Jul 31, 2009

malam keliwon...

cem ngadap pc...

apak eh ngadap laptop...

akak lak?

sbb takde sapa nak ngadap akak...terpaksa la akak ngadap tv. astro lak takde citer best. asik la ulang benda yg sama. last2 akak tengok keliwon kat tv3.

tajuk?

keranda terbang...

kemistri betul tijah ngan rashid sibir tu kan? elok2 akak buat entry van jenazah, dia lak keluar citer keranda.

tapi mmg kelakar la. tak seram langsung. pasal apa? pasal...kan citer tu berlaku pada zaman parameswara la kononnya kan. akak syak mcm tu la. sbb tengok prop dia...pelakon dia...sume stok rambut panjang ala2 pendekar kan...

TAPI...
  • makcik yg kematian laki akibat diganggu keranda terbang tu...pakai TUDUNG EKIN
  • malik memakai CERMIN MATA TANPA FRAME ala2 sarah palin
  • malik baring atas sofa LORENZO sambil mimpikan manis (memey...chettt!)
  • tok said berjanggut REBONDING (mcm ustad yg ada gepren nama wawa tu khannn??)
BLEH?

tu pasal la akak kekadang lebih rela layan barney & friends drp citer melayu ni. agak2 la kan...

janggut dia mcm air tejun lata kinjang kan?


Jul 29, 2009

isk!

tadi akak gi KL...

10.30 dah sampai ampang. tengok jam. wah! sempat lagi kejar oldtown breakfast set rm3.90 nih. teros akak pecut sepantas usain bolt ke jusco AU.

itu ini begitu begini...kul 2 balik sbn balik. maklom la. akak mana buleh tinggalkan kampong lama2. kang lembu akak tu sume sapa nak jaga?
1 utk kau...1 utk aku.
2 utk kau...2 utk aku.

alkisahnya...

otw balik tu kat highway...ada org provok akak. dia bawak van. rapatttt jer dia folo kat belakang. akak mcm biasa la. hangin satu badan. adalah pantang org cucuk2 ni. menyirappp je darah remaja akak ni tau!!!

*note : remaja = age 13 ~ 33

akak mula rasa bengang. brek mengejut kang...takut kena sondol dr blakang. takpe...kita slow sket. kasi dia potong dulu. kang kejar balik...cucuk dia plak. baru dia tau! (wah! hajat bosa tak padan dgn cc keto yg kocik...)

tapi bila dia potong kannnnn...

owh! takpelah! biar la dia pegi. kang ikutkan sgt rasa hati...papehal jadi, tak pasal2 akak yg kena hangkut naik van ni.

ihsan google. ko giler nak snap2 kebagai dikelajuan 130km/j?

"sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita dikembalikan" tertera disittew!

teros tijah insap!

Jul 28, 2009

fuyoo!

Dari hmetro.

WANITA memiliki pelbagai pandangan mengenai bentuk tubuh yang sempurna. Pada masa ini, majoriti wanita mula sedar dan tidak lagi tergila-gila tubuh kecil tanpa bentuk atau lebih tepat seperti lelaki yang dibanggakan Cheryl Cole.

Wanita masa kini lebih percaya tubuh aktres Nigella Lawson yang umpama jam klasik adalah bentuk tubuh yang perlu mereka miliki. Bentuk tubuhnya menduduki tempat teratas senarai bentuk tubuh paling cantik yang diingini wanita era ini.

Hakikatnya, kaji selidik menunjukkan dua pertiga daripada 2,000 wanita yang menyertai kajian itu mengaku inginkan tubuh seperti Nigella.


Wanita menganggap Nigella menjadi sumber inspirasi mereka. Beliau diikuti Helen Mirren, Judi Dench dan Kate Winslet. Selebriti lain yang menduduk 10 tempat teratas adalah Julie Walters, pengacara televisyen, Holly Willoughby dan hos rancangan hartanah Location, Location, Location, Kirstie Allsopp.

Sepertiga wanita Britain pula menganggap tubuh mereka berbentuk seperti epal atau lebih tepat, tanpa pinggang yang ramping manakala 25 peratus lagi memiliki bahagian pinggul yang terlalu besar.

Hanya 13 peratus berasa diri mereka memiliki bentuk tubuh yang sempurna dan 65 peratus mengimpikan untuk memilikinya.

Kaji selidik yang dilakukan untuk bijiran sarapan Special K merumuskan, wanita era ini mementingkan bentuk tubuh daripada saiz mereka.

"Laporan menunjukkan pandangan wanita mengenai proses menguruskan badan berubah sejak 50 tahun lalu. Jika sebelum ini, wanita Britain hilang pinggang, kini mereka inginkannya kembali.

