Nov 29, 2010

gua...

tak lalu makan.
tak lalu minum.
tak nyenyak tido.

tak tahan la.
bikin gua penasaran.


chefel flip n cook pan


Nov 28, 2010

kadang2...

kadang2 saya keriru...

ok.
kasi contoh la ye.
banyak kali tau jadi mcm ni.

saya panggil kakpah...akak.
anak kakpah farah panggil saya...akak.

krisis identiti kan saya?
(sapa suruh kau pikir?)

dan skarang...
saya tengah tunggu cucu kakpah pandai cakap.
kalau faris panggil saya akak jugak...

saya redha!

lalalalala...


Nov 27, 2010

sudah ok.

alhamdulillah!

baru baik demam.
isk! tu baru demam.
rosak deria rasa.
cobaan memasak semua fail.
tawar.

patut la org kata healthy is wealthy kan?

eh tapi kita baru perasan la.
sejak layan maher zain letli...

kita lepas smayang kan...
doa in ENGLISH la skaranggg.
(tiba2 kagum dgn diri sendiri)

maaf.
org otak baru pulih mmg mcm ni lah entrynya.

Ya Allah! Kau berikanlah kesihatan dan kesejahteraan pada Tijahku. Opss!

Nov 25, 2010

american

cem dah lolap.
sila fokes pada sesuatu bertag merah dibawah bantal.

bujang dah budak tu skang.
nak yg dlm kotak.
longgok2...3lai 10rengget cap ben10 dah tak pandang.

dia tido mlm mmg suka "lapang-lapang"...
anda begitu juga kah? kah? kah?

Nov 23, 2010

tak comel ok!

cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit! cit!
suka tak dengar kasut budak2 yg bunyi cam tuh!
yg bunyi cam itik getah tu kan?
bingit tak?
bingit kan?

kekonon comel la.
pelllisssssssss...

itu la yg saya hadap kat library tadi.
tak prihatin betul mak budak tu.
dah tau nak bawak anak masok library...
jgn la pakaikan kasut cenggitu.
lain la nak pegi tesco ke kan.

sakit kapla gua!

puding jagung

puding jagung yg sangat simple.
tapi sedap.
pecayalah.
tak pecaya sudeh.
huhuhu...

bahan2 :
  • 1 peket agar2 kering (30g)
  • 6 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair IDEAL (400ml) - brand lain tak sedap. siriyes!
  • 1 tin jagung krim (blend hancur)
cara2 :
  • masak agar2 + air + gula sampai larut
  • tutup api. masukkan susu cair + jagung
  • sejukkan
senang kan?
kalau nak pudingnya semufffff licin...leh tapis.
tapi saya suka ala2 ada serat di dlm.
so tak tapis.
dgn bulu2 jagung sekali masok.
mak tak kesahhh!

sedap makan sejuk2.
letak milo tabur sket.
wuuuu...

p/s : resepi ambik dr google. asal adalah puding laici. so nak tukar lain2 buah pun boleh.

Nov 22, 2010

hari pertama...

tadi hantar cem kelas piano.
1st day.
keras je jari jemari dia.
kelakar tengok.
ketawa ngekek2 kami dobranak.

mrs. lee marah saya.
"ketawa...ketawa...u tunggu luar la. nanti dia tak kosentret"
uik! sentap mak kena halau nyah.

kat luar tengok...huiii banyaknyerrrrrrrr gitar.
saya tanya mr. lee kelas gitar baper plak sebln?
"70 lengget saja maaa..."

wah!
macam best je kan?

mana tau sok leh perform kat shout award cam YUNA.
tapi kena tukar nama la kan?
tijah tak cukup komesyel.

mmm...
TUNA.

seswai tak?

