Jun 29, 2009

tipu sikit jer...

ini adalah antara gambar2 yg ada dlm simpanan akak. konsep modern contemporary yg menjadi idaman katanya. oppp! oooppp! nanti dulu! ini bukan rumah akak ya. ini sekadar imajinasi saja. ambik dari google.

rumah akak?

oh! sedang dalam pembikinan. akak akan memulakannya dgn membeli sebuah jam dinding terlebih dahulu.

cantik kan?

akak mmg suka design simple2 mcm ni. carlos pun sama. tak sarat. nak kemas pun senang (macam la aku rajin kemas sgt pun). pastu dia nampak cam timeless...tak lapuk dek zaman. kalau perati betul2, konsep retro uji rashid pun cam ada masuk sikit kan?

living room 1 : sukanya...kemas!
living room 2 : oh! merah hitam yg amat chic sekali.
living room 3 : siriyes ah lawa divider putih tu...
wooo!!! malappp jer kan? harus tak keluar bilik nih...
bilik utk cem. maskulin kan?
nak nanges tengok!
pitam!!!
jamban juga adalah gojes!

ya! itu dia. sekian dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjamu mata dgn gambar2 ID idaman akak ni.

ternyata citarasa akak amat KONTRA sekali dgn mak akak @ sazah. sazah & suaminya telah dikenalpasti amat meminati perabot jati. dan rumah beliau adalah berkonsepkan english dengan sedikit sentuhan oriental lebih kurang seperti ini.

pasu bunga sana sini, perabot yang sarat dgn ukiran awan laratnya (sampai tak larat nak tengok) dan corak bunga2 yang agak overdose adalah antara kegemaran beliau.

paling menyakitkan hati...adalah kaki perabot jati tersebut yg designnya agak terkeluar dari paksi yg menyebabkan kami selalu tersepak dan akhirnya mengundang maki.

"cilako punyo kusi" (berair bijik mato maso tersepak tu kan cija?)

dan semalam...sazah telah datang bersama supirnya (cija) utk mengaudit rumah akak. masuk je rumah benda pertama yg ditanya...

"bokeh remote yg den bagi aritu apo tak guno?" bila dia tengok remote akak bergelimpangan atas meja.

dan akak terpaksa tipu sunat serta merta...

"kan apo...sayang. cadang eh nak pakai time rayo sok..."

sebenarnya akak kurang berkenan dgn benda ni tapi tak sampai hati nak bagitau sazah. apo2 pun hati omak harus dijaga uollss! nanti tak cium bau syurgo.

tapi tu la...korang tak rasa cam lari dari konsep ke tuh???

p/s : err...akak tidak bermaksud utk mencerca sapa2 yg suka style cenggini ya? (mampuih den k.pah teraso kang nih. wakaka!!!) apo2 pun rambut samo itam, tokak lain2 kan k.pah kannn???


Jun 26, 2009

lari...

sejak domenjak ni akak terasa seperti seorang pelarian di negara sendiri...
(tiba2
lagu refugee "killing me softly with this song" berkumandang sebagai background)

takut sgt nak angkat talipon. espesheli call dari private no. atau pun mana2 nombor yg tidak dikenali.

sebab?

akak telah diburu oleh 2 kawan lama yang memaksa utk berjumpa, utk menjoin satu skim MLM dibawah tajaan mereka. adoi la.

perasaan?

adalah seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak. ye la...kawan kan? serba salah tu tetaplah ada walaupun tak suka.

so...sapa2 yg call akak tak angkat tu, sila la sms perkenalkan diri dulu ya?

err...akak lari dulu lah!
abg teksi! tolong tijah banggg!!! tijah dlm ketakotan nihh...
(angkat skirt sambil menjeling tajam pada kakwos)


Jun 24, 2009

rokok

korang ada kawan yg merokok tak?

akak ada...

dan akak tak kisah kalu dia nak merokok depan akak pun. akak ok jer. tiada masalah dgn itu. alaa...pompuan merokok apa la sangat. nenek kita dulu2 pun buat jugak apa (suka tolong arwah uwan gulung rokok daun dulu...try gak aa sepam-dua)

cuma akak harap...lenkali kalu tgh lepak2 dgn akak tu...(harap2 dia baca la)
sila lah merokok dengan elegant...

jangan la duduk mengangkang...
pastu buat muka cam tunggu pelanggan...
u drop my waterface la nok!

