Nov 30, 2009

raya

assalamualaikum!!!

buat apa tu?

amacam raya? akak biasa2 je. nak pegi mana musim hujan ni pun. dok umah je la. sesekali menebeng umah sazah tompang makan.

dulu time raya adalah wajib balik kampong, balik pilah. tapi sekrg takde dah. sazah & aji usop pun dah malas nak ke mana2. maka melepak sajalah kami di rumah mengadap tv. usong bantal sorang sebijik!

lapar? makan...

ngantok? tido...

mano tak gomok!

menu raya?

sazah masak nasi himpit, kuah lodeh, rendang ayam kampong & sambal bilis cili api potai yg super sodap. kak ipar tunggal bawak lemang, rendang & cara berlauk. akak lak buat ayam rosmeri 2 ekor.

.

.

.

.

.

tiba2 tak tau lagi nak tulis apa.
gamba pun takde...
akak mintak diri dululah!
nak makan tau fu fa...

Nov 25, 2009

akaun

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) PTPTN
  • wajibkah bukak akaun nih?
  • apakah investment portfolio dia?
  • syariah kah?
  • boleh dapat income tax exclusion?
mungkin nak kena bukak 1 akaun utk cem nih. mana la tau kan. sok2 nak masuk IPT gatal2 plak kasik syarat nak kena ada SSPN kebagai. bukan buleh caya "diorang" nih!

mami...
bukak la akaun tabung aji!
saya pun nak pegi haji juger!!!
(berlatarbelakangkan kaabah al mukarramah)

SALAM AIDIL ADHA UOLS!!!

Nov 24, 2009

nak buat apa?

akak selongkar peti ais. dekat2 nak raya ni hoskiping la sket kan. sok nak simpan laok paok takot takde space plak.

segala jenis tepung akak letak kat tempat buah bawah tu. tepung gandum? tepung sagu? tepung jagung? tepung beras? tepung pulut? tepung maruku? name it. semua ada. tepung tawar je takde. tu kat umah org kawen bleh tengok!

tepung sagu tu...tak bukak pun lagi. nak expired dah pun. akak pun tak perasan bila masa dan apa motip beli.

tapi kan...

tepung tu bleh buat makanan org s'wak tu ek? alaa...yg org panggil ambuyat tu la...


apa rasa dia?
sedap ke?
masak dia mcm mana?
tak rasa cam telan gam ke?
nak makan dgn apa?
serunding bleh ke?
tem makan tak lekat kat lelangit ke?

Nov 22, 2009

bosan

bosan la pulak hari ni...

carlos keje. cem asik baca dictionary (silalah pecaya. beliau mmg ada hobi yg pelik). nak keluar malas. hari mcm nak hujan.

tengok tv. tengok iklan.

tiba2 rasa teringin nak subscribe astro thangathirai nih. rm6.95 je sebln. tengok citer cam best2 je. siriyes! tamil lagi stim dr hindustan!
lama chandramukhi tak keluar tv ek? sapa2 tau bila dia nak keluar lagi...sila buzz akak ok? lakalakalakaaadeyyy!!!.

eh! citer kat thangathirai tu ada subtitle tak?

Nov 21, 2009

malas nak masak? cuba nih...

ingat nak buat briyani daging.

sekali cam malas la pulak!

malas nak masak nasik!

malas nak masak lawok pawok!

last2 rebus daging (aussie beef - kelar2 sket) sama black pepper + garlic + rosmary + mustard (heinz) + olive oil + gula garam sampai air agak2 kering.

transfer daging beserta air kumbahannya masuk dulang. campak kentang (rebus...belah 4). campak bawang & tomato (belah 4). tabur sket garam + black pepper + rosmary + sos cili + mustard atas semua2 tu cengginih...

burn in hell!

eh...tak!

bakar dlm oven. suhu 200 degree. 1 jam.

makan dgn sos cili + sos lado itam.

veri der helti uolss!

plisteknot : guna aussie beef saja atau apa2 dagen jenis lembut kat market tu. jgn guna lombu pencen lambat empok. tecabot gigi pelesu ko karang!