Nov 21, 2010

sedikit pesanan.

saya suka blog hop.
seronok gelak2 baca cerita org kan...
esp time sukan asia ni.
oh! saya mmg tak minat sukan.
so, drp rebut2 remote dgn 2 org tu.
baik duduk diam2 depan leptop.
tengok kawan2 masak apa.
some blogs la kan...
saya tengok diorg suka tunjuk income.
tunjuk cek.
tunjuk akaun.
wow! saya sangat impressed disitu.
rasa bangga...ramainya melayu kaya.

baidewei adik2. kakak2. abang2.

ada baca paper tak?
lately kes jenayah makin menjadi2.
rompak, samun, culik, bunuh, sana sini.

ada yg kena kat parking.
ada yg kena tepi jalan.
ada yg kena depan pagar rumah.

semua sebab apa?
sebab DUIT la apa lagi.
takkan org hala pisau kat ko sbb nak mintak resepi lak kan?
"akak tak bagi resepi ayam masak merah...saya bunuh!"
gittew?

bila kita show off...
ada org tengok sebagai INSPIRASI.
which is good.
tapi...
ada jugak yg tengok sebagai PROVOKASI.

so...
just be extra careful la eh?
ni jam...ramai desperado kat luar sana.
yg sanggup buat apa saja.
ntah2 diorang pun blog hop utk aim mangsa.
mana tau kan?

saya takde niat apa2.
anggap je la ini sebagai friendly reminder dr saya.
peace-no-war.
have a nice monday.

eh! luar hujan?
mana selimut saya nih!!!

Nov 20, 2010

yahudi...

tadi siang kiterang register cem utk kelas piano.
bebelah bagi jugak nak hantar ni.
tau kat sazah misti dia marah.
"apo piano piano? anta la kelas ngaji!"

cija...ko ngadu kat ibu siap!

yelah!
aritu dah janji nak penuhkan xtvt cuti sekolah dia kan.
boring jugak balik2 tengok tv. main komputer.

mrs. lee buat assessment sikit.
lembut2kan jari dia.
suh dia tekan 2 key, pastu 3 key, pastu do. do. do. ehhh. apo ntah lagi.
"ok. dia boleh!" kata mrs lee.
so minggu depan isnin boleh start.

ni balik tadi saya gugel sana sini.
saja la nak sedapkan hati.
dan saya jumpa ini...

antara sebab kenapa yahudi bijak.

selain pemakanan, lifestyle, dll...
antara sebabnya...
diorang dilatih main muzik.
belajar kenal note.
to be exact...piano & biola.
sebab dia dapat stimulate both otak kiri otak kanan.
bagus utk maths & science.

bukan la nak kata bagus ikut yahudi kan.
tapi dah benda baik.
apa salahnya ye tak?
saya pun tak paksa.
dah dia yang nak.

lagi pun...
saya harap kelas ni dapat ubah behaviour dia sikit.
mamat tu agak kurang penyabar orgnya.
bukan boleh duduk setempat lama2.

tengok la sebulan dua ni mcm mana.
jangan dia hentak2 kaki mintak beli piano dah.
mami nak kumpol donpemen benteli nih.

sedikit soklan cepumas.
yahudi masuk kelas piano stimulate otak.
melayu masuk karaoke stimulate apa?

jawab jgn tak jawab.
saya menunggu dgn penuh harapan nihhh!!!

p/s : mrs. lee bagitau dia jugak ada ajar budak2 dyslexic, autistic, adhd & yg sewaktu dgnnya. dan piano adalah salah satu terapi yg bagus utk diorang nih. worth trying.

Nov 19, 2010

go global...

sapo namo kau?

rozana?
laila?
rashidah?
fatimah?
zakiah?

elehhhh!
takat artis lokel nyanyi apa kelas bai?

nihhhhh!!!
cari la sendiri kat youtube.
malas la nak riak kan...


bob marley.
merayu2 sampai tutup2 mata...

FOREVER LOVE JAH!

kau ado?

oh!
ada kudap-kudapan sikit petang2 ni yer.
popia pisang.
pisang berangan - potong nipis - balut dgn kulit popia - goreng.
sila makan dgn kadar segera.
taburkan sedikit serbuk kayu manis + madu utk kenikmatan berganda.
wuuuu!
takde kat bekeskotej ni dehhh...

itu saja.
daaa.

ween. time kasih kasik link tu.
ai laik! :D

Nov 18, 2010

barang yang lepas jangan dikenang...

masa kemas2 laci kabinet aritu kan...
(dah laci...kabinet pulak?)
terjumpa la benda ni ha.

