Dec 31, 2009

mari! mari! ada iklan di sini...

ini ada sedikit iklan khidmat masyarakat! tolong kawan.

2009 dah nak habes. 2010 bakal muncol dengan bergayanya!

korang dah boleh la start kelebet balik resit2 2009 utk income tax relief taun depan ye!

nak kurangkan tax?

senang sajaaaa!

boleh buat donation seberapa ikhlas ke...

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia


cek boleh ditulis as hilited kat atas yer.

NASOM Headquarters
4 Jalan Chan Chin Mooi
Off Jalan Pahang
53200 Kuala Lumpur
Tel/Fax: 603-4022 3744

almaklum lahh!

daripada bayar tax byk2...

pastu duit tax buat beli enjin jet...

pastu enjin tu plak hilang...(50 juta tu bai!)

baiklah buat sedikit amal jariah...utk mereka yg memerlukan!

oh yer! jgn lupa mintak resit. boleh reduce tax tu. do the right thing ok! jadilah pembayar cukai yg bijak!

last but not least...HEPI NUYER! jgn mabok todi yer!!!

sekian terima kasih! ailebiu!

Dec 30, 2009

kau dan aku

peratikan budak2 laki kat atas nun...

the hair??? omg!

owh! akak tak sengaja terrrrrrr tengok citer ni masa kusus kat batu 4 aritu. abes dah itu jer cenel yg ada. jam baru kol 11. mata belum nak tido.

akak cuma mampu berdoa...

semoga keturunan akak takde yg pakai cenggitu!

ai jas kenot esep lah!

p/s : ai rasa la kan...this is the most stupiriting (stupid + irritating) series ever la. tengok princess & the frog lagi bagos!

Dec 29, 2009

8th

seramat perantin baru tijah & carlos!!!
(baru ke?)

29 dec 2001
8 tawon dah kan bangggg?

ai baru lepas makan cikencop + kek coklet
esok2 je la update eh?

Dec 28, 2009

4 - 2 = 2

ini adalah scheduled post.

dengan terpublishednya entry ini (bolehkah "ter" dan "ed" digunakan bersama utk mendescribe past tense?), akak sudah pun berada jauh nuuuuuuuun di batu 4.

batu 4 tauu...
bukan batu 2...

rabu akak balik. ada kursus jenazah. malas nak bawak leptop. tak kosentret kang. nanti bang bilal marah!

daa...

Dec 27, 2009

welcome home!

best pulak update 2 hari sekali ni kan?

azam akak taun depan adalah update seminggu sekali. pastu 3 bln sekali. omputeh kata quarterly basis. pastu annually. mcm dividen ASB.

aaa...baik tutop blog jer terus kan?

baiklah. hari ni kita nak cerita apa ye?

ok!

jemaah kita...para haji dan hajjah dah mula balik. alhamdulillah! semoga mereka telah pun mendapat haji yg mabrur.

kompleks haji kelana jaya dah tak sibuk dah. ko dah boleh la main galah panjang ke...sep-sep tiang ke...kat jln nak pegi kompleks tu kan nok?

dulu masa kecik2...adalah sgt excited dgn org balik haji nih. bukan apa. misti ada ole2. org lain hepi dapat jubah la, kopiah la, sejadah la.

tapi akak tak!

benda yg paling akak tunggu2 adalah gelang mekah lilit2 yg kaler merah/hitam tu. wah! dapat pakai 2-3 lilit kiri kanan mmg hip dah tuh! tapi tu la. yg bengangnya...asal bawak pegi sekolah misti kena rampas dgn pengawas. dengki betul!

owh!

tiba2 rasa...cam takde klimax je entry ni kan? hahaha!
setakat buat entry bangang...
baik takyah update tijah!

Dec 25, 2009

ho! ho! ho!

date : 25 dec 09 (mewi kwismes uolsss!)
time : 10.30 am
venue : giant senawang

seorang emak sedang bz memilih ayam, daging, sayur dan ikan. wah! tenggiri sekor 6.90 niari. murah giler! capai sekor yg paling XL. gulai cili api dgn potai kikih sodap nih!

tiba2...

