Oct 31, 2009

bila blogger berjumpa...

akak sampai bangi lebih kurang jam 1. singgah petronas jap. tacap lencu sama bedak sket kan. maklum la muka belemuih, molot beminyak makan hor fun kat old town dgn cija tadi.

tetengah drive cari jln berpandukan kad jemputan, tm call. "woi kau kat mana jah? aku dah kat bawah khemah ni. cepat la kak ezza tunggu ko! dia nak balik dah nih!" wah! kemain ko memerintah kan? hahaha! ko mmg happening nok!

tetiba...

gulp!

akak telan elio. dada mula berdegup kencang ibarat perantin di atas pelamin. alamak! segannyer nak jumpa blogger nih. takpe. takpe. relek arr brader.

kobau bajak...akak parking jauh2. kang sonang nak lari!

akak, cija & cem kendian meneruskan perjalanan menuju ke khemah pengantin. carlos tak ikut, dia shift petang. dr jauh nampak 2 blogger suami isteri tengah senyum2 simpul tunggu tetamu.

dan disitulah julung2 kalinya dapat jumpa, salam2, peluk2 dgn kak pah, kak ashley, kak ezza & tm. tetengah amek nasik...kak ngah lak tegur akak. tak sempat borak...cem dah tarik tgn ajak duduk. lapar katanya. sian eh anak den. 2 kali tambah nasi. osah sodap eh nasi minyak kak pah. pannnndaiiii kak pah masak. hikhik!

lepas makan akak masuk dlm jap tengok perantin. 2-2 lawa. samo cantik samo padan.

lepas memamarazi, akak pegi khemah balik cari kakngah. laaa...dah hilang plak budak nih. akak tanya kakpah. "dio balik copek...nak poie carik boneh pokok kato eh!"

akak pegi kat tm, cikgooden pun ada. kemain datang solo ye cikgu? hehehe!

apa2 pun...sonok jumpa korang walaupun kejap. lenkali ada kelapangan kita dating2 lagi ok? yang tak dapat jumpa...cklah (cepat na ko blk kak...), yb (ko plak lambat na dtg bang...) dan lilies (kita jumpa kat ou je la ek nok?)

last but not least. kak pah & prof, time kasih atas jemputan. majlis lancar. cuaca cantik. makan sodap. air laie la sodap (sey sorang yo balun 5 cawan sampai hongeh). dapat lak jumpa blogger2 hebat. all the best. semoga selamat pegi & balik. semoga dapat haji mabrur. kek sanun sok doa2 la sey dapek bebi kak yo? dapek laie 5 jadilah. humang aih!

hishhh! sapa la amek gamba cenggini nih!


Oct 29, 2009

membaca amalan mulia...

wuuuu tajuk! ilmiahnyaaa!!!

baiklah!

sapa sini suka membaca sila angkat tangan?
(wooo...wooo...turunnnn tangan! turunnn!!! tu cape tak cukoq bulutiak tuuu??)

akak mmg suka membaca. dr kecik sampai la skrg. dulu masa kecik2 2 hari sekali misti pegi lebri. buku yg akak salu pinjam adalah jenis2 penyiasatan cam nancy drew, enid blyton, 3 sekawan semua tu. tajuk buku mmg tak bleh blah temtu.

MISTERI JAM MENJERIT!

MISTERI RUMAH HANTU!

MISTERI BLOG PUAKA!

MISTERI LATEEFA!

ehh! salahh! buku tu tiada dipasaran. blm diterbitkan lagi oleh wosjesika production. mungkin kamingsun! skrg masih dlm pra-tonton.

pastu bila dah remaja sket akak beralih pula ke genre percintaan nan gedik cam ada la karya sorang mamat nih. ala...aritu dia ada masuk sokabar. jln citer sgt stereotype. dan watak pula sgt tabley blah. tengku sharatila edora manjalara la. syareefa lateefa bezolina syeikh suleiman akhlakhan la. hishhh! pelik2 tul nama.

tak bleh tahan. buang karen ah beli buku2 centu. membajir je. pegi lebri pinjam lagi bagus!