"Mereka kini lebih inginkan tubuh yang berbentuk berbanding dengan tubuh sempurna," ulas jurucakap syarikat itu.

_____________________

Ulasan YB Tijah (adun senawang) :

nampaknya skrg bukan lagi zaman mendapatkan badan pensel seperti viktoria bekem.

kalau mcm tu, takdo la susah bona nak dapatkan figura idaman kan? atas ngan bawah sudah seropa nigella. tetengah jer kena kecitkan sket!

mmm...kena cari koset nih!

manifesto pilihanraya yg terkini : memberi koset percuma kepada pengundi.

Jul 27, 2009

dedaunan itu...mencurigakanku!


bukan! itu bukan tajuk single terbaru eddie hamid mahupun kumpulan spoon!

kenal ini?

sapa minat bob marley misti tau. kerana mereka sangat sinonim disitu.

ya! itu adalah daun ganja. bukan daun kesum ya adik2! bukan juga sejenis ulam-ulaman. tidak sesuai sama sekali diambil bersama sambal belacan.

sebenarnya...

masa nak gosok gigi tadi baru akak perasan nih...(dah tinggal suku pun isi dia...)
aiyooo! pokok yg samakah? patutlah menggosok gigi sangat mendatangkan keseronokan & ke'stim'an pada akak semenjak domenjak nih.

mmm...

Jul 26, 2009

cerita bercampur campur...

al fatihah buat allahyarham pak lan (meninggal accident) dan allahyarhamah yasmin ahmad (meninggal lepas koma 3 hari). sekalung takziah buat keluarga mereka...

al fatihah...

2 kematian dlm sehari. mudah! mereka rebah dan pergi. itu rezeki. nasib kita belum tentu lagi. harap2 tak sakit, tak melarat hingga menyulitkan keluarga sendiri...

____________________

haaa...insap tu insap la jugak. tapi tetap mak nak cerca nih.

tadi baca hmetro.

memey : berharap utk menamatkan hubungan kami di gerbang perkahwinan

norman : buat masa terdekat, saya memang belum ada perancangan untuk menamatkan zaman duda...


kahkahkah! abby kok baco misti golak bosa nih! kalau akak la jadi omak dak memey ni kan...akak akan pakso budak tu mandi bungo bawah jembatan. buang badi...

"mami! jom pi petonas beli vitagen..." hayolah! anak akak dah memokak2 dah tu. kau dah bosa sok jgn buek perangai camni. malu den! bolum ado keturunan kito jadi boyo doh!

oh ya! telanjur akak baru blk dr expo agro tadi ni kan...nak buat iklan sket. sapa2 berminat nak beli anak pokok ke, benih pokok ke, bleh la ke sini.

Cawangan Teknikal Hortikultur
Pusat Pembangunan Komoditi Sendayan
Km 15, Jalan Port Dickson
71100 Siliau
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-6320193 Fax : 06-6331103

nak tanya cara2 nak tanam, nak kawinkan pokok pun buleh (pokok pun ada perasaan juer...). mereka pasti akan melayan anda dengan mesranya. tapi jgn la pulak tanya cemana nak tanam bunga rafflesia. konfem ko kena penampar dgn kak erna.

oh ya! jgn lupa bagitau tijah yg rekemen ye? ini adalah bertujuan mendapatkan harga yg istimewa. hahaha!! memandai2 je buat cerita! (ini konfem...korang dgn tijah2 sekali kena halau dgn branch manager...)

p/s : kak erna. timo kasih byk2 anak pulasan tadi yo? kolu lidah sey dibuek eh. tak sompek nak burak lamo2. akak pun bz nampak eh...ramai kastemer. sonang2 sok buleh la lepak azhar maju ttj pekono teh halio...

Jul 24, 2009

jalan2...

umang aih lotih eh!

akak baru je balik dr expo agro biotec kat paroi tadi nih. pagi2 lagi akak dgn cem dah ke sana. sampai je bfast siap2 dulu pastu baru sambung jln2 cuci mata.
(gigih nih...balik2 je terus yb tijah tu buat laporan parlimen kan?)

alaahai! sumer pakcik tuo2 yo...tak ramai lak abg2 yg kendo eh.

niat akak cuma 1. nak cari anak rambutan...nak tanam blakang rumah. maklum la akak rumah kampong...ada la tanah sket kat blakang tu takat nak tanam 8 btg balak tu buleh je.
ini lombu. sapa tak kenal sila terjun di plaza masalam.

best jugak bela lembu ni kan? kekadang akak rasa...jiwa akak cam ada kemistri je dgn hal2 penternakan & pertanian ni. cam best je deal dgn binatang & pokok2 ni kan? takde birokrasi. tak bersungut. tak kuang hajar. tak byk kerenah. paling busuk pun...taik dia je ko kena cuci.
berimajinasi pegi kebun tabur baja pakai cenggini!

