Sep 30, 2009

raya jadi tak best bila...

kenapa ada sesetengah org malas nak pegi beraya rumah sedara mara? ya! sbb kadang2 molot masing2 mcm puaka kan? terus raya jadi cam tak best gittew...

secara peribadi...sila pilih soklan2 yg sesuai dgn jawapan anda...

  • ni bilo laie nak kawen ni? umo dah byk!
  • dak ida tu anak dah onam. kau apo satu yo laie? (ni den salu kono...)
  • ni dah dokek setaun kawen. takdo isik laie ko?
  • laki kau mano? umah satu laie ko?
  • anak kau ompek2 betino. tak tingin jantan lak ko?
  • kau ni tetiap taun mengandong...tak ponek ko?
  • ________________________________________
  • ________________________________________
  • ________________________________________

mahu tolong tambah lagi contoh soklan2 puaka seperti diatas? ayoh jgn berlengah lagi! sila isi secara subjektif di ruang kosong yg telah disediakan.

hari ini di dlm rancangannnnnn...

mari emo bersama tijah!

Sep 29, 2009

akhirnya saya menjaja muka

mengada2 budak2 ni kan? rekues mcm2. lastik dgn getah ikat sokabar tu baru tau!!!
budak ni sebok suh enterprem...
budak ni suh jaja muka.
senang nak laga2 (.)(.) kalu jumpa katanya.

kau kenapa nok? bukan kita dah penah jumpa ke?
mengada2 ko kan akhlakhan???
ok la! ok la!
ini la gamba saya...
mcm uji rashid kan?
har! har! har!
cam haram!

sudah! sudah!
saya nak sambung main zuma!
sekian terima kasih!

Sep 28, 2009

raya (part3)

raya. 2 hari je dah habis round.

lepas tu mula la masing2 temenung tekangkang ngadap tv sambil peluk tat nanas sorang sebalang. tapi program tah hape2 tah. nyampah pulak tengok bebudak AF kali ni. nyanyi ke laut! belakon ke lombong! tak bestlah! layan upin ipin lagi bagos!

akak cam biasa la lepak dapo. masak. bancuh teh. masak. bancuh neskepe. bukan utk org...utk diri sindri je pun. syok wooo! dapo mak besar tak mcm dapo akak yg sekangkang kera ni.

tetengah kebosanan tu...tiba2 keluar sajesyen dr b.chaq ajak piknik kat kedah. mula2 ingat diorang nak ke sg. sedim. mcm tak best je sbb nak menapak ke dlm tu jauh. oh bukan! rupa2nya diorang nak ke titi hayun kat yan sana.

ok la. tak penah pegi tu. boleh la try. terus terhangguk2 masing2 tanda setuju.

esoknya...berbekalkan bihun goreng & sandwich ala2 subway, berkonvoi la kami 4 bijik keta ke titi hayun.

muka hepi seorang pempiknik!
bebaloi2. mmg cantik tempat tu. sapa2 nak pegi...highly rekemendet. jernih gila air dia. pasir pun tak byk. bila mandi tak masuk kat poket.

seblm sampai titi hayun...akan jumpa lubuk tupah dulu. tempat ni penah kuar mastika sikit masa dulu. tempat skendel nih. budak2 muda salu berendek kat sini. tak caya sila gugel. apa daa tak malu berendek tempat awam. lenkali sewa la bilik kan? erkk!

mak ayah tak turun mandi.
tolong jaga barang sambil main suap2 makan.
lomentik kan?

akak mano? takdo. akak kan pemalu! kahkahkah!

ok setel dah citer raya. keje plak wehhh! kopak dah nih!

Sep 27, 2009

raya (part2)


ok. part 2 plak. saja je ni. takde citer apa pun. nak tulis resepi sket je. maklum la raya setaun sekali kan? tak rekod kang takut lupa.

kebetulan balik raya awal taun ni...dapat la tolong2 mak sket kat dapo. kasi dia rehat sket la kan sambil tengok qamar bani hashim kat oasis (siriyes best wohhh citer tu!). sian mak. penat siang mlm jaga ayah yg tgh kurang sihat tu (strok).

rendang ayam biasa mmg mak serah bulat2 kat akak.