satu hari akak ke perpustakaan negeri sbn. hajat asal nak buat member card je utk cem. sementara tunggu dia layan "ayam jantan yang sombong" kat kid section, akak try la baca nih!

wooo! best! ini telah menukar persepsi akak pada malay writer selama nih!

mula2 akak cam...mende la mencari locus standi tu. ingatkan nama watak gak cam...mencari syareefa lateefa bezolina syeikh suleiman akhlakhan ke kan.

salah! salah! salah!

itu law punye term la tijahhh! isi mmg padat & hebat. worth buying. mmg patut pun menang hadiah sastera.

dan skrg akak dah start baca balik buku2 cenggini. selain nisah haron, akak jugak baca ramlee awang mursyid & khadijah hashim. hamka? penah try tapi cam berat...paleotak akak takleh terima. kang akak saket kepala cane nak update blog? haa! jawab! jawab!

eh tak la!

bukan buku je. akak jugak suka baca blog terutama BLOG FIKSYEN! blog yang mana kebanyakan jln ceritanya adalah dikarang dan dibuat2 walhal semua itu propa saja. best apa! sidney sheldon pun tabik spring kalu baca. selain menghiburkan, ia juga mampu mengundang simpati sehingga mengalirkan air mata. owhh! kesiannya dia bersusah payah perah otak mereka cerita nak bagi org baca...

hey! kau dah lari tajuk ni tijah...

takde la...

cuma nak lepaskan rasa tak poti je nihh!

asal pelepasan cukai beli buku tak dinaikkan dlm bajet 2010? 1k yg lama tu mana cukup bai? kata nak galakkan rakyat suh minat membaca?

akhir kata!

undilah yb tijah di pilihanraya akan datang! nescaya pembelian prepaid juga akan ada pelepasan! ai promis!

p/s : kak nisah, if u read this. saya tinginnnn nak jumpa akak tapi cam segannnnnn sangat. sey ni bukan apo. bodan yo bosa tapi ati nek moyang'an kocik!

Oct 27, 2009

merbahaya

fb = fesbuk

akak adalah jarang masuk fb nih. farmville? mafiawar? apa kejadah tah lagi. takde amek pot sgt pun (tak reti main senornyer). sesekali je akak masuk nak tengok kot2 ada latest update dr kengkawan kan (maklom la kepochi...) esp. pekembangan terbaru menantu akak si wawa tuh. oppssie!!! dengar citer dah pandai pout2 molot skrg. hoih! asal centuh? ko penah bagi dia webcam ngan pija ker nok? wakaka!

ni tadi akak masuk la kejap...

ada 1 rekues katanya. akak pun klik la...

tuuuu diahhh!

see? see? sapa rekues? AJI USOP ok!!! dah la takde gamba. info pun tak complete. ingat akak nak approve? takpat der bang aji oi! dah la fb tu je la satu2nye tempat yg ada privacy sket buat akak. buatnya betul la tu aji usop ayah akak? wah! sgt merbahaya! bukan leh caya tu. dah la aji usop tu fast learner. ni akak call hp pun dia tak angkat. ntah2 kat cc nih! (err...kok tak boto, mintak mahap la nuduh yo bang aji...)

mmm...neves nih! aji usop makin pandai baca pergerakan akak skrg. cam ada frenfinder je dia tuh! ada sekali tu dia call "kau kek mano nih? damansara ko?". cehh! betul lak tu!

aaa...selkom ada frenfinder tak? sapa tau sila ajar akak yer? yaa!! jgn risau. hadiah lumayan sedia menanti anda.

p/s : cija, kau tak raso ko kekadang aji usop tu cam ado siksens? sewam kannnn?


Oct 26, 2009

isnin


hai korang!
good morning!
keje ke?
tengah punch card ke?
eh!
asal akak cuti lak niari ek?

oooo!!!
utk n.sembilan saja...
daa...
cem, bapak cem...
kita sambung tido jom...

