Apr 30, 2009

sazah kata "kecantikan adalah hak milik setiap insan"

tijah masuk bilik air rumah sazah. tompang melabur. setel. dan hasil pelaburan adalah sgt memuaskan. nak cuci tangan tiba2 nampak sesuatu! tijah pun jerit dari dalam...

anak : buuu!!!
omak : apo?
anak : sabun kaler ceklat nih...buleh pakai ko?
omak : haa!!! jgn diusik tu!!!
anak : apolak?
omak : sabun muko den tu!!! bukan pok basuh tangan lopeh cebok tu doh!

akak belek. taharah!!! kemain hah dah pandai jaga kecantikan skaranggg!!!
owh! ini la rupanya rahsia sazah utk tampak muda dari usia sebenar. tak caya tanya afiq. budak ni penah jumpa sazah secara live taun lepas masa kitorang dtg ambik kek & tart nanas. (taun ni aku order lagi 2 balang nok. osah sodap eh tat noneh tu. kau lotak ganja ko?)
.
mak afiq : acik ni omak kak jah ko? (buleh tak tanya centu?)
sazah : iyo...
mak afiq : laaaa hai. mudo laie kosan eh haaa...
sazah : ishhh haiii! mano ado (tekulom2 malu tapi sukooo!)
mak afiq : ni kek ni...acik nak 1 yo kan?
sazah : aaaa!!! acik amek 3 la terus...


kan dah?? bukan susah na nak berurus niaga dgn sazah ni. puji jer sket...asal nak beli kek sebijik, terus borong sampai 3.

akak ingatkan selama ni sazah takat pakai olay ni je. kodokut kan? nak cantik sorang2 tanak kungsi ngan anak!!! huhuhu!!!

p/s : cija, marilah kita beralih ke taharah pula. ala...rm5.90 jer mak dah survey kat farmasi. sangat efodebel nok! tak payah lagi ko nak kerat 4 cam sabun papaya ko tu derrr....

Apr 29, 2009

contoh entry paling pendek (panduan utk blogger baru...) part II

.
.
dan jawapannya adalahh...
(drum roll pliss!!!!)

.

.

.

.

.

.

.

. kah! kah! kah!
amacam?
bukan susah bona pun tulih blog nih kan?
.
.

Apr 28, 2009

Apr 27, 2009

tag lagi...

marilah kita menjawab tag lagi. bagus jugak ada benda ni kekadang. sgt berguna dikala bulan mengambang. kali ni dr ady & aida. wah! namo korang dokek2 la. mcm upin & ipin lak kan?
.
1. nyatakan usia blog anda (bg la tarikh yg specific)
kojap! kojap! akak kelebet balik. haa!! 28 sept 2007...1st entry. dah brp taun dah tu? kakelet la sindri. tak pun ko suh budak aida ni kalkeletkan. sapo suh dio mandai2 tag akak kan?
.
2. terangkan kenapa anda berblogging (kalu ada cite disebalik ksiah anda mula berbloging nie pun..citekan jer..)
dah lama layan blog ni sebenarnya. sejak dr tahun 2000 lagi. masa tu masih single (walupun peminat keliling pinggang. pitam!).
jadi utk memenuhi masa lapang, akak salu la OT sampai larut malam. best apa! blog hopping sambil makan gaji buta.
ujung 2007 tiba2 rasa cam nak ada blog sendiri. padahal bukan pandai tulis pun. takpe la. bajet utk suka2 syok sendiri sudah.
.
3. nyatakan blog pertama yg anda bace (kalu masih ingt)
otai blogger. kak pnut. entry dia panjang2 tapi best! bernas & berisi. ketagih betul time tu. tapi dia mmg pandai bercerita. sampai skrg akak still jadi silent reader dia. nak tegur, cam segan. well...akak ni pemalewww kannn??
.
4. letakkan n3 pertama dlm blog anda..(means ur 1st n3 la)
kahkahkah! apo bondo la akak mencarut temtu ntah! pasal bubur kacang je pun. takpe ah! dah namanya pun 1st entry kan. saja test power. ehh!!! etlis ada 1 komen ok! tu shija adik akak la tu. akak yg paksa dia baca...pastu paksa buat ulasan sekali. baru la buleh mendabik dada 1st entry dah ada komen kan???

errr...keji kah perbuatan akak itu? (perasan tak komen adalah lebih panjang dr entry?)
.
5. huraikan entry tersebut (cite la sikit knp tulis n3 tue)
entry pun 2 baris je cam jawapan UPSR nak hurai apo laie?
.
6. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda

nahhh!!! sesekali mengundang kontroversi kan? berani mati skang capap muka sindri (asik gamba sazah yo mano aci!!!) dengan ucapan...

