May 27, 2010

ada pengumuman disini...

update jam 3.51 pagi?

yer.
tido awal tadi. kol 9 dah telelap. pastu mcm kena set. cukup 6 jam spring unlock. dah takleh tido dah.

ok.
pitam akak dgn karangan korang. kahkahkah! tapi sukerrr sangat!!! sbb akak ingat akak sorang je suka merapu kan? yurelimekmaidey lahhh!!!

ekceli cerita dia lebih kurang mcm ni...
simple tapi menyayat hati.

seorang mak baru balik keje...

mak : hai sayanggggg!!!
anak : hai mamiiiiii!!!

hug-hug-kiss-kiss
lama sket baru perasan si anak mcm ada niat lain

DIA SEBENARNYA NAK LAP MULUT SEBAB BARU LEPAS MAKAN MEGI GORENG PERISA KARI DAN KESAN ITU MASIH ADA HINGGA KINI!

ok.

PENGUMUMAN! PENGUMUMAN!

semlm akak dapat email mintak tolong advertise blog utk tujuan promosi. no problem. itu tak jadi hal. cuma akak tak bleh nak letak kat main blog ni sbb ia terlalu personal dan mmg pepesli plain tak letak apa2 kecoli nuffnang tu je. akak mintak maaf yer dik. bukan tak sudi atau belagak ke hapa.

so, to be fair...akak akan bukak 1 lagi link kat "berita terkini" tu utk sapa2 yg nak promote apa2. tak kisah la baju ke, tudung ke, mekap ke, buku ke, kuih raya ke, apa2 je lah kecuali benda ngarut2 mcm skim cepat kaya. tu sori la yer!

lagi pun...suka gak blogshop nih. seronot!

maka...sila2kanlah tinggal link kat sini. buat cam umah sendiri oke. jgn malu jgn segan. it's FREE OF CHARGE! ikhlas nih. akak tidak mengenakan apa2 bayaran...

tapi dgn 1 syarat!!!
(eh! kata ikhlas?)

tiap2 hari lepas semayang ko kena doa akak panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan eh! hahaha! gilo paksa2 org doa lak kan?

orait.
akak akan update this wiken...
ko kasi link dulu...
happy selling then...

bye!!!

May 25, 2010

cubalah. kalau ko teral.

agak penat hari ini.
plus...
kekenyangan setelah dihidangkan dgn cream puff yg sedap.
time kasih kakpah!
sumpah buleh bukak bakery oke.

nak bercerita macam malas.
tapi tetap mahu update.

apa kata saya kasi kamu sedikit esaimen?
bila lagi nak taip panjang2 dikotak komen kan?
minimem 100 patah perkataan.
karangan terbaik akan dapat hadiah.
"sehari bersama tijah di mekdonel. boleh order sampai lebam"
(kau ingat kau femes macam bunkface?)

kerjarumah.
sila huraikan gambarajah dibawah mengikut turutan.


sekian.

p/s : best pulak lukis2 pakai paintbrush nih!
..

May 24, 2010

pagi isnin

pagi2 dah stress!!!

pehal?

saat ko nak bukak pintu office...
tem tu pulakkkk la terasa nak kol-of-necer bagai!

dan pintu itu...
ada 6 lapis kunci ok...
diulangi...

6 LAPIS...

jas imejin...
dr.singa, stud cengginih haijenik tak?
.