lagi pun misti akak byk seb duit nanti. takyah bazir duit beli baju keje. takyah beli kasut selalu. takyah pening kepala hari ni nak match baju dgn tudung apa. tu yang kekadang kita tengok cina2 kebun tu...pakai selebet je tapi duit berkepuk2. (penah tengok apek pakai suar katok bawak envelope coklat...masuk PMB buat cash investment 30k). org kita lak...agaknya kalu dapat 30k tu terus zas ke milan soping ek? hahaha! agaknyer la...akak tak penah lak buat!

wehhh! apa yg kau membebel nih. duit diorang...diorang punya suka la.

ok. sambung lagi...
ini pulak kamben. osah pemaleh eh. masing2 terbaringgggg yo mcm org dlm pantang.
ini oked. 2 pasu 40 hengget. tapi akak tak beli pun...tak minat oked!
lawa2 oked eh. tak teringin ko kakpah? sampai 28 jul ni. bilo laie nak paw atok tu...
eh ehh! kawan akak pun ado la...
hasil rembatan. 1 rambutan gula batu (gerenti manis, kurang berair & lekang katanya). 1 lagi rambutan anak sekolah. tatau apasal nama dia mcm tu. tapi abg penjual (hensem juer) tu kata rambutan ni saiz dia kecik2 pastu duduk rapat2 macam budak2 dalam bas sekolah. bleh?? bleh la. sbb ko ensem aku beli jugak la sepokok kan...

p/s : kak erna. tadi sey datang booth akak tanyo anak rambutan tapi takdo. yg ado manggo yo. akak yg kocik2 tu ko? hehehe!

Jul 22, 2009

aiyembek! wah! saya sudah update 2 kali hari ni. terima kasih power root! (bila la diorang nak angkat akak jadi duta nih...)


slurrrppp!
(ini adalah saunefek akak sedang menghirup secawan pel kacip patimah)

ahhh!!!!
(tiba2 rasa segar...pling! idea sudah mari...)

yaa!!! mari kita mula menaip sekarang!

ayomat!

gesek!

go!
_________________

tadi akak telah membaca blog peeja. bila baca entry dia tu sampai habes kan...terus akak rasa kepala cam kena hentak ke dinding. dush!!! dush!!! (tuuudiah! perdengarkan efek umpama rajinikanth dibelasah penjahat...)

sebijik kauuu!

akak pun sebenarnya lebih kurang sama je seperti beliau (kau ada rasa cam adun setiawangsa tak bila aku panggil cenggini nok?).

kat blog mmg bersungguh2 pung-pang-pung-pang. bunyi cam bingit je kan? berdasarkan dari komen2 korang tu (kekadang org bleh buat judgement melalui penulisan kan?) akak agak, misti korang syak tijah tu klakar. tijah tu membahagiakan. tijah tu frenli. tijah itu. tijah ini.

hakikatnya NAN ADO...
(bukan nan-salleh yer kawan2. itu blog auntie nani! owh! get well soon ya auntie...)

percayalah!

akak mmg ada masalah personaliti berpecah dua (split personality). ya! mungkin akak perlu ke AF musim akan dtg utk transformasi sepenuhnya. kan? kan?

sbb tu bila org ajak jumpa, ajak gathering terus akak bertukar dari optimus prime ke burung unta. rasa cam nak nyorok je diam2 dlm tanah. (err...nyorok kejap je la. tanak la kebumi teros yer...) malu ya amat. nak kata takde hidung...tak pulak. tapi try la. bila dah jumpa misti korang nyesal tak sudah. sbb akak misti cam tak tau nak borak apa sampai keluar bunyi cengkerik nanti!

siriyes nih! akak adalah cepat neves!

tapi ini biasa berlaku dgn org yg akak tak biasa je la. kalu dah biasa tu...ko nak diam seribu bahasa jugak mmg nak kena sepak la tu kan...

kesimpulannya...

kadang2 apa yg tersurat TIDAK menggambarkan yg tersirat.

tijah adalah seorang yg membosankan, pemalu & pendiam!

tak percaya?

silalah buat appointment! nescaya anda akan dapat byk alasan. betul tak k.ungku? piah? cok? bangblunc? yb? hahaha!

p/s : akak juga lebih menggemari sms berbanding dgn bercakap di talian. ape kena ntah kan? adoi la! mana pulak la peginya hp akak ni tadi? dah la letak silent mode. nak call konfem takde bunyi punya!