Oct 25, 2009

promosi utk makcik...

jam 9. pagi ahad.

cem main game...

carlos tengok tv...

tijah lak baring2 sambil main gps (yer! masih gayat dgn benda itu...)

semua tgh malas2. breakfast pun belum lagi. cadang nak keluar cari pulut kuning kat paroi jaya. takpe ah. kita rilek2 dulu.

tiba2 ada call masuk. ada kawan nak dtg dr sg. buluh. masing2 terus bingkas bangun. bincang nak masak apa. nasi ayam? alaa...dah biasa. masak lomak cili api? diorang makan ke nanti? last2...nasi daging ah! sedap & senang.

akak shoot ke pasar tani paroi jaya. daging nan ado. tinggal tulang saja. akak tanya penjual tu mana pegi brader daging sebelah dia? gerai dia sorang je niari. biasa ada dua.

"budak tu tak meniago hari ni dik. kaki eh kono cagu". ewah! tak kelakar ok!

drift pulak ke pasar ampangan. lega tengok daging banyak lagi dan terus menuju ke gerai kegemaran.

sebab apa?

sebab makcik tu salu bagi lebih bila menyukat. harga pun lebih murah. mintak daging 1kg je tadi. dia bagi extra sampai dekat 300g. pastu masa bungkus dia tanya "nak buek sop ko nih?" akak cakap yer. pastu dia tambah lagi daging2 tetel yg ada lemak2 sket tu for FREE. "ambik la nak. uboh lam sop osah sodap eh nih!" owh! mekasih la makcik!

jadi dgn ini akak nak buat iklan free sket utk makcik tu. sapa2 duduk sbn...nak beli daging kat pasar ampangan, sila la beli kat makcik daging yg pemurah tu ye? sumpah akak takde dapat komisen berupa bekalan daging percuma sepanjang taun ni der. ni kira cam tribute je nih.


gerai dia tu yg kaler merah tu. masuk je entrance tengah, gerai dia belah kanan tepi sekali berdepan dgn org jual keledek/serai/pisang.

sekian laporan hari ini yg bertajuk "MAKCIK DAGING BERHATI MULIA". semoga murah rezeki & bisnes makcik sukses selalu. aminn...

jemput makan semua!

Oct 23, 2009

CURANG?

apa kes nih?

tapi cam best je kan? sebab katanya...

76% kata LELAKI CURANG perlu di SEBAT!

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

55% saja yg kata PEREMPUAN CURANG perlu di SEBAT!

yay! yay! boleh curang!

so...

ada sapa2 nak curang secara berjemaah? hahaha! saja je tanya. ai guwau jer tu. jgn la risau. walaupun ai ramai kawan laki kat luar sana (blogger je dah brp...), ai tetap seorg isteri yg setia. tak gittew abang carl?
hepp!!! hepp!!! nakal yer???

plisteknot :
whipped dan whipped cream adalah 2 subject yg berbeza ye kawan2. (mmm...motif bagitau?)

Oct 22, 2009

hari ni masih ber mood pink...


tak sangka semlm dapat mcm2 respond. ada yg suka. ada yg menyampah siap muntah2.

tapi tu la.

bila perati balik...sesekali cam layan gak pink ni kan? hahaha. mungkin cuma diblog saja. dlm lemari akak setakat ni belum ada plak baju2 yg berkonsepkan gegurl nih.

to eddie...

maafkan gua sebab buat lu upset. hahaha!

pasal "sniper wannabe" tu...gua rasa tade masalah...

sbb gua masih boleh mengganas...
secara feminin...

p/s : kepada semua. kak kittyjah ucapkan salam malam jumaat. all the best & stay pink in health!

Oct 21, 2009

wah!

amacam?

seswai tak konsep album terbaru akak ni? lady gaga etnik nusantara.
nampak cam suwittt-suwittt shomelll je kannnn?

sila afundi :

A : sangat seswai! teruskan! kipapdegudwerk!