May 21, 2010

sedangkan lidah lagi tergigit. inikan pula suami isteri.

adoi!

sakitnya pinggang!

ini semua...
semalam la punya pasal!

semalam akak gi KL. ada meeting macam biasa. pastu duduk office kejap setelkan paperwork sket. download quo new revision sket. macam2 hal la kan.

tiba2 dengar hujan kat luar...

lebat giler...

ribut. kilat. guruh. semua siap la...

akak tunggu reda sket...baru la tehegeh2 ke parking.
kata takde payung kan...

sampai2 tengok...

omg! omg!

poshe itu ditenggelami air oke! sikitttttttt je lagi nak masok cecelah pintu. tekesima. pandang dari jauh dgn perasaan hiba. sms catz ajak mentetel di bangi tidak lagi mampu mengubat pilu dihati.

macam2 akak pikir.

caner nak pegi kat keta?
air laju. tinggi. kotor plak tu.
kalu dapat pegi...bleh ke bukak pintu?
kalu bleh bukak pintu...bleh ke start injin?
kalu dah start injin...air tak masok ekzos ke?
kalu air masok ekzos...pastu takleh start caner?
eh!
apa daa soklan pusing2.

sadenli...

teringat dulu pakngah akak penah pesan. kalau lalu air bertakung tengah jalan, tukar gear rendah, jgn brek tapi jalan je terus slow2 tanak kasik air kena sedut masok dalam.

akak tak tau la sejauh mana kebenaran teori tu kan. tapi akak tanak la ambik risiko air kena sedut masok ekzos ke, wiring shot-sekit ke dan sebagainya kan...

kenot be. tak taf la nanges kan. kesat air mata.

nekad nih...

akak pun...

bukak kasut...

senseng suar sampai peha...
(ada org nampak ke? pedulik! darurat oke!)

redah banjir separas lutut...

cecepat masok keta...

turunkan henbrek...

freekan gear...

dan...
push tijah! pushhhhhhhhh!
(mcm nak teberanak oke tolak sensorang!)

ya!
akhirnya berjaya naik ke tempat yg sedikit kering!
dan injin selamat dihidupkan tanpa sebarang masaklah.

sangat gembira.
kepuasan berganda.
live happily ever after...

sekian. terima kasih.

moral :
  • jgn hidopkan injin jika ekzos masok air.
  • beli keta kecik sudeh! senang nak tolak khannn???
.

May 20, 2010

.

isk!
dah la hensem...
penyayang lak tu...

kan?

(sila vomit. kahkahkah)
.

May 16, 2010

semalam yang hangat...(tajuk mcm dah penah pakai je kan?)

semlm skolah cem ada hari alam sekitar. pegi bawak suratkhabar lama utk kumpul dana. lepas bersosyel lite2...terus ke sbn parade cari makan. carlos keje maka takyah la masak awal kan.

abes je makan kiterang blah.

otw ke parking...dlm lift, ada la sorang mamat ni ngomel2 kat bini dia. ada 3 lagi budak kecik2 diorang tengah pegang.

laki : awak ni...300 saya bagi bulan lepas apa cepat na abes?

bini: nak buat cane bang. brg skrg mahal!


laki : aah! ni misti beli tah hape2 ni kan?


bini tu diam. malas nak lawan. lagi pun akak ada situ misti dia segan...

alo bang!

ko ingat 300 sebulan ko tu besar sangat skrg? dgn anak 3 (tu ntah2 kat umah ada lagi 3), meh sini tengok sikit.

ini la dia yang akak salu bising2 citer pasal inflasi ni. benda ni akak salu share dgn kawan2, dgn client2. biasanya pompuan. kalu ko nampak akak tgh borak2 mentetel kat kopitiam sambil tangan naik2 mcm karamsingwalia...misti ko ingat akak tengah mengumpat kan?

takkk! ekceli akak tengah citer pasal benda ni la. tepung naik berapa. gula naik berapa. (kerana ketidaktentuan harga tepung secara tidak langsung akan menyebabkan kenaikan harga tako tao berbebi oktopes yg sedap ittew. bahaya!).

tak pun diskas pasal compounding interest ke, investment vehicle ke dll. (ceh! mcm bagus...)

mintak mahap cakap la yer. org laki ni kebanyakannya tak alert pun pasal benda ni. diorang ingat hage brg dapo sama cam 10 taun lalu agaknya. tu la. lenkali belek brg sama2. jgn tau tolak trolley je sambil mata usha cashier.

eh! akak cakap "kebanyakan" ok. bukan semua la kan. ada lak yg panas bontot ni kang.

bukan apa. pompuan ni sbb diorang yg salu keluar beli barang. maka impactnya sgt terasa. kena pandai manage. harga kena compare supaya tak overspent. huiiii! ko ingat keje senang tu?

pastu...

pastu...

laki senang2 je beli rokok sari rm10 = sebulan rm300

takpe plak???

p/s : nyampah betul laki yg berkira dgn bini nih! patut pakaikan dia modes je kan?
.