"DEN LAGO2 PIPI...ADO SIJIL NIKAH! KAU ADO???"

kahkahkahhhhhhhh!!!

(golak ni kono 8 harkat yo. jgn lupo qolkoloh eh skali....)
.
7. harapan anda?

besar harapan akak agar dapat menjana pendapatan rm10k sebulan dari aktiviti pembloggingan ini!
.
8.pas tag nie pada sape yg anda nk..
malas nak tag2. akak baik kannn?? hahaha!!!
.
p/s : time kasih yg tak terhingga la pada semua2 yg rajin baca blog akak ni ye? tak kira la yg rajin komen mahupun silent reader. 2-2 pun akak hargainya!
(cam dialog monang award lak kan???)

Apr 26, 2009

tag

hari ni kita buat tag je la eh? nak bercerita cam malas. sapa tag akak aritu? haa...ada 2 budak nih. budak ni & budak ni. takde keje lain kan korang?
(ada sapa2 lagi yg akak ada utang tag dgn dia sila angkat tgn? akak ni pelupo skit...teminam soya bersomut semlm...)

ok. lestat!

A. Snap the picture of both inner and outer of your purse

presenting...purse kopam akak! hahaha!!! outer dah la ek? snap inner picture kang pitam korang. bukan apa. siap ada calitan lebihan kari, sambal, ikan masin, masak lomak cili api, cikedis bagai ok! pendek kata, kalo ko berani mati nak jilat...macam2 perisa ado lah!

B. Introduce your purse brand, price & where you buy.
Brand
: Takdo brand...

Price : rm15. tu pun akak try mintak lagi diskaun tapi nyonya tu tak kasik...

"ala nyaaa...10 dah laaa..."

"lu aahhh!!!! manyak kulukut punya olang!!!" nyonya sudah hangennn!!!

"ok la...ok la...." hulor gak la 15 hengget tu....

Where : kedai jual getah ikat rambut & eksesori kat terminal 1, seremban

pembelian adalah dibuat utk menggantikan purse ferragamo kesayangan akak yg lama dulu. sgt sakit hati & kecewa bila purse tu jatuh masuk dlm tong penuh berisi sotong beserta airnya yg hanyir berlendir di pasar ampangan. basuh balik?? tak payah!!!! dah mcm sotong kombang. beli lain je lah!

teringin nak beli guess tapi cam sayang. maklum la kang kojap2 pogang purse, kojap2 pogang ikan. pogang purse balik lopeh tu kang usik lak sotong. bila tangan dah penuh barang...purse tu kopet lak colah ketiak. ujung2 kopam jugak la sudah eh kan?

takpe. kalu jatuh masuk tong ikan lagi...akak ganti dgn ni plak. ok apa. pepel karer ada lef-lef lagi!!! gegirl je tijah tu kannnn?????

C. Take out whatever its inside your purse

atas dari kiri...
  • licence to kill. lesen sejak 1996. kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh atok. akak cakap ngan atok nak amek lesen tu kena rm1,000. ekceli...kos sebenar adalah rm500 je tapi akak mark-up la sket. kendian try plak mintak diskaun dgn skolah memandu ah seng. dapat! last2 cuma perlu bayar rm300 jer sbb dapat skip 4 kelas. lagi pun ah seng cakap akak dah teral. tinggal nak asah skill side parking je lagi. duit lebih tu akak buat apa? ehhh!!! beli set kosmetik pencerahan kulit la. apa lagi!!!
  • ic @ kad pengenalan. warga malaysia. perempuan. melayu. berdarah B+. gambar dlm ic adalah bermuka bengkak kerana di ambil semasa preknen 7 bln dulu.
  • public bank. atm kad
  • maybank. atm kad
  • hsbc. credit card utk potong insurans prudential sambil mengumpul point. juga digunakan secara meluas dipetrol pump kerana sangat malas utk berjalan jauh ke kaunter. (akak sajes korang buat la potongan sket utk MAKNA setiap bulan. rm10 pun bleh janji ikhlas. ye la...hari ni hari org, esok lusa hari kita mana tau kan???)
  • MPH kidklub. diskaun kad cem. 10% utk setiap pembelian
  • prudential pruassist kad akak
  • prudential pruassist kad cem (prudential adalah sgt excellent dr segi claim. highly recommended)
  • bonuslink kad
  • jusco kad. penting utk mengumpul point serta melayakkan akak utk mendapatkan tefal dgn harga diskaun di setiap Jcard member's day.