"hang buat la cemana pun..."

cuma ketupat palas dgn gulai daging jer kena pantau. sbb versi yg biasa mak buat ni lain sket. ikutkan akak kang...belasah pakai cili api je.

ok...

lets start dgn main dish. ketupek paleh...

ketupat palas tok som

bahan2:
  • 5 cawan beras pulut susu (rendam kejap dlm 15 min then toskan)
  • 5 cawan santan pekat (dari 2 biji kelapa)
  • garam & gula
  • 3 helai daun pandan
  • daun palas
cara2:
  • masak santan. bubuh garam & daun pandan sket utk wangi (jgn mandai2 letak vanilla plak taw!!!)
  • masukkan beras pulut. pulut haruslah lebih sket dari santan. jgn terendam sgt nanti pulut lembik.
  • kacau2 sampai la pulut tu separuh masak. (pulut tu misti ada bijik2 sket tau. takpe tu der sbb karang nak rebus lagi skali)
  • pastu balut la pulut tu dgn ketupat palas cenggini. (mekasih byk2 la kat owner nih...)
  • pastikan balutan adalah rapat yer. jgn tenganga pulak. masuk air lombik ketupek tu nanti.
  • siap balut...sila rebus ketupat tu lagi sekali.
  • tips : alas bahagian dasar periuk tu dgn lebihan daun palas dulu utk elakkan ketupat dr hangus yer kawan2.
baiklah. ketupat dah siap. skrg gulai daging pulak. belah sana org panggil gulai...tak panggil kari. takpo. apo2 yo lah kan? janji copek dimasak, sodap dimakan...

gulai daging mak tok

bahan2 :
  • 2 kg daging (jgn potong besar2 nanti cepat habis. wakakaka)
  • 4 peket rempah kari daging/ayam
  • 20 biji bawang merah (kecik)
  • 10 biji bawang putih
  • 4 inci halia
  • penumis (bunga lawang, pelaga, kayu manis & cengkih)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 senduk kerisik
  • 2 senduk cili boh
  • 1 biji kelapa (ambik santan pekat)
cara2 :
  • bwg merah, bwg putih & halia dibahagi 2. sebahagian hiris, sebahagian lagi kasi blend.
  • bahan2 yg diblend tu...gaulkan dgn daging, rempah kari, cili boh, kerisik & air sket.
  • bahan2 hiris tu...ditumis sekali dgn bahan penumis & daun kari.
  • bila dah garing sket, masukkan daging yg dah diperap dgn rempah & bawang2 tadi.
  • letak air lebih2 sket...tunggu sampai daging empuk
  • last skali...baru la masukkan santan pekat tadi. agak2 mendidih...tutup api.
siap!

Sep 26, 2009

raya (part1)

salam semua!!!

ada sihat?

brapa kilo sudah naik?

hahaha!

akak? turun 2, naik 4. standard procedure arrr. raya maa...

baiklah. sekarang mari kita bercerita serba sedikit tentang lawatan yb tijah ke kawasan tempohari.

seperti mana yang telah disediamaklum, akak balik penang sabtu last week. tak jadi balik pagi jumaat atas bbrp urusan yg masih blm selesai. so, sabtu pagi tu lepas subuh kitorang terus gerak. lebih kurang 6.30 pagi dr senawang.

sepanjang2 jln ke utara...hiway adalah bapak jam. kejap2 berenti. kejap2 berenti. yg bengang tu...bukan ada eksiden apa pun. diorang slowing down sbb nak tengok keta berenti tepi jln jer pun. adat la. bila dah jln jauh2 tu...ada yg berenti nak muntah. ada yg berenti anak nak kencing. dsb. prihatin betul pemandu kat m'sia ni kan? kalu dah concern sgt...apa tak berenti jer terus tolong cebokkan kencing budak tu sekali kan?

apa daaa...