Nov 20, 2009

obat!

baru balik dari klinik...

antibiotik aritu tak abes lagi ni tambah plak ubat baru.

cem dah lolap...
___________

petang tadi tetengah ym ngan coki, cem tetiba datang kat akak sambil pekup telinga...

"mami, my left ear hurttt!!"

ye! budak tu mmg dopopatjam spiking walupun mak abah eh haram tak cakap omputeh sepatah pun kat umah. ini tak propah eh wos! tak caya tanya cija. hikhik!

"kiri yo ko? kanan saket tak?"

"nooo! left only!"

"dah! moh dogheh pi klenet!"

dokter check tengok. ear infection la pulak. dah merah pun. aritu batok + selsema tapi hingus tak keluar abes so saluran adalah tesumbat menyebabkan telinga dapat jangkitan.

ubat cem...
ubat omak cem. uuu...sodap ehhh!!!
20ml. 2 kali sehari di makan bersama eskrem/puding
(dokter pesan overdose pun takpe. tak memudaratkan)

Nov 19, 2009

tak jadi...

cobaan 1
cobaan 2
alaaa...
tak jadi la plak!
sideburn dah dekat nak sama...

takpe la nak...
cukup2 la posing utk blog mami mlm ni...
pegi la tido...
esok nak skolah!

Nov 18, 2009

tenang dalam hujan...

kepada sesiapa yg memandu sekitar damansara utama, sprint, jln kuching, duke, mrr2, cheras dan seterusnya sg. besi pada jam 6 ~ 7 ptg tadi, sila maafkan pemandu kereta hitam bernombor N**9669 tu yer?

kesalahan beliau hari ini adalah...
  • memandu secara perlahan di lorong kanan sehingga diberi lampu tinggi dari belakang
  • menukar lorong tanpa memberi signal
  • memandu secara berbahaya kejap kiri kejap kanan
  • melanggar lampu merah di depan OU secara tidak sengaja
  • lambat jalan semasa lampu bertukar hijau. kereta belakang sudah hon!
tidak! beliau tidak mengambil sebarang ubat batok apatah lagi minuman beralkohol.
hampir tak gerak di susur klua jln kuching.
tapi beliau tenanggg jer...

sbb beliau ada nih!!!
sekali ter brek mengejut plak
"opocottt uwan kau mengandong!!!"
namun...balang itu tetap tak lepas dr pegangan...

jarakkan sedikit kenderaan anda di belakang.
ya! skrg boleh makan!

so...

bila kiri pegang balang, kanan pegang muffin...caner nak kasik signal?

cuba jawab?

hujan2 ni...sejuk, lapar & honi tau tak!!!

nak sampai semban lagi 1 jam nihhh!

p/s : muffin adalah sgt setapppp penuh rasa kecokletan. mungkin kerana ia dibuat dgn penuh kasih sayang. mekasih nok! sampai umah tinggal 4. 2 utk apak, 2 utk anak. sapa nak order, sila buat melalui akak. senang akak nak mark up sehingga 80%.

warghhhkahkahhhkahhhhh (ketawa keji seorg lintah darat dealer)

Nov 17, 2009

.

apa perasaan korang...
bila tengok profile...
muka cenggini punya ganas...

tapi...
lagu kat blog...

pelamin anganku musnah!

kahkahkahhh!
uhukk! uhukk!
(bang carlos...cpr pliss!)

mati

jangan takot...
satu hari sok kita kena bungkus gak!
penat akak crop muka dia dgn paintbrush nih!
(kalu aci depan ni bakar setanggi lagi...akak nak datang cenggini!)

Orang yang mengingati mati tidak akan membuang masa dengan hidup berfoya-foya, terlalu mengejar keduniaan dan melakukan perbuatan mungkar. Dia akan meneruskan kerja yang baik untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Dalam al-Quran, Allah mengingatkan hamba-Nya agar tidak melupakan kematian.