B : pitammmm!!! tukar la wehhh!!!
C : cam harammm!!! mari sini aku buatkan layout baru!

sebenarnyakan...akak dah bosan dgn layout lama tu tapi nak tukar tak pandai. tu la. sapa suh mengada2 pakai 3 kolem kan? skang nak edit dah tak reti (nyesal tuang pascal/C++ dulu...)

padan muko den!

dan memandangkan esok akak bakal bz seharian, maka sudi2kanlah juga menatapnya (walaupun pedih) sementara akak dapat layout baru yer?










yang benar...
kak kitty-jah



Oct 19, 2009

ketum...

owh!

saya ketagih ketum sekrg...

hari2 mau...

masak apa pun misti letak sikit...esp yg stim2.

bau dia adalah sedap!

bukan ketum ni...
ni ha...
daun ketum...bar!

baru discover tadi.
agak2 sedap tak?
pau petai...

itu saja entry ringkas dr saya utk hari ini.
sekian...
terima kasih!

Oct 18, 2009

bersama ostajah!

tengah makan nasi briyani kah? tauuu! misti korang tengah bermalas2an sebab banyak minyak sapi dalam badan kan?

ok mari ke mari. kita ada assignment sket! ostajah nur baayah tijah kena tolong kawan nih!

A = perempuan. isteri B (
umur 43)
B = lelaki. suami A (
umur 45)
C = budak perempuan (
umur 25)
D = lelaki. bapak C (umur 50)

ceritanya begini :

  • C goda B.
  • B pun layan. maklum la pucuk muda. sedap buat stok geli2.
  • A dapat tau dan dia sangat bengang. dia gadoh kaw2 dgn B. tapi lepas tu dia cool. malas nak stress lama2, dia pun pasang strategy.
  • A goda D, bapaknya C. bukan setakat goda malah dicukurnya sekali. D kan byk duit.
  • dan sekarang D pulak gadoh dgn bini dia...maknya C.
  • A sangat hepi. puas hati dapat kucar kacirkan keluarga C seperti mana yg C buat kat dia selama ni.

baiklah...

apa pendapat anda tentang perbuatan A tu? sebab A cakap...drp dia meroyan sorang2 yg ujung2 boleh buat dia jadi gila...ada baiknya dia balas dendam.

lagi pun...

katanya. betul ke?

Oct 17, 2009

ko cakap je nak jumpa kat mana skrg!!!

rabu adalah training dan sabtu adalah meeting. maka hari ni akak ke damansara lagi.

meeting abes agak awal pulak dlm jam 12.30. apt kat bangi jam 2. isk! lambat lagi nih. mana nak pegi ni ek?

ahaaahhh! apa kata kita berenti tepi jln kejap.

inilah masanya!!!

nak pegi mana ya? baiklah! mari kita set tengok!

wahhhh! dah tak sesatlah skrg!!!
(sila beri tepukan gemuruh...)
tijah di tugu negara
(hey! uji rashid pun penah amek gamba kat sini tau!)

merasa feeling pelancong hari nih!!! siriyes selama 33 taon hidup di muka bumi tak penah sekali pun akak ke sini. kesian kan? (sila salahkan aji usop...)

lepas ni akak bercadang nak buat lawatan sambil belajar ke tmn rama2, tmn burung, parlimen, dataran merdeka, bank negara malaysia (motip pegi sini?), dan bbrp tempat menarik lagi.

lepas apt bangi, on the way balik...ada msg masuk...

laki : yang! kang tolong belikan butterscotch 2 yer?
bini : orait!

keluar je tol senawang...akak pun...

set lagi gps. cari giant senawang lak. kata nak beli butterscotch kann??
hikhikhik!

getik tak?

maafkan lah tijah tu ye? org gayat dapat brg baru mmg cenggitu...

p/s : sapa nak dating ngan akak lepas ni cakap jer nak jumpa kat mana. kepong? jinjang? sg. petani? tepeng? gemoncheh? no hal beb!!! celah kuku je tu! warhhh! kah! kah! kah!
(sudah boleh belagak sambil ketawa riang skrg...)

oh yer lupa lak nak kredit...

tengs to incik carlos bagi benda nih! lepas ni ai promise takde ngadu sambel nanges2 dlm keta akibat sesat lagi. lebiusomac!

