Feb 10, 2011

tekan

saya tertekan!
saya tertekan!
saya tertekan!

perasaan yang dasyat.
kontraksi itu datang hampir 5 minit sekali.
ya bang!
saya tertekan tengok benda ini.

kawan2!
perlukan sokongan moral anda semua.
marilah ramai2 berikan tekanan kepada encik carlos.
agar beliau membelikan periuk tekanan dengan kadar segera.
dengan mengisikan tempat kosong.

"tijah memerlukan periuk tekanan kerana ____________________"
(tidak lebih dari 100 patah perkataan)

boleh juga sajes brand & harga.
sekian terima kasih.

p/s : pau mengepau membawa bahagia!

34 comments:

aza ni said...

salam tijah


nanti dia belilah tu....

Yunus Badawi said...

sebelum dia tekan ko malam ni ko bisik aje kat dia. Jgnkan periuk mcm tu, periuk api pun dia belikan hehehe

opps carlos kat rumah ke atau kerja shif malam? ngeeee

Ze_Mhis said...

hahahahaa.. cepat kak. ketuk ketampi skali barang 10 kali

Tijah said...

azani
ko tak cukup kasi tekanan tu bang


yb
ni buat apa mlm2 tak tido lagi ni? hahahha


piah
sapo...akak ko carlos? hehhehe

Ms.Lilies said...

Aku mcm tau ko kena bg tekanan kat carlos part mana



Hahahahah

Yunus Badawi said...

aku tunggu adam tido huhuhu.

Sambil tu tengok2 jugak kalau ko online hahaha

DeLancrettLurpak said...

tijah memerlukan periuk tekanan kerana semua periuk yg ada kat umah kat tak cukup tekanan, low blood pressure, no good mehhh!!!

Madam Sooyaree said...

tijah memerlukan periuk tekanan kerana ianya selaras dengan periuk megik yang sedia ada.

Fatt said...

nak cuba la..

kak tijah memerlukan periuk tekanan kerana masakan kak tijah akan lebih berseri dan enak jika di masak dalam periuk ini (ayat kipas somi akak)...ahahaha :P

Huda Ramlee said...

kak tijah memerlukan periuk tekanan kerana kuasa magik beliau akan bertambah-tambah dengan adanya periuk ini sebagai instrumen dalam menghasilkan makanan-makanan yang berkhasiat...

p/s: ada adiah untuk slogan tebaik tak..hehehe

ibundo said...

tijah memerlukan periuk tekanan kerana tidak tahan dengan tekanan perasaan bila memasak daging yang kelembutannya asek tertekan-tekan.

Anonymous said...

kak..nak masak apa dalam periuk tekanan tu

zonaku said...

hehehee.....
pe kata akak buang semua periuk y ada dlm rmh...
pasti sepantas kilat dpt periuk baru ni

Kaseh said...

tijah memerlukan periuk tekanan sebab dia nak mengurangkan tekanan yg dihadapinya.. silala beli dgn kadar segera kalau tak dia akan mengamuk seantero donia blogger.. lalalalal

kucingorengemok said...

"tijah memerlukan periuk tekanan kerana dia cun... kamon abang carlos!"

aku dengar amway/noxxa punya ok, 800-900 kot tengok la kalau upline kasi diskaun, keh keh (aku rasa kau dengar upline/downline je dah gigil)

wos said...

-marilah ramai2 berikan tekanan kepada encik carlos-

eh, eh.. tak payah ramai-ramai tijah. aku sorang pun dah cukup untuk memberikan tekanan kepada abang kalos!

*ok.ok. aku dah sedia nak kena rebus dlm piuk itu*

Nizam.Ariff said...

Aku sajes, sementara menunggu Carlos buat keputusan, ko cuba masak pakai periuk biasa dulu.

Ko duduk atas periuk tu, beri tekanan sikit. Tekan lebey sikit. .. tapi kalau ikut sais-sais periuk tu, ko tak yah tekan kuat sangat kut. sebelah kaki je pun dah cukup tertekan periuk tu...


peace Jah... peace...

.

Lazyf said...

"tijah memerlukan periuk tekanan kerana PERIUK TEKANAN JUGA MEMERLUKAN TIJAH..."

buleh tak buek ayat camnia kak tij...hehe

kak long said...

"tolong lah en.carlos...perasaan tijah sedang tertekan....sebelom en.carlos tertekan dan 'menekan',sila belikan periuk tekanan rendah...supaya tekanan darah nya stabil" sekian...
tak sampai 50 perkataan punnn...!

tasekM said...

periuk tekanan tu maksud tersurat.

maksud tersirat aku syak ko nk mintak tekan benda lain ni jah....

laki ko kerja yek mlm tadi...?

kikikiki....


:p







.