Firman-Nya yang bermaksud:
Di mana saja kamu berada, mati pasti akan menjumpaimu, walau sekali pun berada dalam mahligai yang kukuh dan kuat (Surah an-Nisa', ayat 78)

Nov 16, 2009

cintamu muzik dihatiku...

superman akak 2-2 dah tido. apak eh domam. anak eh batok. lepas makan ubat 2-2 tumbang! maka tinggal la akak terkebil2 sensorang.

bertemankan creep (radiohead) & the reason (hoobastank) yg didonlot secara haram, akak pun meneruskan kerja2 pembloggingan. mana2 blog yg ada lagu...sowi la. tepaksa akak mutekan. kacau je. huhuhu!

sebab?


2-2 lagu tu best giler drum beat dia. mampu membuatkan jantong berdegup kencang! ye! akak suka drum. apa2 saja yg berkaitan dgn drum.


termasuk la drumstick!

ehh!

tapi dulu kan...masa zaman skolah akak paling menyampah subjek muzik! paling benci baca note. tau tak tu? alaa...yang cam togey tu la! jap akak gugel...

haa! ni dia...

apa kes nak master benda ni sedangkan tulisan jawi masih kucar kacir kan?

tapi nak buat mcm mana. dah temasuk dlm silibes. kena jugak la participate walaupun tak suka!

suh tiup recorder! FAIL!

suh tekan piano! FAIL!

suh petik gitar? FAIL!

cikgu saket hati...

last2 tiap kali kelas perform...akak cuma diberi ini saja utk diketok...

terok tau cikgu tu. suka pilih kasih. ticerbai (bespren sedari tadika) pun tak reti baca note jugak. tapi asal dia buleh lak dapat instrument best?
ko penah dapat ni kan? jgn sesekali menafikannya. aku ada gamba ok! haa! bleh part time busking jazz tepi baskin-robbins ampang point nihh!!!

kecinngggg!!! kecinngggg!!! kecinngggg!!!
(sesambel feeling norah jones)

Nov 15, 2009

help! help!

assalamualaikum!

kom apa?

kombat!

bat apa?

batman!

jahatnye! tak baik tau memain...

semlm akak dapat 1 email dari sorang silent reader ni. dia mintak tolong akak tunjuk cara mcm mana nak trace anon2 yg telah mengganggu gugat rumahtangga dia.

hishhh!

akak mmg pantang anon2 yg keje suka kacau laki org nih. mula la rasa cam nak jadi catwoman pastu rejam sekor2 sampai mandol!

ayoh!

kita berjemaah bantu kawan kita nih!

ada sapa2 tau cara nak trace IP add yg paling accurate? juga cara nak trace email sender & location. akak pun nak belajar gak! maklum la skrg ni kan ramai penipu. eh! jgn memain. ada yg sanggup create spesyel ID semata2 nak menyamar, mempropah dan melaga2kan org tau!

saiko kan?

mari merungkai mistewi!

tengs in advans!

akak tunggu respon korang ni tau!
(cam paksa lak kan? biasa la yb...misti ada sikit gila kuasa!)

Nov 14, 2009

bijak!

hai! hai! hai!

ni tak sure la ramai yg dah tau ke tak nih!

lepas baca keluh kesah kakbabedoyah berkenaan harga brg di zaman inflasi ni, akak pun try la menggugel secara random kot2 ada plak price watch kat m'sia nih kan.

eh! eh! sekali ada la!

kpdn punya. smart consumer. the power is yours konsepnya. korang browse la sindri ek. ada gak price watch antara hypermarket kat situ. contoh ikan selar kat giant brp harga, kat tesco brp harga.

maka...marilah jadi pengguna yg bijak berbelanja. duit lebih kita simpan. boleh pegi kelab malam.

daa...

Nov 13, 2009

500

alhamdulillah!

time kasih byk2 la kat korang semua!

diam tak diam dah 500 dah pengikut kerajaan langit akak.

diam tak diam dah 2 taun jugak la korang mentelaah segala propaganda & manifesto palsu ciptaan akak.

eleh kecoh je!

misti la kecoh! tak byk duit takpe janji byk kawan! kan? kan? kan?

dan skrg...

demi pengikut kesayangan...akak & suami harus bekerja keras. kalu setaun 250, cukup time cem kawen sok akak bajet angka tu akan meningkat jadi 5,000.

wah!

nak jemput semua kena buat majestic wedding ala devdas nihh!!!

sambel2 makan...kita jamu mata kan?
(ker korang nak inul? akak booking skrg!)

saya sudah isi dialog...
anda bagaimana pula?