Oct 16, 2009

mengimarah masjid...

panas betul hari ni kan?

mmm...jemaah dah lama keluar. skrg turn akak lak. lambat2 kang masok waktu asar pulak. bukan apa. tak baik melengah2kan waktu ni kan?
ada byk masjid kat seremban ni. ada masjid sikamat, masjid senawang, masjid rahang, masjid rasah, dll.

tapi dlm byk2 masjid tu kan...masjid negeri ni la yg paling akak suka pegi sekali. round la satu seremban pun ujung2 misti dtg sini jugak kalu nak solat walaupun 15 menet tadi akak berada nunnnn sejauh 10km di rasah jaya.
bermain kamera sementara tunggu asar. bleh?

lepas zohor akak tengok jam. 3.30. ah! tunggu asar teruslah. dah tak lama lagi dah. lagi pun kan...tak tau la pesal. rasa cam tanak kuarrrr je dr situ. seronok sungguh!

mungkin sebab...
masjid ni ber ekon. maka ia sejuk.

tapi kannn...

yg paling best skali kannn...
ia juga ber wifi. dan signal adalah ekselen yer kawan2!

astaghfirullahalazim!

keji sungguh! patut la beria2 ko nak tunggu sampai asar kan tijah???

Oct 15, 2009

kisah rabu ittew...

ni sapa la ajar makan java chip nih. kan akak dah ketagih dah.

semlm adalah rabu. mcm biasalah ada training di phileo d'sara. kehidupan adalah sgt hectic skrg. rasanya budak yg menang bagan pinang tu pun tak sebizi akak innew. oppss matilamak!

dr seremban jam 8...sampai phileo 10.30. giler lama jam kat sg. besi. dah la tashengo lupa top up. merasa la beratur panjang kat cash lane. dengar info trafik sana sini ada eksiden. MRR2 je ada 3 eksiden. LDP ada 1 lori terbalik. jln duta pun sama. wah! mana mau lari nih!

kalau la akak ni tinggi cam rosdiana faziera erra fazira...dah lama akak sambar harley davidson sebijik. leh gak cilok2. tapi ni kapcai pun kaki tak sampai caner tuh?

cer bayangkan yb tijah melawat kawasan cengginih!

itu ini begitu begini kat phileo...tepat jam 2.15 terus shoot ke OU. ada pertandingan berbalas pantun disitu bersama salah seorg pemegang saham utama starbucks.

ekceli kan...sbb dah salu sgt lalu depan OU konon2 cam konfiden la bleh sampai dlm masa 15 menet. sekali sesat melampau sampai skolah tamil celah mana tah pastu mula la rasa cam nak nanges teresak2!

tu la belagak. garmin tak dibelinya jugak.

last2 sampai jugak OU. parking kat jusco. akak dah neves dah nih. jantung dah bedegup kencang ibarat nak buat open heart surgery. tapi bila tengok org tu senyum2 simpul dari jauh...akak cam...haih! sbb muka dia suwit...terus tak jadi neves.
pecayalah! beliau lebih jelita dilihat secara live.
(hinss! hinss! mak tau suar ko dah tetas nok kannn?)
anak beliau yg sgt pandai membawa diri. hehehe!

lepas setel berurusan, akak pun keluar dr OU utk kembali ke pangkal jalan. nak balik seremban. rasa mcm dah betul ikut signboard. tapi pusing punya pusing jumpa balik...

SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) EFFINGHAM

...mcm seblm datang tadi. ni apa ke heyyy nyer yeoppp?? mentang2 raya dah dekat kannn?

Oct 14, 2009

haih! makan lagi. bila nak kurus cenih?

genap sudah 17 tahun kami berbesfren. kena denda dgn warden? kena libas dgn pengetua? tuang kelas? tuang prep? panjat lab? karaoke di bandar muar menggunakan biasiswa MARA? memprovok flasher di tmn perumahan sebelah asrama (berani la sbb ada pagar)? dll...


semua tu kami dah buat. dah rasa. alaa...bila lagi kan? alang2 mak bapak jauh tuh!

lepas sekolah masing2 bawak diri ikut result SPM. ada yg pegi oversea, ada yg local je. akak sini je la. tu pun nasib baik ujung2 dapat gak convert loan MARA ke skoleship. yeh! yeh! takyah bayar balik!


