May 31, 2009

i dah reduce dah...u bila lagi?

dulu akak (errr...carlos sebenarnya. i don't pay bills. receive only. hahaha) bayar sampai rm98.95 sebln. sekrg cuma bayar rm59.95 jer. seb 39 hengget (lepas 4-5 bijik buku utk cem).

yer!

kitorang dah buang movie & variety package dr astro. bermakna tiada lagi HBO, Cinemax & Star Movies utk akak. dan dari variety plak tiada lagi E! channel & MTV.

oh! itu no problem. small matter. as long as kompiter & strimik ada kan? akak ok jer. akak pun jarang tengok tv. astro pun asik la ulang2 cerita yg sama. bosan gak...

so akak tengok apa?

jgn memain. selain AFC dgn travel & living...akak skrg layan TVIQ backyard science dgn cem tau! byk info. bagus utk bebudak tgh belajar mcm cem ni. etlis expose jugak la dia sikit2 dgn konsep fotosintesis, metamorfosis, pemvakuman tu sumer kan. alaaa...takat teknik nak masukkan telo dlm botol tu takde hal la...(skrg akak tau dah caner cara raja azmi memasukkan anu dlm botol tu...)

tengok oasis "Cafe Akhil Hayy"? hahaha. sorry la bai. lu cakap-tara-sropa-bikin punya org! pangkah! baik tengok si farah tu jln2 cari makan kat hong kong. lagi best walupun dia tak reti beza mana daun sup, mana daun ketumbar!

oh yer!

org astro plis take note ok! (ada ke org astro baca pon? hahaha...)

kasi improve la wey. kalau la ada sejuta kastemer yg reduce package cam akak ni...misti korang rugi. rm39 nampak cam kecik. cer darab sejuta tengok? mentang2 la takde competitor kan? haa! jgn memain...reader akak ramai tau (????? pitam!). diorang terpengaruh nanti akak tak tawuuu...

(err...stetmen adalah perasan, belagak dan menghasut. cam syialll jer kan? maafkan saye...)

kahkahkah!!!

May 30, 2009

sonang dan sodap...

esok dah nak balik penang. makanya hari ni masak cincai2 je la. masak gulai kang kalu tak habis sayang plak kot kena buang.
ayam masak rempah

bahan2 :

  • dada ayam (potong dadu kocik2 - sonang sekali suap)
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • halia (blend)
  • sedikit cili api & cili kering (sukati nak pedas mana - hiris halus)
  • 1/2 sudu rempah sup
  • 1/2 sudu rempah kurma

kekdah :

  • ni susah ni...baca betul2. salah kang takut tak jadiiii...
  • ok. kekdahnya adalah...
  • tumis jer sumer2 bahan kat atas tu sekali humban.
  • rasa garam...dah!

kahkahkahhhh!!! resepi paling bangsat nih! tak bleh buat gak tak tau la wey!!!

sotong goreng kunyit

bahan2 :

  • sotong la. sapo lak laie...
  • 2 biji bawang besar (potong bulat)
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit halia (ketuk jer)
  • sedikit cili api & cili kering (hiris halus)

kekdah :

  • sotong tu perap dgn garam, kunyit & sos tiram sket dulu. letak tepi.
  • tumis bwg besar, bwg putih, halia & cili sampai layu
  • masukkan sotong tadi
  • BESARKAN API (sotong kena masak cepat2 kalu tak nanti dia keluar air & liat...)
  • ejas rasa. siap!

sayo togey

melampau la kalu tak bleh buat ni kan? omak kau tak ajar ko? wakakaka...

oh yer! skrg akak kalu tumis sayo pakai garlic & cili kering je. minah ni la ajar. baru ada feeling perancis sket kan? (walupun akak sebona eh ado sikit2 campo latina. hiks!)

result? habes! licin! ok. akak nak pi sental piok sekrg. daaa...

May 28, 2009

akukah yang bersalah?

ini adalah tongkat ali. tongkat Ali bin Bujai (namo atok akak)

ini la rupa tongkat yg atok guna skrg nih. tongkat kaki 4.

atok dah tak larat. dah tak gagah mcm dulu. jalan pun terketar2. tu yang kena bertongkat je tu. sakit badan, sakit pinggang, sakit lutut. macam kopi dangdut...semua dlm satu. tapi nasib baik luar je...internal ok. kencing manis, darah tinggi, sakit jantong tu semua takde.

tapi tu la. kesian bila dengar dia asik mengerang2 je. nak2 bila dah duduk lama pastu nak bangun...pergh!!! seksa tengok! kekadang tu dia jatuh terduduk atas kerusi balik.

