Jan 29, 2011

cer teker...

cer teker!
cer teker!

bunga?
obor2?
doorgift majlis cukur jambul?

bukannn...

itu adalah kepala cacing pita ok.

ada tengok monsters inside me @ animal planet?
agak2 la...
brp byk cacing dalam badan kita ek?

sudah!
cakap byk pun tak guna.
saya baru telan benda ni tadi.
korang dah?

Jan 28, 2011

nak jalan2? bawalah saya.

2008...saya pegi vietnam.
shugededi sponsor.
semua free.
bawak badan & duit belanja saja.

carlos tanya nak bawak berapa.
saya cakap 1k.
cukup? dia tanya.
saya kata cukup.

4 hari kat sana.
balik saya check purse.
isk!
habis rm300 je?

pelik dgn diri sendiri kadang2.
pegi mana2 mmg tak pandai beli barang.
pesen pegi belenggang, balik pun belenggang.

kalau sazah tu...
saya yakin beliau akan bawak balik...

karpet.
kain baju.
batu permata.
cadar.
selimut.
telekung.
dan sebagainya.

alahhh!
tu semua...
nilai 3 pun ada...

korang?
kalau melancong biasa beli apa?

2011.
nak tengok 3rd world countries.
mudah2an ada rezeki.

Jan 27, 2011

once upon a time. 6 o'clock in the morning...

6 pagi.
sikamat takde air.
ada keje korek jalan kat luar katanya.

air takde. mami kenot cook.
kita makan roti je la eh?
ok. jawabnya...

ambik sekeping.
sapu jam.
lipat.

nah!
satu utk kau...
satu utk aku...

tiba2...

eeeyeekkkkk!!!
disgustinggggg!!!

ohh!!!
salah botol.
soriiii anakku...
mami lemau sbb tak mandi...
dah la...
jom keluar awal kita cari donut.

Jan 24, 2011

selamat pengantin baru!

mula2...
nak ucap tahniah pada dib.
selamat pengantin baru nok.
semoga kekal hingga ke akhir hayat.

sampai agak lambat sebab sesat.
mencabar jugak nak pegi sg. congkak tu rupa2nya.
gps asek recalculate. recalculate. ces!

buat kat kem herba.
tempat dia mcm resort gitu...
sampai2 je...
wahhh!!! ada dusun. ada sungaiii...
menarik nihhh!

makan haruslah sedappp!
puas hati!
then ada cendol. ada kerepek2.
sampai rasa malas nak balik.
lepas makan lepak2 bawah pokok durian...
sambil hirup udara nyaman.

tiba2...

gedebushhh!!!

tengok la anak tu bangggg!!!
awak la tengokk!
lemass kanggg!
alahhhh! takkan saya nak turunnn. malulahhh ramai orang.
abesss! saya ni?? dgn baju kurung bagaii??

aaa!!!
gadohhhh! gadohhh!!
anak masing2 dah tak tahan...
tunggu mak bapak sembang lama sangat kan...
last2 semua pakat terjun tirok dari jambatan.

jambatan kontroversi utk ke kenduri...

sowi aunty. saya TERbelasah kek perantin 2 piring.

tapi best jugak buat majlis tempat mcm ni eh?
rumah tak berkecah.
tempat pun santai takde protokol mcm hotel.
agak2 tak cukup air basuh tangan.
boleh je celup kat sungai...

mmm...
dah pikir dah tema kawen cem.
GARDEN WEDDING!
chewahhh! UPSR pun tak lepas lagik...

Jan 20, 2011

ceramah

saya akui.
tak tengok sangat forum perdana di tiwisatu skarang.
sebab?
tak suka.
tak macam dulu2.
zaman2 haron din, ismail kamus dulu.

apasal panel2 skarang cakap macam petir eh?
emo betul!
baik laki, baik pompuan.
takleh ke nasihat tu lembut sikit kan.
baru soothing masuk telinga.

macam malam ni...
topik istiqamah.
huiii...
terjerit2 macam dalam mahkamah.
bingit.
terus saya tukar axn.

btw...
saya prefer dia.
suka...
bahasa lembutttt...
muka pun manisss....
baru syok nak stay tune.

