Aug 28, 2010

isk!

tengahari tadi cija call.
ajak pi kubur atok.
kol 12 tepat.
mak aihhhh!
panas tuuu...
matari atas kepala.

takpe.
pegi je la.
lagi pun mmg nak keluar beli ayam.
nak buat sambal.

cija : ngahhh! putih lawa kan? nampak bosehhhhh yo.


tijah : apolak. ceklat la lawa. tak kotor!!!


aji usop : takdo dohhh! omak kau nak cengal.

cija : eh ngahhh!!! itam pun ok la. tengok tu. siap ado bangku laie sebolah eh!


sedang kami gaduh lite2...

oii! oii! oiiiiiiii!!!
apo burak2 ni.
baco doa copek.
buleh kito balik...
paneh niii...

lagi pun...
tak elok buek bina-binaan eteh kubo ni dohhh!!!

haa...
kan sazah dah saun.
padan muka.
dgn aji usop sekali kena.
lenkali nak bincang batu kubur atok...
jgn depan dia.

al-fatihah
allahyarham ali bin bujai

Aug 26, 2010

ok la. tak jadi raya genting.

wahhh!
dalam pada ngadu takde mood nak raya kononnya.
sempat gak rembat sorang sepasang kan...

kaler ijau tua.
kain adalah lembut & sejuk.
sekali pandang terus jatuh cinta.
yer.
saya percaya pada cinta pandang pertama.
(uwekk!)

letli...kulu kilir bawak sample baju carlos & cem.
inkes la tersinggah mana2 kan.
kekadang terpegi jln TAR.
kekadang terpegi tampin.
kekadang pkns s.alam.
ikut mana sempat la.

tadi lepas setel keje tengok time...
eh! ada lagi 2 jam seblm amek cem kat daycare.
so singgah KM plaza.
nak balik rumah pun dah alang2.
KM plaza ni femes dgn wayang tamil kat sbn ni.
agak2 rindu rajinikanth boleh la datang sini.

so dapat apa tadi?
baju melayu cem = rm38
baju melayu carlos = rm38
baju kurung pahang saya = rm69
butang baju melayu x 2 pasang = rm5
semua = rm150

hahahahaa...
harga asal adalah mahal juer ok.
sapa nak belajar teknik tawar menawar maut 3 penjuru???
mari sini...
ayam golek 3 ekor + pulut kuning seperiuk sudah lahhh!!!

sepasang je ke?
jadilahhh...
sbb dijangka baju melayu tu tahan sampai 12 thari je.
tiap2 taun centu.
lepas tu misti cari t-shirt balik.
silap2 tinggal pagoda terus.
panas uols.

esok cari biskot pulak.
macam biasa...
paroi jaya.
tunjuk je.
takyah susah2 sukat tepung bagai.
saya tau masak je.
baking tak pandai.
lagi pun...
kesian penjual kalau takde pembeli kan?
(ayat penyedap hati...)

well...
1 jenis dah ada.
terima kasih cik rani dari RHB.
hehehe.

Aug 25, 2010

raya

siriyes tak tau nak tulis apa letli.
macam sudah ketandusan idea.
adakah ini petanda saya harus mengundur diri...
dan kosentret pada fesbuk saja?
ya.
etlis saya boleh shout di wall tanpa rasa bersalah seperti...

"oh! saya ceret beret hari ni'

dan kemudian akan datang bbrp orang yg akan "like" status saya.
atau tinggalkan comment "sabarlah tijah. tuhan sedang menguji kamu"
mmm...
bahagianya.

oh ya.

semlm sazah datang rumah dgn aji usop.
macam perantin baru je dworang tu.
jln2 sana sini.
nak buat apa lagi kan?
dah tinggal berdua je skrg.
kubur atok pulak sgt dekat dgn umah saya...
so lepas ni rajin la diorang dtg sini kot.

saya tanya sazah.
dah beli kuih raya ke?
dia kata malas nak raya taun ni.
takde mood.
nanti org datang dia masak nasik je.
bihun ke...

then...

"lopeh semayang rayo...naik genting pun oke gak kan?"

kemain...

tapi best gak tu.
jgn lupa bawa sebalang tat nanas ke atas ya?