tak tahan punyer pasal, kitorang keluar exit bidor. carlos ajak ikut jln lama je. bawak lek-lek masuk kampar, lalu teluk intan (tingat kat cklah), ipoh, sg siput, kole kangsar pastu masuk balik hiway kat taiping. lepas juru jam balik. haih...tak sudah2. kuar balik. ikut bukit mertajam plak. lalu perda, kubang semang, penaga segala last2 sampai gak la rumah.

total perjalanan?

ngam2 10 jam.

gilo kan? tau centu naik keretapi lagi best. koc bilik tu baru 70 hengget je sorang. dah la privacy. ada katil lak tu. bleh gak geli2. oppss!

ok...

esoknya ahad tu raya kan?

macam biasalah. lepas solat haruslah jln2 cari makan pulak. rumah wajib pegi adalah mak anjang piah, makcik sirah, mak anjang embun & wa bah. (mcm korang kenal pun kan? kehkehkeh)

on the way ke permatang elong rumah mak anjang embun tu, view adalah sgt cantik. kiri kanan sawah. hijauuuuu jer.

wuiii! byk giler bangau kan? geram tengok. nak kejar tak larat. tangki dah penuh dgn ketupat palas, rendang, bihun sama laksa. tapi tu la. dapat 2-3 ekor...marinate buat bangau rosmeri sedap tuhhh!

meriah! sungguh meriah!

kat tepi2 jalan pun penuh banner...
ni pas punyer...
ni pkr punya...
ni plak errr...awat kak cah? baju raya tak sempat siap kaaa?? ni yang tijah marah nih. kan tijah dah post baju aritu. sampai hati kak cah tak pakai...
tengok nihhh!!! marka tijah pakai. segak appaaaa...

Sep 18, 2009

salam aidilfitri...

omaigod! omaigod!
nok! tolong diam sket nok!
tuh!
diorang nak buat pengumuman raya tuh!!!

dengan ini...saya mengistiharkan...
alhamdulillah!
raya lusa.
sempat la akak booking tiket airasia...
bye kawan2!
see u later...
akak balik kampong dulu ya!
mak akak dah kumpol kayu api dah tu...
dia kata tunggu akak balik je...
nak bakar lemang sama2...

akhir kata...
salam aidilfitri
&
drive kefuli!

Sep 17, 2009

org tamak selalu rugi, bagai anjing dgn bayang2

semlm buat hoskiping. kemaskini sket petiais akak tu seblm balik penang kan. kena buang dulu apa2 yg patut supaya tak becendawan dalam tu nanti.

dan akak telah mendiskaver sesuatu! lahhh! bila beli nih? banyak lak tu...

ai buntu. ai betul2 buntu!!!

so...ai pun cepat2 fikir apa nak buat dgn benda tu...
sotong goreng kunyit - BAWANG LEBIH
ayam masak merah - BAWANG LEBIH
tu la. tamak haloba sangat kan? beli sampai 2 kilo. yg nak makan 3 mulut jer pun. tu bila dah bertunas, berakar baru la nak panik kan?

ni makan bawang byk2 ni takpe ke???

habes la!

lepas ni konfem bau bangla!

Sep 16, 2009

ekzostet...

penat ah kemas laman, kemas rumah, cuci tingkap, cuci blind, lap grill sumer. tu blm kemas stor, cuci dapo lagi.
(motip kau meraih simpati disini tijah??)

ada sapa2 nak beli rumah akak? akak nak duduk flat je la lepas nih...
  • tanah : 6000sqf (pokok rambutan, mangga, pulasan juga mas cotek disediakan)
  • rumah : setingkat (tapi ada basement parking sampai B11 - lift disediakan)
  • tingkap : ada 12 (kali 2 bilah)
  • harga : rm 1.5M (ada diskaun sehingga 70%)
percuma sebotol rosemary leaves utk setiap pembelian
(terhad! dapatkan segera selagi stok masih ada)

p/s : ok tak klakar. maaf. saya sakit kepala hari ni (angin kot). mungkin sbb tak sahur pagi tadi.