Nov 12, 2009

yb jumpa yb

kau mmg sengaja cari pasal...

kau mmg sengaja cari penyakit...

hahahhahaha!!!

amacam intro? bedebar2 tak jantung baca? suka mencetuskan kontroversi murahan kan?

sepatutnya hari ni akak rehat. kata dah nyawa2 ikan semlm kan? tapi memandangkan ada sedikit kerja yg perlu disiapkan dan few claims yg masih pending, akak kena la obertaim (time kasih byk2 la kpd en. z dari sbn agency yg cam celaker tu. ko mmg hidop keje menyusahkan org je kan? habes semua claim org ko nak tongsampahkan. kill2! die2!)

tenang tijah! tenang!

ok!

last appt akak tadi kat ranhill...

pergh!

debu merata2. tak tau plak akak diorang tengah buat renovation besar2an kat situ. sementara nak jln ke lift akak dah sesak napas dah.

akak call client...

"bos! lupa la. tingkat brapa ek?"
"36 la tijah!"

yer! client itu & isterinya reader saya juga. penat saya memprint namecard dgn nama sebenar tertera cantik disittew, beliau tetap memanggil saya tijah. hahaha! tapi ai tak kisah! tijah-mimah-bedah mmg sherashi bersama.

akak pun tekan 36...

wuuuuuuuu!!! cam rolekoster! lajunya! 4-5 kali akak tepaksa telan elio kerana selain sesak napas, koklea juga rasa bagai nak pecah. maklum la akak bukan biasa naik bangunan tinggi2 nih! kat sbn paling tinggi pun yayasan negeri 11 tingkat jerk!

jumpa dlm 15 menet.

setel!

kat parking yb call.

"ko kat mana tijah?"
"aku kat ranhill. alak ko nak blanja aku minum ke bang?"
"tade hal. ko cakap je kat mana..."
"jusco au je la. situ ada ekon. aku tgh panas nih"
"ok! ko tunggu kat sana. aku baru balik surau nih!"

tuuudiahhh! tetiba je aku rasa ko cam aji usop yg sedang menGPS anaknya!

apa2 pun time kasih belanja aku minum bang. tapi mmg byk benda la aku belajar dr ko tadi especially tang tips2 sourcing, marketing & networking tu. ko mmg survivor ah! kalu ko muda sket kan...misti beyonce dah ajak ko masuk destiny child bang! pastu...sorry la kalu aku memalukan ko dgn gelak kuat cam kuda tadi. tu baru aku sorang. kalu ada tm aku rasa ko dah lari balik rumah dah tadi bang.

nanti satu hari aku ajak carlos dtg umah ko eh bang? takyah susah2...ada laksa, soto, nasi lemak & mi rebus cukuplahhh! huhuhu!

yb bersama anak2nya. yg suar oren tu bukan la...

sekian laporan utk hari ini. esok konfem kena sedut gas lagi!

woii aciii! sudah2 la tu bakar setanggiiiii!!!

Nov 11, 2009

get well soon tijah (ucapan utk diri sendiri bleh?)

aiyooo!

apo batok tak elok2 nih!

gini la nasib org darah B+ ni kan? org cakap susah nak sakit tapi sekali sakit kena agak teruk. (ada betol ka dokter?)

any petua uols?

dada rasa sempit. napas rasa sesak. ubat dah cam tak jln. silap2 nak kena nebulize lagi nampaknya nih.

namun begitu...

rasa cam tebakar dan nak bakar org pun ada jugak nih!!!

buleh lak aci depan umah bakar setanggi tem maghrib2 nih. lagi sesak la napas akak. akak balas balik dgn membakar kemenyan kang baru tawu!!!

ehh! byk lak pekataan bakar kat atas tu ek?

larikkk!!!
(sambil termengah2 akibat semput)

Nov 10, 2009

sensaoil!

eskiusmi! eskiusmi!
(dgn lompatan berukuran 8 skala richter utk menarik perhatian)

apa beza olive oil dgn extra virgin olive oil (evoo)?

adakah perkataan virgin disitu dijangka menghasilkan kualiti rasa & komposisi yang berlainan dalam masakan?

dan brand apa paling bagos?

plis advise!

tengs!

p/s : baidewei. sensasi tak tajuk di atas?