Jan 19, 2011

bad...

pernah tak kekadang kan...
korang rasa cam otak tu lembabbbbb naaa...
seharian rasa bangang.
apa buat semua tak jadi.
pelupa plak lagi...
pegi giant niat nak beli daging aussie.
sampai sana terbeli baldi.

bila dah sebegitu...
sesuatu perlu dilakukan.

makan scott's emulsion?
eewwww...
minum enfagrow?
tak lojik.

so...
tadi google la cara pemakanan yahudi.
saja la kan.
diorang ni mmg jahat nak mampos.
tapi bijak pandai.
pastu suka nak sorok2 makan apa.
sebenarnya diorang byk ikut cara makan rasullullah.
kita je bangang tanak ikut.
hepi2 plak melantak fast food diorang yg tak sihat tu.
diorang tak makan pun.

apa diorang makan utk cerdaskan otak?

BADAM uolss.
berita baik utk penggemar almond london.

so semlm pegi family store beli badam.
goreng2 kering pastu blend jadi serbuk.
tadi dah minum sket campur milo.
sodap!
sokgi nak bancuh dlm susu cem plak masa breakfast.
kasi dia lebih pikap sket.
nanti nak blajar linus ngan tice su.
cikgu maths dia.
mekasih cikgu.

ehh!
tiba2 saya rasa lebih bijak hari ni...

_________________

saya kopipes dr google.

sedikit fakta pemakanan.. Kita nak ikut buku sains / apa-apa yang diwar2kan oleh org yahudi Kafir atau kita nak ikut Rasul Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhammad ? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni juga menwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita juga.

Firman Allah: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 168

Firman Allah: Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Al-Quran Surah Al-Maidah Ayat 88

Firman Allah: Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Al-Quran Surah An-Nahlu Ayat 114

Jan 18, 2011

?

malam tadi saya mimpi.
mimpi taun ni dapat pegi haji.

alhamdulillah kalau betul2 jadi!
rezeki...

tapi...

apa kes sebilik dgn JULIE DAHLAN?

Jan 13, 2011

if u hepi n u know it klep ur hand....

Laugh. You'll burn 20 percent more calories watching a funny movie than you would if you watched a drama. You can also watch comedies on TV, see comics perform live and read funny stories.

saya jumpa ni...
bagusnya.
buat penat je jogging pagi tadi.
rupa2nya nak bakar kalori cuma perlu gelak je kan?

ye.
gelak.
ketawa.
dan bergembiralah.

jgn meroyan...
jgn cari pasal dgn org...
jgn cari gaduh dgn org...

tamo...tamo...tamo...
itu tak bagus utk kesihatan.
nanti depress 7 keturunan.

ok bye.
saya nak cari kegembiraan di luar.
saya tau apa yg boleh buat saya gembira hari ni.
cuba teka?
mlm kang "kalu sempat" saya upate.

Jan 11, 2011

11.1.11

11.1.11

tarikh keramat?
tak...
tu tarikh keparat.

letih tul niari.
roadtax mati.
biasa ok je.
tiba2 semlm takleh nak renew.
ada saman jpj katanya.
siap blacklisted.

bila pulak kena?
heran ni...
takde pun kena tahan atau sign apa2.
jpj ada saman ekor pulak ke sekarang?

tadi pegi check.
sebab cemin gelap.
kena kat federal hway bln 6 taun lepas.

dia kata notis dah antar rumah.
tapi takde respon so kena denda la.
nak appeal boleh tapi kena pegi jpj selangor

hoh malas!
bayar je la.
kang turun naik sana lebih kurang je belanja dia.

"akak balik dulu. saya kena tunggu selangor fax sini document akak"

ok balik.
singgah beli pari, ayam, udang & sotong.
sampai rumah simpan barang.
tak lama lepas tu jpj call.

"datang sekarang kak. terus pegi block C buat inspection ye..."

itu ini begitu begini...

then kena rm280...
ada diskaun drp jumlah asal rm400.
tu pun selepas puas kedip2 mata dgn abang penguatkuasa.
walaupun pedih hati ini...
tepaksa koyak tinted tanpa budi bicara.
hukhukhukkk!!!

masih tak setel lagi.