"mami! mami! mamiiiiiii!"

seorang budak lelaki terjerit2 terlompat2 sambil buat muka sakit!

"apo?"

"nak berakkkk!!!"

potong stim sungguh la budak nih. mami baru cadang nak usha piok ni kejap!

p/s : btw...budak tu terpaksa berpuas hati dgn popkon giant saja tadi. sori la nak! mak kau blm cukup rajin nak meredah crowd kat TGV niari!

Dec 24, 2009

anak! oh anak!

seorang budak lelaki menggesel2 manja bak kucen parsi dgn emaknya...

"mami! i want pop-corn..."

"jom! kita pegi giant..."

"no! lets go to cinema..."

huh!!!

kemain budak ni jam kan? nak popkon yg kat TGV je!

15 km tuuuuuuuuuuu senawang-seremban. walhal bukan takde popkon kat giant senawang...

akak syak diorang caramelize popkon guna codeine nih!

Dec 23, 2009

sila sajes...

baiklah!

sila sajes...

apakah broadband paling mantap skrg?

plan apa paling bagus?

kerana saya mahu melanggan.

terpaksa maaa...

celcom?

maxis?

digi?

p1w1max?


ada lagi yg lain ke?

Dec 22, 2009

explain to me please...

kawan akak...

berenti keje sbb nak join MLM. ok fine. takde apa salah dgn MLM tu pun. the choice is yours kan? ko buat la keje apa pun tak kisah asalkan halal dan family ko cukup makan, cukup pakai.

dia join kampeni A. modal 20k pinjam bank. kemain ajak kitorang join, nasib baik tak terjebak. jaja gambar upline sedang tunjuk "thumbs up" tepi bimmer (tapi plat no. diblurkan. ahakkss. akak pun bleh amek gamba centu kat showroom). tolong kawan punya pasal, beli jugak la water filter tu. tu takpe la...air kat umah ni mmg karat pun.

setahun berlalu...

ni dengar citer dia join kampeni B plak sbb dah tak tahan dgn kampeni A. susah nak convince org. modal terlalu besar katanya. yang kampeni B ni 500 jer membership. product utama adalah kopi penguat tenaga batin.

wow!!!

still...dia ajak lagi utk join yg ni plak. masih guna strategy lama. tunjuk gamba upline sebelah bimmer.

mmm...

apa yg bepusing2 dlm kepala otak akak skrg ni adalah...

apa benda MLM ni sebenarnya? ye akak tau dia multilevel biznes ada upline, downline, sideline sumer. kena ada networking sumer. tapi apa benefit dia ek? betul ke senang2 bleh jadi kaya dgn biznes nih sampai kekadang sesukati je kutuk org "weyyy! ko sampai bila nak keje makan gaji?" (owh! mind your own language. agak kuang hajar approach cenggitu yer!)

ok. skrg ada sapa2 bleh explain the "beauty" of this biznes?

sbb selama ni akak join MLM cuma nak dapatkan diskaun product yg membershipnya tak lebih 30 hengget seumo hidup jer. contoh adalah avon, cosway (bleh redeem toys utk cem pakai kupon je. dia main 5 menet pastu buang pun takde la rasa ralat sgt) dan mungkin akan mempertimbangkan usana lepas nih (sbb dengar suppliment dia bagos). tupperware? sazah dah join so akak bleh tompang akaun dia.

mmm...

macam2 kan?

Dec 21, 2009

real reward...

otw KL aritu, akak pit stop tepi h/way. tak jauh dr tol sg. besi. isi minyak 30 hengget. kata nak qualify contest cash reward kan?

bayar...

amek resit...

isik form contest...

pastu baru isi minyak...

tiba2 bangla tu marah akak. "layen kali...isi dulu baru tulis itu form! save time!"

wah! ko pehal? kalu ye pun takleh cakap elok2 ke kan?

tapi akak relax je la. malas nak spoil the day. pagi2 cari gadoh dgn bangla adalah sesuatu yg kurang bijak. baik baca ayat 1000 dinar mintak murah rezeki!

akak pikir pozitip je la. akak syak mlm tadi bini dia call bagitau baru lepas besalin. triplet!

tapiiiii...

dia dah 3 tawon tak balik kampong!

cane tuh?