  • nafkah utk minggu ini...

  • ayat pelembut hati. bukan guna2 ok!!! ini pak mertua akak yg bagi. beliau adalah seorang imam. agak2 ko rasa hari tu mcm nak kena maki dgn bos, baca ni...hembus kat muka. insyaallah dia lembut hati! errr...sapa nak sila mintak ijin akak dulu ok?? (pengeras rm888 boleh di bank-in secara online ke akaun maybank akak. hehehe!!!)

  • last but not least. sepeket kopi dangdut kacip patimah! (acah jer tu....kahkahkah!!!)

dah siap tag. akak nak sambung masak plak. sup gear box akak tengah terjerang kat dapo tuh!!!!

Apr 24, 2009

...

salam jumaat...
.
update pendek je niari...
sbb takleh dok lama depan pc...
semlm tijah dah blasah sebotol benda ni...
.
.
dan efek adalah...
ke jamban sepanjang hari...
.
tapi...
tijah kata best!
sebab perut dia tiba2 feeling kempis...
.
.

Apr 22, 2009

aku insan biasa...

dah 2 hari berturut2 akak ulang alik senawang-sikamat. lepas antar cem skolah petang tadi akak terus drift ke jusco. nak cari english & bm workbook dia kat mph/popular. nan ado katanya. kena order. 2 minggu lagi baru sampai. ok lah! akak pun capai pen...

"acik lotak namo yo? 2 minggu laie sey call..." kata salesgirl tu...

lam hati "palohayah kau...panggey den acik???????"

jam tunjuk pukul 3.15pm. nak balik senawang dah alang2. kang nak kena patah balik sikamat amek cem. ah! masuk cc lah kejap! dapat blog hopping barang 2-3 das ok gak nih.

akak pun masuk cc.

"brp sejam dik?"

"rm2 kak..."

*sib baik akak...ko panggil aku acik tadi mmg aku keluar carik cc lain!

akak dapat parking best. port adalah agak tersorok. org lak tak ramai. kira cam...takat nak layan kim kardashian lite2 tu mmg takde masaklah lah.

15 menet kemudian dengar org bising2. wahhh!!! bebudak sekolah tetiba berduyun2 masuk. bau masing2 perghhhh!!! lama gak la akak tahan napas sementara idung ni nak mesra dgn bau ala2 bangla hanyut tu. pitam!!!

diorang pun start pilih port masing2. ada 2 budak pompuan ni duduk sebelah akak. bukak maispes. kemain hah! akak dulu jgnkan myspace, paintbrush pun terhegeh2 nak guna...

diorang borak2 sambil taip apa tah. tiba2 diorang pandang akak. pastu sambung taip balik. pastu cakap2 lagi sesama sendiri sambil gelak2...ehh!!! pastu pandang lak akak balik!

diorang senyum!

akak pun senyum la balik!

akak syak...cara diorang pandang ni mcm ada benda nak cakap....

dalam hati sudah woot! woot! ada sedikit riak & feeling diva. budak2 ni misti silent reader akak nih. misti diorang nak kata...

"ni kak tijah ker? eh! ehhhh!!! saya suka tau baca blog akak. tak sangka jumpa akak kat sikamat ni yer?" sambel keluarkan buku teks sejarah utk ditandatangani oleh kak tijah...
(maafkan imajinasi luar kawalan ni yer?)

budak2 tu masih senyum. sesekali buat muka geli. err...sesuatu nih!

"kak!"

"yer?"

"eteh tudung akak tu...ado ulek bulu..."

"haaaa????"

"kojap! sey tolong buang'an yo??" sambil mengambil kertas lalu menguis ulat tersebut....