"esok baru status blacklist ni clear yer kak. sbb saya kena fax selangor dulu kes akak ni..."

"abes takleh renew la hari ni?"

"takleh kak..."

hishh leceh betul.
macam la kita langgar lari bunuh org sampai mati...

so esok...
pegi renew pakai rollerblade la kot...

Jan 6, 2011

sebut betul2...

secret recipe dataran senawang.

masuk 2 perempuan.
pakai ala2 datin.
rambut perang.
bling2.

budak waiter datang ambik order.

akak A : ai nak lasakna. beef yer.

akak B : ai...sepeygeti boloknis.

terang dan nyata tajwid mereka.
kagum sungguh saya.

err...
saya kan...
kalu tak reti sebut...
tunjuk je kat gambar.
"saya nak ni..."
kan senang.

p/s : sampai skang tak pandai sebut YSL. huuu!

Jan 5, 2011

buat kak ros!

to puan rosmah mansor. tahniah atas projek permata anda. bagaimana dgn budak2 ni?

  • autism
  • aspergers
  • add/adhd
  • dyslexic
takde ke special program utk early-intervension? ramai genius terdiri dr golongan mereka jugak tau. contoh: Albert Einstein, Isaac Newton, Benjamin Franklin, George Washington, Abraham Lincoln, Leonardo da Vinci, Vincent van Gogh, Beethoven, Henry Ford, Bill Gates...ramai lagilah. tak larat nak list satu2.

utk contoh disleksia, saya copypaste dr sini. ramai parent yang tak tau ni. antar anak pi skolah, bila cikgu kata anak ada problem...marah plak tu. tuduh cikgu tak tau mengajar. padahal tak sanggup terima hakikat yang anak tu ada masalah pembelajaran.

so, kalau nampak something wrong dgn anak tu, pls take prompt action la ya. jumpa dokter. jgn jumpa dukun plak. sbb masalah ni akan datang once anak start belajar. biasa cikgu tadika akan jumpa dulu. kat rumah mmg nampak normal mcm biasa.

pls take note before it's too late!

yang penting...PARENT JANGAN BUAT PERANGAI BODOH SOMBONG DGN CIKGU!

adios!

________________________


Adakah Anak Anda Mengalami Masalah Membaca?

Jika anak anda menunjukkan tanda disleksia, dapatkan bantuan sebelum masalah ini benar-benar menjejaskan keupayaan. pembelajarannya

Oleh Profesor Madya Dr Teoh Hsien-Jin, Pakar Perunding Psikologi Klinikal


Disleksia ialah sejenis kecelaruan membaca, iaitu gangguan pembelajaran paling umum di kalangan kanak-kanak. Keadaan ini bukan disebabkan masalah penglihatan atau kurang pendidikan awal, tetapi dipercayai berpunca daripada keabnormalan dalam otak yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk membaca. Seorang kanakkanak menghadapi risiko disleksia yang lebih tinggi jika ada ahli keluarganya yang lain mengalami masalah yang sama.

Adakah Anak Anda Mengalami Masalah Membaca?

Kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin kelihatan biasa atau pintar apabila bercakap, tetapi mengalami masalah membaca dan menulis. Justeru, dia mungkin mendapati sukar untuk belajar, menyebabkan keputusannya kurang memuaskan di sekolah. Lambat-laun kanak-kanak ini mungkin terasa dirinya “bodoh”, resah, kurang keyakinan diri, atau mengalami masalah emosi lain.

Jika tidak dirawat lebih awal, ia boleh menyebabkan kanak-kanak tidak mencapai potensi penuhnya, dari segi akademik atau sosial. Namun, jangan salah anggap bahawa kanak-kanak disleksia itu “bebal”. Sebaliknya mereka sering menunjukkan bakat dalam bidang lain, seperti muzik, sukan dan seni.

Tanda Penting

Disleksia ialah masalah sepanjang hayat. Namun begitu, keadaan ini tidak seharusnya menjadi sumber keresahan anak anda atau menjadi penghalang kejayaannya. Dengan intervensi awal, kanak-kanak disleksia boleh belajar untuk mengatasi masalah ini dan mencapai kejayaan di sekolah dan juga dalam kehidupan. Justeru, anda digalakkan untuk mengenali tanda umum untuk mengesan disleksia di peringkat awal hidupnya.