:-) (kalau tak pasti nak bubuh tajuk apa...letak saja benda ni...)


ntah hape2 kan? beria2 buat entry pasal idea memposting last2 diri sendiri yg kecundang ditengah jalan.

bukan apa. carlos cuti. jadi cam keji la kalu
akak ngadap pc lebih dr ngadap somi kan? (apa sgt la pc tu bleh buat compare ngan dia. oppss!) maklum la cuti dia bukan sabtu ahad cam biasa. keje shift ni lain sket. cuti tak tentu. kekadang kena tetengah minggu. tapi takpe...akak suka jer. memandangkan akak pun keje sendiri, maka cuti adalah ejastebel sesuka hati.

nak buat apa2 pun...time weekday ni la best! nak ke jusco ke...nak mandi manda kat ulu bendul ke...nak piknik kat PD ke...syok sbb tak crowded. sabtu ahad biasa kitorang tak keluar kecuali kalu ada kenuri.
bergomol berehat saja dirumah.
(tiba2 tijah terdiam...dan cengkerik berbunyi...)

kau nak citer apa sebenarnya ni tijah? panjang na intro...

tak...

sebenarnya akak...

akak...

akak tak tau nak citer apa...

kejap...akak muhasabah diri dulu...










laaaa...kopi pearl kacip patimah akak dah habes rupanya! patut la idea kurang mari! tunggu jap. akak pegi beli...

*tijah lantas mempublish entry ini, siap2, capai bag elvi, jam tangan kucci, kunci keta yg ada keychain koc dan menyarungkan kasut nainwes (cam jawo yo bunyi eh. wes mangan?). yok! kita ke kedai serbanika selvi!!!

yay! etlis ada 1 entry...syabbbasss tijah!

Jul 21, 2009

:-D

sabtu mlm ahad aritu...jiran depan rumah buat kenduri doa selamat. so lepas maghrib, akak 3 beranak pun pegi la tunjuk muka. memenuhi undangan hukumnya wajib ye kawan2.

makanan pula adalah sgt sedap! tak payah cerita la kan? standard la lauk kenduri.

ada nasi briyani, ayam masak merah, ayam kurma, kuzi kambing, rendang daging, acar buah, papadom, dalca, pulut kuning, sambal sotong, karipap, samosa, kek lapis sarawak, cupcakes, tembikai, oren, sirap selasih...(cubaan utk menyakitkan hati miza & narita yg jauh nun di perantauan)

eh...tercerita pulak!














tiba2 cam malas nak sambung taip...
see you tomorrow!
hohoho!


Jul 19, 2009

idea...

blog ni...bila weekend misti traffic slow kan? kalu weekday tu biasa hit akak 8 juta sehari...(wah! tipu je tu. kau ingat kau azwan ali?) bila weekend tinggal 80 jer. huhuhu!

ramai yg tak update. kekadang akak pun sama. kalu ada pun yg update...sekadar tulis sambil mengeluh "haih! tak tau nak update apa hari ni. takde idea..."

bukan apa. kadang2 bila kita dah addicted sgt dgn satu-satu blog tu (contoh blog makji sbb dia kemain brani cerca kerabat pilahdelphian yg perangai cam lehenet tu. i loike...), maka kita misti rasa cam upset bila puas la resfreh tapi takde latest update kan?

so, takde idea ye?

haa...mari sini akak kau bagi tips. (mcm bagus je kan?)
  • baca sokabar online (kosmo, hmetro, utusan...apa2 pun buleh). cari la berita panas2 pasal politik ke, menteri gaji 20k sebln tapi buat rumah 24 juta ke, kerabat berpesta sempena meraikan kematian datuk mereka ke, artis gugurkan anak guna daun nenas ke....pastu kopipes dan ulas. tambah la perisa sikit guna ayat sindri. konsep adalah bebas ye adik2. nak buat dia nampak kelakar buleh, nak bagi dia nampak bangang pun buleh. terpulang pada citarasa anda!
  • masak, amek gamba dan tulis la resepi. kopipes pun takpe. tapi jgn lupa bagi kredit kat tuan punya resepi pulak ye? contoh : akak salu amek resepi dari cikmatgebu, kakdiana & myresepi.
  • baca blog org lain. ambik idea...lepas tu tulis la balik topik yg lebih kurang sama. tapi jgn plagiat. jgn kopipes bulat2. no! no! no! once kena detect plagiat...sampai kesudah la ko kena maki/cerca dgn reader org tu silap2 sampai ke tahap tutup blog. sama la mcm tem skolah dulu cikgu kita bagi tajuk "saya sebatang pen" suh buat karangan kan? haa...tajuk dah ada, elaborate la sikit. contoh budak nih. dia kata akhir2 ni nak tulis entry susah sket sbb mungkin dia ada sindrom down...eh! silap lak. sindrom pefeksyenis. so, bila dia kata takde idea, akak pun tulis la entry cara2 nak dapat idea. haa! secara tak langsung akak dah ada 1 posting niari.
  • takyah tulis apa2. bubuh jer gamba byk2. google kan ada. contoh aritu akak ada buat posting pasal rumah idaman, kicen kebinet idaman, dll.
  • sapo ado laki/bini/bf/gf...pun buleh letak gamba diorang kat sini. ambik gamba tu biar gedik2 sikit dan buleh buat 1 entry yg bertajuk "ni laki den...sila jgn rampas kalu taknak kena bunuh di plaza masalam" ke...
  • beli barang dan tunjuk "inilah suar epelmin yg saya beli semlm..."
dan lain2. isk! ada byk lagi lah. tapi apa2 pun...cubalah menulis secara spontan dan kekalkan originality ye? jadilah diri anda. tak payah nak ikut2 org lain. lain org, lain cara. tak suka, takyah baca.