Dec 18, 2009

punca hilang nafsu...

korang penah kena tak?

tetengah makan...
tetengah sedap cocok2...
tetengah gigih carik2 isi ayam dari tulang...

tiba2 sudu ko tepele'ot lalu tebengkok. ayam ko terbang ke meja sebelah. dan anak ko ketawa riang berdekah-dekah.

malu bukan?
gamba adalah digugel. tengs pada tuan punya...

pada sapa2 yg meniaga makanan ni kan...

plis la. tolong la sediakan sudu garpu yg berkualiti sket. potong stim ok tetengah makan tiba2 sudu bengkok.

terus ai turn off!

Dec 17, 2009

derek selling...

otw blk dr KL semlm akak singgah di r&r semban. lepas menunaikan rukun islam ke-5 (ehh! yg ke-5 menunaikan haji ek?) akak pun gerak keluar hewey semula.

seblm tu nampak ada org jual karipap tepi petronas tu.

akak drive dedekat. turunkan cermin.

"bang! cano kiro tu?"

"sebijik nam pusen dik"

"bak la duo..."

brader tu hulur karipap sambil mata curik2 tengok pesenjel seat akak. demi terlihat saja katalog avon yg begelimpangan dia pun bertanya...

"buek derek selling ko?"

"takdolah..."
"byk bona ketelog"
"sajo tengok2..."

capai karipap. bayar. terus naikkan cemin tingkap seblm dia betanya dgn lebih lanjut...

takkan nak bagitau dia ai penggemar bra avon lak kan?
(eh! tebagitau plak kat sini...)

Dec 16, 2009

geli geli

geli!

geli!

geli!

korang geli tak kalu ko baik2 dgn ada org tu. tiba2 depan org lain dia introduce ko...

"kenalkan...ini la akak angkat aku!"


bila masa lak sign agreement tuh? oh! ada org tak kisah. tapi akak...mmg sungguh tak gemar terma adik/akak/abang angkat nih sumer. geli ok! kawan2 dah la. tak kisah la ko muda ke tua ke kan?

bukan apa...

akak dulu masa skolah penah ada sorang adik angkat laki. terjebak sekejap. ala...saja terikut2 trend tem tu. org nak ada adik angkat, awak pun nak ada gak.

berbekalkan status "angkat" tu, lama2 dia jadi pengkontrol. dah pandai jeles2, start kasik bunga, kasik music box bernada unchained melody kebagai. wah! akak jadik skeriii! takot! dan terus trauma, fobia dan fidofilia. eh! silap. itu pencabolan seksual terhadap kanak2 ek?

jadiknya skrg ni...cukup la adik akak yg 2 ketul kat shah alam yg ntah bila2 nak balik semban tu. kosser nak berangkat2 bagai ni deh! kawan2 ok. no problem et ol!!! tapi tolong jgn jadikkan ai kakak angkat yu.

ai simpli don laik!!!

Dec 14, 2009

hari hari mau!


you go girl!!!
laki ko tu mmg patut kena tinggal!


Dec 13, 2009

susu

cem...

adalah susah nak suruh budak tu makan sayur. buah pun kurang. dia cuma suka pisang sama durian (kalau lah ada sawi berperisa durian...alangkah bagusnya!)

makanya...gizi adalah tidak seimbang.

tapi takleh salahkan dia jugak. mak dia pun 2x5 gak tak makan sayo sangat!

so aritu carlos belikan la dia sustagen school 6+ ni. khasiat adalah lengkap. bagus utk budak2 nak membesar...utk brain development katanya. elokkk jer akak tengok dia minum. nampak teramat dilisyes nak2 bila tambah ais!

agak2...

akak tompang minum skali ok tak ek? mana tau jadi lebih jiniyes lepas nih!

.

.

.

.

dan kuros sekali!

kan?