annual raya potluck. acara ini telah pun kami amalkan sejak bbrp tahun yg lalu. memandangkan kudrat nak berhappening di planet hollywood dan bermodesto's mcm zaman muda2 dulu dah takde. dah tua. dah kurang tenaga. maka kami buat gathering sebegini je lah. masak2. gelak2. borak2. cemolot2 sket. tu pun dah cukup happening sampai pening laki masing2 kan?

semua datang kecuali zaza & ajer (jauh nun di mersing). kalau lah ada shepherd pie zaza yg sedap tu...alangkah lengkapnya hidangan rosmeri ciken dan potato salad tu ibarat set quarter di kenirojes kan?

dan menu adalah...

buffet spread. konsep adalah "letak jer takyah susun2".
puding karamel zt yg lazat & berkerim!
nasi dagang by lela. siriyes sodap! osah teral kau nok.
den nasi lomak pun tak lopeh laie.
dannn...the most yummiest potato salad ever by ticer bai
(gamba gugel...tak sempat snap sbb sedap sgt)

nak resepi?

tic, mak kopipes ok. nak tunggu ko senirik buat entry masak memasak ni alamat berjanggut la kan? hiks!

bahan2 :
  • 20 holland potatoes
  • celery stick (full erection)
  • 5 parsley (really green ones)
  • 2 big vidalia onions (diced)
  • salt and pepper for seasoning
  • 2 genggam coriander leaves
cara2 :
  • rebus potato. jgn lembik sgt.
  • masukkan semua bahan2
  • lumur2kan dgn mayonis ikut suka nak byk mana
  • salt & peper to taste
kepada yg lain2...taon depan sila tunjukkan skill memasak anda ya? tamo beli2, order2, suh mak masak ni sumer taw. mano aci...

Oct 13, 2009

sapa tu?

khamis lepas akak ada appointment dgn pn. rosdiana (atau nama meseranya iera) dari sebuah bank terkemuka di ibu negara. turut serta adalah pn. nurul (atau nama meseranya sue) dari sebuah firma guaman terkenal antarabangsa. ada urusan penting yg perlu diperbincangkan. demi masa depan yg cemerlang, gemilang dan terbilang.

khan? khan? khannnn? akhlakhannn?

pn. iera yang pemalu...

pn. sue yang misteri...

baik hati, mesra dan sgt ramah tamah. ya! akak sangat hepi berurusan dgn mereka. antara tajuk perbincangan adalah "gunting dalam lipatan" dan "kau mmg kaki propa kan?".

sambil makan ni...
dan juga ini...
akhir sekali seblm bersurai...kami sudahi dgn ini. touch & go ala2 ET berlatarblakangkan bolonispegeti. biasa org amek gamba kasut kan? kami amek gamba jari jer sbb kasut kami amat lah tak senonoh paras rupanya. (tunggu la lepas beli crocs valentine sok baru leh tunjuk...).

kuiz mingguan :
  • berapakah tinggi pn. rosdiana (tanpa memakai wejes) dan
  • pn. nurul pakai cup apa?

Oct 12, 2009

slurpp!





fuyooo! lawa lah! seksi sam mor! asal crocs kat m'sia takde pun design cenggini eh? ke ada...akak yg tak tau? sapa2 jumpa tulun bagitau okes! tq!

Oct 11, 2009

tu la...

5 taun lepas...

dia call akak marah2...

"kau ni...memandai2 je bagi nomo talipon aku kat ejen insuren ko kan?"

dan semlm...

"ja, suh ejen ko call aku bleh tak? aku kena slipped disc la beb! lagi 6 bln operate. skrg on pain killer..."

akak gelak je (dlm ati la...)

sori bai. ko cari la sindri. tak dapek den nak nolong doh! ko penah dengar tak...
  • sihat sebelum sakit
  • muda sebelum tua
  • kaya sebelum miskin
  • lapang sebelum sempit
  • hidup sebelum mati
haaa! skrg ko pilih la mana2 yg ko rasa masih sempat buat sebelum terlambat.

wa tala luit mau tolong lu. kalu ada pun wa tamo bagi. eh! lumah lu ada tv flat skrin 42" kan? kasi jual laaa...

wa ciao dulu arr. mau pegi open house.

