Mar 31, 2009
when mami is wrong...
Mar 29, 2009
adakah ramai follower bermakna kau adalah femes?

cara2 dia...
- add a gadget
- add bloglist (mcm yang kat atas tu...)
- pastu tick la apa2 option yg kita nak view...
- click kat add to list

haaa...dia akan keluar mcm ni. instead of add by URL tu, cuba click kat blog's i'm following (option no.2) tu plak. pastu select all dan add. dah! semua bloglink yg kita follow akan ter'update secara otometik. tak payah kopipes-kopipes lagi.
sonang kan??

dan ini adalah koleksi terbaru akak kat :: Hari-Hari Baca :: sebelah tu. ayoh! marilah manfaatkanlah kotak follower itu semaksima mungkin supaya kawan2 updated dgn latest entry anda.
p/s : akak peratikan...ada segelintir blogger yg agak2 femes (esp yg otai...tapi bukan semua ok), diorang ni suka kumpul follower tapi tak suka follow org. ala2 cam...jatuh stendet la kalu follow blog2 baru nih. jgn centu beb!!! blogging adalah utk berkenalan & berkawan. adat berkawan, kena la ada give & take. takde yg baru...takde la yg lama. betul tak? contoh : tijah (org muda/baru) & kak pah (org lama). ampunnn kak!!! contohh tuu!!! contohhhh!!! hikhik!!!
Mar 27, 2009
saya tak buat lagi...(insaf di pagi jumaat)
lagi pengakuan mangsa kejadian...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi saya tak boleh tahan! rasanya sangat sedap terutama bila dimakan dgn nasi panas-panas. habis macam mana??? mmm...nak keluar kejap beli siput. kena buat "rawatan" susulan lagi nih!
Mar 26, 2009
ku cari damai di hati. sekali terluka sampai bila terasa. (part 2)
tapi...nasib baik ada ini! boleh lah! tiada rotan, akar pun jadi! (tapi cuak juga. takut hasilnya tak seperti yg diingini...)
makcik! sorry la saya nak beli santan kat kedai makcik lagi. biarlah ku cari damai di kedai lain pula selepas ini.
p/s: errr...ini cerita pengalaman saya semasa memasak masak lomak cili api ikan selar & potai kikih tempoh hari. korang ingat cerita apa? (nakal2 belaka readerku ini yer?? hehehe)
Mar 25, 2009
ku cari damai di hati. sekali terluka sampai bila terasa. (part 1)
Mar 24, 2009
tutup la lampu tu bang...
ok.
8.30pm sampai 9.30pm...Mar 22, 2009
wot de hell?
Mar 21, 2009
Terkini...
Mar 20, 2009
tak suka ok!
masa : tengah hari (lepas makan)
tarikh : tak ingat (lama dah...ni tetiba teringat balik)
sazah tarik akak masuk bilik tengah. bilik ni merangkap stor kat rumah tu. segala macam tok nenek ada termasuklah pinggan mangkuk, kain baju, pingat2 lama, senapang kebun aji usop, pedang antik, mesin jahit singer, album2 gambar lama & dokumen2 penting yg lain termasuklah sijil kelahiran budak tijah (nama sebenar lebih sedap & komersil ok!) yg dah berusia 33 tahun tu. oh yer! tidak lupa...anai-anai pun ada!!!
sazah bukak lemari dan tunjuk sesuatu kat akak...
sazah : tu telokung (tunjuk rak atas). nia kain batik lopeh (tunjuk rak tengah). nia plak kain pelekat samo batik jawo.
tijah : nak buek apo? (dlm hati...elehhh! nak eksyen la tu ado byk stok batik)
sazah : takdo. sajo nak tunjuk. kok den mati sok...kain batik lopeh ado situ. telokung byk2 tu...kau bagi2 la kek sapo2 yg urus'an den tu sok. kain batik jawo mo pelekat tu plak...pandai2 la kau bagi2an kek sapo2.
tijah : (terdiam...air mata dah bergenang. terus masuk toilet nanges lite2)
huwaaa!!!! jgn la cakap camtu buuuu!!! sodeh tauu!!! walaupun kito kekadang bercokau (hanya kerna isu sos tiram wahab/woh hup), tapi i know u know...i lebiu so much tau buuu!!!
cija, cana & kit. korang amek la batik jawa tu. nak amek semua pun takpe. mak tak kesah. mak cuma nak set piuk vision sazah ni jer. hahaha!!! (mampos aku kena tunjal dgn sazah kalu dia tau nih...) Mar 19, 2009
kenapa jadi begini?
tapi...
lately selalu pulak jadi mcm ni. ada sesetengah blog yg akak langsung takleh view apa lagi nak bagi komen. access 1-2 secs pastu mendalah "operation aborted" tu pop-up dan terus the whole page hilang. asal ek? korang kena gak ke?? ada solution?
Mar 18, 2009
kurma ayam la pulak...
- 1/2 ekor ayam (potong kecik)
- 1/2 kelapa (amek santan)
- 4 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- sedikit halia
- penumis (kayu manis, bunga lawang & pelaga)
- sepeket rempah kurma (adabiiii, melazatkannnn!!! adabiiii, menyelerakan!!!)
- 4 biji cili hijau
- 2 biji tomato
- 2 biji kentang
- 1 biji bawang besar (potong 4)
cara2 :
- bwg merah + bwg putih + halia blend kasi hancur
- tumis dgn penumis (kayu manis, bunga lawang & pelaga) sampai kuning
- masukkan rempah kurma. tumis lagi sampai terbit minyak
- masukkan ayam & kentang. golek2 sket biar mereka serasi bersama
- masukkan santan. biar menggelegak
- dah nak masak tu baru masukkan tomato, cili hijau & bawang besar yg dipotong 4 tadi
BEST SERVED CHILLED!!!
wakaka!!!! ofkos la sodap makan paneh2!!!
Mar 17, 2009
ikan
takpe la...kita main masak2 je la niari ek? memandangkan gambar pun dah ada kan? nak tulis byk2 pun buat sakit hati je. kejap2 diskonek! isk!!!
masak mendalah ni senang je. semua org pun tau buat. tujuan akak letak kat sini cuma utk rujukan akak je. jadi kalu sapa2 yang mmg dah teral masak tu...jgn la cerca plak yer!
"elehh!!! tu pun nak letak kat blog"
- 5 potong ikan tenggiri
- segenggam cili api
- 2 inci kunyit hidup
- santan dari 1/2 biji kelapa
- 2 biji tomato
- 2 biji cili hijau