May 11, 2010

sebelum terlambat...

ok.

ini seriyes.

emosi nih!

2-3 hari ni akak agak bz menguruskan sesuatu. bukan menguruskan badan ye. tapi tolong uruskan hal sorang kawan yg tengah susah.

tak. bukan nak kata akak baik. cuma...memandangkan ada la sedikit nolej, sedikit ekses & kabel yg tak berapa nak tebal utk hal2 tertentu...maka akak bantu la sekadar termampu kan.

call epf...setel. tapi abg2 ada plak yg tak stuju nak kuarkan akaun 2 tu utk tolong adik. sok2 nak beli umah nan cukup katanya.

call ppum...tak berapa nak setel.

call kpj sbn...dr takleh buat apa2. takde facilities utk procedure tertentu.

call nilai cancer...kemo mungkin boleh cecah ratusan ribu.

call hukm...dapat appt. tapi lambat la plak lagi 2 minggu.

hari ni...

budak tu dah sakit sangat. semlm jumpa dia masih boleh gelak2 atas wheel chair. mak pening kepala. ayah sangat risau. bp naik. sedih mengenangkan nasib anak. yelah. baru 21. perjalanan hidup masih panjang.

dr confirmed. BREAST CANCER stage 3~4.

report biopsi kata kena kemo dulu baru operate.

dr dah bagitau cause & effect. budak tu angguk paham. akak rasa cam nak nanges bila dengar dr kata...

"mula2, u kena terima hakikat dahulu yg ini adalah breast cancer. peluang utk sembuh adalah bla...bla...bla..."

nasib baik dr adalah sangat berhemah dlm menuturkan kata2 walupun dia cinos. respek disitu.

ok.

akak malas nak citer lebih2 pasal ni. tak bagus la kan. cuma akak nak pesan sikit kat sini...

SEMENTARA MASIH SIHAT...
GO GET YOURSELF A MEDICAL CARD!!!


kita takkan tau bila kita akan perlukannya.

period.

p/s :
lagi satu. sila jgn bongkak dgn full coverage oleh company ko selagi company itu bukan bapak ko yg punya. gini je la senang citer. kalu dlm petiais ko ada daging/sayo busuk, adakah ko akan simpan sampai ia berulat dan terdispose dgn sendiri? tidak bukan? ko akan buang kan? begitu jugalah dgn employer. dia takkan tanggung ko sampai mati. maka...bersiap sedialah sementara belum dipanggil ke medical board. sorry terkasar bahasa. terpaksa...bila kejadian begini berlaku depan mata. apa2 pun...healthy is wealthy. amin!
.

May 9, 2010

mmm...

last week...
aji usop & sazah pegi kelantan...
otw balik sempat naik kemeren...

sampai sbn...
aji usop call akak...

"ngah..."

"yo yah?"

"datang la umah. ado boli sayo kek eteh maghin..."
(tak paham naseb la yer. kihkihkih)

"yo ko?"

"iyo. asparagus pun byk ha..."

wah! since when aji usop pandai makan asparagus kan?

sampai rumah...
akak pun kelebet hasil rembatan mereka di kemeren...
ada limau, stoberi, mangga, brokoli, kubis bunge...

"mano asparagus eh yah?"