Sep 13, 2009

dah beli...tapi...

tadi akak ke paroi jaya.

usha beskot raya dikedai kegemaran. acara wajib tahunan tu. beskot2 dia mmg telah terbukti keberkesanan kesedapannya. kerepek pun best. dah la byk jenis, murah lak tu. double hepiness akak dibuatnya.

"biskot apo ni kak?"

"pandan delight dik"

"cam sodap yo?"


"try la sebalang lu. sodap sok datang laie"


"orait"


keluarkan duit. rembat sebalang pandan delight sama sebalang cokletcip cookies. each ada 50 bijik. takpe. mlm kang kita test drive.

pandan delight
cokletcip cookies
lepas bebuka tadi akak test la sebijik. mmm...sodap! test lagi. ish! osah sodap eh! ok last. eh ehhh! tak bulih beronti pulak dah!

camno nih?

pandan delight dah tingga 30 bijik yo hah!

konfem!

korang datang raya sok akak gorengkan nugget yo lah! pandan delight yg sodap tu akak nak simpan. makan pelan2 sampai raya taun dopan. kihkihkih!!!

p/s : esok nak cari kepek ubi podeh lak.

Sep 12, 2009

nak raya dah? kejap je kan?

persiapan tijah menjelang syawal...
  • baju raya - tak tempah pun. malas. tak kisah. kalu rajin sok cari readymade. kalu tak rajin pakai je baju last year. taun ni raya penang. takde sapa perasan pun akak recycle baju lama. lagi pun kat sana biasa baju raya pakai 1/2 hari je. lepas tu sumer tukar baju kelawar masuk dapo bikin laksa.
  • kuih raya - blm beli lagi. tengok ah esok kalu rajin. rembat kerepek 3 jenis, biskut 3 jenis sudah (dah tu balang kuih akak ada 6 bijik jer kan?). lagi pun akak lebih suka bikin mi ke, bihun ke, roti jala ke...time raya. konyang sikit kan? haa! sapa nak dtg sila buat temujanji. sempat la akak marinate rosmeri ciken nanti.
  • bunga api - esok baru nak riki. nak cari cap kucing yg batang besi tu. bleh bengkok2kan pastu baling atas pokok. mcm krismes.
  • kemas rumah - buat hari ahad sok lah. nak mintak carlos vakum sawang. akak mana sampai. maklum la...ai kan "tinggi".
  • potong rumput - khamis depan bleh la panggil kalam (bangla pemotong rumput). skrg baru tinggi betis. belum kritikal. nak tunggu sampai paras lutut.
  • kereta - 2-2 dah servis. kali ni balik tasek gelogoq bawak kobau bajak. senang nak menyelit cecelah sawah time beraya rumah sedara sok.
  • langsir - dah 4 taon tak tukar. nak tukar apanya...tingkap umah akak sumer pakai blind. lap2 je la kan.
  • duit raya - blm tukar lagi. takyah bagi buleh tak? hahaha!
ada apa2 lagi yg tetinggal? macam tak raya je kan? takpe la. kita amek yg wajib je. bersalam2an dan bermaaf2an sesama insan.

apo susah2! takdo kuih rayo sok...kito goreng nugget yo lahh!!!

Sep 11, 2009

to cem with luv...

ada org suka manjakan anak kan? apa anak nak senang2 je dapat. alasan...dulu kita hidup susah. jadi tak nak anak tu lalui benda yg sama.

tapi bila kenang balik kes yg terjadi dlm famili akak baru2 ni...

akak rasa anak akak tu...biar la dia belajar erti "NO PAIN NO GAIN, NO GUTS NO GLORY" (anak akak ok. anak org lain sukati mak bapak dia la nak buat cemana pun kan...). nak something, sila dapatkan sendiri. jangan bagi ikan, tapi bagilah pancing. apa la salahnya bagi anak belajar susah sikit kan?

bak kata org, sayang anak ditangan2kan. sayang laki dicontrol2kan (laki zaman skrg susah mau jaga ok. maklum la sesetengah pompan ni bukan kira laki org ke haper main belasah jer...).

opppss! keluar topik sudahhh.