"time kasih dik..."

ok la!
akak mengaku akak perasan...
dan akak juga mengaku kalah...
.
sesungguhnyer wajah sazah jamilah adalah lebih dikenali ramai dari pemilik blog ini sendiri. owh! kenapa la tijah harus feeling diva seperti tadi? malllluuuuuu nyahhh!!!! (tetiba mak blushing...)
.
p/s : woi tijah! apo kau ingat org seromban dah takdo kojo lain selain nak baco blog kau yo?

Apr 21, 2009

tijah kena marah...sob!sob!sob!

semlm lunch time sazah dtg rumah. saja la dtg tengok2 atok. atok kurang sihat...perut angin, berak tak lawas. sazah dtg bawak lauk. woot! woot! (tepok tangan sambil shekebonbon sbb takyah masak) gulai jantung pisang sama sambal binjai cili api. misti ada yg tak penah dengar tu kan? akak biaso la. selera org kampong! selagi halal dan tak memabokkan...sumer bedal!

tengah2 mengadap rezeki tu tiba2 sazah sound akak dgn muka cari gaduh dia!

"kau apo goma mandai2 lotak gamba den lam intonet?" blog la maksudnya tu.

"mano adoooo???" tak ngaku nih!!! tijah adalah cuak kerana jari sazah sudah hampir menunjal dahinya...

"iyo!!! kau jgn nak mongak (tipu)"

"sapo cakap?" tijah sudah hangin. sapo la ngadu ni? dlm hati sudah syak 4 saspek. mungkin terdapat konspirasi jahat utk membolot piok vision sazah.

4 saspek dalam senarai interpol!

"pagi tadi la...den poie kodai mus boli ikan. anak eh koba nampak muko den lam intonet!"

wooohhhh!!! ok la tu!!! kan dah femes tu? untung2 sok ado la org afundi sazah jamilah jadi ketuo kumpulan berzanji tmn tuanku jaafar fasa 2.


AFUNDI SAZAH!!!
(ooo...marah yer? mari kita letak lagi gambar dia byk2. hikhik!)

p/s : kepada reader saya di kedai mus itu.

  • jgn ngadu kat sazah lagi taw? takde bahan kang, susah la tijah carik makan...
  • ni dah tolong promo kedai nih. nanti tijah dtg (keta itam ***9669) tu sila la bagi diskaun yer??
  • oh yer!!! kepada 4 saspek...aim corry!!! hahaha!!!

Apr 20, 2009

isnin!



korang ni sukasuki je rekues suh update kan? apo kau ingat ni kodai tomyam? wiken la wey! kasi can la akak kau ni bergelumang bersama femeli plak!
tapi takleh tahan! last2 update gak! hikhik!
mcm biasa la eh? entry adalah tidak berilmiah kerana diupdate secara terpaksa! (macam la entry2 seblm ni nolejebel sgt ponnn!!!)
maka saksikanlah transformasi ini!
before
after
dijamin keberkesanannya dalam tempoh 7 hari. iklan adalah kerjasama yun nam hair care dan fair & lovely (pemutihan tanpa pengelupasan).
ok! dah update!
happy monday!!!

Apr 18, 2009

அன்னெ பிà®®்à®®ெà®°் ஹிடம்

tadi...alang2 nak charge battery, akak upload la skali gambar2 dr kenen murah akak ni. bersepah2 gambar dan kebanyakkannya adalah berkonsepkan paparazzi. maklumla blogger tegar kan? kamera sentiasa dlm bag. jgnkan di luar...masuk dapur pun nak snap2! potong bawang sket, snap! pastu susun2 bahan nak masak pastu, snap! kang tengah menumis, snap lagi! tengah menggelegak, snap! kang dah siap serve elok2 dlm pinggan pastu, snap lagik! senang citer...kamera mmg sentiasa ada lah!!!

ehh!! terbabas plak. nak citer pasal lain sebenarnya. pasal ada satu gambar nih...

aritu lepas drop carlos kat hsbc, akak terus cari parking. kebetulan ada parking canteekk dekat ada macik apam balik ni. tengah2 tunggu tu sekali nampak ada bimmer berenti. wallaweyy! (ekspresi kagum kali pertama) bimmer itam idaman hati. tuan dia turun. wallaweyyyy skali lagi! (ekspresi kagum kali ke-2) yg keluar tu pun kaler sama la. dia pun berjalan menuju gerai makcik tu dgn bergayanya...(bayangkan sivaji the boss berjalan sambil melibas2kan selempangnya)

maccey!!! apam balik onne, karipap munne plis! rommmba thanks in advans maccey! (agaknyer la...)

lepas dapat kuih dia pun berpusing menuju ke keretanya semula dan wah!!! wallaweyyyy!!!! (ekspresi kagum kali ke-3)

anne!!!