3 minggu lepas akak telah bereksperimen! siapkan segala radas & bahan. operasi pun dimulakan...

rebus mas cotek!

diam2 akak bagi atok minum. atok tak tau pun. campur dlm milo dia 2 kali sehari time sarapan & minum petang.

dan last week akak perasan atok jalan sedikit laju. masih bertongkat, tapi kekadang tak cecah lantai pun. jenjeng je cam bawak bakul.

sabtu ni akak nak balik penang ada kenduri. maka atok terpaksa duduk rumah pakcik kejap kat PD. seblm gerak atok sempat tanya...

"nenek penang kau ado laie? kirim salam la yo?"

akak ter"mute" beberapa saat...

apakah?

penat otak akak menganalisa skrg nih!

May 24, 2009

mari berkongsi pengalaman...

dulu akak penah ikut kelas yoga kat senawang. tapi skrg dah takde. dah tutup sbb kurang sambutan agaknya. tapi yoga mmg best giler. dan akak memang prefer ini drp senaman lain cam aerobic ker, weight lifting ker sbb yoga ni lebih slow...relax...pastu peluh jgn cakap la. mencieh2 macam kena hujan.

yoga haram?

pehal lak? yg akak ikut dulu cikgu dia melayu...islam. bukan hindu. dan pose2 yg dia ajar mostly guna breathing teknik. inhale, exhale, ulang2 tu jer. takde lak dia suh baca om shiba shiba ker haper!

(yoga yg terpencil tu ko nak bising2 bagai. tu kilang CARLSBERG bapak bosa kat shah alam tu takde sape lak nak memekak kan? lagi la...ARAK kan IBU segala kejahatan! - sekian tazkirah pendek dr ostajah tijah)

lama dah akak cari balik kelas2 yoga kat senawang ni tapi takde. ada pun kat S2 sana dekat dgn jusco. bapak la jauh plak nak kena ikut h/way bagai. try google sket last2 akak jumpa nih. akak pun call la. teh nama owner dia. ada 3 kelas kat sbn ni. 1 kat S2, 1 kat thivy jaya & 1 lagi kat kemayan square. paling dekat dgn akak adalah thivy jaya. kelas start pukul 6 ptg.

mmm...boleh la try sekali tengok. agak2 kelas dia meragukan takyah la continue ek?

ujung2 seblm letak phone dia cakap...

"aaa...kita juga ada pole-dancing kalu u mau try?"

akak pun try la gugel poldansing. cemano la gek eh gayo senaman eh tu kan?

omaigudnes!!! (tahan napeh 5 seken)

semacam yo kan? ado sapo2 brani toman akak poie kelas ni tak? gaji bulan dopan buleh la suh carlos pasang tiang ni tetongah rumah. kehkehkehhhh!!!

May 23, 2009

persimpangan dilemma...

tadi...di lorong 2 lane menghampiri simpang tiga desa pandan...

lampu kuning...

akak pun slowing down dan bersedia utk berhenti. kat KL akak cam behave sket sbb byk kamera & mato2 (kang tiba2 jer dia folo ko out of nowhere). kalu kat sbn kekadang lampu merah pun selamba jer langgar (ini tidak bagus...sila jgn ikut...)

akak duduk lane kiri sekali. tidak rushing dan sedang relak2 layan rock kapak carta fullamak di sinar fm. sambil2 tu tengok cermin. check kot2 ada taik mata ker. kendian check molot plak kot2 ada elio basi cam abg shabery ker (esok kena delete ni...matik la kena saman kang...) dan last skali check lepstek. ohh! kena tacap sket. hampir hilang sbb minum neskepe tadi.

lampu masih merah...

akak pandang kanan. ada 2 org sedang borak2 dlm keta sebelah sambil hisap rokok. penumpang belah kiri tu kelihatan begitu asyik sekali mengepul sambil bizi melakukan sesuatu.

tiba2...

shilakak!!!

seketol taik idong...segar dari ladang terbang lalu melekat di cermin keta akak!!! binawe betul! dah la tak malu keta waja bodykit lancer!!! siap letak sticker evo lak tuuuu...