Jun 23, 2009

lemon rosemary chicken (lrc)

tadi baca paper. H1N1 makin berleluasa nampaknya. kat asia dah ada yg mati. kat m'sia plak...lepas 1-1 sekolah kena tutup. bahaya nih! menteri kesihatan pun dah suh elakkan berada ditempat2 awam kalu takde tujuan tu. akak pun dah kurang pegi shopping complex semenjak domenjak nih. pegi beli brg dapur pun time org tak ramai. contoh...kul 9.30 pagi time giant baru bukak tu.

prevention is better than cure kan? esp. pada sapa2 yg ada babies tu...owh! mereka adalah sgt fragile ya anak2. don't play-play!

so, hari2 minggu tu lets duduk rumah uolls. moh le kita masak!

ini menu akak utk hari ni. lemon rosemary chicken. nak tukar rosemary ke tijah pun takleh...sbb natang ni mmg dah nama dia rosemary kan...
akak memang dah lama teringinkan lrc nih. ada org jual online tapi dia kat KL takkan dia nak deliver ke sbn plak kan. jauh tuuu sian dia. last2 terjumpa satu resepi lrc kat sini. kredit to kak diana. resepi2 dia semua nampak lazats. harus la try nanti kan...

bahan :

  • 1 ekor ayam (jgn potong / jgn buang kulit)
  • 5 biji bwg putih (akak suka lebih...)
  • 3 sudu lada hitam (biji)
  • 3 sudu rosemary (dried - ada jual kat kedai)
  • 3 sudu butter (belasah planta soft je)
  • 1 biji lemon

cara :

  • rebus lemon sampai lembut.
  • sementara tu, tumbuk bwg putih + lada hitam + rosemary.
  • campurkan bahan2 tu dgn butter + garam + gula (sikitttt jer tau)
  • lumur2kan pada ayam. mcm biasala...dlm perut, celah kulit tu semua...
  • last sekali, cucuk2 lemon tu kasi keluar jus dia...masukkan dlm perut ayam.
  • marinate overnite.
  • bakar pada suhu 200'C utk 1 jam

utk black pepper gravy plak, panaskan 2 sudu butter. masukkan 2 sudu tepung gandum + black pepper sos + chili sos + drippings ayam masa bakar tadi. atau bleh jugak ikut resepi ni.

matik la ayam gastrik!
kos keseluruhan? less than rm10. dan memasak adalah sambil membaca selawat ya anak2. cer ko tanya pekerja kenirojes...dio basuh ayam, masak sumo ado baco bismillah tak? golak berdokah2 sambil tepocik air liur maso gantung ayam tu ado la gek eh kan? wakakaka!!!

Jun 21, 2009

ku tak bersalah...

pasal keta lagi?

huhuhu! mintak mahap la yer? dah memang cenggini sejak azali. kalu citer pasal gelang/cincin/rantai mmg akak tak minat (bayangkan last akak masuk kedai emas 8 tahun yg lepas...tu pun sbb nak beli cincin kawen). tapi kalu pasal accessory keta mmg bleh buat akak giler.

ni steering cover akak yang dulu. gegirl jer kan? jill kasik tu. tengs jill. suker sgt! byk dah jasa dia nih. cuma...jodoh dia dgn akak tak panjang nampaknya. akak dgn dukacitanya terpaksa tukar baru sbb bunga2 tu dah terkopek teruk sampaikan kekadang tetengah pulas steering dia bleh tertanggal dgn sendirinya.

err...tapi kalu ko pegi s'pore, aku nak kirim lagi yer? kali ni tanak aaa munge2. ko tau taste aku khannn? merah/hitam/kelabu/maskulin.

haa...cenggini la lebih kurang rupa kaver baru tu. simple jer. kaler adalah feveret siap tulis Type-R kebagai. tak dapat honda type-r, dapat kaver pun jadi la. kehkeh!

agak2 korang brp harga dia?