blog akak tak nolejebel? plislah! akak berblog bukan nak beratkan kepala. tulis ikut suka, ikut sedap rasa. nak byk ilmu...sila ke blog khir toyo. kahkahkah!!! sori ah akak takde link dia. cari la sindri yer...


ok! cukup dah 1/2 jam akak menaip. ikan akak pun dah defrost elok dah tu. tinggal nak garam kunyit jap lagi buleh goreng. dude, akak dah kemas umah, sapu sampah, tanak nasik, masak sumer tau. tu sementara tunggu ikan defrost la yg sempat multitasking tuh! amacam? kehkehkehh!

tapi kan...betul la ckp kau. akak pun hanya bleh digest certain2 blog saja. yg terlalu byk shotkat dan wijet2 yg berkelip2 lagi berpinar2 tu cuma buat aku sakit kepala je!

Jul 17, 2009

masak apo tu tijah??? (jiran bertanya sambil mengintai dari tirai kamar)


ikannnn di lauuttttt!!!

asammmm di daratttttttt!!!
*meh nyanyi ramai2 meh...


dlm fridge cuma ada ikan selar saja. petang karang baru cadang nak stock up dari pasar mlm ampangan yg sgt happening dgn lauk2 kampung tu. niari nak cari jantung pisang, terung pipit & talapia sungai la pulak. buat sambal cili api sodap tu!

tengok bekas bawang...nampak lak 3 kuntum bunga kantan yg dah kecut. sazah bagi aritu.

ok. lets masak asam pedas ikan selar!

ekceli malu nak ngaku ni. tapi akak sejak kawen mmg tak penah masak asam pedas secara solo. tolong2 sazah tu penah lah (asam pedas sazah adalah sgt marveles lagi kick ur ass ye kawan2).

sebab utama...carlos tak makan asam pedas. jadi akak adalah malas mau masak. kalau teringin... tapau je seketul kat kedai. setel!

tapi hari ni rasa mcm nak cuba. walaupun tanpa kehadiran daun kesum, bendi dan sebagainya...tidak mengapa. belasah saja apa yg ada.

resepi...akak ada sekali mintak dari mas (melaka), ada gak tanya2 sket kat dalia (johor). hasilnyer...asam pedas JOKER (johor + melaker). dan dgn selambanya menambah belacan, cili api, sedikit gula merah + kicap manis (konon2 nak dapatkan kaler yg menawan disamping rasa lemak manis yg lite2), serai & lada putih. tiada protokol dlm masakan ye kawan2. alaa...kalu sakit perut pun akak sorang. org lain kat rumah ni mana makan pun lauk tu...

tapi sepraizingli...

settapppp kau!!!


akak makan asam pedas mmg cenggini. bold & banjir! any side dishes hanya akan merosakkan ke'authentic'annya. maka dgn ini, saya isytiharkan resepi ini adalah amat sesuai dgn tekak saya.

p/s : lepas makan badan adalah rasa panas ye kawan2. mungkin efek lada putih dalam masakan. patut makan mlm tadi ni kan? hiks!!!


Jul 14, 2009

apples anyone?

ajak masuk applemints. nak cari jeans.


dia : wuish! tade bajet dah nih! aritu dah tukar rim...
saya : ala...rm 31.90 jer...
dia : hah?
saya : seluar laa...
dia : ooo...ok!


rilek aaa bang! mintak applemints jer...bukan apple macbook!

v/s

ahh!!! selesanya applemints stretchable ni bawak gi kebun panjat pokok rambutan!