May 22, 2009

semalam yang hangat...

petang semalam lepas ambik cem dr sekolah, kitorang terus ke lake garden seremban. kami berdua kelihatan amat bergaya sekali dgn pakaian sukan...berkasut power cap bata & berseluar cargo byk poket (senang nak simpan kunci keta & sedikit duit utk beli jagung bakar)

turun2 je keta cem ajak beli jagung. ok takpe. makan sket. lepas tu boleh jogging.

lepas jagung dia nak air kelapa pulak. ok.

lepas tu jalan ke depan sikit nampak org jual kopok lekor. beli singgit.

last2 akak & cem cuma duduk2 jer tepi tasik tu makan, minum tapi masih tetap bergaya seperti usain bolt sambil tengok org lain jogging.

dan seblm balik kami sempat rembat...

amalan yg sihat bukan?
.
.

malu tapi mahu...

petang semlm...dedekat maghrib gitu, sempat la akak borak kejap dgn bapak beluncas (bb) ni kat ym.


selepas bbrp siri perbincangan siriyes berkenaan puding karamelnya yg senipis alas kaki itu tiba2 beliau bertanya...



bb : kak...ko jumpa cok, piah & tipah dulu best tak kak?


akak : buleh laa...takde la best mana pon (hahaha! amacam saket hati tak dengar?? takde la...korang mmg best!)


bb : klakar tak diorang tu kak? kak piah caner?


akak : kelakar! piah tu kecoh! molot bising! bingit telinga aku dengar...(ni akak tambah sindri...larikk!)


bb : cok?


akak : cok? owh! dia bajet pemalu dan pendiam. tapi cok takde la sampai tahap terloncat2 sambel nyorok blakang omak eh mcm kau...


bb : wakakaka...aku pemalu kak...



*cengkerik berbunyi...(tetiba cengkerik bunyi time maghrib kan? ke pelesit?)



akak : kau ni...sebenarnyer nak tanya pasal tipah kan??? stret to the poin je la. takyah la kona2 tanya piah la...cok la...


bb : hehehe!!!



tipah! aku kira cincai la budak ni pah! selonggok 5 hengget! amacam?




May 20, 2009

makan lagi...

macam biasa la yer? kalau dah asik tepek gamba makanan je, maknanye akak tgh kering idea nak buat posting la tu. harap maklum!

tadi kat kedai, ada la dekat 15 menet kot akak termenung depan rak sayur tu. penat pikir nak masak apa niari. asik2 daging, ayam, sesekali terasa gak nak tukar menu lain.

"mami! mami! what's this??" tunjuk cem pada sesuatu kaler pepel di rak paling bawah skali...

pling! idea sudah mari. JANTUNG PISANG. semlm makan pisang, niari jantung dia plak. orait! lets rembat seketul. balik rumah terus blend cili, kunyit...masukkan santan dlm piok siap2. pastu baru la bediri kat singki mengadap jantung pisang tadi.

tiba2 cam blur!

ish! caner nak buat ni? akak mana penah masak mendalah ni seblm nih!

capai henfon terus dial sazah for the rescue. alah! takde org angkat la plak. pegi masjid la tu. sms lak ungku nor.

"kak, jantung pisang ni nak ghobush (rebus) ko dulu seblm masak?"

"kau colo (celur) la dulu. ontah! den pun tak ponah masak..."

wakakaka! osah la 2 x 5 eh kan? ni satu lagi kes nak berak baru gali lubang. piok dah tertenggek baru terhegeh2 nak tanya org. last2 akak rebus la jugak. sbb lepas belah2 tu tengok getah dia cam byk la pulak. (owh! adakah ini rasier utk mendapatkan body yg mantap & bergetah?)

dannnn....

jadi uollss! vangger! vangger! percubaan sulong akak membuahkan hasil juga akhirnya. kalu sazah tau misti dia sujud syukor nih!

bahan2 :

  • 1 jantung pisang
  • 1 genggam cili api
  • 1 inci kunyit
  • 1 genggam ikan bilis
  • santan

cara2 :

  • jantung pisang dibelah2 pastu direbus sekejap
  • blend cili + kunyit
  • masukkan semua2 bahan tu dlm piok
  • ejas asam & garam
  • dan masak la sampai mendidih

sodap dimakan bersama tolo asin & sepat kering goreng. pergh!!!

p/s : timo kasih byk2 la pada abgmacho sebab sudi menaja tolo asin & sepat kering made in tepeng nih. osah sodap eh! from tepeng wif lef ko tu? (larikkkk!!! ado yg kono sosah kang nih!)