______________

cem,

walopun kamu tu seketul jer anak mami (buat masa ni la. harap2 ada lagi). mami nak kamu...
  • lepas ni pegi skolah naik van ok. mami tanak antar/jemput lagi. mami dulu rilek je gi skolah jln kaki. (ofkos la sbb mami skolah asrama kan...)
  • kurangkan belanja. jgn asik nak makan kat mcD & kehepsi. (mami takpe...sbb mami cari duit sindri)
  • jaga harta sendiri elok2. jaga pencil box. ni pensel asik la hilang. 1 dozen mami beli aritu mana pegi tinggal 2 je?
  • jgn nak demand osh kosh, guess kebagai. pakai je baju yg mami beli kat giant tu. takde sapa nak belek tag baju kamu tu der. mami pakai baju reject shop tu pun org kata lawa jer (tetttttttttttttt...cukup2 la tu tijahhh!)
  • ada byk lagi do's & don'ts list ni. jgn risau nanti mami tambah lagi...
oh ya!

rumah, kereta, saving, investment & insurans yg mami & dedi siapkan utk kamu...kitorang simpan dulu. mami nak kamu lebih berdikari. sbb mami pecaya...keperitan & kepayahan akan mematangkan kamu nanti.

mami jugak harap kamu jumpa jodoh yg baik bila besar nanti. jgn jadi jantan sembah bini sampai takut nak buat decision sendiri. dan kalau itu terjadi, mami ngan dedi tak teragak2 sekeh kepala kamu lagi dan lagi dan lagi...

yg menyayangi...
mami tanjung tijah & dedi dores carlos

p/s : takpe bang. kalu menantu tanak jaga kita sok...kita suh jer cem kawen lain. kita siap tolong pegi pinangkan. amacam?

Sep 10, 2009

sabar

utk mengurangkan rasa bengkak di hati, maka akak pun duduk la depan pc sambil cari idea baru utk entry.

baiklah! mari kita mulakan dgn menggugel image.

taip perkataan [sabar]

dan press enter...




































jadik la. sekurang2nya hilang kejap ingatan akak kat "sipolan" tu...

p/s : eh! mlm ni mlm jemahat ek? mmm...nak kena wangi2 nih. nak baca yaasin.

Sep 8, 2009

once upon a time...

lepas sahur, malas dah nak tido balik. baru jam 5.30. on pc...godek2 D drive ternampak lak gambar nih.

kenangan kembali...
itu adalah ekspresi riang ria kami semasa dlm perjalanan ke sarang buaya, batu pahat. ianya adalah sebuah kampong yg permai...bukan tempat pemuliharaan buaya ya! kami pegi 1 bas. ramai la jugak. (giler excited siap pakai baju silat. anak sapaaa la tu. hahaha)

buat apa kat situ?

ya. kami telah didatangkan khas dr sebuah sekolah berasrama penuh di daerah bakri, muar utk mempersembahkan skill sparing kami (silat cimande) kepada para tetamu di sebuah majlis perkahwinan. dengar khabar itu adalah majlis perkahwinan anak ketua kampong.

kami rasa bangga!

kami rasa terharu!

such an honour!

sampai2 jer tuan rumah menyambut dgn penuh mesra. kami diminta berehat seketika.

"rhehatlah dhulu nak. esok kithe adhe byk kerjhe..."(dibaca dgn tonasi jawa)

wah! mulia sungguh pakcik nih! tiba2 kami terasa seperti rombongan PGL the musical dr istana budaya.

mlm tu lepas makan kami tengok org main kuda kepang. hati berbunga riang. tak sabar nak tunggu esok nih. sangat teruja. seblm tido siap berpesan2 dgn rakan seperjuangan...

"wey korang! esok masa perform buat betul2 ok? jgn lupa step..."

"oraittt!!!" sambut masing2 serentak sambil mengusap2 bangga baju silat yg elok terlipat.

keesokkan harinya...