tau tak apa tu?
ala...bekas susu la.
4 bagian...dapat la 4 kali bancuh kan...
cem punya ni dulu.
bapak la lama menyimpan.
kekonon bleh pakai utk adik.
ntah bila2 pulak la kan?

tapi...
nak buang cam sayang.
pikir punya pikir.
sambil merenung bunga kantan...

bubuh je la penumis 4 beradik ni kan?

cengkih...
buah pelaga....
kayu manis...
bunga lawang...

ambik kau sebilik sorang.
dah!
jangan gaduh2.

bila nak guna kita bukak je penutup dan...

cak???

pelaga di manaaaaa???
pelaga di siniiiiiiiiii...
(intonasi dibaca seperti sebuah rancangan tv)

bye.

Nov 17, 2010

saman? saman je...

ada benda nak update...
tu tengah draft.
tapi seblm tuuuu...
lets cuci mata dgn benda yg sempat saya snap...
semasa menikmati rendang kerbau dirumah sazah tadi.

tadaaaa...

haaaa...
ada bran?
boleh saman skrg uols!!!
boleh saman sehingga 300k.
nanti hasil samanan boleh buat travel yurop.
kan seronok tu?

eh!
saya nak vote amnor lah lepas nih.
kihkihkih!!!

Nov 15, 2010

asmah laili


sapa ni?
ini la pn. asmah laili.
singaporean kot.
yg teral masak dlm rancangan "sedap" kat afc tu.

saya suka dia.
suka rancangan dia.
kalau tengok cara dia masak.
ikhlas je...

resepi2 dia.
bahan2 yg dia letak.
sangat generous.
"bawang kena banyaaaaakkkkk...baru sedap" katanya
siap buat muka yg mmg bawang kena banyak lah baru sedap.
(apa cakap belit cam sami ni...)

tapi saya yakin masakan dia mesti sedap.
mungkin lagi sedap dr cepwan.
yang kekadang resepi biasa2 je...eh! tetiba ada nanas.
sedikit sentuhan fusion?
mmm...mak tak biasa nok.

tapi...
tapi...

kenapa perlu 5.30 pagi?
ulangan 2.30 ptg?
sapa nak tengok?
sian kat yg bekerja ni.

dah nama pun asian food channel...
bubuh la mlm2 tem org asia ada kat rumah kan?
bukan jauh na pun timing.
semua pun kat garisan khatulistiwa jugak.

ni mlm2 time happy hour pi letak...
food jammer (pantang nenet moyang main2 dgn makanan ni)
hell kitchen (jerit2 dlm dapo?)
coco cooks? (siriyes. tolong la remove pompan ni dr afc. apahal masak pakai bikini?)
icip2? (gua syak tonsil dia bengkak...)

bukan tak suka resepi oramputes.
tapi saya kan lurus.
mana pandai nak saptitiut wine dgn benda lain nak kasi sedap.
nanti tak jadi mcm mana?
bazir je kan?
saya ni dah la pandai guna rosemary kering tu je.

ok.
saya cadang nak try nasi briyani asmah laili nanti.
nampak mcm best.
nasib baik sempat salin resepi.

eh! rajin pulak update letli ekkk??
suka tak?
suka tak?

kalau tak suka saya update lagi 8 minggu...

bye...

Nov 14, 2010

entry santai petang ahad

sebok la semorang dgn skim piramid skarang.

sudah lah.
mari ikut saya.
kita kosentret pada yang lebih berguna.

yeaahhh!!!!
piramid makanan.
mari amalkan gaya hidup sihat!
say no to gelang!
hep! hep! horeyyy! (sambil lompat bintang)

p/s : kak pah, talam keladi tadi kek level mano yo? osah sodap cukup santan eh!

bebola nasi biarlah rahsia

ini cerita lama.
simpan dlm draft.
ni baru terhegeh2 nak post.

isnin & selasa aritu cem ponteng sekolah.
ceretberet.
isnin paling kaw2 dia bagi.
siap menjejes atas lantai.
tak sempat masok jamban.
siannn...

selasa dah ok sikit.
tapi masih ponteng.
takpe la exam pun dah lepas.
sesukati mak dia je kan?