Aug 22, 2010

...

ahad dah kan?
kejap je masa berlalu.

kenyang lagi ni.
tadi sahur saya makan kari ayam + telo masin
carlos pulak...ikan goreng + sambal belacan + sawi rebus
macam byk je makanan kan?
takde la.
perangat je makanan bebuka semlm.

haih...
saya rindu atok la.

ok.
tahlil 3 hari berturut2 sudah setel.
alhamdulillah.
terima kasih pada semua yg mendoakan ye.
terima kasih juga buat acik bariah, acik hasnah & the geng yg byk tolong mak saya.
next time kalu acik buat kenduri dan perlukan bantuan...
just say it...
saya boleh datang tolong potong tembikai.

apa2 pun...

life must go on kan?
yg dah pergi tetap pergi.
yg tinggal kena teruskan hidup.

esok start kerja mcm biasa.
byk benda pending nak kena follow up ni.

jom...
buat appointment dgn saya?
(wah! kau ingat kau doktor?)
.

Aug 17, 2010

buat kali terakhir...

alhamdulillah.
jenazah atok selamat dikebumikan seblm pkl 12 mlm tadi.
org kata...seblm van jenazah sampai...
liang lahad atok wangi sangat.
alhamdulillah rezeki atok kan?
dapat bulan yg penuh keberkatan.

kembali ke rahmatullah petang tadi lebih kurang jam 3.15.
semua sempat mengadap atok semasa perginya.
kat hospital tadi.

terima kasih yg tak terhingga...
pada doktor2, jururawat2 yg bertugas...
pada yg bantu menguruskan...
pada yg datang ziarah...
pada jiran2 yg baik hati tolong prepare juadah berbuka puasa.
alhamdulillah semuanya mudah.
semoga dijanjikan ganjaran hebat buat anda dariNya.

buat atok...
semoga damai disana...disisiNya...
kami akan sentiasa merinduimu...

alfatihah...

Aug 14, 2010

hari keempat...

hai hai hai...
berjumpa lagi kita dalammmmmm...
ketok ketok romodhonnn...

tiba2 keempat?

ye ye cop tajok hari ketiga bagai kan?
tapi takde update.
malas uols.
byk pulak urusan letli.

pagi tadi ada retirement planning training.
best kira duit nih.
korang masa muda2 ni boleh la start menabung ye.
maklom la.
perlukan duit yg byk utk retire sok.
takyah la harapkan anak2.
diorang tu sok silap2 loan ptptn pun tah bila2 nak abes bayar.
lagi mau tanggung ko?

so...
lets plan skrg.
sok dah tua...tinggalkan je budak2 tu...
biar mereka tertonggeng2 dgn loan2 mereka.
rasain la pulak kan?
itu la namanya liku2 kehidopan (ewah!)
kita?
pegi la jln2 makan angin laki bini.
habeskan duit...spend quality time tugeder.
huiii...
best kann??

oh yer.
jgn biasakan cuci taik anak yer?
last week ada real case kat opis...
anak paksa bapak jual ut sbb nak kaver dia punya losses kat share market.
siap teman isi repurchase form kat kaunter tuu...
vodoh punya anak (takpe carots sbb dah buka pose kan...)
dah la tak menyenangkan...
menyusahkan lagi plak tu...
isk!
rasa nak lempang je mamat tu...
dah la muka macam degawan.

ok.
hari ni kita masak asam pedas ikan kembung campo terung je.
lawan dgn telo asin.
kuah kasi banjir bai.
perghhh!!!

kuih?
takde.

eh ada la...
tadi beli potugis egg tart kat baker's cottage.

nak resepi?
takyah la ek?
malas nak taip...

see u tumoro.
.

Aug 12, 2010

hari kedua...

bagus betul la.
takyah susah2 pikir nak letak tajok apa kan?

coppp!!!
jgn tiru ok.
kita cop tajuk centu dr 1 ramadhan sampai la raya sok.
tajok esok...hari ketiga.
konfem.

semlm kita buat roti jala & kari ayam.
bawak utk bebuka kat rumah sazah.
sampai2 sana...
ingatkan sazah dah masak nasik sama laok.
sekali nan ado uols.
hanya gulai petai saja.

sazah tak sempat masak.
sbb atok sakit perut.
muntah2 sampai lembik satu badan.
nak pegang bekas muntah pun tak larat.
sian pulak tengok sazah kulu kilir kuar masok bilik air tukar kain atok.

bila tengok tu kan...
ekceli kita mmg salute la dgn 2 org ni.
salute dgn sazah...sbb jaga atok yg dah oku.
salute dgn mak penang...sbb jaga ayah yg stroke.
mmg respek habis la.
ko ingat senang ke nak jaga org yg takde upaya ni?
susah mau cerita ok!
semoga 2 insan hebat ini dijanjikan ganjaran yg besar oleh Allah.
amin.

