisme tu pun blm dapat tengok lagik. nak cari ahhh...


chik att
bawang naik rege mak tak kisah sbb mak kurang minat bawang kecoli bawang goreng. eh bawang jugak tu kan...


hai
mmg kak. kawan sy ada anak disleksia mula2 ingat dia slow learner tp tak sebenarnya. dia x slow langsung cuma kena ada teknik khas utk dia betulkan benda2 terbalik yg dia tengok tu kan. org yg tak rasa tak tau. pandai nak blame jer.


isabelle
hahahaaa. mcm la dia baca yer dak? tapi tetapppp la mak nak komplen jugak.

Mommy Ummar said...

salam..saya new reader kt sini.
mmg setuju sgt2 dgn post ni.
anak sy diagnosed autism, masa dia nk masuk umur 5 thn last year.
since then, dh byk tempat kitorg bwk utk assesment & therapy.
nk cari kindy pun susah, sbb almost semua kindy reject kalau kita ckp anak kita special need children. alasan diorg cikgu diorg takde skill & experience handle budak2 mcm tu. adeihh..abistu mcmana nk ada skill & experience kalau x belajar & tak cuba.
*penin*

skrg alhamdulillah dh jumpa tempat yg sesuai..kesimpulannya gov support mmg amat mengecewakan utk anak2 mcm ni.

ibundo said...

tahun ni ado sorang budak akak yang tulih tebalik. betul2 mirror image. Ni ado sorang lagi ni yang takdo tumpuan langsung. asek kehulu kehilir. ayah e garang pulak tu. nak cakap kek ayah e yang anak e tu ada masalah.. cgu2 pun kocut.
Jah.. blog kau ni tompek hiburan. jangan tutup. N3 kurang takpo.
err..bilo kito nak poi makan2 ni hehe...

chai n tea said...

kak tij..

suh mereka2 yg tak paham pasal disleksia nih tgk citer hindi

TAARE ZAMEEN PARR..siyesly menusuk kalbu..menangis aku

kisah budak2 spesel cm adik ai gak

Kak Lia said...

anak akak pun ada tanda2 cam tu(tapi sikit aje)....cume dia kurang fokus....

Mak dia pulak cam bini tarzan....

shija said...

mak stujukkkkk ngan dak tijahhhh!!!eh!budak ke si tijah tuh???hahaha

Anonymous said...

bila boleh detect ek penyakit tu...saya bukan takleh baca..malas baca.haha

Tijah said...

theveryery
anak kawan sy CP pun sama. org sini cakap no hope. last2 dia bawak therapy sampai s'pore sana. skang anak dia dah hampir boleh jln sbb kaki dah kuat. see...benda2 ni ada solution dia. org atas buat apa? antar org pegi bulan? buang duit jer...


kpah
sian budak2 tu kan kak? tu la kekadng mak bapak diorang ni cepat na mengalah "biar la dehh. dah anak sey centu nak buek cano". suh pi dokter tanak. suh pi terapi pun tanak. nak jumpa? insyaallah...minggu dpn saya roger akak. minggu ni bz sket nguruskan skolah anak.


chai n tea
kita pun ada citer autisme jugak dengarnya aritu. tapi pengarah buat citer tak study dulu. lain kriteria yg ditunjukkan dlm drama tu. apaaraaaa...


mama
aaaa. kena bawak pegi check tu. kalu awal2 buleh kita buat mcm2 terapi utk dia. kurangg fokus pun salah 1 simptom jugak tu kekadang.

Tijah said...

cija
budak aaa...blm 40 lagi maaa. ehh. ko dah masok 3 series sama cam aku kannnn? welkam to the club noks.


puan capa
biasa detect once budak tu masok skolah. sbb dia akan confuse d/b, p/q. lebih kurang cenggitu la. kekadang budak malas baca sbb dia ada kepayahan nak baca. aaa. simptom jugak tu.

su said...

baru tau..mekaseh kak tijah..


~tice su~

Tijah said...

tice su
sama2 su...

Dart Hyda Osman said...

Saya ada dengar pasal penyakit disleksia ni sebelum dari seorang kawan..dia kata anak dia alami masalah ni..tapi tak ambik port sangat..bila baca entry kak jijah ni tetiba teringat kat dia plak..hmm..memang banyakkanak2 yang alami masalah ni di Malaysia..dan saya dah jumpa seorang yang mengalaminya secara kritikal..tahun ni nak ambik UPSR..pening kepala mak dia..selalu datang ngadu kat rumah..hmm..

Tijah said...

alin
yer. sbb tu kena pantau anak tu dari awal. kalu dah nak masuk exam besar2 baru perasan cam dah lambat sket la kan?