kat besi tempat gantung tu ekceli tulis rm 25. akak pun...boleh aaa. tengok material cam best. kain pun ada kualiti. etlis bleh tahan setaun nih. so...akak pun rembat lah masuk bakul.

kat kaunter sekali budak tu scan...

rm 3.90...

akak senyap...

akak bayar...

akak cepat2 blah...

lama akak termenung kat parking. rasa cam bedosa la pulak. akak syak kaver tu telah dimasukkan ke bag plastik yg salah barcodenya. human error. sebab kalu tengok kualiti...tak mungkin ia begitu murah.

tapi bila pikir2 balik...

lantak ahh!!! TESCO kan YAHUDI punya. kahkahkah!!!
(ketawa adalah bertujuan menyedapkan rasa hati...)

p/s : tiba2 akak feeling mujahidin afghanistan!

wuuu...vulu-vulu!!!
mampu ker?

Jun 19, 2009

keriangan berganda...

mula2 sekali...

time kasih byk2 la atas semua bday wish kat entry seblm ni tadi. ada nama yg akak familiar...ada yg tak. apa2 pun...adalah terlalu hepi sampai tak terucap dan tak terbalas wish2 tersebut. juga sangat terharu kerana ramai yg sudi mendoakan kesejahteraan akak nih. time kasih uolls. mudah2an kekal la kita berkawan dan berbaik2 di dunia pembloggingan ni kan?

____________________________________

dan siang tadi...


anak : mami! mami! hepi besday!!! (cupp!!! dapat sedas ciuman & pelukan)

laki : hepi besday yangg. nak adiah aper ekk?? (dan dapat berdas-das *toot*)

bini : aaa...ntah la. tapi lipstik dah abes!


baikkan? mintak lipstik silky girl 15 hengget jer. huhuhu!


laki : beli henfon baru nak?

bini : mmmmmm...(kena pikir panjang nih...)

laki : ker nak tukar tayar keta yangg? dgn sport rim sekali?

bini : YES! YES! YES! (terus setuju tanpa teragak2 lagi...)


haa...tu yang penat tu. kitorang baru balik dari kedai tayar la tadi nih. lepas setel harus la jalan2 sambil mengetest prestasi pemanduan dulu kan? oh! sangat lah sedap dan mencengkam.

kenapa pilih tayar?

sebab...mengenali suami saya, saya dah bleh agak cause & effect setiap perbuatannya itu.

  • mula2 tukar 4-4 tayar baru (saya setuju...)
  • lepas tu dia kata alang2 tukar tayar baik tukar rim sekali (adalah sgt gembira dapat sport rim lebar)
  • tayar/rim dah cantik...apa kata kita pasang skirt pulak? (dan saya melompat dgn lebih tinggi...)
  • jom pegi petronas? (diisikan minyak full tank. oh! mekasihhh bang!!!!)
  • top-up touch n go sekali lah kan? (pitammmm kerana terlalu gembira. time ni saya dah tak kisah & pasrah sekiranya diapa2kan olehnya...)

percayalah! kebijaksanaan dlm membuat pilihan akan menghasilkan keuntungan yg berlipat ganda. dan kini...saya sudah boleh mendrift kobau bajak saya dgn lebih efisyen dan bergaya!

brg kemas? mmm...mmg tak pakai.

henfon? tunggu hari gawai.

tengs bang! lebiu so mac! besday you 30 aug nanti i belikan t-shirt pagoda nak? selesa aper...(kelip2 mata sambil buat muka manjerrr!)

my day...

hari ini umur saya genap 33. gemini. tahun naga. tiada rahsia. kerana saya tetap akan menggeletis feeling muda tak kira walau berapa pun umur saya.

saya tak nak mintak apa2. cuma mohon doa kalian agar Allah permudahkan urusan saya dunia dan akhirat. tak kaya pun takpe. janji saya bahagia bersama keluarga tercinta. itu saja. amin!

p/s : doakan akak senang hati selalu tau? sbb kalu susah hati nanti akak takde mood nak update blog. (bleh? huhuhu...)

ini bukan akak. wambot akak tidak blonde yer dik nonnnn!

