Jul 31, 2010

nama

umar...
orked...
iman...
nabila...
tijah...(eh! cam familiar je nama ni...)

wah!
sedap2 nama budak2 nijam kan?
sebijik2 tapi soothing je bunyi kat telinga.

nasihat akak la kan...
pada bakal2 mak tu...
siap2kan la nama2 yg pendek tapi bermakna utk anak.

ingat!!!

PENDEK...

tapi...

ADA MAKNA
(yang elok2 la)

sebab...
akak dah rasa dah.
letak nama cem kemain la panjang.
ala...
dulu kan trend...
Muhammad Ariff Farhan Bin Mohd ********

sudahnya skang kat buku2 sekolah dia mampu tulis Ariff jer.
letih kot nak tulis penuh.
panjang na kan?

kat report card...
kat record pergigian...
kat record perpustakaan...

sian dia.
kotak pun tak cukup uolss!

apa2 pun...
the choice is yours.

agak2...
ada tak yg nak letak nama anak dia...
POL POT?
.

Jul 30, 2010

keibubapaan

biasa kalau update...

citer pasal test kasut...
citer kuar masok fitting room test baju...
then review citer wayang terbaru...

ada la sesekali citer pasal anak.
tu pun skrip lebih kurang...

pagi saya antar anak pegi skolah. petang ambik anak dari skolah.
pagi saya antar anak pegi skolah. petang ambik anak dari skolah.

ala2...

cikgu suka main bola. hari2 cikgu main bola.
cikgu suka main bola. hari2 cikgu main bola

pastu bila org tanya ko membelog pasal apa...

ko cakap...

ai yem beloging about PARENTING.

huhuhu!
mak malluewww!

saya (lain org lain pendapat la kan...)
mengkonsider parenting adalah pada yg share info pasal...
pregnancy, penyusuan, pendidikan, kesihatan, pemakanan, penjagaan anak2...
dan yg sewaktu dgnnya sahaja.
at least pengisian tu 60 ~ 70% drp content la kan...

oh ya!
ini bukan blog parenting ya.
ini blog belajar bahasa arab.

kita mulakan dgn...

ahlan wa sahlan ya marjinahhh!!!

yg membawa maksud...

ko takyah la kawan dgn budak tu marjinah. penagih dadah tu. aku nampak dia ngisap bawah jambatan aritu.
(eh! panjang pulak translation dia kan?)

note :
plis!
jgn cakap saya jeles yer?
sbb saya jenis tak usik org kalau org tak usik saya.
jadi...
sapa tak kacau saya...
tak perlu la terasa.
hihihi
.

peace!

Jul 28, 2010

budak budak adalah kiuriyes dan kelakar. kan?

status fb skrg?
attacked by jepenis.
u know what i mean?

ok.

semlm last appt di giant KJ.
alang2 dah dekat, singgah rumah mimi kejap.
(utk upacara bermaaf2an seblm beliau ke labour room)

dan seblm pulang...
utk berasa lebih selesa seperti scha...

kita telah minta ijin guna toilet.
utk menukar sesuatu.
seblm tu...
mintak sokabar lama dulu...
utk proper disposal kan?

then...
dari dlm toilet...
kita dengar satu suara curious telah bertanya...

'mama! mama! kenapa aunty tu bawak suratkhabar masuk toilet?'

pastu kita dengar mama dia kata...

'syyhhh!!! nanti dah besar tau la...'

kihkihkihhhhhh...
kita tahan nihh...
kita tahannn...
sampai gegar2 satu badan.
nak gelak kuat2 kang...
umah org.

tapi siriyes!
comelll wohhh cara dia tanya...
sangat curious disitu.

tapi kan...
kita neves jugak ni...
inkes satu hari cem tanya...

'why dedi tak pakai bra?'

kita nak jawab caner?

Jul 25, 2010

.


isk!
kecit ati kita...

kita mana ada bela siput.
ikan puyu ada la...
.
.

Jul 23, 2010

jalan jalan cari makan (edisi paranormal)

"wallauwehhhh! nasi lemak la..."

"hahaha!" dia ketawa sambil tekan2 mesen duit...

kita pegi tengok dekat2 sikit...

"rendang ayam meh?"

"ya lor! 1 malaysia maaa..."

ada tokong disitu.
dlm bulatan adalah nasi lemak dlm polisterin.

moi!
"latok" ko pandai demand kan skrg?
akak bet minggu depan...roti canai banjir.
(dhal lebih sambal kurang plis! latok tak tahan pedas...)

ye la...
asik apaaaaam je boring gak kannnn?