Dec 12, 2009

entry utk petito...

entry ni ekceli khas utk kawan akak petito (aza) yg skrg tgh makan angin ke india (ado perasa kari tak angin eh nok?)

kau kono baco ni petito. tadi den nak upload gamba ni kek fb & email tapi asik kono tondang yo. bonci amek!

petito mintak akak booking tanah since hari ni lavender ada buat year end sale.

sapa nak jualbeli tanah/umah, cepat2 la pegi beli skrg. etlis booking dulu. sbb dengar citer start taun depan (1 jan 2010) gomen akan amek tax 5% utk keuntungan bagi setiap pelupusan/penjualan hartanah.

cilako amek la!

caner akak nak jual tanah pesako cenihh! 5% buat pegi haji lepas tu tau tak??

petito...

ni la deh lot yg den book'an pok kau potang tadi. belolah den poie buking sobab balik umah dah lambek. dopan tanah kosong. buleh buek tanah kobun kok ado duit lobih. buleh tanam dian, rambutan moh. nak buek kubo pun buleh. lot ni ngadap jln lamo pilah, hewey bukit putuih & hewey lekas (yg poie kajang tu). dopan ngadap bukit bukau jelobu. kanan lak ngadap gunung angsi. hambek! sukati kau la sok nak ngadap mano kan? hehehe!

view dopan lot kau. nampak tak pencawang tetongah tu? tu la deh jln baru bukit putuih ke pilah.

ni plak view bolah kanan dr lot tanah kau. gunung angsi. nasib baik den copek. sikit laie nak melopeh lot ni tadi. lot non-bumi. tanah dopan adalah flat. tak slope cam umah den skrg ni. sonang kau nak buek kenduri pasang khemah kebagai nanti.

haa...tu yo lah!

minggu dopan, balik tang india koling2 la den. kok jumpo rajinikanth...jgn lupo koba tijah kem salam sayang yo? hikhik!

Dec 11, 2009

da rejister?

aritu masa otw balik dr penang akak ada la ternampak iklan besar ni kat tepi hewey. ni tadi baru teringat nak gugel balik.

bagos kan? tapi kat belah2 utara je baru ada takat ni. blm sampai kl/sbn lagi. rm60 je setaun. siap ada pekej katering utk tahlil lagik. sedap lak tu! ada gulai ayam, dalca, kurma telo kebagai! lepas baca yaasin bleh jamu selera kan? minum? ada kopi "O".

aaa...kain putih, kapur barus, kapas, air mawar sumer siap. complete! tunggu masa je kan?

ehh! bagus betol la sapa2 yg buat benda nih.

batu nisan pun ada. ko pilih je nak batu jenis apa. siapkan je la duitnya. tapi tertakluk pada terma & syarat la. jgn la ngengada nak jubin white horse plak kan!

jadi...

kepada sapa2 yg rasa rumah kata pegi kubur kata mari tu...bawak2 la rejister cepat2 ye?

ok. tu je nak share memalam jemahat nih!

siyutumoro! daa...

Dec 10, 2009

punca...

dulu...

akak adalah bersekolah di all-girl-skool. sek. ren. keb. tunku kurshiah kat kole pilah nun.

dah nama pun sekolah pompuan kan? jgn harap la nak nampak kelibat lelaki kat sekolah tu. (kecuali tukang kebun yg bernama murugaya, cikgu BM yg bernama cikgu abu samah dan cikgu pelatih maktab perguruan raja melewar yg pendek tapi hensem bernama cikgu wahid)

ok. abaikan mereka. tiada kena mengena dgn jln cerita...

akak pegi sekolah naik bas. lepas ambik budak sekolah akak, biasa bas tu akan ambik budak sekolah tunku munawir plak kat gentam (ni all-boy-skool).

dan acara wajib dlm bas...gadohhhh!

bukan apa. gadoh rebut seat je pon. row yg last sekali tu. asal ntah! rasa cam pailang habes je bila duduk kat seat blakang tu. nak2 dapat lak duduk satu geng kan...

satu hari tu...

kitorang bebudak pompuan dapat la seat belakang tu (sbb bas tu amek kitorang dulu). hepi gila nih. sampai all-boy-skool, jalut & the geng pun naik. demi ternampak je seat belakang dah kena cop, teros dia tejerit2 cam kena sawan.