May 19, 2009

resepi terhebat - from garden to the kitchen

panas kan? nasib baik atok ada kat umah. kalu tak silap2 dgn mak dia skali bogelling...

hari ni since takde benda nak update, kita main masak2 je la eh? bersesuaian dgn tajuk diatas, resepi kali ni adalah berkonsepkan from garden to the kitchen. alaaa...sapa tengok AFC tau la rancangan nih. yg cepwan jadi hostnya tu.

jadi apa bahan utama kita from the garden utk hari ni?

yaaaa...PISANG!

pisang adalah lazat lagi berkhasiat ya adik2. dan akak sgt suuuukakan pisang. apa2 jenis pun lah! terutama sekali jika dimakan bersama eskrem coklat. mmm...dilisyes!

tanpa melengahkan masa, mari kita buat banana fritters le tour de la hoya @ pisang goreng. susah nih...sbb tu kena tulis! kredit to TM utk resepi batter yg termantap di abad ini!

bahan2 :

  • pisang (paling best guna pisang nangka, nipah & tanduk)
  • 1 sudu tepung goreng pisang ADABI
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung gandum
  • garam & kunyit sket utk kalering

3 jenis tepung tu kasi gaul dgn air sket pastu goreng je la cam biasa. peringatan! ratio 1 : 2 : 1 tu mmg dah perfek dah tu. jgn memandai nak tukar2 ok. jgn lawan tokey...batat pisang ko karang!

hasilnya. tengs tm. kranci giler pisang tanduk aku nih. resepi ko mmg terbaek dr ladang! laki aku siap cakap bleh buat jual...

ooppp! ooppp! kejap!!! buat pencicah dulu la baru sedap! cili api + bawang putih sebijik + kicap + gula. pergh!!! orgasma berganda! try la wey! cakap byk pun tak guna...

oh yer! kebaikan pisang ada banyak kat sini. tapi akak amek 1 je...

Kawalan Suhu : Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

sazah banyak makan pisang masa preknankan akak dulu. hasilnya? dapat anak penyabar, pendiam & pemalu. tak gittew bu? huhuhu!

May 17, 2009

perempuan terdesak memang sangat menakutkan - ira

entry adalah diplagiat dari sini. eh tak! apa plagiat lak...akak mintak izin apa. ira, kopipes dulu mintak izin kemudian takpe kan? kira cam prepaid la kaedahnya nih!
-----------------------------------

Pagi-pagi buta, kawan aku yang baru sahaja berkahwin beberapa minggu lepas telefon aku...

"Ini emergency! Macam mana nak masak nasi lemak?"
"Hah? Apahal nak masak-masak pulak ni? Selalu beli je."
"Mak mertua aku ada kat sini la... nak test aku la tu"
"Haha... ni la yang mak aku cakap 'nak terberak baru nak korek lubang' ni"
"FYI, aku berak pakai jamban, tak korek lubang. SEKARANG , KAU NAK AJAR AKU MASAK KE TIDAK HAAA?!!!!!"

Oh, perempuan terdesak memang sangat menakutkan...

-----------------------------------
betul! betul! betul!

akak sangat setuju dgn posting nih. sbb akak dulu penah kena mcm tu. sebulan lepas akak kawen, sazah & aji usop pun berangkatlah ke mekah menunaikan fardhu haji. mereka pergi dgn hati yg sangat aman dan tenteram. maklum la...anak mereka yg kuat bertenet tu telah selamat dinikahkan. takde la kesah lagi dia nak keluar dating balik malam2.

nak dijadikan cerita...2 hari seblm raya haji (sazah dah tentu la takde...diorang raya kat mekah), atok bagi duit suh beli barang. blakang dia sudah buat rekues.

"ngah, rayo sok kau takyah la susah2 masak bagai..."

fuhh!!! akak tarik napas lega.
itu je?
takkkk...ada sambungannya lagi...