Jun 17, 2009

kemaskini...

tengah audit nih! kemaskini blog la kekononnya. nak tido tabley. baru lepas makan jamu mak dara maka badan adalah panas.

setakat ni telah berjaya mendelete dekat 50 entry lama yang agak memualkan isi kandungannya. drp 500...nak kurangkan ke 250 jer etlis. bleh tak?
ingat ko sorang jer ada dagu berlekuk?
aku pun ada laa....

ayam panggang

bini : ayam ni...nak perisa ape bang?

laki : aaa...satay!

wah! mcm pizza hut bleh order flavor segala ye? takpe...kasi can la kan? niari ikut tekak u, hari lain ikut tekak i plak...

plan asal nak buat ikut resepi BBQ yg kak ezza bagi aritu. tapi takpe...minggu depan la pulak. tu belum lemon-rosemary chicken & mushroom sauce lagi tu. wah! byk betul project akak lepas nih!

kanun keseksaan akta 574 (seblm disebat bontotnya)

ahh! dah masak pun...

mari meletakkan gravy...

burp! alhamdulillah. cakap byk pun tak guna weh. mari salin resepi...

resepi : ayam panggang tijah (eh! patutnya tijah panggang ayam la kan?)

bahan2 :

  • ayam sekor (jgn potong, jgn buang kulit)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 btg serai
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu minyak masak / olive oil / butter / apo2 yo lah...
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit

blend segala bahan di atas kecuali ayam (ofkos la kan. apohal lak nak di blend ayam tu...)

kaedah :

  • mula2 buat space sket utk sumbat rempah2 tu kat ayam. cara dia...masukkan saja jari jemari gemuk anda kat cecelah antara kulit & daging ayam tu.
  • kemudian lumurkan rempah2 yg dah di blend tadi keseluruh bahagian ayam. cecelah kulit, cecelah ketiak, luar kulit & dalam perut.
  • urut2 dgn cakaran harimau kasih sayang supaya ramuan tadi meresap sepenuhnya
  • marinate semalaman. or at least 4 jam (balut dgn plastik/cling wrap supaya rempah sherashi bershama dgn ayam)
  • kemudian bakar pada suhu 200'c selama 45-60 minit (tengok size ayam la. kalu kecik tak payah lama sgt)
  • sekali sekala bukak oven utk sapu balik drippings tu kat ayam...
  • utk gravy (kuah), masakkan lebihan rempah tadi dgn dripping ayam (lelemak yg cair atas dulang masa bakar ayam tu). tambah sedikit kicap manis, sos lada hitam & sos cili. kalau pekat sgt...tambah air.

dah siap! sedap membunuh nih! siriyes! (sapa lagi nak puji kalu tak diri sendiri kan?) yg penting...puas la kitorang 3 beranak membaham ayam panggang hari ni dgn bermodalkan rm 7.20 saja.

sekian. hingga berjumpa lagi di lain rancangan...

Jun 16, 2009

alhamdulillah...

yay!!!
carlos baru jer belikan akak oven sempena HARI BAPA.
bleh?

lebiu bebeh!!! (nanti i balas yer? you nak hadiah aper? ngeh! ngeh!)

p/s : lepas ni akak nak rekues penunu bunsen plak. oh ya! kelalang kon sekali...

Jun 14, 2009

lets fishing uolls!!

ya! sekolah sudah pun bermula! jadi hari ni lets belajar subject baru ya adik2. tajuk adalah...JENIS-JENIS IKAN (memandangkan ada yg tak kenal cencaru kan?)

baiklah. sila kenalpasti & camkan betul2 gambar dibawah ni sampai muntah ya? ini adalah basic syllabus. ikan2 lain silalah gugel sendiri. semoga tidak malu dikemudian hari sekiranya ditanya bakal mertua. amiinnn...

akak bz sket hari ni...menge"push" cem utk ke sekolah semula setelah 2 minggu bercuti. see you later!!! daa...

haruan tasek (untuk sembuhkan luka2 dalaman lepas operation. oh ya! beliau juga ada blog)

tongkol / aya hitam (aya? hitam? seswaiii! biasa buat gulai utk nasi dagang)

tenggiri (goreng, asam pedas, singgang, kari...semua bleh!)