gamba 1 tu...saja nak tunjuk pisau baru akak! hahaha!!!
cara2:
- blend cili api & kunyit hidup sampai hancur
- masukkan dlm periuk. tambah air dan masakkan cili tu sket (supaya tak sakit perut)
- masukkan santan & ikan. biar sampai mengelogak (mendidih)
- kacau sentiasa jgn sampai santan naik minyak
- campakkan sekeping asam keping. ejas masin & masamnya
- masukkan tomato & cili hijau
- dah. tu jer
Mar 15, 2009
tijah di alam fantasi
Mar 13, 2009
dunia ni bulat nok!
- Justin Timberlake ada cakap - "What Goes Around Comes Around"
- Scorpion ada kata - "What You Give You Get Back"
- Busta Rhymes ada bagitau - "World Go Around"
di satu pagi yang hening, tengah2 akak blog hopping (sbb takleh tido lepas minum kopi kolagen power root yg baru tu), akak terkesima dgn ada 1 blog ni. bak briyani gam. makin dilayan makin best. last2 terpaksa akak start balik baca dari 1st entry dia utk ikuti jalan cerita (kepochinyer akuuu!). tapi seriyes! cerita dia lagi menarik dari spa-Q.
dah! khatam!
dan lepas baca tu, akak rasa cam terpanggil2 je utk berkongsi sedikit pesanan khidmat masyarakat disini buat semua. takde kena mengena antara hidup dan mati ya? sekadar ingat-mengingati antara satu sama lain saja berdasarkan cerita yg akak baca!
- jangan sesekali bina kebahagiaan atas penderitaan / kehancuran orang lain...
- jika seseorang suami / isteri itu boleh melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap pasangannya (contoh: curang), tidak mustahil dia boleh ulangi perkara yang sama terhadap anda dimasa akan datang...(dan kalau itu berlaku...serve you right la kan?)
quote ni akak dapat dari blog dia. blog seorang ibu tunggal muda yang sangat kuat & tabah membesar dan mengasuh 2 anak kecilnya seorang diri selepas ditinggalkan suami...akibat dirampas betina lain yg bermuka pondan (dia yang kata...).
p/s : hari ni ko buat orang. cuba esok2 laki/bini ko plak kena rampas amacam? agak2 best tak? misti lazat dan berkrim rasanya kan? well! well! well! sapo makan cili, dio raso podeh! topuk dado, tanyo selero! the choice is yours!!! (akak? sker pinatbater lady's choice jer!)
Mar 12, 2009
tiada tajuk yg sesuai!
- keypad yang pudar - memberi lebih kesan cahaya semasa menaip di dalam gelap
- casing yang longgar dan calar balar - memberikan effect antik
- getah coklat pengikat bungkusan roti canai - memberikan coverage yang meluas. unlimited & undisputed
ada sapa2 berani trade-in? (sambel menjeling tajam pada cklah & juga carlos sebagai penaja utama)
Mar 11, 2009
sayangilah jantung anda! cara2 mengurangkan kadar kolestrol!
Mar 9, 2009
moral of the story...

Mar 8, 2009
pagi ahad itu...(cerita tak best pun!)