"kau buek sop tulang, nasik impit, kuah kacang, rondang daging dah la. lomang sok kito boli 2 batang kek pasar ampangan"

waaa!!! teros rasa nak putus injap! 4 jenis tak byk katanya. yg nak masaknya akak sorang lak tu. cija cana 2-2 ekor ada kelas tak dpt balik awal. tak tau la kot2 diorang saja nak pedajal...

esoknya kat opis akak langsung tak buat keje. kulu kilir melangok dept org tanya mcm mana nak buat rendang & kuah kacang. sup tu ok lagi...agak senang.

balik je keje terus beli barang. start masak dari petang sampai la ke malam. masak sambil tengok resepi...rasa macam nak pitam. esok dah nak raya, assistant lak sekor pun takde.

dan alhamdulillah! hasil adalah agak membanggakan. berjaya juga akak mempersembahkan hidangan yg menakjubkan di pagi raya. atok puji rendang akak. sangat sedap lagi berperisa katanya. (hahaha! itu akak tambah sindri. padahal lasmenet terpaksa panjat pagar jiran petik daun kunyit sbb lupa beli...)

sejak pada tu akak jadi gigih memasak walaupun rela dalam terpaksa. habes...itu baru atok rekues dah panik gila! kalu mak mertua rekues plak amacam? teros pecah air ketuban kan?

har har har (lamo lak tak poie kodai abg azhar...)

moral : pegi la blajar masak sekarang! sampai bila nak makan kat luar je kan? (pesanan khidmat masyarakat ini juga ditujukan khas buat 2 ekor adinda tercinta di seksyen 7 shah alam dgn ucapan "ko tanya aku lagi mcm mana nak buat sop ikan mmg aku lempang...")

May 16, 2009

atok...

dah dekat 2 minggu atok kena gatal2. merah2 macam ruam. tergaru2 dia siang malam. aritu akak bawak gi klinik. dah ambik ubat makan, ubat sapu...krim utk siang, losyen utk mlm. tapi still gatal tak kurang.

akak syak sebab cuaca nih. senawang panas semacam!

last2 atok cakap "humban'an lah ubek nih. moh anta den poie umah molah". molah (ramlah) adalah seorang pengamal tradisional a.k.a bomoh kampong. atok suh akak beli kelapa muda 3 bijik utk dijampi-tawar. mmm...ikutkan je la kan? kalu tak kang org tua tu merajuk plak.

sampai rumah org tu atok pun bukak baju. terus duduk kat kerusi dan get ready utk dijampi-tawar oleh acik molah. "kau tengok'an la sikit ha. ntah apo bondo yg kacau den ni tak elok2 gata nih" ngadu atok pada acik molah.

akak menjeling tajam. akak syak misti acik molah nak propa ada "benda halus" yg kacau atok ni.

sekali...

"takdo sapo kacau do tok! ni gata2 sobab paneh ni..." kata acik molah selepas mendiagnose atok.

haaa kan? tu la. akak cakap atok tak nak dengar. mati2 dia pecaya ada "benda" kacau dia.

atok! hai atok! sikit2 misti nak ke dukun. soba yo lah! hehehe! (atok mmg cukup fobia dgn hospital. asal ntah. mungkin dulu penah heartbroken dgn nurse ke kan?)

sekadar gambar hiasan. ini bukan acik molah

May 15, 2009

saya

saya adalah seorang gemini. saya akui ada split personality. saya boleh jadi sebaik2 umat...juga boleh jadi sekejam2 manusia (terms & conditions apply...).

bukan saya pinta...tapi itulah takdir saya.

be good to me and i'll be good to you.

the choice is yours.

saya tak paksa.

May 13, 2009

mughallazahnya dia...

nak tanya sket nih...

selama korang berbelog ni kan...penah tak kena harass? kena provoke? tikam blakang? tikam depan? lagaknya alim masyaallah. tapi entry sinis penuh sindiran?

kalau ada, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan! itu tandanya anda femes. maka ramai org sudah jeles.

apa perlu kita buat?

ya! abaikan saja. jgn dilawan. they are sick. otaknya sakit. jadi kita jgn dekat...nanti berjangkit. (err...ini takde kena mengena dgn konyer cikenpok yer kak nor? hehehe!)

sila ambil kata2 adekmanis nih "Kita tak boleh buat semua orang suka kita, sebab kita pun tak suka semua orang. Kan?" hanis zalikha.

NEVER WRESTLE WITH A PIG...

YOU BOTH GET DIRTY...

BUT THE PIG LIKES IT...

orang : ni apa hingos meleleh2 nih?
babi : i selesema bang! babi betul la!!!