"bangun! bangunnnnnnn!!!" cikgu samsudin (cikgu fizik merangkap guru silat) menjerit. "kita ada byk keje nak buat nihhh" sambungnya.

"manok, pegi tadah air. zeti, lap pinggan. yus, susun kerusi. azie, pegi cari alas meja bawak sini. bla...bla...bla...sapu sampah. angkat dulang. bla...bla...bla...jgn curi tulang... "
tengok la. ko tak sedihhh ke? akak sedih tau!!! rasa nak bakar je baju silat tu! (owh! lupa gambar adalah digugel yer. credit to hazey. mungkin ini maksudnya kot? sori atas kekhilafan mak. hehehe)

rupa2nya kami diimport khas semata2 utk dikerah sebagai penanggah!

sampai skrg akak dendam dgn cikgu samsudin. akak syak dia skrg dah pencen dan buat bisnes katering.

Sep 6, 2009

kena beli lain nih...

ni yang akak bengang nih!
ice blended susu + kurma akak yg sepatutnya sedap tu kannnn...ada perisa udang kering ok!!!

mari bertafakur sejenak. cuba korang imejin sket mcm mana rasa dia? eewww!!!

lepas blend cili, bawang, udang kering utk buat bihun tadi...akak patut bilas dulu dgn air kopi (petua utk meneutralkan bau hamis/hanyir blender). maklum la blender 1 je kan?

tapi tadi lupaaaa...

silap arr!!! kan dah rugi kurma yusuftayub 7 biji.

banggggg...
(harus memanggil dgn nada manja...)

esok rembat lagi satu jom??? ai rela takde baju raya...janji ada blender!

p/s : pepatah cina ada mengatakan : sebuah kapal tidak seharusnya mempunyai 2 nakhoda. tetapi sebuah dapur (sebuah ke ek?) seharusnya mempunyai 2 blender.
sekian laporan dari tiwitige!

sori kak. aku pinjam gambar eh? jgn marah taw. puas aku gugel adegan yg sesuai utk dipadankan dgn pepatah cina diatas tapi tak jumpa. anyway...lebiu kak! larikkk!!!

Sep 5, 2009

bubur lambuk yb (bukan yunus badawi)

baiklah!

berdirinya saya dihadapan ini adalah untuk berkongsi satu lagi resepi.

ya!

menu kita hari ni adalah bubur lombok lambuk. carlos yg rekues suh buat ni. oraittt! akak on je. lagi senang masak sejenis jer kan? jadi tanpa melengahkan masa, marilah sama2 kita meneliti bahan2 yg diperlukan.

bahan2 (utk makan 3 org) :
  • daging (potong kecik2. sila gunakan daging impot ostrolia utk lebih cepat empuk)
  • 1/2 pot beras
  • 6 ulas bawang merah kecik (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • sedikit halia (hiris)
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 sudu makan rempah kurma
kaedah :
  • tumis bwg merah, bwg putih, halia, rempah sup & rempah kurma sampai garing
  • masukkan daging & beras. kacau2. biarkan mereka intim seketika sebegini...
  • kemudian sila tambah air byk2 (kata nak buat bubur kan...)
  • dah. tunggu je la sampai beras tu kembang
  • dah kembang...masukkan segenggam bawang goreng
  • siap. dah boleh makan
  • ehhh kejap! kejapp! seblm tutup api, sila letak a little dash of seasoning macam kicap manis sket, sos tiram sket, pepper sket, lea & perrins sket. semua sikit2 jer dlm 2-3 titik gitu. nak kasi enhance the flavor saja.
bubur ni sengaja tak diletak bunga lawang, cengkih, pelaga kebagai. tak suka kang masa makan tergigit benda2 tu sumer terus potong stim. lagi pun dlm rempah sup & kurma tu mmg dah siap ada benda2 tu semua kan...

dan bila nak hidang, jgn lupa...
  • cili kicap (kicap + cili api + bawang putih = tumbuk/blend)
  • daun sup/bawang (hiris la. nak kunyah selai2 pun boleh juga)
  • bawang goreng
  • bilis goreng (takde. so akak ganti dgn daging cincang goreng)
  • kacang tanah (optional)
  • telo asin (optional)
ahhh! agak2 nanges tak tukang masak masjid kg baru kalu tengok nihhhh?

p/s : ini la benda yg akak nak cerita semlm tu. kuang ajaq jer nak rasier2 segala kannnn? hamponn dek nonn! maaf zahir & batin!

assignment hujung minggu...



tadi kann...

akak bebuka puasa dgn benda best!

barang baeeeek punya!!!

puas ati arr...

cuba teka?

ok.

esok akak citer...