"lu...lu...lu...blah aaa!"
jalut tunjuk jari kat akak, ruhida & azmin (bebudak sawah lebar).

"ko pehal? kitorang naik dulu. nasebb aaa..."
akak jawab sambel menjeling tajam. eh ehh! ensem pulak si jalut ni walau tengah marah!

"kuang ajar eh! ko siapppp!!!"
jalut mengugut.

sampai depan rumah, bas berenti. akak pun turun. seblm gerak, jalut panggil akak dari atas bas "hambik kau!!!" dia baling sesuatu...

akak raba kepala...

cilakak!

jalut baling singgam. kena rambut akak. akak cuba buang tapi tak bleh. makin dilurut makin tersangkut. last2 balik melalak kat mak. fakyu jalut!

esoknya tu...
tepaksa la akak pegi skolah feeling muslimah. jambol kena cantas kan. stress giler ok. maklum la...pesen rambut pendek ada ekor sket ala2 new kids on the block kan tengah "in" tem tu. bila terpaksa pakai tudung mau tak sakit hati!

tapi tu dulu la...

dulu...itu la puncanya akak bertudung. ustazah kamariah siap sujud syukur kerana menyangka akak telah mendapat petunjuk dan hidayah!

walhallll!!!

tapi sekarang...

gua suda sedikit insap!

Dec 9, 2009

hubungan sulit...

aiman - ariff - fariz
lokasi : rumah ustaz man. pokok tampang, tasek gelugoq

aiman naim : mak menakan dia la tuhhh...

fariz daniel : dak aihhh! mak tiri dia laaa...

aiman naim : dakkkkk! mak menakan dia. degeyyy hang nih!

fariz daniel : dakkkk!!! cheq kata mak tiri...mak tiri la...

ariff farhan : (diam. langsung tak mencelah sbb lain tune)

ya! mereka 3 sepupu sedang menkaji salah silah ben10 beserta susur galurnya. siap gadoh depan tv.

sapa tau sila bantu. apakah sebenarnya hubungan gwen dgn ben10 itu?

Dec 8, 2009

hai...

salam sejahtera semua!

ya! kita kembali bersiaran seperti sediakala. sbenaqnya akak balik penang khamis lepas. ni ha baru sampai sbn. ada urusan keluarga sket. tak sempat nak haihaibaibai kat korang kan? kompiter ada bawak tapi tak sempat plak nak online.

err...motip tulis cenggini kan?

ada ke org rindu kat ko masaklahnyer tijah!!!

ok. akak harus sedar diri skrg.

nak pi basuh kain jap eh! selambak tuh! nanti senang2 akak cerita panjang.

daa...

Dec 1, 2009

abang jais ku sayang...

aritu dlm jam 12 ~ 1, akak tengah duduk depan pc menggugel resepi kek buah. sazah la nih. sibok na deh nak bakar kek bagai. dia tak sedar ke anak dia sumer dah mcm apam balik dah nih!

cem & apak eh dah lolap dopan tv. tiba2 ada bunyi benda bergegar! kuat gak. tapi kejap jer...tak sampai 2 secs. akak kejutkan carlos. dia tido...ofkos la tak rasa apa2 kan!

akak syak gempa nih!

esoknya kit cakap dia pun rasa benda yg sama. ada gegar. masa tu dia tengah tunggu ulangan sehati berdansa. yenna tambii! ingatkan stay up nak kiamulail. huhu!


hari ni tengok2 keluar berita. sah la! pilah kena goncang! dan gempa tu plak berpusat di senawang. aiyooo! mak takot nih!

tengok tu!

bala dah datang sikit2 kan?


akak syak sebab ni la!

last2 berjaya jugak pompan ni goyang gerudi kat m'sia yg mungkin telah menyebabkan goncangan dan "ketegangan" berukuran 3.3 skala richter tu. buleh plak release permit utk goyang gerudi ek? nak buat majlis agama pulak yg susah...nak kena tauliah/permit bagai.

jais mana? jais??? abang jaissss??? takkan diam jer kot bang?

haihhhh!!! (teros pegi ambik air semayang....)