Jul 12, 2009

report hari ahad...

akak malas nak update pasal makan2 ni sebenarnya. tapi sbb dah kena paksa dgn gugerl ni kan...buat jugak la. sian dia. sejak jatuh bilik air aritu...puas sudah berurut dgn mak bidan. tak naik2 jugak peranakan.


dinner tadi. ni dah esembel siap2 dgn penuh kasih sayang dlm pinggan carlos. gulai potai kikih cili api + bilis, ikan goreng, sambal belacan + tempoyak. oh ya! nasi itu adalah beras jasmine super 5. beras kegemaran jalaludin hassan sekeluarga. tetiba...

simple je kan? tapi silalah percaya! ribs di tony roma's pun tak mampu mencelen kesodapan laok potai kikih nih. malah anda juer tidak memerlukan apron plestit utk menikmatinya. kihkihkih (ketawa sempena makan potai kikih)

flashback...

pagi tadi macam biasa la. rutin ahad adalah merayap ke pasar tani stadium paroi dgn cem. misi mencari lauk2 kampong. dapat la tadi petai (4 papan 3 hengget...bapak khayer tokei petai skrg kan?), tempoyak, pucuk paku, cendawan busut dan bbrp flora/fauna yg lain. ikan sembilang tak berani beli skrg ni...sejak dengar kes diorang bagi makan taik babi. eewww!

so...mmg takdo ayam rosmeri la niari kakpah yo?

seblm balik, sempat la lalu kat ada satu gerai jual tudung ni. akak pun pegang2 la tudung yg bergantungan kat luar tu. nak selet tangan sebenarnya. sbb seblmnya tadi dah pegang2 ikan.

tiba2...

"aaa...tudung tu rm48 dik. mahal sket. yg rm10 ada kat sini..." pastu dia terus gi layan org lain...

akak cam...

wtf? ko jual tudung kat pasar tani jer pun. tepi longkang plak tu. ada hati nak dabelstended kastemer kan? mentang2 la akak pakai cargo selebet je tadi...

ker nak tunggu akak jenjeng LV baru nak layan elok2? huhuhu!


Jul 11, 2009

ada ubi ada batas

akak kat old town nih (harusla cari wifi free. mak kan takde brukbeng)

*kojap akak kojap omak...

pagi2 lagi dah melepak kat sini dgn cem pekena xi mut milk tea panas & ipoh hor fun. carlos tak ikut...dia keje. malas nak duduk rumah...jln2 lagi best. lagi pun niari tak panas (bila aku dah tinted gelap2 baru la ko tak panas kan? isk...bersyukor la woi!)

cadang tu nak update entry pasal makan2 semlm tapi gambar sumer kat h/disk rumah. so blog hopping je lah...

bila blog hopping...akak biasa akan bukak balik blog2 yg akak dah drop komen seblm ni sambil desperate...diulangi...DESPERATE tengok kot2 tuan punya blog tu dah respond ke belum. hahaha.

terukkan akak? akak sorang je ke perangai desperado mcm ni atau org lain pun sama ek?

tapi yang pastinya kekadang kalu org tu asik tak respon jer kan...akak misti rasa cam tecit ati (yer...ini adalah perasaan mengada2 yg tidak sihat...) pastu slow2 undur diri atau jadi silent reader saja.

ntah la. tapi akak rasa la kan. orang berbudi...kita berbahasa. senang citer camni je la. cuba ko senyum kat org tapi org tu tak senyum balik kat ko. misti ko rasa cam gampang kan?

err...motip pagi2 dah meroyan ni. turun peranakankah aku?

p/s : ini adalah pengakuan benar apa yg akak rasa. kalu ada yg tak setuju tu tak kisah la kan...

Jul 9, 2009

?

aaa...

apasal trak askar yg bawak budak skolah tu dipanggil FERI SEKOLAH ek? bolehkah ia terapung sekiranya berlaku banjir kilat?

tapi...

cam best je naik trak tu kan? misti berangin...

ok dah! akak nak baca yaasin...




Jul 8, 2009

to know seng tat is to love seng tat...

wohhh!

akak baru tau nih!

rupa2nya seng tat yg akak google semlm tu adalah liew seng tat. seorang film maker/director/writer/actor. dia la yg direct local indie film "flower in the pocket" nih.

penah dapat award The LINO MICCICHE' PESARO NUOVO CINEMA PRIZE (apo bondo eh ntah...akak kopipes je nih!) masa kat 44th Pesaro Film Festival, Itali.

wah! sejak bila lak pandai review filem indie nih! salu tengok asian food cenel je!

dear seng tat...

i can act oso! kenot bilif meh? boleh tanya ex-muarian 92/93. i pernah belakon pentomin "bila izrail datang memanggil" ok. i jadi mayat. 15 menet kena bungkus, kena jaga napas tamo kasi nampak turun naik...lu ingat senang ka???

so...

ambil gua belakon can ah?

thanks in advance!

p/s : sedikit pesanan. kalu tijah lama tak update...maknanya dia tgh shooting la tu! harap maklum!