bila dah byk buang...mesti cepat lapar.
so budak tu asik la mintak makanan.
stok dlm peti ais dah habis.
yang tinggal...nasik semalam.

last2...
korek2 apa yg ada.

bahan2 :
  • nasi (belen nasik sejuk)
  • daun kucai
  • bilis
  • bawang besar
  • cili hijau (buang bijik)
  • tepung gandum (sikit. sebagai pelekat)
cara2 :
  • blend nasi + bawang + cili hijau + bilis
  • campurkan bahan2 yg diblend tadi dgn kucai + tepung gandum
  • bubuh air + garam sikit. gaul2.
  • bulat2kan. goreng macam biasa.
siap!
nama resepi taruk la apa2 pun.
janji boleh makan.
emergency kan?

eh tapi sedap jugak wohh!
dia macam rangup diluar...bertexture didalam.

saya bagi nama dia bebola nasi biarlah rahsia.
eewwww...

cekodok je sebenarnya ponnn.
(tapi mmg rahsia. sbb ada sebijik tu dlm dia ada antibiotik)
aiyo dokter. antibiotik boleh gorengkah?

Nov 13, 2010

tengs...

terima kasih pada aunty/uncle yang wish semalam ya.
nak balas 1-1 tak mampu pula.
ni pun baru balik.
ada hal tadi.
patut pegi ou hari ni.
maafkan saya pn. mimi...
insyaallah kita jumpa nanti.
ada barang saya nak kasi.

ada pulak yg tanya petua.

oh!
saya takde petua.
siapa lah saya nak kasi petua.
tapi...
kalau bagi jawatan ketua pemuda amnor...
saya tak tolak punya.

saya bukanlah emak yg perfectionist.
saya tak kisah.
eh! kisah jugak sikit2.
asalkan anak saya enjoy zaman sekolah.
tak nak dia stress.
janji jgn last dlm kelas.

saya cuma buat yg termampu...
  • doa
  • good breakfast (masak sendiri adalah terbaik)
  • tak push too hard (tuisyen utk budak dajah 1? oh no!)
  • minat sesuatu? bagi galakan asal tak memudaratkan.
  • jangan terlalu dimanja. jangan terlalu berkira.
tu je la kot.
lelain tu inisiatif dia sendiri.

ntah!
takde goal setting utk dia.
nanti hidup tak adventure.
let it flow oramputes kata.
asal tak menyimpang dr laluannya.

bak kata yb.
penat2 belajar engineering...
sudahnya buat marketing.
hahaha!
gimme five bang!

Nov 12, 2010

saya terharu.

dapat semalam.
alhamdulillah.
syukur ke hadrat Allah.

tak expect too much.
alah! baru skolah rendah.

saya tanya dia nak apa.
for a reward.
(saspen nih. ipod? rollerblade? laptop?)

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"saya nak vitagen saja..."

oh anakku!
low maintenancenya kamu.
ayoh ke kedai buku.
mami beli set kaler baru.
(sah! lukisan/kalering tak dapat A)

lasbatnotlis.
mami luv u!

dan terima kasih tak terhingga buat para guru yg membantu...

Allah beri kita hujan.
Kita tanya mana matahari?
Rupa-rupanya Allah nak beri pelangi.

Nov 11, 2010

TSB

saya betul2 tak tahan la.
kelakar oke.
sangat kelakar hingga menusuk peranakan.
(alamak lupa...taun ni blm buat pap smear)

tadi baca blog mamat ni.
kan heboh kes gelang skrg kan?
saya baca sampai habis...dgn komen2 dia sekali.
ada satu komen ni dia suka dgn perkataan "kipidap" (keep it up) tu.
so dia mintak izin nak guna.
sekali org yg tulis pekataan kipidap tu kata boleh.
tapi dgn syarat kena cari 18 downline.

sadenli saya terfikir...
eh bagus la konsep ni.

so...
kak erna...
linn...
mimi...
hatim...

dan sapa2 lagi yg dah penah atau nak ambik resepi saya kat tepi tu...
sila cari 8 downline sekrg ya?
4 kaki kiri...4 kaki kanan...
setiap pairing akan dibayar 8 rengget secara wang pos.

or else...
saya tak halalkan.

bukan apa.
saya nak tolong melayu ni.
nanti dah kaya kita ambil gambar dgn sebiji benteli sambil mempamer ibu jari.

boleh ya?

oh ya.
TSB adalah syarikat saya.
Tijah Sdn Bhd.
jgn risau...ia berdaftar.

bro!
terima kasih kerana menceriakan hari saya...