அன்னெ, வ்ஹட் ஹப்பென் டொ யொஉ? வ்ஹ்ய் யொஉர் ஹைà®°் ஸொ லொன்க் ஒனெ? ஒட் யொஉ வன்ட் டொ டொ à®°ெபொன்டின்க்? இ ஹவெ ஃப்à®°ிஎன்ட் வ்ஹி கன் டொ இட் ஃப்à®°ீ ஃபொà®°் யொஉ. இட்'ஸ் ஃப்à®°ீ யொஉ க்னொவ்

(maaf gambar kelabu, cermin berdebu...)

pesen yg dikenali sebagai mullet. gaya zaman 80'an. salah satu fashion crime yg akak penah tengok tersenarai dlm do's & don'ts kat tv.

ada sapa2 blogger yg masih berfesyen sebegini? sila update profile anda! hehehe!!!

Apr 16, 2009

adik simpan...abang pun simpan...

wohh! giler sangap niari.
nak update tapi taip sket pastu berenti. lompat masuk blog org sambil2 tu tinggalkan jejak sket. pastu sambung taip. pastu berenti. lompat balik blog org sambil2 tu tinggalkan jejak sket. pastu sambung taip. pastu berenti. lompat balik blog org sambil2 tu tinggalkan jejak sket. pastu sambung taip. pastu berenti. lompat balik blog org sambil2 tu tinggalkan jejak sket. lompat balik blog org sambil2 tu tinggalkan jejak sket. pastu sambung taip. pastu berenti. lompat balik blog org sambil2 tu tinggalkan jejak sket. pastu sambung taip. pastu berenti. lompat balik blog org sambil2 tu tinggalkan jejak sket. pastu sambung taip. pastu berenti.
(hahaha! keji kan? saja ulang2 nak bagi nampak panjang sket entry ni...)
ujung2 masuk blog mas, akak nampak tabung. mmm...menarik! macam2 jenis ada.
syabas nok! kecik2 ko dah ajar anak menyimpan. bagus utk masa depan. bak kata org...melentur buluh biarlah dr rebungnyer kan? dah kertu sok susah lah. silap lentur, buluh tu patah!
tapi kan...
tabung ko tak cukup hebat nok!!! tak cukup hebatttttttt!!!!

ko tengok tabung cem!!! bapak bosa kan? aku ingat by the time nak masuk U baru penuh kot tin nih! ok la tu. etlis settle part registration fees! mana la tau kot tak dapat PTPTN kan? err...apa tu? mak tak tau. main sebut jer. mak kan budak tajaan MARA. har! har! har!

pakai parang ok!!! sangat gigih menebuk demi memuatkan siling 50sen.

amacam? apa kata besan?? alahhh! melaka - n.s bukan jawohhhh!!! apa2 pun...aku sgt bersetuju dgn ketumpatan & isipadu entry kau itu. tengs. sedikit sebyk ia telah menginsapkan aku. dan aku ingin bertransformasi. yakni...drp seorang yg saiko & berotak senteng kepada seorang omak yg berpandangan jauh dan lebih bervisi. tengs again!

p/s : acik, ko takyah la susah2 antar toyol curik tabung tu cik. sekali tijah sergah mencecet toyol ko larik! dah la omak eh tersopit dlm lift. hikhikhikkkk!!!!

Apr 15, 2009

...

cadangnya nak update! tapi cam awal lak ngantuk mlm nih. naper ntah!!! errr...akak masuk tido dulu la yer?
.
"bang! pagar dah kunci??"
"dah!"
"cem dah tido?"
"dah!"
.
ok. gudnaitswitdrim semua!!!!
.
.

Apr 14, 2009

hujan2...sejuk2 ni...dapat pisang pun best kan?

masa : 5 ptg
laporan cuaca : hujan lebat diikuti ribut petir di beberapa tempat...