Jul 22, 2010

for a start...

lalu lalang dlm wad...

pandang kiri...
org potong kaki...
pandang kanan...
pun kena potong kaki...

tak boleh jadi ni...

hari ni...
sebagai permulaan cara hidup sihat...
lets tukar beras bang...
mahal sket pun takpe la...
kita 3 beranak je pon...
janji kurang carbo...kurang gula...

jgn makan nasik?
wuish!
tak buleh la.
dah try dah...
menggigil satu badan.

almaklom la.
tekak kampong kan?
beras herbaponi tajmahal.
walupun kita takde swityurin.
alah...
belasah je la brand faiza ni kan?
sbb org kata beras perang tu tak best.
beras rebus...mcm mana pulak la rasa dia ek?

eh tapi...
sedap jugak herbaponi ni kan?
ringan je rasa dia.

catz,
lepas ni if nak ajak mentetel sila rojer in advance ok.

sebab...

sebab...

mak kena bawak nasik sendiri.
(agak2 kena halau tak nanti?)

oh ya.
hari ni atok kena potong lagi 1 inci.
yg aritu dah kena infection.
adoiyai!

Jul 19, 2010

walau pahit ditelan jua...

atok, sazah, pakcik & pakngah.
uwan takde since sazah dajah 3.
(sazah kecik2 dah pandai set rambot kan?)

atok...

rasanya dulu masa kecik2...
byk kita belajar erti hidup dgn atok.
atok dulu askar.
dgn s'pore army.

atok tough.
atok kuat.
atok tegas.
atok setia.
atok survivor.

kita selalu nak jadi mcm dia.
sampai penah la cita2 nak jadi askar.
jadi askar kan best...
boleh dapat byk ration.
kita dulu suuuuka sgt ratah jam nanas dlm peket kecik2 tu.
susu tepung pun suka.

asal cuti sekolah...
mesti kita mengeletis nak balik kampong.
sanggup tu ugut aji usop.
kalau dia tak antar...
nanti kita balik sendiri naik bas.
(ada aji usop heran ugutan budak 5 taun?)

tapi atok mcm tau2.
instinct dia kuat.
ke dia countdown?
tengok kalendar kuda kot...bila cuti sekolah kan?
kejap kang tengok dia dah sampai rumah.
so, kita pun packing la.
ikut atok balik kampong.
naik bas.
best!

ye la.
cuti skolah mana boleh duduk rumah.
bahaya.
nanti kena bebisit adik kan?
dah la masing2 buruk perangai.
sekor melalak, sekor lagi misti nak melalak jugak.
stress!

wajah kebencian kerana adik2 tidak pozing secara senonoh.
sekor angkat baju. sekor angkat kain.
(eh! perasan tak rambot kita mcm aktress korea?
waka waka e'ehhh. dis taim for afrika
)


aktiviti di kampong?

ohhh!
un-diskraib-ebel.

kampong kita kat ulu bendol.
belakang rumah ada sungai.
tepi rumah ada perigi.
dlm rumah ada paip.
so...
pilih je mana ko nak mandi.
tak pecaya boleh tanya ticer.
dia selalu ikut kita balik kampong.
sbb kampong dia tak best.
gentam je. dekat.
naik basikal boleh sampai dr sawah lebar.
lagi pun...
petang2 ada bau getah dr kilang mardec.
bu.fu.suk.fuk.
(larik...)

duduk kampong dgn atok adalah best...
malam bila nak tido...
atok bentang tilam lemek kekabu yg lembik.
ketahuilah olehmu...
bahawa sesungguhnya...
tilam lemek lembik + bantal kekabu + kelambu jarang + atap zink + hujan.
adalah kombinasi yang...
huiiii! sangat susah nak bangun pagi.
dia punya nyenyakkkkk...
tidak perlu vono ok.

pastu boleh bangun tengahari.
atok cakap "biar la budak tu tido pueh2. kocik laie. lon wajib subuh ..."
see? sayang atok kan?

bangun tido hari dah panas.
capai gejet...terjun masok sungai.
bekubang selama mungkin macam kerbau.
lapar? naik...masok dapur mintak makanan.
oh ya! atok juga seorg pemasak yg hebat.

lepas makan...
masok kebun kutip sekerap.
pagi2 ada org torehkan getah.
so tengahari kita buat check up.
kena musim hujan...dapat kutip cendawan.

petang...
atok akan ajak cari kerbau.
kena bawak balik masok kandang.
bawak bekal, bawak jala, bawak parang.
bekal biasa lempeng pisang.
biasa kita ikut sungai...
sementara tunggu kerbau meragut, atok jala ikan.
multitasking kan?

atok mmg jenis tak duduk diam.
kalau kat kampong...
ada je benda dia nak buat...
itu yg sazah suruh duduk dgn kitorang.
dah selalu sangat jatuh2 kan.
bukan kuat pun tu...
dah 89.

sekarang...
tak boleh lasak2 lagi.
kesian atok.
makan masa jugak nak terima ni.
isk!
malas la nak cerita lagi.
sedih...