May 12, 2009

rahsia tahan lama...

tadi akak ke pasar malam ampangan.

misi (oh yer! selamat hari jururawat sedunia...) utama adalah mencari lauk utk makan malam. gulai terung telunjuk masak tempoyak yg akak buat thari tadi dah wassalam. makan lak dgn ikan goreng, bayam rebus & nasi panas2. tuuu diahhh!!! 2 kali carlos tambah!

selesai menapau, rembat plak tapai ubi kat ada satu uwan nih. tua dah. 80 lebih ada kot. 50 sen sebungkus. beli 2 je memandangkan tapai ubi ni akak sorang je suka.

serakahnyer napsu! masuk2 je keta terus koyak satu...

eeuuwww! merah kau kaler dia!!!! bukak satu lagi. ponn samaaa!!! (petua org dulu2...jgn buat tapai time period. nanti tapai merah...)

tak lalu. terus akak buang jer 2-2 tu.

mmm...takkan uwan tu tak menopos lagi kan? ke ada apa2 saplimen yg dia makan?

terung telunjuk masak tempoyak

(gamba akak letak kendian ok...maleh nak upload)
.
bahan2 :
  • segenggam terung telunjuk (belah 2)

  • segenggam cili api
  • sedikit kunyit hidup
  • 2 sudu tempoyak (tempoyak baru lebih syok...sbb dia ada manis2 sket)
  • sedikit ikan bilis
  • santan dr 1/2 biji kelapa

.

cara2 :

  • blend cili + kunyit hidup sampai hanco
  • humbankan saja semua bahan2 diatas ke dlm periuk (kacau selalu jgn sampai santan pecah minyak)
  • ejas masin & masamnya (asam keping letak kemudian sbb tempoyak tu kekadang mmg dah sedia masam)
  • bila dah menggelegak, tutup api.
  • siap utk dihidang

p/s : kuah tempoyak ni kalu berlebih jgn dibuang. sayang. esok ko panaskan balik pastu modified sket...letak ikan yg dah digoreng/salai plak. perghhh!!! orgasma berganda wa cakap luuu!!!

May 11, 2009

ibu saya...

hari ni 10 may...hari ibu. esok 11 may...hari jadi sazah. bu...dah alang2 tu kita selebret sekali harung la ah?

so, tadi akak pegi la rembat kek sebijik. kecik jer pun. 25 hengget je kat kedai kek kak kam depan giant tu (beli kat sikret resepi sorry la sazah nak makan). jadi la kan? showi bu. buat masa ni tu jer yg termampu. huhuhu!

sampai ttj kami bertiga (aji usop, cija & akak) pun nyanyi2 la hepi besday sambil joget2 cikendens kat sazah. tak sabar nih! nampak cam harum & lazat je kek coklat tu. tapi potong stim betul la. tak lama kendian bau minyak gamat berserai naik memenuhi ruang udara. aji usop la nih! baru lepas urut kaki dia...

sori gamba takde sbb sazah tadi potong kek pakai baju kelawar jer. kuyak lak tu! akak nak baca sms kat henfon pun dia dah buntang2kan mata. takut na kot2 akak pegang henfon tu sbb nak curik2 amek gamba dia.

"hah!!! nak masuk blog la tu? kau jangan...den lompang kang!"

takotttt kauuu! kemain garang besday girl tu nak lompang akak!!! kihkihkih! aji usop mengikik2 golak!

so buat ibu @ sazah jamaliah. selamat hari lahir yang ke 60. semoga dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, dimurahkan rezeki dan diberkati Ilahi. terima kasih utk segala2nya bu. tak tertulis segala pengorbanan ibu utk kitorang 4 beradik ni kat sini. kitorang tak pandai nak bersajak atau berpuisi. tapi cukup lah ibu tau yang kitorang ni sayang ibu sangat2 to eternity.

last but not least (takpo yo spiking landen skali-skalo?), terimalah puisi ciplak yang di kopipes khas dari sini. pueh menggoogle eh ni! harap ibu hepi!

love you very much bu! and happy mother's day too!

.

Ibu

Aku lahir tanpa apa-apa,

Engkaulah yang mengajariku segalanya,

Membesarkanku dengan segala upaya,

Berharap aku kan jadi orang yang berguna..

Ketika aku menangis dalam takut,

Engkaulah yang menenangkanku..

Dan ketika aku jatuh sakit,

Engkaulah yang selalu berada di sampingku..

