Nov 28, 2011

an evening in the backyard

kurrrr...kurrr...kurrrr...
dia panggil ayam.
bila ayam dekat, dia hentak kaki.
bertempiaran ayam lari.
hahaha!
dia suka hati.

kuekk...kuekkk...kuekkk...
dia panggil itik.
bila itik dekat, dia hanyun tangan.
mencicit itik lari.
hahaha!
dia sangat happy!

ootttt...otttt...otttt...(ntah betul ntah tak, gua pun tak tau)
dia panggil angsa.
bila angsa dekat, dia sepak dengan kaki.
tapi angsa tak lari...

hahaha! (mami pulak ketawa)
padan muka.
angry bird kena sudu dengan angsa.
buat lagi ya...

Nov 25, 2011

jangan la...

nak cerita la sikit ni ha.
tadi kannnnnn...
saya pegi sarapan dengan cem.
then masa nak bayar tu kannnn...
pacik cashier tu cuit2 pipi cem, bagi gula2 sebijik.

anak ko ni?

iyo cik.

lawa...macam omak eh.

aaaaaaa...
muka terus kaler sirap limau.
amek duit belen...
laju2 masuk kereta sambil blushing.

eh tak.
sebenarnya saya nak ucapkan...
selamat berhujung minggu buat semua!

:D

note : nanti saya nak pegi lagi kedai pakcik tu. hahaha.

Nov 23, 2011

sarapan di mana?

rutin 2 kali seminggu adalah mempuri.
ya.
capati corner depan ipd seremban adalah yang terbaik setakat ini.
biasa lepas hantar cem ke sekolah, saya akan ke sini dulu.
then baru balik mandi dan bersiap untuk ke sawah.

saya makan sorang2 sebab anak tak suka, asben pun tak suka. mak ok je!

puri nipis, lembut, tak liat, tak berminyak. best!
dhal pekat, kacang2 tak hancur sangat. best!
kari kambing kering, takde santan, rempah tak overpowering. best!
nescafe tarik nipis guna susu f&n. best!

kenyang sampai pukul 3.
alhamdulillah!

pegi la try.
tapi parking adalah susah.
sebab selalu full house.

tips...
masuk dalam ipd.
park dekat2 dengan guard.
angkat tangan, tabik hormat...
"tuan! tumpang parking 15 minit ya. nak makan jap"
siap.
parking free dan dijamin selamat.

good luck.
sebab bukan semua dapat parking situ.
kecuali yang ada senyuman menawan macam saya.

selamat hari rabu!!!

note :
1. saya suka so saya bagitau. kalau ada yang tak suka lepas makan jangan salahkan saya ya. maklum la rambut sama hitam tekak lain2. peace!

2. sebenarnya kambing lagi bagus dari lembu. so amalkan la tapi jangan selalu.

3. kari tanpa santan adalah sangat sedap!

Nov 19, 2011

salmon berinai

hai apa khabar?
hari ni buat apa?

saya?
tadi siang ke senawang topap nitrogen untuk tayar.
then lajak ke giant beli barang dapur.
dem!
lupa hari ni sabtu takde plastik.
bag tak bawak pulak.
so masuk tengok2 je lah kot.

ujung2 terbeli jugak.
salmon sekeping, daging aussie, fillet ayam, udang & petai yang siap kopek tu.
tu je.
sumbat dalam handbag.

sampai rumah tak tau nak buat apa dgn salmon tu.
mana penah masak salmon seblm ni.
selalu talapia, keli, tak pun ikan biasa2 je.
nak buat salmon petai cili api...macam kelakar.

last2 sekeping lebar tu saya marinate.
bawang putih, lada hitam, minyak masak & rosmary.
guna resepi ayam rosmary saya.
oh garam gula sikit.
perap 1 jam then grill.
selalu tengok kat restoran dia serve dengan sos ek?
makan dgn sos aminah hasan macam tak western.
so buat la sos putih.
butter takde.
minyak masak pun boleh la.

sos putih?
bawang besar chop-chop, tumis sampai layu then masuk tepung gandum sikit.
oh ya, tumis dalam kuali bekas grill ikan tu ye.
sayang belen2 minyak dia...wangi tu.
bila tepung dah bercampur rata dgn bawang, masukkan susu pulak.
fresh milk takde so saya pakai susu pekat manis tu bancuh air sikit.
janji susu.
kalau takde mmg saya pakai santan kotak tadi.
(oiii resepi apa ni?)
then tambah garam & black pepper sesedap rasa.
gula takyah letak dah sebab susu tadi dah manis.

boleh la kan?
siap sudah salmon rosemary saya.
sos putih saya suka pekat2 mcm tu.
texture macam mashed potato.
sapa suka cair boleh la tambah lebih susu.

projek terkini.
menginai kuku.
thanks k.erna bagi inai aritu.
saya tambah gambir & air limau sikit.
merah yu! :D