Chik Att said...

ko...ambik paku ... kooo tebuk lobang semua periuk ...

cakap ngan carlos..... semua piuk...dah bocorrrr ... cam ne cam neeee ...

skrg ... ada periuk multifuntion....

lina said...

dear en carlos,

tijah memerlukan periuk tekanan kerana....

dia takmo tertekan..
kalau dia tertekan nanti dia akan di serang ... tekanan perasaan soooooo sebelum dia kena tekanan perasaan baiklah en carlos berlari ke sogo yang berdekatan dan belikan satu periuk tekanan jenama TEFAL dalam kadar yang segera utk mengelakkan tekanan perasaan pada puan tijah ...hehehehehhe takkan nak biarkan dia depressed?

Insyirah said...

MIL saya ada sebiji. Harga bleh tahan mahal plak tu. Takut nanti Encik Carlos plak yg tertekan. Kihkihkih.. :)

aNiS tHe BumbleBee said...

gile ko kak nak periuk smpai kontraksi.kakakakaa!!!

megat isa said...

motip~

megat isa said...

"tijah memerlukan periuk tekanan kerana supaya dia boleh tekan segala yg dia nak ok??"

hanie said...

wahh...chentaku diperiuk la pulakk hahaha

Acik Erna said...

jah..periuk tekanan ni..akak takut..
maso mulo2 keluar..kawan akak ado boli..tah apo yang tak boto..maso dah masak..nak bukak..melotup..melambung kesiling..lansung akak tak berani..
walau pun masak ketupek segera 10 minit yo..rebus kacang lagi la..2,3 minit yo..
kawan akak la cerito..akak dah takut..tak nak borangan dah..

Tijah said...

mimi
ko memang kannnn? suka buat tuduhan. hahaha


yb
aku salu nyorok jer bang. ai kan pemalu....


lurpak
kannn? dah la piok yg ada semua sais kecik2.


madam sooyaree
pandaiii. baru boleh ada feeling chef handalan kan?


fatt
nanti sapa yg untung dapat makan sedap? somiiiii jugak kan?


huda
pergh ayat saintifik. ada..ada hadiah. serbuk kunyit sepeket bleh?


kakpah
kihkihkih. nak telucut gigi pelesu kak kan? opppsss...kantoi lak.


puan capa
nak masak sop kaki ayam. lama na nak tunggu empuk.


zonaku
yelahhhh. idea bagus tu...

Tijah said...

kaseh
nanti dia tanak update blog kan? tak pun tutup terus sbb tertekan.


kog
alahh. bawah 500 xde ke? aku bukan nak buat katering nyah. hikhik.


wos
apa maksud mu wos? yer. ko masok dlm tu...misti cepat empok mcm lemcop kan?


aku
ko punya cadangan tu pun dah cukup buat aku tertekan bang nijam. yer. pis no wor.


lazyf
bulehhhhh. buleh belahhhh. wakakakaka. jahat kau...


kak long
alamak. piok tekanan rendah ke tinggi tu. kang lambek na masak eh langsung pitam dak tijah tu.


tm
takde maksud tersirat der tas. dia tak sama cam mimpi baldi hilang tu. kihkihkih.


chik att
bernassss. bernasss. piok multifuction? caner tuh? cer citer. cer citer. berminat nihhhh...


haslina
kannn? tak baik buat bini stress kan? berdosa disitu. tefal? menarik tu...cadangan adalah KIV...


sekuntum lavender
sekuntum jer? eh. hehehe. apa brand? harga brp? takpe..mahal sket bleh buat installment cam MLM. heheh


anis
wooo. bukan takat kontraksi...periok boleh buat aku pecah ketuban tau tak. (mana datangnyer ketuban tu pun aku tak tau)


kau kesah ke?
bagusssss. tekan ok...bukan tekentut.


hanie
ehhhh. saya mmg pencinta periuk sejak dr dulu lagi.


k.erna
sey ado gak donga tu. tapi kalu ikut boto2 manual ok kot kak. takpo. kok sey tak update blog lamo sok...samting wrong somewhere la tu. hehehe

sudipVSsenduk said...

jah..aku ada sejibik periuk mcm tu jah, cik abe belikan hadiah 2 tahun lepassetelah aku tekan dia cukup2.. $200je.

Umie said...

i feel in the blank...that's why i can't fill in the blank... huhu

akak ipar aku ada tolong beli PC nie kat Langkawi.. RM130 ke RM150 ntah...besar & sgt puas hati dia punye performance.. besi lagi tu..kalau aluminium x tahan sgt..;-)

PUTUBAMBU said...

go tijah go..!
selamat mengstresskan en. carlos ngan permintaan awak itu..

wa sokong..!

Tijah said...

sudip
nak kena tekan baru dapat beli ekkk? hahaa. nak buatlah...


umie
wahh! murah tu. tapi kat sapa plak aku nak kirim ek?


putu
kang sapa ygg dapat makan? diaaa jugak. khannnn?