Feb 25, 2011

iklan!

ini ada satu pengumuman.

saya ada 2 ekor orang adik.
dulu 2-2 duduk shah alam.
la ni sekor sorang dapat kerja baru di PJ.
so dah pindah sana.
jadi tinggal 1 lagi kat shah alam sorang2.

sekarang tengah cari housemate.
sapa2 nak cari rumah sewa...
ada 2 lagi bilik kosong.
perempuan saja.

area...seksyen 7, shah alam
dekat dgn unisel, uitm & i-city.
paling penting...dekat dgn tempat makan2.
yakinlah!
anda takkan kebuluran.

berminat?
untuk lebih detail...
sila call Yusliza Yusof @ 019 - 285 1783

oh yer!
cija...
agak2 ada laki/bapak orang tak sedar diri kacau ko lepas ni...
bagitau aku.

tu semua stok2 nak kena pelempang tu!

nota tambahan :
penyewa yang sopan lagi berkelakuan baik akan diberi bonuslink berupa seekor ayam rosmeri + blackpepper mushroom gravy + cheezy baked potato oleh kakak yusliza itu setiap 3 bulan sekali. ada brani?

Feb 24, 2011

why?

dia ada...
bm 5 siris.
3 binis.
3 rumahs.
7 anaks.
aweks? bersepahs (plural).

tadi dia call saya...

julia...(bukan nama sebenar)
nanti tolong repurchase investment saya yg 2k tu ye...

kenapa agaknya ekkk?

kalok takot dilambong ombak...
jangan berumah ditepik panteiii...
(baca intonasi neng yatimah)

Feb 22, 2011

suatu petang...

kemaskan kedudukan.

usalli fardal asri...

assssss salaaaaaaa mualaiiiiii kooooooommmmmmm!

dengar budak sebelah bagi salam.
kuat.

waalaikumsalam!
gua jawab.
masih dalam telekung.

kom apa?
kom bet.
bet apa?
bet men.
men apa?
men tol.
tol apa?
tol lak.

f@%$£$&^£&$(£%^(.("%*£%*£%...
main nyanyi2 rupanya.
kan gua dah mencarut.

nasib baik tak jadi ditahiyat akhir.

Feb 19, 2011

tekan (part 2)

tepat jam 12.

approved.

lalalalalalalala!

Feb 18, 2011

jjcm

tadi saya pegi cyberjaya.
jumpa client dekat seri penang.

on the way balik seremban saya lalu satu masjid.
dah 2.15 time tu.
orang keluar sembahyang.
bapak la jammed.
dari 4 tinggal 1 lane.

tapi saya menten.
tidak langsung rasa tertekan.
siap stopkan kereta bagi mereka lintas jalan.
baiknya saya kannnn?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

comel2 orang cyberjaya ni ek?
masing2 muka macam maher zain.

hikhikhik!

saya suka JJCM.
jalan jalan cuci mata.
well!
saya juer insan biasa.

Feb 16, 2011

yesterday @ pasar ampangan...

pacik...

bagi saya halia 2 ketul.
rempah kari 3.
asam keping sepeket.

oh ya!
cili kering dlm 2-3 genggam ya.
kang saya datang ambik.

lepas say tengs, saya pegi cari santan.

then datang balik...

nah selambakk!!!
tahan setaun tuuu!
nak suh buang sikit...
pacik tu dah ikat mati.
so ambik je la.
malas nak banyak bunyi.

lupa pulak...
pakcik tu punya tangan besar amitabacan.
(bukan comel macam tangan saya)

Feb 14, 2011

ini untuk esok...

sebab semalam dah gado pasal hamzah kan...
hari ni dia kasi saya ceklat.
sama kad.

heppp! hepppp!
bukan v-day!

sempena maulidurrasul katanya...

suker nihhhh!

toing! toing! toing!
(tijah di awangan)

Feb 13, 2011

kerana hamzah...

semalam yang hangat.
begadoh laki bini.

ada hamzah!!!

mana ada!!!

adeeeeeee...(4 harkat)

takde laaaaaaaaaaaaaaaaa...(8 harkat)

ok la! ok la!
yu menang!
hamzah pun hamzah lahhh...

tadi sesenyap saya gugel tengok.
sekali check...
alamak!
memang ada hamzah la.
malu kiter tawww!!!

konfius ek?
zaman atok2 kita dulu lain ejaan dia.
zaman mak ayah lain...
time kita pun lain.
sampai kat budak2 ni jam lagi lain.

eh!
tak puas ati betul la.
dulu rasanya cikgu ajar "main" tu takde hamzah tau.
mim - aliff - ya - nun terus kan?

ada sapa2 ingat?

sapa nak link sila refer kat sini.
sebelum dimalukan oleh anak...
baik ko master dulu jawi ni.

bang!
kalu ada tersedak2 terbatuk2 ke semalam...
saya mintak mahap la yer.
hehehe!

test sikit tengok!