Engkau menegurku ketika aku salah,

Engkau mengingatkanku ketika aku lupa,

Engkau menghiburku ketika aku sedih,

Engkaulah yang menyembuhkanku ketika aku terluka..

Kini aku telah dewasa,

Berusaha mengejar dan meraih cita-cita,

Berharap kan menjadi orang yang berguna,

Demi mewujudkan harapan dan impian keluarga..

Terima kasih ibu,

Engkaulah segalanya bagiku,

Tanpamu kini aku bukanlah apa-apa,

Kasihmu padaku tak kan terbalas sepanjang masa...

May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu

saya ucapkan buat semua yg bakal atau pun sudah bergelar ibu di luar sana termasuklah diri saya sendiri sebab belum ada sapa2 pun wish kat saya lagi ni yg menyebabkan saya rasa sedikit kecik ati.

hehehe!

tapi takpe. saya kan seorang ibu/isteri yang taf lagi berdikari. saya tak kisah sebab nanti saya boleh jer selebret sendiri dengan membeli sekeping marble cheese cake yg sedap di secret resepi. eh...recipe. tengok tu...eja pun dah tak reti...

buat ibu @ sazah Jamaliah Binti Ali & ibu mertua Jamilah Binti Ahmad. luv u both so much...

May 8, 2009

luar panas...dalam pun panas...

panas betul sekrg kan? senawang ni je dah dekat seminggu tak hujan. kalu hujan pun ala2 renjis-renjis dipilis jer. tersangatlah sedikit kuantitinya. mandi plak...tak dan 2-3 seken dah peluh balik.
ni nak tanya la sket...
macam mana cara korang menten cantik time2 cuaca mcm ni ek?
sebab akak skang keluar rumah dah tak pakai fondesyen lagi dah. tak tahan...berlengas!

nak calit segala abah kompek powder, 2-way cake dan sebagainya pun dah malas...

akak cuma pakai ni je. magic face powder with UV protection katanya. ok gak! selesa sket liang2 roma akak ni nak bernapas. jadi la kan? jerawat kurang. nak amek air semayang pun sonang. tapi tu la. sebona eh kan time2 paneh ni...bedak kocok siam tu jugak la yg paling layan sekali!

"i don't need expensive stuff to look good" said amrita arora during lakme india fashion week. wah! kau ingat kau amrita ke tijah? (owh! tiada kena mengena dgn tijah hooker yg sering beraksi panas di chatbox piah zadora ya. sapa berani tuduh? mari sini! kau tak tau eh yg tijah ni dulu penah industrial training dgn bomoh santau?)

oh ya! skang ni nak menyantau takyah gambar2 dah. pakai IP address pun buleh!

buek kelaka lak deh google nih! nak gugel imej [santau], santaklos lak yg keluar. misti salah setting tadi nih!

May 6, 2009

sandy yang nakal...

di atas adalah saat bahagia spongebob bersama sahabat handainya yg terdiri drp plankton (tepi seluar mr krab tu...kecik je tak nampak sgt), mr krab, sandy (bukan pak sandy vokalis suami kak monas tu), squidward, patrick, jellyfish & gary.
ok.
hari ni akak nak bercerita pasal sandy (satu2nya karakter yg pakai tangki oksijen sbb dia bukan amfibia...)
anak akak @ cem ada satu kegemaran sebijikkkk mcm mak dia iaitu menggoogle image. dia sgt suka menggugel image karakter2 yg dia minat pastu save kat directory yg akak dah buatkan siap2 utk dia.
dulu minat ben-10. sekarang spongebob pulak. dan tadi...dgn menggunakan kepakaran yg ada, beliau telah mengoogle satu persatu karakter tersebut bermula dgn menaip nama spongebob. dapat gambar...saved. dan beliau kelihatan sgt hepi!
kendian taip [patrick]. enter. dapat gambar lagi...saved.
kendian taip [sandy] pulak. enter. dapat gak gambar TAPIIIIII...
semuanya adalah sandy yg setailnya sebegini. (showi! akak terpaksa hitamkan bahagian tertentu utk mengelakkan berlakunya sebarang ketegangan luar biasa dikalangan pembaca di luar sana)
laaa haii! cemano buleh lupo lak nih!!!
biasanya akak akan select option strict filtering tu siap2 kat preferences seblm pass baton kat cem. nasib baik akak cepat nampak tadi dan tutup seblm sempat cem berkerut dahi memikirkan kenapa "sandy"nya itu berkelakuan luar biasa sekali.
so...hati2 ok!
parental guidance is advised! jgn biarkan pemikiran anak anda dicemari dgn benda2 yg tak sepatutnya ini.
p/s : errr...mak ayah takpe! kekadang best gak jln2 cuci mata sambil2 cari idea!!!