- kenapakah eel itu berkaki?
- kenapakah bird itu berdiri dengan langkah kuda-kuda seperti mahu bersilat di rumah kenduri?
- kenapakah fly itu berbentuk seperti liquid paper?
- dan dinosaur itu...(mami speechless sudah wahai anakku!!!)
takpe lah. abaikan saja. apa2 pun...buat acik juliet, ini adalah contoh gambar wilen (alien). sila jadikan ia rujukan anda dimasa akan datang. (rujukan : baby octopus di sushi king)
Mar 6, 2009
tag parin...
Sungguh bedebah perempuan ini tag aku yer. (aku plagiat ayat ko. padan muka ko plak jadi si bedebah itu. hahaha! aku suka!)ok la! ok la! ko tak nyempat2 kan?? hari2 kacau aku kan?? ok! aku publish tag ko skrg!
dan soklannyer adalah...
1. Dalam sebulan, berapa kalikah cik puan menukar cadar?
apa punya soklan nih? next...(hahaha...)
.
2. Cik puan mengamalkan 'family planning' tak?
(pssttt...psstttt...blabla..blaa...*tgh bincang dgn carlos nih) ok. dia tak bagi jawab. neks kuescen plis...
.
3. Adakah cik puan berpuas hati dengan jumlah anak sekarang? Ada perancangan untuk menambah anak?
saya memilih utk tidak menjawab. next!!! (err...tapi kalo dapat tambah laki cam best juge yer? hahaha!)
.
4. Sanggup kongsi blog dengan suami tak? Maksudnya bersama-sama bikin entry. kongsi blog?
errr...soklan lain ada??
.
5. Andai kata suami cik puan dalam diam mempunyai blog tanpa pengetahuan cik puan, tetiba kantoi bila dapat tahu dari orang lain. Pastu semua follower ialah gadis-gadis jelita, kalau lelaki pun yang blom akil baligh je baca, cik puan hangin tak? Kalau hangin, nak buat apa? Baling periuk ke?
mmm...tak best la soklan nih. lagi?? lagi???
.
6. Akhir kata, sila sertakan sekeping gambar cik puan ketika zaman sebelum kawen.
haaa...soklan ni aku suka. gamba seblm kawen?? ada! ada! tak cakap umo brapa kan? ambik nih gamba dajah 1. wakakaka!!!
aik! dah abes ke?? ala...sikitnyer soklan? bagi la lagiiii...bagi laaaaa!! kahkahkahhhhhhhhhh!!!! (ni la tag yg aku paling suka skalik)Mar 5, 2009
dan calon-calonnya adalah...

.
suci pulak nampaknya muka mamat ni kan? baru blk dr kuwel kot? (ekceli akak edit sket nih...khas buat tatapan parin dan kuncu2nya! ko suh aku tepek gambar jejantz hensem kan? ko ingat aku mak hayam? sudah...bersyukor je apa yg ada nih!)
*and drumroll plissss!!!!
tijah - akak la tu. (bukan uwan jijah spa-Q ye! akak tidak perlu posing sebegitu utk tampak seksi. ouchh!)
carlos - asben akak (bukan nama sebenar)
cem - anak akak (juga bukan nama sebenar)
sazah - mak akak (ustazah jamilah)
aji usop - ayah akak
cija & cana - adik komba akak (nak panggil diorang upin & ipin pun buleh!)
Mar 4, 2009
sengal!
sengal! keji!
bongok!
Mar 3, 2009
kehendak dan keperluan...
pelukis...
perlukan bbrp jenis berus utk mengaler
designer...
perlukan bbrp jenis pen utk melakar
pemancing...
perlukan bbrp jenis pancing & mata kail. laut lain. sungai lain. kolam pun lain. tak gitu acik?
cikgu...
perlu ada byk baju baru supaya anak murid tak kata "cikgu...bukan isnin aritu cikgu dah pakai baju ni ke?" (akak penah tanya cenggini dulu...cekgu tu jeling kauu!) pstt!!! cikgu jane, cikgu romlah & cikgu pah misti ada baju lebih 3 lemari ni kan? hehehe!!!
tijah...
tidak perlukan semua yg diatas. dia cuma nakkan 2 lagi kuali & periuk non-stick (tefal/maxim) bersais 22/24cm utk goreng tolo & panehkan lauk. tu jer! hahaha! osah mengado2 eh kan? goreng tolo yo pun nak bertefal bagai.
pokoknya...pokok dek den la kan! :-)
en.carlos terchenta...
ayoh ke parkson sama2! mari gunakan duit anda sbb saya sgt sayangkan duit saya. hahaha!!!
wajib la ganti ni kan?? dah 7 tahun. coating pun dah terkopek2.
Mar 1, 2009
sazah datang bawak lauk...
tolo dadar. ni akak la buat. melampau la pulak tolo dadar pun nak katering dgn sazah kan??

last but not least...akak buat nih. org n9 panggil sambal gesek. tak tau la kat tempat lain ada tak. tapi mmg sangat mecing dgn apa2 jenis gulai lemak putih.
sodap!
konyang!
ngantuk!
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........