selayang / sardin (goreng...cicah air asam...)

selar (feveret cem. masak kicap...isi banyak)

parang (asam pedas paling syok. tapi tulang banyak...)

kerisi (asam pedas / goreng...)

kerapu (masak stim / 3 rasa)

kembung (paling sesuai buat laksa)

jenahak (kari / sup)

gelama (goreng)

belanak (kari / asam pedas)

cencaru (belah belakang...sumbat dgn sambal)

bawal selatan (hanya terdapat di salak selatan. huhuhu)

bawal putih (goreng jer)

bawal hitam (sambal)

owh! bawal ini tidak boleh dimakan ya adik2...
(sekadar hiasan)

Jun 13, 2009

masih terkenang...

tadi. di sebuah kedai runcit di taman desa dahlia, senawang.

pembeli : cencaru ado bang? (malas nak bukak bekas polisterin tu)

penjual : takdo la dik...

pembeli : takpo la...

pembeli berlalu untuk mengambil barangan lain seperti bawang, cili kering, rempah ratus dan sebagainya. di kaunter...pembeli tu nampak pembeli lain tengah bayar cencaru. 6 ekor plak tu.

pembeli : tadi koba takdo bang?

penjual : apo? ooo...cakap la nak ikan yang tu...

pembeli : (???)

sampai sekarang (cencaru belah belakang dah siap masak pun), akak masih terkenangkan hal tadi...

kau ingat cencaru tu jenama serbuk pencuci handalan kah bang?

Jun 12, 2009

aku pandang kau...kau pandang aku...

akak gi KL tadi. ada keje sket kat suasana sentral & klcc. sorang je. heh! mana leh bepoya2 bawak laki. hehehe!

gitu gini...sampai sbn lebih kurang kul 5. rumah takde org. cem & carlos kat rumah sazah membelasah durian. kemain korang kan? akak dah tak larat nak join. balik2 terus terbongkang depan tv. letih gila. akak yg dah biasa lalu lintas lancar kat sbn ni...sesekali masuk KL mmg menanam carutan di tepi bibir la jawabnya. jln sket jam...jln sket jam. mcm mana la korang bleh tahan ek?

jap! akak rasa mcm nampak blogger farah tadi kat parkson klcc. dia naik...akak turun eskelete. kau kah itu dik? pakai baju pink tak silap. being me...rasa mcm nak tegur tapi i kan pemalluew! huhuhu!

ok sambung...

kat mana kita tadi?

ok. mungkin disebabkan penangan power root kacip patimah plus collagen (pergh!) ditambah plak dah terlelap sekejap petang tadi kan...skrg akak tak bleh tido. puas sudah mendodoikan diri sendiri dgn lagu "suci dalam debu", pun tak mau lelap jugak. last2 akak bangun...on pc.

tengah2 blog hopping tetiba nampak ada satu gambar ni. sesuatu! akak cuba buat perbandingan.

tengok!

posing adalah sama kan? tgn terletak diatas lutut. kaki sopan besilang (walaupun agak berkerak akibat malas berselipar). dan bunga mekar sejambak di sisi. beza cuma background jer. tuhh!! tikar gotah aji usop tuhh! melampau2 bekodut seribu. apo tak eh...limo taun tak beganti tu!!!

eh ehhh!!! tak sangka dlm main cantum2 gambar tu...dah dapat update satu entry khaannn????

Jun 10, 2009

apakah...

oh!

apakah ini petanda bakal berakhirnya zaman kegemilangan empayar tijah di arena pembloggingan seiring dengan kejatuhan rejim khmer rouge di cambodia?

ini siriyes!

tatau nak update apa dah nih...

tapi takpe...

esok nak jumpa client, jumpa kawan. harap2 ada cerita sensasi balik nanti. hehehe!

gila kentang kan? mengada2. takde benda nak update pun nak ngadu kat sini...

khmer rouge leader. walaupun kau kejam, bibir kau tetap menarik perhatian. mungil bak bibir lisa surihani. oles dgn lip-ice kah?

itu saja. gudnite & switdrim!