Jul 14, 2010

atok

takde darah tinggi.
takde kencing manis.

tapi darah dah tak jalan...
kaki dah hitam.
dah mati sampai lutut.

dr. nak potong tapi dah 2 kali postponed.

bius 1/2 badan - meronta2...tak stabil. cabut wayar sini sana.

bius 1 badan - high risk. jantung dah kembang. ada masalah. risiko boleh stop masa operate.

kaki atok

tunggu lagi.
puasa lagi.
esok to decide.
:(

Jul 10, 2010

DCA

perut pun dah kenyang.
buat bihun goreng kejap tadi.
malas nak masak nasik.
nasik thari tadi tinggal utk cem.
dia tak makan bihun yg mak dia masak.
dia makan bihun makcik kantin skolah seri kelana je.
isk!
kecik ati kita.

dapat email...
ada yg tanya apa itu DCA.

petang2 sabtu ni takde keje kan?
kita share info sikit la ye.
nak tengok astro pun takde siaran.
hujan kannnnn?

basic je la eh.
maklum la...ai bukan teral.

ok.
DCA adalah dollar cost averaging.
nak cakap mcm mana dlm bahasa melayu ek?
tapi yg pastinya DCA adalah tak sama dgn D&C.

DCA hanya bleh apply kat fund yg ada variable price saja.
ala...price turun/naik tu la.
kalu kat sokabar page BSKL tu...
dia ada tulis hari ni 30sen, esok naik 31sen, lusa turun plak 29sen
haaa. hat tu la.

tapi DCA ni tak bleh buat kat ASB yer.
sbb ASB tu 1:1.
ko beli singgit dapat la 1 unit.
harga dah fixed.

ini adalah DCA (dollar cost averaging)

ini pula adalah D&C (dilation & curettage) - cuci rahim
(kenapa dinamakan rahim eh? bukan patut rahimah ke?)

ok.
berbalik pada DCA.
cer tengok table nih.

tak paham?
takpe...
akak bagi contoh paling senang.
harga ada 2 je
harga beli, harga jual.
so kalu beli byk2 kali tu...
DCA ni kita buat utk puratakan harga so that dapat 1 harga beli
aiyoo...pening kah?

let say bln Apr harga naik balik ke 0.30 seunit.
maklum la market kan hari2 turun naik.
benda yg turun boleh naik.
benda yg naik boleh turun.
tak caya tanya erelpitepen atau teygewut.

ok.
katakanla harga jual (ikut harga semasa) cecah 30sen
since aji usop harga beli dia adalah 25sen, maka dia untung la 5sen/unit
sazah plak takde untung sbb harga beli dia 30sen gak sama dgn harga jual.

jadi,
sapa2 yg keep on investing masa harga jatuh...
dia adalah bijaksana.
sbb dapat beli lebih unit dgn harga murah
kita kan suka SALE dan DISCOUNT???
begitu la konsepnya.

paham tak tu?
tak paham takpe.
tu basic idea je.

tapi kena disiplin la ekceli...
dapat duit bulan2 tu kan...
biasakan SAVE dulu seblm SPEND
etlis 10% drp salary kena simpan
dah penat2 keje kan
reward la diri sendiri dulu
reward tak semestinya dlm bentuk material kan...

"aiseh! ai tak bleh simpan la bln ni sbb semlm terbeli sendel nainwes. ala rm360 jer"

well...
topuk dado, tanyo la ketuo kampong kan?

adios.
akak nak goeng karipap plak...
ujan2 ni lapaaaa la...

Jul 9, 2010

good news...

hey! hey!

jangan panik!

The pessimist sees difficulty in every opportunity.
The optimist sees the opportunity in every difficulty.

kena tengok...
sapa dah buat profit...boleh withdraw!
sapa belum...pls wait!
good time to save & invest...
dollar cost averaging baiii!!!

tips:
  • jangan membazir (barang konfem naik harga)
  • simpan duit kat FD/ASB/Tabung Haji or any tools/fund yg offer dividend.
  • nak invest...kalu tak berani, jgn main lump-sum. buat DCA (dollar cost avrg).
  • insured yourself (medical cost akan naik double dr harga barang)
  • ada duit lebih? beli la hartanah. auction biasa melambak2 tem recession.
  • ada lagi sajesyen? boleh tambah di sini...

daun, pls advise me kaunter mana paling potensi nanti yer?
tq
__________________________________________________

Bersedia tempias gelombang kedua

KUALA LUMPUR 8 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi ingatan sudah wujud tanda-tanda gelombang kedua kemelesetan ekonomi di Eropah dan Malaysia mungkin turut menerima kesannya apabila ia berlaku.