Sep 4, 2009

mari sini saya ajar kamu cara2 menyediakan portuguese egg tart

Jah, nie ha resepi portuguese egg tart tp i sendiri pun blm cuba lg but hope OK la...

Bahan2 (6 biji tart)
1 keping puff pastry (nie kat tesco pun ada jual)

Filling
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan susu cair or susu segar
1/4 cawan whipping cream
3 biji kuning telur
1/4 sudu kecil vanilla extract

Kekdahnya:
Panaskan oven 200 C
. Masukkan suma bhn2 filling dlm mangkuk dan pukul sampai sebati dan tapis..dah tapis ketepikan ler. Potong puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat dan cucuk permukaannya dengan garfu. Pas tue masukkan dlm muffin tin. Isikan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit and biar sejuk dlm tin muffin selama 5-10 minit sblm dikeluarkan. Pas tue x reti2 ke nak ajak kita ngopi sekali??? hehe...gud luck!

~ faiz ~

------------------------------

lama dah akak mintak resepi portuguese egg tart dari minah ni. (lawa kan dia?)
*nok...tlg buatkan mak doploh bijik bleh? tengs in advans. hehehe...

email tu akak simpan since bln 7 tuari. tapi masih tak buat2 lagi. kegemaran kami sekeluarga ekceli nih. dulu masa muda2, masa metabolisma tengah tinggi...akak buleh je hadap benda ni hari2.


tapi hari ni tadi...

akak telah memberanikan diri menyediakan sendiri potugis egg tart buat famili.

cara2nya :
  • pandu kereta ke giant senawang
  • parking
  • kunci kereta
  • pandang kiri, pandang kanan...lintas jalan
  • masuk kings confectionary
  • ambil tray
  • sepit egg tart 3 biji...
  • bayar (rm1.50 x 3) dan berlalu pergi
setel!!!

burp! alhamdulillah!!!
gendang gendut tali kecapi. kenyang perut suka hati.

eleehhh! takde la susah mana egg tart ni kannnn???

Sep 3, 2009

laju bang...

saya adalah obses terhadap kelajuan. halaju. velocity (eh! sama la tu). kecepatan. acceleration. speed. speedy gonzalez. (tapi saya dah lupa formula mengira halaju tu. cikgu samsudin, maafkan saya)

apa2 pun nak cepat je.

kekemas cepat2. sapu laju2 kadang2 tak sedar masih ada sampah tetinggal dibelakang.

makan laju2 (jgn tiru...ini tidak bagus). bila sistem penghadaman bermasalah yg menyebabkan perut memboncet dan sembelit lalu menyalahkan kadar metabolisma yg konon2nya diparas terendah.

masak laju2. berkebolehan menyediakan beberapa dishes seperti memanggang ayam, memblend sambal belacan, menumis sayur, menggulai kari daging dan menebar roti jala dalam satu masa.

dan ada beberapa contoh lagi...

tapi tu suma tak best!

paling saya suka sebenarnya adalah menguji kereta. omputeh kata test drive. sgt teruja bila dapat menguji tahap kelajuannya. perangai ini menjadi kebencian para penjual kereta. uji saja. belinya tiada.

antara yg pernah dicuba...

subaru impreza. sedap. laju. tapi kurang menarik paras rupa. next...

nissan murano. sedap. tetapi pusat graviti yg tinggi menyebabkan pemanduan adalah kurang mantap (ke aku yg gigil sbb menatang ni besar sgt...). next...

