Aug 6, 2008

keledek

rencana ini dipetik dr www.kakjahpedia.com
.
Tahukah anda bahawa keledek, saperti pisang, merupakan bahan makanan yang lengkap dengan beraneka zat? Sekalipun ia berkanji, keledek rendah kalori dan tidak mengandungi lemak.

Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Sains bagi faedah umum di Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati keledek kaya kabohidrat kompleks, serat, beta carotene (sama nilainya dengan Vitamin A), vitamin C, vitamin B6, kalsium, zat best dan potasium. Zat-zat ini dikatakan berupaya melindungi seseorang yang rajin memakannya daripada serangan sakit jantung dan angin ahmar, kencing manis dan darah tinggi.

Satu ujian yang telah dijalankan ke atas haiwan mendapati keledek membantu memantapkan paras gula dalam darah (kencing manis) dan merendahkan tentangan terhadap insulin. Salah satu sebabnya ialah kerana keledek juga kaya dengan caretenoid. Satu kajian sebelum ini mendapati bahawa caretenoid dalam jumlah yang banyak dalam tubuh seseorang itu dapat mengawal paras gula dalam darah. Kajian saintifik yang masih berjalan juga menemui sejenis protein dalam keledek yang mengandungi zat antioxidant, berupaya mencegah penyakit barah. Sesetengah pihak di Amerika Syarikat, termasuk selebriti televisyen terkenal Oprah Winfrey kini menggalakkan orang ramai supaya makan lebih banyak keledek demi kesihatan.
_________________________________

motip akak membebel pasal keledek nih??

takde ape. sementara tunggu nak ambik cem blk sekolah tadi, akak sempat la buat kuih keria. keledek baki buat karipap aritu ada 2 ketul lagi. sayang plak nak buang!! kan PAK LAH kata kita kena berjimat cermat, jgn membazir gittew! wakakakakaka!!!!

dan kalau anak korang jenis susah makan nasi, try la ganti dgn keledek ni pulak. buat pengat ke, kuih ke, tak pun rebus gitu saja.
rebus keledek, lecek & campurkan dgn sedikit tepung gandum. kendian, bolehlah bentukkan dia sesukahati anda...

deep fry, pastu tabur gula halus sket. coating lite2 jer takyah manis2 sgt. 2 ketul keledek dpt 13 bijik kuih. so akak dah seb 5 hengget okeh!!
tengok dedekat sket!!!
dlm keta & masih berbaju skolah. sempat habiskan 3 ketul sementara nak sampai rumah uwan.

lunch akak. my feveret unsalted tempe cicah sos kuih udang alor gajah! sodapppp!!!!!

9 comments:

Anonymous said...

best kanzz..aku suke kerie dari donut coz kerie ado rase keledek eh,donut harap rase topong,huhu

*somelnyerk budak pemakan donut/kerie tegar niek..muko dah cam donut tekau

-acu-

Rahayu Abdul Rashid said...

pecahh rahsie....rupenya keria ni dibuat dari keledek...akak taktau okehh! padahal pg td akak melantak keria sebijik...hahahha, jahilnya diri ini ttg makanan (masakan sebenarnya hahah)

wah! kalu camnie kakjah suker tempe, leh la picnic sesamer mantan MB selangor..sambil makan-makan tempe...hahahaha!

Tijah said...

cija - sib baik aku pakai keledek putih. kalu yg merah tu mesti kuwe aku jadi lobam cam kuwe telingo koling kan??

ayu - keria tu buat dr keledek yang oi! ni nak kena buatkan eksaiklopedia kuih2 tradisi budak nih...tempe mmg sodap. hari2 mkn pun xpe. maklum la nak membotox mahal nyah!!!

Anonymous said...

g kat blog kak jie, baca topik ni

http://www.kujie2.com/blog-tutorial/buat-sidebar-kiri-dan-kanan.html

kalau tak faham..nnt kita diskus len

Tijah said...

tq kjie!!! lebiu

Izzu Izzuri said...

Jek..Apo masalah eh kau nih??
Tiap kali entry kau psl mknn mmg keliur dibuek eh..
Dahlah feveret aku mmg kuih keria..
Nih yg nk sggh ghombau tapau keledek nih..Takpun, tapau kek umah kau yolah..Kihkihkih! Kau kan kak jah katerer..!! wallaweehh!!

Tijah said...

jek, keliur tgk gmbr tu bkn apo...sbb mungkin teknik fotografi membantu samo. hehehe..aku kalu jadi keterer, tutup kodai gharizah kang. wakakakak!!!

ita.itu said...

wah mcm sng jek..tp mlas gak aku nak buat..haha

NieZearm said...

aku nk tunggu siap je. pastu tolong makan...