******
lapar la pulak. dapat pekena pisang goreng panas best nih. nak buat sendiri cam malas.
last2 start keta...keluar dgn cem.

dari kejauhan...nampak ada org jual pisang goreng kat depan petrol pump tu (lokasi sebenar adalah dirasierkan atas dasar keselamatan). cantekk!! tapau 2 ringgit dan terus drivethru mcD. cem nak eskrem la pulak. alahhh!!! sundae cone singgit tu sudah! sojuk2 ni lagi mau eskrem! biasaaaaaaa dia tu!!!

sampai rumah. berlari2 manja ke dapur. tak sabar nih! pacik tu simpul mati la pulak! terus akak koyakkan jer plastik tu dgn geloj'nya dan ngappp!

harrrrrkhhh!!! pttuuiihh!!!!

otometik keluar. akak tenung balik belen pisang dlm plastik tu dgn perasaan hiba dan marah. dan terus humban kesemuanya dlm tong sampah!!!
p/s : tm, bleh tak ko bagi blk ratio adunan tepung utk pisang goreng ko yg mabeles tu? nak kena buat sindri jugak la nampaknya nih!

Apr 13, 2009

oh!

itu hanyolah bungo lalang yg mokar subor di laman rumah kami. terbaek dr ladang. cem kutip pagi tadi sebolum poie sekolah...

"fwawer for you mami..." (lidahnya masih ada masaklah sket dgn urop "L")

tacing kannnn? nak menitik air mato omak eh sobab apak eh pun tak se'romen'tik ini. tapi takpo bang. itu sumo smol meto. janji kito beduo syerasyi bersyamo!!!

Apr 12, 2009

antara citarasa dan orang kata...

akak mengelamun depan pc tadi. (guna baby kang melambak2 la lagi muntah kat sini. hehehe!) tengah2 update inv profile, tiba2 ternampak nama ada sorang client akak nih. lawyer. perempuan. rumah 1.4M, brand new merc E class sebijik, toyota alphard sebijik & ada la 2-3 bijik kereta lagi. kaya ek?

tapi...

dia beli baju kat reject shop. handbag fake gucci & coach vietnam (sebijik usd15), tudung beli di KM plaza (org sbn tau la nih...tempat jual tudung murah2) dan memakai brg kemas zhulian (tau sbb katalog zhulian bersepah2 kat opis dia)

dia kata...
"cuba aku bawak kancil. jenjeng la LV ori pun...mampos org nak pecaya!!!"

uhukk! ada betul ka? tapi akak rasa apa yg dia buat tu agak brilliant! well, pada pendapat akak la. korang pun misti ada pendapat masing2 gak kan? tepuk dada, tanya selera! duit masing2 yg punya. ecehhh!!!

p/s: apa yang penting, tijah & carlos masih berselera antara satu sama lain. piah...sila main jawoh2!!!

Apr 11, 2009

pija tag baby...

jahat tau pija nih. sukasuki je nak tag-tag baby. tapi memandangkan tag dia agak senang dan asben baby pulak night shift malam ni, maka utk menghilangkan rasa sunyi...baby buat je la kan? (hahaha! best pulak berbebi-bebi nihhh!!! rasa cam muda 15 tawon jer...)

sebelum tu...

  • tarik nafas panjang2...
  • mengucap dua kalimah syahadah...
  • sekiranya berasa loya...sila jgn muntah merata2...
  • kalau sakit hati, sila jgn gigit bibir sendiri...takut berdarah nanti!!!

kerana...saya bakal menggunakan "baby" sebagai kata ganti diri...

ok. lestat!!!

.

1. Letakkan gambar profile anda.

gambar profile baby selalu je bertukar2. kadang2 seminggu sekali ikut sukati baby atau ikut seberapa kerap cadar diganti. tapi buat sementara waktu, baby guna gambar mak esah ni...(selepas cucukan sanggul itu di edit bbrp kali dgn menggunakan paintbrush kerana terlalu panjang sehingga terkeluar dr kotak profile)

2. Terangkan apa maksud gambar itu.

salah satu gambar kawen baby masa mlm berinai yg ada acara tukar2 baju itu. sebenarnya ada byk lagi gambar2 lain dlm versi india, jepun, english, cina & jawa. tapi baby paling suka gambar jawa nih. lagi pun gambar2 yg lain tu pose nya agak gedik2 belaka hinggakan baby sendiri tak sanggup nak melihatnya.

oh ya! masa tu baby baru 25 tahun tau. skrg ni baby nak masuk 33 dah. tapi takpe. age is just a number. baby tetap akan feeling baby...dulu, kini dan selamanya!!!