bmw. sedap. mantap. selesa. bergaya. tapi masih rasa mcm sedan biasa. ok next...
tuuuudiahhhh!!! nissan fairlady...

dlm byk2 tu...ini ekceli yg paling buat saya berdebar2 dan tak tido lena. lepas test drive di jln ampang tuari masih terbayang2 excitement dia. manual. tuned by impul. mantap. seksi giler. saya rasa kalau diletakkan brat pitt disisi pun belum tentu akan dipandang sebelah mata. salesman tu bagi saya bawak pusing AKLEH. dia suh bawak sampai jelatek saja. hishhh! mana blehhhh. (eh ehhh! AKLEH : mana blehhh = rhythmic kan?) sedap2 eseleret ko nak suh exit tu kenapa? saya pekakkan telinga. bawak teruussss sampai bukit belacan punya hutan rimba.

saya nak kerja kuat skrg. harap2 boleh pakai taun depan. amin...

seronoknya tidak terperi...

oh yaa! ada sapa2 boleh bagi saya test drive lamborghini, bugatti & ferrari?

teringin nih!!!

ehh ehhh!!! macam mana almond london bleh termasuk sini???? (petanda syawal bakal menjelma)

Sep 1, 2009

ok


yer. sudah ok. sudah selamat. alhamdulillah. tiada lagi tulisan warning berwarna merah. inilah erti MERDEKA yg sebenar buat tijah setelah terkurung 1 hari ditangan penjajah. kahkahkah (tengok tu...masih tak sayang molot kan??)

to blogspot. walaupun ko penah bagi talak 1 dan kita rujuk kembali, tijah still luv u very much from the bottom of her heart! time kasih la yer kerana masih sudi bagi dia menumpang kasih disini (bodek 540 kuasa kuda nehhh!)

dan tengs jugak la kat korang semua. dia kata ambik masa 2 hari tapi 1/2 hari rekues dah bukak balik. misti blogspot terharu nanges bercucuran airmata tengok komen2 korang yg sayangkan dak tijah tuh kan? hehehe! kini tijah rasa sangat hepi!!!

dan kepada sapa2 yg flag akak secara berjemaah tu (akak syak misti ada syndicate haram yg terlibat nih. sbb kalu sorang dorang takkan terflag punya...), time kasih la byk2. terharu gak sbb ada yg prihatin nih. tapi kenapa ye? ada ke tulisan2 aku yg buat ko marah? yg buat ko kecik ati? yg buat ko rasa rendah diri? yg buat ko rasa reader ko lari?

kalu yer...aku pedulik haper mintak mahap dari hujung rambut sampai hujung kaki. bukan kupinta utk dilahirkan femes sebegini (ambik kau tijah yg pendiam dan pemalu dah jadi riak dan keji...ni baru 5% yg keluar nih!)


akak ekceli tade hal. since i don't goblog (goblog tu sila baca laju2 sket yer) for money. cuma akak terlalu sayangkan previous2 entry. sayangkan kawan2 yg rajin singgah sini. sayangkan resepi2 yg akak try & error sendiri. dan akak treat benda ni mcm diari. tu je reason apasal akak hangin sangat nih!

tapi takpe la. sempena hari baik bulan baik...aku maafkan ko kali ni. sekali lagi aku kena mcm ni, aku nak ajak kawan2 aku ramai2 doakan ko...berkudis dan bersiplis di sana sini (oh! jahatnya tijah...)

amacam? ada brani?

alaaa...brani laa...brani laa...

good bye?


sapo pulak la flag blog akak ni. osah la dongki eh kan? takkan ahkak rosmahwati kot? hahaha! tapi takpo la. akak dah rekues blog ni utk di review & di unlocked. kalau kena delete jugak nasib ah! malas akak nak layan lagi. nak concentrate bisness saja lepas nih. laie copek kayo. hahaha!!!


so mari kita countdown! ada lagi 18 hari...

silap2 tijah tiada lagi selepas ini!!! tinggal misteri & history...

err...perlukah akak say gudbai in advance terlebih dahulu?