Sep 30, 2011

shame shame

semalam seharian saya dijalanraya.
nilai - bangi - bangsar - damansara - ttdi - bandar sri damansara.

last session jam 7.
ok dah la tu.
masa utk pulang kepangkuan keluarga tercinta.
on gps dan terus ikut arahan tanpa prejudis.

eh!
15 minit kemudian saya tiba2 berada di jinjang!
kongajaq!

tak boleh jadi ni.
ini misti ada jalan yg tak update.
off gps dan kembali kepada manual.
cari signboard ke seremban.
dekat 45 minit baru nampak jalan kebenaran.

lega!
lepas tol sg. besi saya pasang radio kuat2.
nyanyi2 dengan senang hati supaya tak mengantuk.

lalalalalalala...

eh dah sampai exit rasah.
raba2 tiket.
alamak takde!
saya tarik hembrek dan senyum pada adik penjaga tol.

kejap akak cari tiket eh!

omg! omg! omg!
mana aku letak tadi ni?
cari punya cari punya cari.
siap tertonggeng2 dlm kereta.
aiseh! kereta dah banyak pulak kat blakang!
waaa!!! mampos la kena bayar rate dr perlis ni karanggg!

kak!

jap dik! jaaaaapppp!

kak!

jap la dik. ada ni. mana tah letak tadi. kejaaapppp je.

kakkkkkk! dia panggil kuat.

aaa? saya dongak.

akak masuk pakai touch n go ke tadi?

a'ahhhhhhh laaaaaa.
bangang tul!
memang la takde tiket kan.

gua hulur tng.
muka gua panas beb!

Sep 27, 2011

boleh?

ini result mid-term sebelum raya aritu.
bulan puasa.
subject lain ekselen.
tapi maths sedih!
69% je.

bangga betul gua!
pandai betul dia meniaga.

telur.
telur.
telur.

semua kosong!

susah ke? gua tanya
tak. senang saja. dia jawab

habis apasal tak buat?

bicozzzzzzzz...
i'm too hungry to think!
selamba...sambil menuju ke dapur utk bancuh milo.

boleh?
pandai menjawab skang kan?

Sep 16, 2011

baru boleh geng!

tijah & son pegi ocean.
jalan2 tanpa arah tujuan.
saja buang masa.
konon2 having a good time together.
maklum la abah eh keje.

sebaik lintas kedai cd, dia ajak masuk.
tak cakap nak apa.
tapi tercangak2 cari benda.

nak cd maher zain baru ke?
(previous release dah ada)

tak!

upin ipin raya?

tak!

abes nak apa? cepat la mami tolong cari!

wamwahwam.

apa tu?

mawu mawu...tapi mawu...kini bawu ku tawuuuu...

oohhhh! ok. mari kita cari sama2.

(anak gua ada masalah dgn L & R. haih)

Sep 13, 2011

kegemaran terkini

mengalami masalah penghadaman?
perut rasa tak best?
berangin?
memulas?

jangan risau.

marilah cuba resepi baru saya.
dijamin keberkesanannya.

gin-jah lemonet.

cara penyediaan?

1 cawan air 200ml
1 peket eno halia
1 sudu gula
2 biji limau kasturi
ais secukupnya

campur semua.
kacau2.
last baru letak eno.
(kadang2 letak sedikit sunquick mangga - sedap)

saya guna limau kasturi. wangi!
limau nipis bau seperti air mandian jenazah. tak suka!

air dah siap saya tak sempat snap.
sebab tak sabar dan rasanya pula sangat refreshing.
lepas minum pasti sendawa dan kentut maksima.
lega!!! walaupun agak mengganggu keharmonian rumahtangga.

cubalah!

Sep 7, 2011

selamat hari raya uols!

kellas kau julia!
update sebulan sekali skarang.
bajet artis kan?
bz shooting katanya.
ketupat ketupat cinta.

btw...
ini kejadian sebelum raya.
last day hari jumaat tu kan...
saya ambik cem dari sekolah.
tunggu tepi tong sampah.
dah situ je clear.
bangku lain semua geng2 makcik van dah cop.
cheit!

tak blogger lah kalau tak snap walaupun tong sampah kan?

jangan bagi siapa siapa baca.

comelnya!
oh! saya rindu zaman persekolahan saya.

tu je lah saya nak cerita.
cerita raya biasa2 saja.
tiap2 taun pun sama.
boleh baca cerita2 lama.

last sekali...
selamat hari raya ya!
maaf zahir batin buat semua.