Jul 7, 2009

hupsengsenghuptatsengsengtat

apo tu? tijah mencarut ko?

tak la...

tadi akak baca blog ik. masih dalam pantang...baru dapat bebigerl. tahniah nok! selamba je ko memblogging kan? dapat kat mak aku tu...

"haa! adap la kompiter tu lamo2...rusak urek mato tu sok..."sound sazah sambil mengelap kerusi kayu jatinya yg tak masuk dgn konsep english style tu.

ik citer pasal beskot cicah milo. ish! sodap la pulak kan? tapi akak lebih suka cicah ngan teh susu. pergh! ni kejap kang sahur beskot je la. esok nak puasa. ada 3 hari lagi nak ganti nih.

apa2 pun, beskot hup seng ni mmg stone compare ngan beskot lain. etlis bagi tekak kampong cam akak ni la. dapat kat tekak diraja cam ungkunor tu...dia layan famous amos jer. kehkehkeh! hampon kak!

cuma yg tak bestnya...kalu dah lama tak pegi beli, akak pasti berpotensi menyebut secara salah nama beskot tu. 2 kali ok. sekali tu...akak tanya tokei kedai cakap nak beskot senheng. kena gelak. kali kedua...akak call carlos kirim beskot senghup on the way balik. pun kena gelak.

lain nama...lain barangnya. ingat tu adik2.

jadi, marilah kita sama2 amati perbezaannya supaya tidak diketawakan dikemudian hari.

hup seng - beskot
seng hup - kedai lampu
sen heng - kedai letrik (sudah upgrade jadi senQ)
hang seng - hong kong index
tat seng - selipar jamban
seng tat (tak tau la anak sapa ni...tapi bila google dapat dia)
ahhhh!!!
ini jugak yang sonang diingat, sodap dimakan...
tat noneh!

Jul 5, 2009

makan dan cermin gelap...

hai kawan2...

bagaimana dgn hari minggu anda?

akak ok je. sempena menyambut cana yang dah berbulan2 tak balik rumah (duduk shah alam je padahal...org keje pelantar minyak pun tau balik 2 minggu sekali nok). maka tadi ada la buat makan2 sket. simple family gathering saja. lasmenet planning. kalu tak hari ni akak patut naik ampang ada besday party (maafkan acik tijah, B). cija ckp dah ajak b.joe tapi dia ada hal. hoh! sombong eh pulak org tuo tu. takpe la. kit, minggu depan ayam BBQ nak? beminyak sikit pun takpo...stok sabun goodmaid kito kan banyak!

dan bibiknya hari ni ofkos la akak. akak kan ada apron baru? cija beli ayam semlm siap hantar rumah. bapak la bosa...dekat 3 kg.

"18 hengget den boli nih...nak ayam rosmeri tau! ko jgn buek ayam goreng kunyit lak!"

kemain kan? kau ingat ni katering?

gelas main tangkup2 je atas pinggan cam kenduri arwah. dalia, siriyes aku kena blajar proper tebelseting dgn ko!

so menu tadi adalah...

lemon rosmary chicken & black pepper sauce (budak 2 ekor tu kemain melahap cam kucing) dan lauk2 kampong...terung telunjuk masak tempoyak cili api, sambal bilis cili api, ikan goreng, bendi rebus, sambal belacan & tempoyak mentah cili api (byk eh menu cili api...podih jub*). sazah tak makan ayam konon2 jaga kesihatan. padahal takut darah tinggi naik seterusnya dibebel oleh dokter di klinik ampangan.

sekian saja cerita hari ahad akak. penat nih! nak luruskan badan kejap...

opppss! ada sikit lagi...

to kill the monday blues (yakni esok), akak nak bagi assignment sket buleh ya? akak sungguh berbesar hati la kalu korang sudi patisipet dlm kes nih.

permasalahannya adalah...

akak bercadang utk mentinted (grammar cam salah je ni) cermin keta akak ke 80~90% kadar kegelapannya (tak tahan kau...seblm akak mati heatstroke kan?). yer! akak tau itu illegal. tapi bukankah rules are made to be broken? matik la stetmen. dan sekiranya ditahan oleh JPJ...apakah bentuk jawapan bernas yg boleh akak berikan?

sila kemukakan cadangan anda...

pecah kaca pecah gelas...
sudah baca harap balas...

sekian terima kasih.