Nov 10, 2010

end year audit

ingat esok nak pegi sinaran (kedai buku kat sbn)...
borong stok utk taun depan.
pensel...
pembaris...
raber...
plastik pembalut...
since buku teks baru dah dapat last week kan...

so...
semlm audit bag skolah.
tengok apa takde...
apa kurang...

lahhhh...
apa parah na kaler biru tu?
rasanya baru beli aritu.
selak2 celah buku.
jumpa ni.
patut laaa...
cubaan memekatkan warna langit dan laut yg tak kesampaian.
tapi takpe.
nati mami beli lain.
asal ko nak pegi skolah cukup.

oh ya.
tajuk adalah "berkelah ditepi pantai"

tapi...
celah mana "berkelah"nya tu nak oiiii?

Nov 8, 2010

poc poc hota haiii...

poc poc?
haaaa...

semalam saya takleh tido.
cem demam + ceriberi.
takut suhu dia naik maka saya berjaga.
tido2 ayam.
sesambil lap badan...saya online.
update status fb pasal pocong.

baru2 ni carlos citer heboh kat rembau ada kak poc.

ada 2 version.
ada yg kata sbb kapan dia org lupa nak bukak tali ikat tu.
ada yg kata sbb dia tak sempat passing belaan dia.
(tu la dulu acara lari passing baton ko curi keluar padang)

ada gak kata...dia lupa bawak charger.
(ok. tak kelakar.)

so skrg...
kak poc dengar kata sedang berkeliaran mintak tolong.
sedara mara tengah ikhtiar cari penawar.
harap2 cepat la setel kan?
semoga dia aman.
sian kak poc.
tapi kesian lagi org yg dia kacau mintak tolong tu.

cer bayangkan...
bawak keta malam2...
tengok cemin...
pandang belakang.

dia senyum sambil tanya...

"tudung ariani saya beli aritu tak sempat pakai. akak nak?"

cer bela anak ikan.
takde la memudaratkan.
kannnnn??

Nov 6, 2010

betul ke tu?

nak tanya sikit la kan...
esp kat experts mcm...
dr.singa...
catz...
sapa lagi ek?
yang biasa dgn benda2 medical/bio medical/yg sewaktu dgnnya nih...

saintifikelinya...
betul ke benda2 yg kita tengok kat iklan tu ek?
utk wellness especially.
contoh macam...
  • GELANG/RANTAI MAGNET UTK PEREDARAN DARAH
  • F.I.R (far infrared rays) UTK TINGKATKAN METABOLISME
  • ANAK TUDUNG BERNANO UTK SAKIT KEPALA
  • KOYOK TAMPAL KAKI UTK DETOX
  • PENAPIS AIR BERNANO TEKNOLOGI UTK KESIHATAN
  • BIO DISC UTK CEGAH KANSER
  • TILAM JADE UTK SIHAT TULANG BELAKANG
  • MACAM2 LAGI LAH...
bukan apa.
saya salu je didatangi penjual benda2 ni.
nak beli...mcm ada ragu2 sikit.
betul ke?
ke auta je?
harga mengarut plak tu.
tapi penapis air tu ada la.
sbb air direct dari paip bukan bersih pun kan...

apa kata anda?

tapi saya pecaya...
nak buang toksin...
minum je air kosong 8 gelen sari.
kasi kencing banyak2 kan?

p/s : ingat lagi tak entry nih? budak tu dah meninggal baru2 ni. al-fatihah buat aisah. umur baru 21 masa diagnosed breast cancer bln 4 aritu. aggressive sungguh! tak sempat buat apa2. semoga beliau damai di sana.