Oct 9, 2009

saya di bangi...

tijah adalah portable. (bleh? buat stetmen cenggini?)

adakah cara2 utk mengecam kehadiran tijah yg bergerak senyap umpama biduk berlalu kiambang bertaut itu?

oh! senang saja...

sekiranya anda sedang berada di satu kawasan. tiba2 ternampak seseorg yang sedang...
  • park keta (biasa akan cari kopitiam sbb beliau adalah penagih kopi yg tenat)
  • mendekati pekerja dan dgn tak malunya bertanya dgn suara yg agak lantang "dik, sini ada FREE wifi tak?"
  • dan beliau akan beredar dr situ sekiranya TIADA (cari kedai lain) dan akan terus order kopi sekiranya ADA.
keji tak? wakakaka. pedulik la org nak ckp ai kedaung ke haper. konsepnya bebas kan? biasa la yb mmg cenggitu. utamakan rakyat dulu. drp bayar brotben baik yb belikan kain batik utk pengundi yb di bagan pinang nun. kan? kan? kan?

dan skrg akak sedang bersiaran secara langsung di old timer kopitiam bangi. isi tangki kejap. sementara tunggu next appt di NIOSH.

order nasi + asam pedas tetel. tetel ok...bukan benda lain. akak tidak silap taip nih. agak sedap. menepati citarasa la jugak. tak masam sangat. sedang2 elok. dan empuk jua. akak bagi 3.5 dr 5 bintang. sbb apa 3.5 jer? sbb nepal amek order tu kata "tetek suda abes" padahal ada lagi. sempat gadow lite2 sbb akak nak tetel jugak tapi dia mati2 suh amek ikan. ko pehal pal? (panggilan manja utk nepal). last2 ada budak melayu ni datang bagitau tetel ekceli ada lagi. cehhh! akak rasa insulted disittew. dah la sebut tetel pun salah.

owh! sudah habes pulak. tinggal lemak2 saja...
lepas makan...minum kopi hitam. ahhh!

tapi last2...di ujung2 taipan entry ni...akak rasa akak patut naikkan balik rating dr 3.5 tu ke 4.5.

sebab apa?
sebabbbbb...

tiba2 diorang pasang lagu uji rashid kegemaran akak secara full blast. sgt soothing ok. cam tau2 je akak suka. oh! i loikeee!

eh jap! jap! ada lagu DJ dave sekali laa...

best!

Oct 6, 2009

abe! siakaksting sor!

"kau tau ngahhhh...ado pasarayo baru bukak! dokek blakang tmn sri mawar nuna. konseb namo ehhh! osah murah2 barang eh. den baru poie mo ayah kau tadi boli anggor nia...4 engget yo sekilo. takdo bijik lak tu. kau poie la tengok..."

muka sazah yg sgt bersungguh2 mempromosi pasaraya baru bukak tu buat akak berasa amat teruja nak pegi tengok.

wooohh! econsave. ingatkan mende la konseb! konseb! abes sume nama omputeh nak di negerisembilankannya.

tapi mmg murah pun ek? ni fes time akak masuk econsave ni. kesian kan?

nampak siakap. 6 hengget sekor. besar gak size dia. sampai terkeluar2 la dr dinner plate tu kan. so mlm tadi try la siakap stim. sedapp arr! walupun murah, isi dia cantik. daging dia pun fresh tak bebau. ni harus la kejap lagi pegi beli lagi 4 ekor nih. baru puas makan. kat tomyam pun diorang charge 15 -20 hengget sekor kan?

abe! siakaksting sor!
(cara order di restoran tomyam)

bahan2 :
  • siakap
  • bawang putih
  • halia
  • cili api
  • daun ketumbar
  • limau kasturi
cara2 :
  • hiris bawang putih + halia + cili api + daun ketumbar
  • letak semua2 brg tu atas ikan
  • perah air limau
  • garam sket, sos tiram sket, minyak bijan sket
  • kukus 15 menet
sapo makan ni kannn...gerenti mengaum2 kesodapan!