Jul 3, 2009

posto! posto!

teperanjat akak tau...(buat2 terperanjat sebenarnya...)

tetengahhari buta tadi tiba2 ada org hon2 secara menggila depan rumah. posto! posto!

carlos pun pegi la amek "wah! sapo pulak hantar brg dr ostrolia nih!"

hikhik. hepinya tijah...

hello bang! itu utk i ok. i kan ada ramai kawan duduk obersea. paris ado, ostrolia ado, jopun, india, indon, uk, us...u name it. awak tu...kawan dgn bebudak nestle cawangan rombau yo lah! wakaka! jgn marah aaa...
thanks korang! (miza, asal narita nampak cam giler kuasa dlm gambar nih? wakaka!)

akak dapat hadiah besday dr 2 aweks nih. berupa set apron & mitten. juga sebijik shopping bag kaler pink dan handmade card siap ada gambar mereka lagi. owh! i like it very much! (wah! tijah tetibo cakap omputeh bilo dapek brg dr ostrolia). aku mmg suker brg2 dapo nih. korang plak macam tau2 jer aku minat kaler oren kan?

KAK TIJAH ROX...
HAPPY BIRTHDAY!
p/s : special request dari kitorang, nak tgk akak pakai apron tue...upload gambar ek?
love, nadia + miza


dan upon request...

sorry yang. gambar cem pun bleh la yo? ko bukan tak tau akak ko ni pemalu ya amat. hikhik! ni pun cem terpaksa jugak pose dgn senyuman tak ikhlas sbb akak dah janji nak bagi dia main komputer game secara rakus selama 2 jam.
kita upah tukang masak nak bang?

Jul 2, 2009

...

seorang lelaki sedang mendrive kereta isterinya...


laki : yang!
bini : yo?
laki : sejak pasang skirt...keta ni makin pikap kan?
bini : a'ah laa bang...(ingat! cakap laki jgn lawan. dosa!)


kemain gurau kasar...
tau la cc keto dio bosa...


p/s : cerita pendek saja. apa barang mlm jemahat nak taip panjang2. err...jom jemaah baca yaasin bang!

Jul 1, 2009

dulu dan sekarang...

  1. cop tiang (sementara tunggu bas)
  2. teng-teng
  3. galah panjang
  4. lompat getah...zirofain (tak tau pesal dulu ckp cenggini padahal zero point)
  5. polis sentri
  6. masak-masak
  7. teksi-teksi (kayuh beskal keliling kampung, sesekali berenti ambil pesenjel)
  8. mandi sungai
  9. main bijik getah (gesekkan 2 bijik getah dan cari mangsa. kerana selepas digesek getah tersebut adalah sangat panas)
  10. konda-kondi
  11. baling selipar
  12. kumpul biji saga
  13. main batu seremban
  14. kumpul tutup botol (botol oren f&n)
  15. tarik upih

cer kira tengok? banyak kan??? (rasa mcm ada lagi...tapi tabley rikol semua...)

bayangkan kalu dapat buat semua tu dlm sehari. berapa kalori boleh bakar tu?

dengan adanya kegiatan luar darjah seperti diatas...tidak syak lagi! akak adalah seorg kekanak yg sgt aktif satu ketika dulu. hari2 schedule full. tu pasal akak jadi cenggini!
kulit itam (sorry la sazah nak belikan akak sunblock kebagai), rambut kuning pecah dihujung (sbb salu sgt kena panas) dan dahi adalah licin berkilat. cukup sipat.
manakala adik2 akak pula adalah putih dan cerah. mungkin sbb jarang keluar rumah. sazah tak bagi. lagi pun mereka agak kurang berdikari.

"kang dikoja eh kek lombu...kau kok kono tingga"

huhu! naseb ah! walaupun kau adik, diwaktu kecemasan haruslah selamatkan tengkok sendiri dulu kan?

eh ehhh! jauhnya melalut. ekceli akak nak cerita benda lain sebenarnya.

tadi masa antar cem, akak perati tengok...budak2 skrg kecik2 dah terbeban dgn bag yg sarat dgn buku kan? cem pun sama. buku tu...setiap module ada 2. 1 buku teks, 1 buku aktiviti. tu tak termasuk buku latihan kaler coklat lagi. subject plak ada english, BM, maths, sains & agama. banyak giler. pastu ada plak budak2 yg pagi sekolah biasa, petang sekolah agama. malam mak bapak hantar tusyen lagi. bila tanya anak dajah berapa?

baru dajah 1...

sian kan?

budak2 skrg dah macam takde life (life sebagai seorg kanak2). tak seseronok kita dulu2. tapi apa bleh buat. demi menghadapi tuntutan pembelajaran yg semakin kompleks. skrg sapa lambat dia tinggal. susah jugak. kita mak bapak tetaplah nakkan yg terbaik utk anak ye tak?

tapi tu la...esok dah tua, dah takde citer best nak stori kat anak cucu kecuali...

"atok dulu poie skolah pakai bag BEN-10 kau tau. siap ado roda laie..."

mmm...tak bestnya!