ڤمبوڠاق جومڤو ڤمبوليت. هاا! ده کونو لا تو

helllemekkkk!
best la converter nihh!!!

Feb 12, 2011

b.i = bi n.g.a.i = ngai

"alah! kita keja siang malam tinggalkan anak pun takpe. diorang kecik lagi tak tau apa2"

appaaaraaa bingai!
punya la mata duitan.
sampai macam tu sekali keluarkan statement.

anak ni kan...
time kecik2 la kena monitor rapat progress diorang.
crucial tu.

isk!
sian wa tengok anak lu der...
dapat mak...
tau beranak jer.

oklah.
wa nak mandi.
panas pulak malam ni.

Feb 10, 2011

tekan

saya tertekan!
saya tertekan!
saya tertekan!

perasaan yang dasyat.
kontraksi itu datang hampir 5 minit sekali.
ya bang!
saya tertekan tengok benda ini.

kawan2!
perlukan sokongan moral anda semua.
marilah ramai2 berikan tekanan kepada encik carlos.
agar beliau membelikan periuk tekanan dengan kadar segera.
dengan mengisikan tempat kosong.

"tijah memerlukan periuk tekanan kerana ____________________"
(tidak lebih dari 100 patah perkataan)

boleh juga sajes brand & harga.
sekian terima kasih.

p/s : pau mengepau membawa bahagia!

Feb 9, 2011

oppss!

dalam talipon gua...
contact no...
ikut susunan...
atas sekali nama suami.

Abg (Hubby)

diikuti dgn..

Abu Used Car
Adivitra
Adylina
Aida Abaya

dan seterusnya.

tadi pagi suami gua antar sms.
"dah sampai opis. take cr. luv u & cem"
begitulah kami reporting selalunya.
just nak bagitau dah selamat sampai destinasi.

gua tekan butang laju2.
balas balik "luv u too"

lama lepas tu rasa nak clear sentbox.
ini habit.

innalillahhiwainnailaihirooojiunnn...
mampos gua!

agak2 bini en. abu baca tak sms gua tadi tu?
dem.

Feb 4, 2011

kuay teow kantonis

heppppp!!!
tengok tu...
kemain syak wasangka.
biasaaaaaa diaaaa...

sebenarnya pasal ni la.
1st time buat kuay teow kantonis jadi.
rasa sebijik macam kedai victory.
alahhhh. kedai cina muslim yg femes kat S2 tu.
tu yang ulang sampai 3 kali.
hahaha...

hey!
bak kata juri dalam top chef.
samtaims...gudfudisbeterdenseks ok.
alah!
translate ah sindri.

ini utk sorang makan.
tengok tuu...
siap ada efek nur dari jendela dapor.
kau ado?

bahan2 :
  • segenggam kuay teow
  • 3 ulas bawang putih
  • udang
  • fishcake
  • ayam
  • 1 helai sawi (buat syarat je utk presentation. saya tak suka sayur)
  • 1 biji telur
cara2 :
  • goreng kuay teow & kicap. angkat & ketepikan. letak dlm pinggan.
  • panaskan minyak lain.
  • tumis bawang putih.
  • then masukkan ayam, udang & fishcake. letak air sikit utk kuah.
  • masukkan sawi.
  • ejas rasa. garam + lada sulah + lada hitam (sikiitt je tau) + minyak bijan + sos ikan + sos tiram
  • pecahkan telur. kacau2.
  • pekatkan kuah dgn tepung jagung. (1 sudu je. bancuh dulu dgn air supaya tak berketul)
  • siap. boleh tuang kuah atas kuay teow tadi.
  • sedia utk dihidang (wahhh! ayat rancangan ketok2 romodhon)
tu jer.
dijamin mertua suka hati.
eh!

how?

petang tadi dah.
pastu jam 10 tadi ulang lagi sekali.
ok.
lega.

ni dah 1.40 pagi.
rasa cam nak lagi.
isk!
cemana nih?

problem betul la.