ok.
sambung cerita...

takpe.
2-3 hari ni biar kita saplai laok lah.
kalu sempat kita masak.
tak sempat beli je.
tengok tadi udang murah la pulak kan.
1kg baru rm8.
beso2...fresh plak tu.
apa lagi...pulun la...
buat sambal tumis utk petang kang.

ok.
nampak mcm tak menarik ek?
tapi pecayalah rasanya ekselen.
well...
tijah katering kan??
(huhuhu...menggigil nak taip nih)

nak resepi?
bolehhh!!!
ni kita ejas resepi jiran sebelah.
org sabah tu.
muda lagi tapi teral masak.

sambal tumis udang

bahan2 :
  • 1/2 kg udang (buang kepala je. kulit & janggut takyah)
  • 4 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • secubit ikan bilis
  • sedikit belacan
  • 4-6 sudu cili boh (buat sendiri lebih sedap, cili boh beli mcm berlendir ok)

cara2 :
  • goreng sket udang tu (sampai bertukar merah cukup takyah garing2) pastu keluarkan dr kuali
  • guna minyak goreng udang tadi. tumis cili boh yg diblend dgn bawang putih, bawang besar, belacan & ikan bilis sampai garing. (make sure cili masak betul takut nanti sakit perut)
  • ejas rasa. garam + asam jawa + gula + sedikit kicap manis utk lemak & kaler yg lebih menawan.
  • masukkan lagi 2 biji bawang besar yg dihiris. biar sedikit layu.
  • boleh tambah petai kalau suka.
  • siap!!!

senang giler kan?
dah...pegi la masak.
15 menet tak sampai ni.
kalu beli kat param...
silap2 2 hengget ko dapat udang 4 lai je.

selamat berbuka!

Aug 11, 2010

hari pertama...

amacam hari ni?
perut ada pedih?
tekak ada kering?

hehehe!
sabarrrr...

ayoh!
mari kita renung2kan milo ais tabur berikut...
utk mengurangkan pedih di hati.

catz, pinjam gamba. gugel2 ada pulak gamba ni nok.

tadi sahur sup ayam + telo dadar cili api.
tapi tak berapa nak lalu la pekena sup pagi2 ni.
so tadi pegi giant.
tambah stok bilis, ikan kering (sepat, bulu ayam), telo asin, dll
benda2 gitu je syok kan?

cem?
beliau hanya mampu stengah hari saja.
tapau potugis egg tart utk dedi dia tadi.
ujung2 dlm keta toleh blakang...
selesaiiii!!!
takpe.
esok cuba lagi.

so...
korang sahur apa?
ke tak pose?
huhuhu!

Aug 10, 2010

happy feet

baik.
saya tarik balik kata2 kejian saya dulu.

ok la.
mary jane mungkin nampak klakar.
macam masok bilik bedah.

tapi sumpah!
silver fox adalah sangat sangatttttttttttttttt selesa.

walaupun rupa sedikit buruk.
yang penting...
no more heel pain.
no more arch pain.

kaki saya sangat gembira.
sudah tidak hairan jenama lain.
sbb dengan ini...
saya tetap merasa ringan...
walaupun terlebih muatan.
cobalah!
(apasal asik promot barang je lately ek?)

oh ya!
selamat menyambut ramadhan.
sahur telo dadar cili api dgn nasi panas2 pun best kan?
.

Aug 7, 2010

makan

mak kita pesan...
jgn cakap kalo molot tengah penuh.
so...
kita taip je la eh?

takoyaki di the mines.
kita order "paul".
giler sedap.
rekemended.
kranci diluar lembut didalam.

harga cuma rm4.80.
ada 4 bijik (kat JJ 3 bijik jer)
beso2 (JJ punye kecik)
fish flakes banyakkkk...
sos meriahhh...
kenyang temengah2...
pendek kata...
kepuasan berganda.

yang penting.
tukang masak islam.
dia masak depan ko.

lokasi?
tepi eskeleter foodcourt.
dia belah bawah (kat level sungai)
dani dana takoyaki.

centu la bang.
meniaga kena ikhlas.

minggu depan saya datang lagi.
konfem.
saya kunci lirik ini...
.

Aug 1, 2010

betuah!!!

atok dah keluar hospital.
balik rumah sazah.
semlm pegi tengok.
so far so good.
alhamdulillah.

mami! mami!

yes?

anyang macam patrick!
(sambil gelak2)

oh atok!
amponkanlah akan ketelanjoran cicit mu itu!
huhuhu!
.
.