Fakta Disleksia

Menurut Kementerian Pelajaran, kira-kira 314,000 murid sekolah di Malaysia menghidap disleksia.

Sumber: The Star, 16 Mac, 2009.


Tanda Umum Disleksia

Common Signs of Dyslexia

Berbincanglah dengan doktor anda jika:

  • Keluarga anda mempunyai sejarah disleksia.
  • Keupayaan membaca anak anda berada jauh di bawah tahap yang dijangkakan bagi usianya.
  • Mendapati tanda masalah pembelajaran di atas pada anak anda.
Doktor akan merujukkan anda kepada pakar psikologi atau pakar lain untuk menjalankan penilaian formal terhadap anak anda untuk mengesahkan disleksia.

Bantuan untuk Disleksia

Apabila disleksia disahkan, doktor atau ahli psikologi biasanya akan mengesyorkan program pendidikan pemulihan bagi kanak-kanak terbabit. Program khas untuk individu disleksia ini membabitkan guru terlatih khas atau pakar bacaan untuk mengajar teknik dan strategi khusus bagi membantu mereka belajar membaca, menulis, mengeja dan memahami bahasa dengan lebih baik. Kanak-kanak disleksia boleh belajar seperti rakan sedarjahnya yang lain apabila dia mengamalkan teknik dan strategi tersebut.

Sokongan dan galakan ibu bapa boleh mencepatkan lagi proses pembelajaran anak mereka yang mengalami disleksia. Ibu bapa boleh memperkukuh segala yang dipelajari dengan kerap membaca kepadanya dan juga memberinya masa untuk membaca seorang diri atau bersama. Lebih penting lagi, jadikan aktiviti membaca menyeronokkan dengan memilih bahan bacaan yang menarik minatnya. Dan galakkan anak menyertai kegiatan yang dilakukannya dengan baik, seperti melukis, muzik, drama atau bersukan.

Belajar menerusi Bermain

Belajar membaca mungkin lebih berkesan apabila membabitkan permainan. Cubalah permainan berikut:

  • Main makan perkataan. Perkenalkan perkataan baru kepada anak menggunakan biskut abjad. Dia dibenarkan makan biskut apabila menyebut perkataan dengan betul.
  • Main sorok. Tulis perkataan atas kertas dan sembunyikan di sekeliling bilik. Apabila anak anda menemui perkataan kertas yang disorok, suruh dia baca perkataan yang tertulis. Ini akan membantunya mengingati perkataan tersebut.
  • Mencari harta karun. Sembunyikan sesuatu barang (contoh mainan kegemaran anak) dan buat beberapa nota bertulis untuk memandunya mencari barang yang tersembunyi itu. (contohnya pergi ke dapur, lihat di bawah meja, lihat di dalam laci). Ini membantunya membaca dan mengikut arahan.

Jan 3, 2011

2011

salam 1 malaysia!

wah! mukadimah...

sedang narrow down things-to-do list.
ada byk perancangan.
ada byk benda nak kena fokus.
tapi kena kecikkan ikut priority.
esp utk family & business.
kadang2 kena let go something...to get something.
kan?

mungkin akan kurangkan blogging.
atau tutup terus.
tengok la macam mana.
by end of january ni.
kalau tutup...jumpa di fb je la ye.
add la saya.
insyaallah saya esep punya.

since 2007 kan...
rasa mcm dah penat menulis.
tiba masa utk baca je pulak kot.
jadi silent reader.

ini apa yg saya rasa buat masa ni je la.
kalau tiba2 berubah hati tak tau la pulak kan.
kang tuduh mak propah pulak.
hiks!

apa2 pun...
i need a break.
but will be back stronger.
maklum la.
orang ingat saya ni hepi selalu.
sbb entry asik merapu.
tapi otak penat takde yg tau.

harapan...
semoga passive income lebih kencang taun ni.
wa mau retire early.
make money while drink coffee.
to all my client...
u'll grow with me.
insyaallah.

amin.