.

3. Kenapa pilih gambar itu?

sebab baby suka efek misteri & klasik pada gambar tu. baby juga nampak seperti avril lavigne di situ. mungkin disebabkan smokey aisedow, tatarias & backdrop yg berkonsep gothic tu kan? err...sila kuasa-dua-kan gambar tersebut utk mendapatkan imej baby yg terkini.

oh yer! baby dapat idea nak letak gambar ni lepas baby tengok gambar org mati di jirat cina belakang pasaraya the store seremban town tempoh hari. sesuatu disitu!!!
.
.
4. Tag 5 lagi blogger!
5 jer? tak kira! baby nak tag semua2 yg membaca/terbaca. baby kan tamak!!!
.

p/s : amacam? ada yg masih bernyawa selepas selesai membaca??? hahahahahahhahhaah!!!!!

Apr 10, 2009

kabinet baru...

dah tau kan?

seperti mana yg semua sedia maklum...najib dah pun naik jadi pm. (pergh! kuang ajar tijah panggey najib jer...). terima kasih pak lah! "jasa" dan "pengorbanan"mu sangat kami kenang!

semua dah kecoh pasal kabinet baru skrg ni. dah finalized ke ah?? ntah la. tunggu je la paper esok ek! tapi ada gak blogger yg dah post latest entry pasal muka2 baru dlm kabinet tu. kat sini ada, sini, dan sini juga...

tapi tak kisahlah! sukatilah sapa2 pun nak duduk kat kabinet tu kan? nak rembat 2-3 position sekali harung pun takde hal. yang penting...inflation rate tu...harga barang tu...kena kasi turun la machaa! sila lebih prihatin dgn suara rakyat lepas ni yer? maklum la, kami kan pengundi bijak!

dah! malas ah nak amek pot sgt hal2 politik ni. sbb ada benda lain lagi yg paling penting utk akak kisahkan yakni...

.

.

.

.

..

.

.

.

.

.

.

.

.

fuyooo!!! bila la nak dapat kabinet baru cenggini ek?? dapo idaman nihhhhhh!! (tijah menaip sambil mengesat air liur...)

p/s : abg carl...baby sayang kamu! (err...ada sapa2 dah muntah???)

Apr 9, 2009

kopi sedap!

lokasi adalah di kedai runcit azhar. again?? har! har! har! tapi kali ni tijah bawak anak (kerana beliau sudah insaf...)

mak : ariff nak air apa?
anak : mmm...(mata liar mem'browse deretan air tin dlm fridge)
mak : dutch lady la eh? (malas nak tunggu jawapan...)
mak : kopi ke coklat?
anak : aaa...kopi! i want kopi!!! KOPIIIIIII JANDAAAAA!!!
mak : ???

dan abg azhar (bukan abg basiron) yg mungkin terdengar, kemudiannya tertawa manja sambil menekan2 butang cash machinenya...

kopi dashledi v/s kopi janda. agak2 yg mana sedap yer?

Apr 7, 2009

masakan hari ini...

ok dah.
cukup2 lah cerita pasal abg azhar tu yer? kita bincang lagi di episode akan datang.
demi menjaga hati & perut suami yg sedang bercuti, akak telah memasak juadah kegemaran beliau hari ni iaitu roti jala. (ko bleh buat ke piah?) tapi ada syarat tau!!! kuah kari haruslah power, pekat dan mampu meransang nafsu. err...nafsu makan maksud saya!

ini jala atok. hobi beliau di masa lapang...

ini pula jala tijah...

roti jala

  • tepung
  • air
  • 1 biji telur
  • sedikit garam + kunyit
  • blend saja semua bahan2 kat atas tu sampai hancur dan tidak bergentel (kalu tak karang tersumbat pulak kat acuan dia). tahap kecairan...pandai2 la korang ejas ok!
kari ayam mamak style
selepas bbrp kali percubaan...trial & error, akak rasa ini la resepi kari paling manthhooop sekali kalau ikutkan piawaian tekak rakus akak & carlos. tapiii...kalau korang dah try dan rasa cam tak best jgn salahkan akak ok? maklum la, rambut sama hitam...tokak lain2...

bahan2 :