May 5, 2009

i know what you did last summer...

ini adalah antara pokok kesayangan saya. saya sedang dlm proses utk membonsaikannya. nama saintifiknya saya kurang pasti tapi tak mengapa. nanti saya check jabatan perhilitan ya?
kenapa saya sayang dia?
sebab dia sangat cantik. daunnya berwarna putih kemerah-jambuan dan tidak berbunga. spisis ini juga setelah dibonsai adalah amat mahal harganya. mana la tau kan? boleh gadaikan saja pokok ini ke JPJ jika tiba2 tiada wang semasa hendak memperbaharui cukai jalan.
dah lama tak hujan...
maka petang semlm saya & anak saya telah keluar ke halaman utk menyiram pokok2 bunga kami yang cantek & merimbun itu.
sedang membelai dgn penuh kasih sayang tiba2 saya nampak sesuatu! besar-besar. gomok-gomok. banyak pulak tu. saya rasa sgt pissed-off. terpaksa menggunakan copstik utk membuang mereka satu persatu...
piah...
tolooongggg la...

jauhkan diri dari pokok mahal itu piah!

p/s: terok kan piah tu?

* piah adalah nama lain bagi beluncas. nama saintifiknya adalah Trichoplusia ni (Hubner)(Lepidoptera: Noctuidae).

May 4, 2009

anak tokei kedai itu...

ingat lagi tak kes tijah kena marah dgn sazah tuari?

ahah!!!
berikut adalah pengakuan bertulis dari anak tokei kedai tersebut.
dan dia sudah promise mau bagi diskaun kat akak nanti.
wahh! ini sudah bagos! akak hepi bangat nihh!!!!
p/s : dik, mlm esok akak nak buat siakap 3 rasa. akak bukan apa. tak sampai hati nak mintak diskaun lebih2 sebenarnya. errr...3 ekor tu, kau charge akak rm5 dah la yer?
*run tijah runnn!!!
(seblm kono sosah mo pisau potong ayam abah eh!!!)

May 2, 2009

rock!

malam ini mode adalah rock!
bukan rock kapak. apatah lagi rock mendayu2 eddie hamid itu. bolehkah dinamakan rock kalau lirik lagu kau "rindu-serindu...rindunyaaaaa...aaaaa....aaaaaa...."???
eeuuwww!!! mari kita tolak dia masuk gaung di bukit putus.
skrg akak sedang mendonlot lagu secara besar2an dr youtube mp3. tengah dengar creep from radiohead. memang berhantu lagu nih. lagu paling layan masa prep zaman skolah dulu siap ulang2 sampai terlelap atas buku. drum beat dia masa intro adalah the best part!
dulu akak sampai penah la berangan. kalu tak pass SPM, akak cadang nak blaja main drum pastu apply kerja dgn kementerian kebudayaan.
bleh?
tapi diorang ada ke pakai drummer? ke nak penari zapin jer?
selain radiohead, akak jugak gilakan ugly kid joe, guns n roses, red hot chili peppers & nirvana. metallica & scorpions pun layan gak kekadang. cuma bagi akak rock diorang time tu tak cukup keras utk di head banging kan.
mungkin sbb dulu akak adalah tomboi. tomboi yer adik2, kakak2, abang2!!! bukan lesbo. lain konsepnya tu. sesungguhnya akak masih ada perasaan ingin mencinta dan dicintai lelaki ok!!! (pitam!)
tapi tu la...
ramai pulak gegirl kat asrama tu yg taste kat akak...diorang kata akak hensem. (akak bajet mr.blind, kapten, hide, yb, mugi, ady, dll sedang muntah darah sekarang...)
isk!!! kalu dah hensem apa barang layan tommy page "a shoulder to cry on" kan?? tak macho langsung...
ada yg rambut pesen feminin "angin bayuuuuu...membawa diriku..." (sapo tu? sapo? copek ngaku...) dan ada yg menten kerenteng mcm jenet jeksen. seluar? misti la seluar GQ lipat bawah jep.
cepat! cari budak paling hensem kat situ!