Nov 5, 2010

break...

borak2 dgn budak tu...
cuti skolah dia nak kelas nih...
kemain budak ni jam kan?
saya dulu cuti skolah...
mintak aji usop beli getah je.
senang nak main ni.
(gamba ihsan gugel)

tapi takpe la.
dulu org tak suka ahli miuzik
diorang suka mejistret je.
skrg takpe.
main miuzik boleh kaya.
(mak dia kan nyonya mansor. mata dwetan)

tengok ah.
kalu takde bajet...
ni pun ok.

.

Nov 3, 2010

harijadi bersejarah

2 nov.
semlm la tu.
hari ni baru omak eh terhegeh2 nak update.

pagi2 subuh sapi'e lagi acik mimi dah sms.
"nok, nyanyikan besday utk cem dr aku na. hepi besday dr aunty mimi yg kiut" katanya
(tengs acik...walaupun pekataan "kiut" tu buat mami saya sesak napas seketika)

hoh?
besday anakku kah hari ini?
mcm mana org lain ingat...saya boleh lupa?
tak patut. tak patut.

lepas tu cija plak mms.
bagi gamba monyet apa tah nyanyi2 besday song.
hepi je mamat tu sepanjang nak pegi sekolah.

ok.

mami rasa bersalah ni.
takpe.
kita cover dgn percubaan membuat kek coklat nak?
tak penah buat seumur hidup.
maklom la.
saya bukan suka masak benda yg nak kena sukat2 ni.
campak2 dlm piok, kuali takpe.

so...gugel resepi.
taip [kek coklat paling mudah]
ada byk.
tapi ada 1 ni paling bangsat cara kerja dia.
pakai blender je.
wah! sesuai nih...
cake mixer saya dlm kotak nunnnnnnnn dlm stor kena tindih dgn 3 lagi kotak atas dia.
tak kuasa nak cari ok.

saya pun memulakan procedure.
tapi seblm tu sudah prepare 1 voucer diskaun kingkonfeksyeneri 50% sekiranya tak jadi.

mula2 siapkan...

bahan A (campur semua, kacau2 kasi sebati) :
  • 2 cawan susu coklat (saya guna dutch lady)
  • 2 sudu kecik nescafe
  • 1 sudu kecik vanilla
bahan B (campur semua, ayak dulu kasi mesra) :
  • 2 cawan tepung gandum (biasa je takyah yg naik sindri tu)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecik sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecik baking powder
bahan C (blend tolo + gulo sampai kombang, minyak masuk kemudian) :
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
topping (panaskan je takyah dabelboil) :
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 4 sudu minyak masak
dah campo2 semua sila bakar ya.
burn baby burnnnn selama sejam pada 160 degree.
(seblm tu pre-heat dulu barang 10 menet)

ok.
kita tunggu ekkkkk.

ketinggggg!!!

wah! timer sudah bunyi.
mari kita tinjau.

aiyoooo!
serupa kena pijak resaksa.
merekah sana sini.
atas keras serupa koko krunch.
nasib baik dalam adalah moist.
kenapakah?????

takpe.
jgn panik.
nanti darah tinggi.
apa guna dinobatkan pelajar terbaik sains SRP'91 kalu tak prektik ajaran guru.
(sempat eksyen disini...)

berbekalkan sedikit teori...
konsep unjuran & peresapan.
cepat2 saya buat topping.
panas2 tu siram atas kek.
dgn harapan dapat memoistkan permukaan secara reverse osmosis.

wooott!!! wooottt!!!
jadi uolss!!!
atas tu lembut balik.
hasil peresapan cecair panas ke dlm permukaan yg merekah secara perlahan2 kan?
bak kata pepatah...
sekeras2 kerak nasi, direndam air...lembut juer.
ewahh!

ya...
akhirnya boleh dimakan tanpa patah gigi.
dan boleh la simpan balik voucer tadi.

(tengs pada tuan resepi asal kalu terbaca. saya tatau nak kredit sapa sbb resepi ambik dari threaded forum)

paling buat saya hepi...
tuhhh!!!
sampai terpintal2 kaki...
terjilat2 jari...
menikmati kelahhhzatan khhek shoklet mami...
kannnnnnnn?

last but not least...

selamat hari lahir anakku.
semoga kamu sentiasa diberkati.
amin.

p/s : paling bahagia bila ko masak (walaupun tah hape2), anak datang mintak tambah lagi.