  • 1/2 ekor ayam (potong kecik)
  • 2 peket rempah kari babas (yg kecik)

bahan (a) - blend

  • 4 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 genggam cili kering

bahan (b) - tumbuk

  • secubit biji ketumbar
  • secubit jintan putih
  • secubit lada hitam
  • secubit lada putih
  • sebiji buah keras

bahan (c) - tumis

  • setangkai daun kari
  • secubit buah pelaga
  • secubit cengkih
  • sekuntum bunga lawang
  • 1 btg kayu manis

lain2 (d)

  • 2 biji kentang (potong baji)
  • 2 biji tomato (potong baji)
  • 2 btg serai (titik)
  • 2 senduk santan (kari mamak tak pakai santan byk ok...)

cara2 :

  • tumis (a) + (b) + (c) + rempah kari sampai wangi
  • lepas naik minyak, kari masak...masukkan ayam + kentang + tomato + serai
  • masak sampai la ayam tu masak (apo den cakap nih? alah! pempaham dah la kan!)
  • masukkan santan
  • ejas asam (asam keping) + garam
  • tunggu sampai mendidih

dah siap! senang giler. sesuai dimakan di mlm keliwon kerana kandungan rempahnya yg lebih (2 peket tuuuu!!!) mampu memanaskan badan & organ dalaman! dan efek...adalah ditanggung sendiri ya!

wakakaka!!!! ciaoo!!!!

i promise!

semlm carlos cuti...
.
hari ni carlos cuti...
.
esok pun carlos cuti...
.
tijah tanya kenapa? carlos kata saja. nak spend lebih masa utk anak bini.
.
tadi beliau tanya "nak gi kedai ni beli sokabar. ada apa nak kirim?"
.
kirim? mmm...adakah ini petanda beliau tidak mengizinkan tijah utk ke kedai azhar lagi? har har har (wah! gelak pun dah lain sekarang). jgn risau bang! jgn risau! tijah janji tak nakal lagi! i promise! (jari tunjuk "PROMISE" ala2 hakak hazwana ali...)
.

Apr 5, 2009

kedai abang azhar!

akhirnya!

tadi...jumpa jugak akak dengan kedai yang sangat best untuk membeli barang runcit harian setelah kecewa dgn kakak penjual santan basi tempoh hari. dan kedai yg best tadi ada...
  • santan fresh (baru perah...bukan frozen)
  • ayam baru yg dah siap dipotong kecik2 (1/2kg ada, 1kg pun ada. pilih saja...)
  • ikan/seafood yg fresh
  • sayuran segar terbaik dari ladang
  • rempah ratus dah siap pack kecik2 (sgt user-frenli)
  • stok bawang merah/putih/halia yg bersih dan cantik (tak lembik/benyek)
  • susunan barangan lain yang kemas dan teratur
  • harga juga adalah sgt berpatutan (susu coklat dutch lady cem hanya rm1.40 sekotak. kat 7-eleven rm1.80)

suka sangat akak masuk kedai tadi tu. paling penting, akak pasti akan datang lagi keranaaaa...

ABANG CASHIER ADALAH HENSEM DAN MEMPUNYAI SMILING EYES SEPERTI ORLANDO BLOOM!

aiseh! bilis habis la pulak! tadi lupa beli. takpe lah...esok tijah singgah lagi ye bang!

p/s: err...abg azhar ada buat penghantaran gas ke rumah tak? hikhik!!

Apr 2, 2009

sapa nama kau?

petang tadi lebih kurang 4.45pm, akak borak kejap dgn cok kat ym. boleh tak???? dekat setaun kenal & dah bbrp kali jumpa, baru niari minah tu terhegeh2 tanya...

"nok, sebenarnya kan...aku nak panggil ko apa ek?"

akak rasa cam nak lempang je budak cok tu laju2!!! ujung2 akak cakap...
.
.
"panggil jer aku baby"

terus cok offline...(tipu jer nih!)
.
amacam? kalu korang rasa tak selesa panggil akak dgn nama tijah @ jah, boleh saja panggil baby. terus tijah jadi jinak & manja secara tiba2. warghhh!kah!kah!kahhhh!!!
.
"yer bang??? ok! baby datang sekarang..."
.
.
.

Apr 1, 2009

lakalakalakalaka...dey!

.
.
.
Carlos...
.
Naan Unnai Kadalikiren...
.
Tijah...
.
.
.