"tuuuu...yg ijau2 tu apo namo eh???"


akak terasa dipersenda...

ini KACANG BUNCIHHHH la bang ajiiii!!!!
kodai aci dopan tu pun ado takyah susah2 naik kemeren dooo...
(berteriak dalam hati saja. komplen lebih2 kang sok2 aji usop tanak belikan akak apa2 lagi)

ASPARAGUS sebenar.

p/s : cija. ko bagitau aji usop/sazah pasal ni siap! ko kuat ngadu kan? bukan leh caya tu dehhh!
.

May 7, 2010

ra...

ra ra ra ra ra
ga ga ga ga ga
la la la la la

ingat dia baca iqra'

tapi len macam...

ada bunyi...
hentak2 kaki...
pastu gelak2 hepi...

ra ra a a a
ro ma ro ma ma
ga ga u la la

uishh!
dah pandai gugel lady gaga hahh!
bahaya budak nihhh...

May 5, 2010

info berguna

baru dapat info...
ke korang dah tau?
speed trap takleh detek speed lebih dr 200km/h ek?
betol ke?

wuuu!
kena rembat kereta sukan ni...
kita kan rajin rempit sbn-chulan tower/bnm skrg...

bangang betul renault nih...
asal keta ko sedap ahh?
suspension kalah fairlady...
takpe...
mari bekerja keras utk dapatkannya...

mecing dgn kasut BATA kita...
(eh tidak! ini bukan renault versi idaman itu)

May 4, 2010

laksa

"senang je jah. ko rebus pastu ko blend je sume2 dgn tulang2 skali. takyah kopek2 der. pastu ko tapis kasar..."

lebih kurang begitu la ajaran beliau.
cam ciken je bunyinya kan?

ekceli dah 2 kali. nak tambah kali ke-3 mcm keji. saya sebenarnya bukan la penggemar laksa sejati. tapi kalau dah makan betambah tu...sesuatu telah berlaku!

so semlm adalah mengelupur cari sardin. dapat la 1/2 kg kecik2. balik terus projek. eh masak! neves. 1st time nih.

ya.
seumur hidop mmg tak penah buat laksa.
so resepi ini adalah khas utk yg senasib dgn saya saja.

bahan2:
(kuantiti telah digubah versi tamak haloba pemasak)
  • 1/2 kg sardin segar
  • 3 labu bawang besar
  • 3 keping asam keping (ini kena ejes slow2 jgn masok semua terus sbb kekadang lain asam lain level kemasamannyer)
  • 1 genggam cili kering
  • sedikit belacan
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • timun, bawang, cili api, telo rebus (potong2 utk hiasan)
cara2:
  • rebus ikan + bawang + cili kering + belacan
  • ikan tu buang kepala, buang tulang tengah pastu blend terus (bawang & cili sekali) dgn air rebusan. takyah kopek2 isi. malas.
  • masuk dlm piok, rebus balik
  • masuk bunga kantan, daun kesum & asam keping
  • ejas masin & masam
setel!
laksa jgn lupa celur plak.
kalu takde...ko makan je la dgn nasik.

besepah2 kan?

May 3, 2010

2P...

sat sat tadi kan...
kita masok DBP (dewan bahasa pustaka)...
tengok bahagian pusat rujukan persuratan melayu tu...

saja la round2...
nak cari sesuatu...
bukan apa...
sebab...
time jalan2 blog org...
bila tengok komen2...

kita misti jumpa 2 benda ni kan?

1. penyokong
2. pembodek

mari uolss!
kita tengok maksod dia...



1. penyokong - sokong je. takde niat lain melainkan sependapat saja.

2. pembodek - lebih pada mengampu utk dapatkan sesuatu.

ohhh begitu!
baru saya tau!

ini bo derek.
bukan bodek.

May 1, 2010

syyhh!

kalau kita tau la kan...
kawan yg seblm ni giler babi baik dgn kita...
(eh babi baik ke?)
blakang kalu kutuk kaw2 punya...
apa perlu kita buat ek?

nak ingore ke?

nak confront ke?

tapi ada org kata...

"silent is the best treatment"
.