Beliau memberitahu, tanda-tanda itu sudah dapat dilihat ketika kunjungannya ke Britain baru-baru ini.

"Saya baru balik dari England dan nampak ada tanda-tanda kemelesetan ekonomi gelombang kedua berlaku di sana. Kalau berlaku di Eropah, kita mungkin akan turut menerima tempiasnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara Koperasi Atlet Malaysia Berhad dan IRIS Corporation Berhad di sini hari ini.

Perjanjian itu bagi membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama mengusahakan 40 hektar tanah di Perak dengan projek tanaman tembikai emas.

Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi IRIS Corporation Bhd., Tan Sri Razali Ismail dan Presiden Koperasi Atlet, Datuk Mumtaz Jaafar

Ditanya adakah inisiatif kerajaan seperti Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) dan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Oktober ini mampu melindungi ekonomi negara, beliau menjelaskan:

"Kerajaan sedang berusaha tetapi ia bergantung kepada sektor lain iaitu sektor dalaman dan luaran."

Najib sebelum ini turut meminta rakyat supaya bersedia menghadapi kemungkinan berlaku kelembapan ekonomi pada separuh kedua tahun ini yang dilihat boleh mendatangkan risiko kepada sasaran pertumbuhan ekonomi negara.

Jul 8, 2010

spotcheck...

akak bukak bag skolah cem...

cari penselbok.

pensel?

ada...

kaler?

ada...

raber?

ada...

pembaris mana?
pembarisssss!!!

sapa cikgu maths?
21cm bersamaan dgn brapa kilometer sejam?
boleh ke guna pai j kuasa dua?

Jul 7, 2010

kes jenayah terulong (produser filem sila ambil perhatian - boleh box office nih)

siang tadi kan...
kita ade la bz sket buat keje2 runner ni...
tiba2 dapat call dr sorang kawan...
dia cikgu...

"bz tak? teman owang pegi IPD jap..."

"asal?"

"ada parent buat report. bla...bla...bla..."

"ok. jap owang datang. bagi limablasmenet"

oh yeahh!
kita memang sukakan hal2 semacam ini.
kita kan sailormoon?

entah...
selain suka kopi...
kita juga sukakan...
mahkamah.
balai polis.
black maria.
eh tak!

ok.
mari kita masok jabatan siasatan jenayah.

serammm kannn?
takde la.
macam tengok gerak khas je.
amboi! amboi! amboi!
kacak2 belaka inspector di sini ya...
sajeeee je lalu-lalang depan kita.

opsss!
berbalik pada cerita...

jumpa inspector X.
baik orgnya.
klakar.

(inspector, kita nak komplen. kenapa tiada wifi diruang menunggu? bosan tau tadi...)

then...
kawan tadi pun baca la laporan tersebut...

apa pertuduhannya itu?

CUBIT ANAK DI SEKOLAH...

kahkahkahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
(jom la gelak sama2. tak best gelak sorang2 ni...)

tak luka ponnnn.
mati jauh sekali...

ala...
kita dulu kena baling duster kat kepala sbb bising...
kena cubit perut sbb sebut mosque sebagai "moskiu"
kena rotan sampai beliang tapak tangan sbb singkap skirt org...
(tic, ko ingat tak insiden kono sosah dgn cikgu maliah ni?)

tapi kita rilekkk jer.
try la ngadu kat aji usop.
konfem dapat libasan tambahan.

stendet laaa...
nabi pun suh rotan/pukul anak/bini utk tujuan mengajar.
ini cuit pun tak buleh...
ko panggil je la cikgu datang rumah mengajar kannn...
takyah antar skolah.

siaaaaan polis...
tolong la kasi diorang task yg mencabar sket.
byk lagi kes rompak, bunuh, rogol nak kena setel kat luar tu ha...
dah korang buat laporan kena la polis ambik tindakan jugak kan.
kang kata tak buat keje plak.

apasal la perangai org ni jam pelik2 ek?

tapi kita rasa...
orang yg buat laporan tu...

OFOTAKFAK TAKFAK SENFENTERFER...

kan? kan? kan?