______________________

Hadis Nabi Muhammad s.a.w

"Minumlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana sungguhnya ia adalah daripada pokok yang diberkati"

Terjemahan Sunan At-Tirmidzi.

Saintifik.
  • Lemak tepu yang rendah (kurang 18%).
  • Lemak mono tak tepu yang tinggi (70%) berfungsi menurunkan kolesterol. Memperbanyakan penghasilan cecair hempedu (cair). Mengurangkan risiko pembentukan batu hempedu
  • Lemak poly tak tepu yang rendah (12%) berfungsi mengelakkan pengumpalan darah dan enapan lemak dalam salur darah tanpa menurunkan HDL kolesterol (baik).
  • Mengandungai vitamin E semulajadi berfungsi sebagai anti-penuaan/anti-oksida
  • Mengandungai polyphenol semulajadi berfungsi sebagai anti-penuaan/anti-oksida, meminimumkan kesan pengoksidaan lemak
  • Dikategorikan sebagai anti-pembengkakan/radang

Nov 8, 2009

oppss!

kat kedai tadi ada nampak ikan. akak pun kuis2 la ngan tangan. alaa...kat situ ada paip. kang bleh basuh balik.

tiba2 ada org tegur dr belakang...

" jaaa!!! boli ikan koooo???"

"tak la. boli tilam haa..."

rupa2nya kawan akak masa keje samsung dulu bawak anak kecik dia. comel giler. akak pun ambik dokong sambel cuit2 pipi budak tu.

skrg baru akak ingat...

lepas pegang ikan tadi, akak tak basuh tangan pown!

cik sri siantan minta bantuan

hai buat apa tu? masak ke?

akak tak masak thari ni. petang kang pun cadang nak rebus ikan je. semlm dah sungguh2 makan ayam goreng kan. hari ni menu sihat la pulak.

takde citer apa sgt pon. masih hepi n9 menang semlm. so, apa kata niari kita buat case study sket?

ini adalah kisah benar yg penah berlaku dlm masyarakat. apa pendapat anda sekiranya...

A buat kenduri akikah & cukur jambol anak dia. anak sulong nih. punya la excited beliau memprepare majlis kenuri tersebut. segala aturcara majlis, juadah, door gift...semua well prepared.

tiba2...

jeng! jeng! jeng!

tetengah majlis climax tu kawan dia B bleh lak datang bawak kek terus letak kat meja utama sambel dgn tak malunyer berkata...

"tompang selebret besday anak aku eh?"

tanpa mengacknowledge A terlebih dahulu seblm bermulanya majlis itu.

kuang hajar tak tu?

org kata la kan...

maknosia yg nampak sopan santon & lemah gemalai diluar tapi blakang makan kawan ni kita bleh panggil dia mentadak mentadu. ada betol ka tu?

tapi tu la...

kesian org lelaki. mereka selalunya mudah terpedaya dgn spisis mentadak mentadu ni. so hati2 ya adik2 abang2. sebaik saja mumaiyiz, belajarlah mengenal hati budi kenalan anda. cantik diluar tak semestinya cantik didalam tau! cam bunga dedap arrr...

ok skrg akak nak keluar 7-11 cari slurpee. ubat batok paling mujarab ni!

p/s : err...akak bercadang nak tubuhkan YB fenklab. sapa register dapat title YB secara otometik. setakat ni yg dah join adalah YB cok dan YB wos. mereka telah menang tanpa bertanding. nak tak? nak tak? hahaha (memain je la...)

Nov 7, 2009

kongrets!!!


tahniahhhh jang!

banggo amek2 nihhh!

sok tijah buek'an pulot kuning yo!

ayam goreng rempah

bila emo apa ubat dia adik2?

makan la. pelagi.

seblm makan ubat & tido tadi akak dah marinate binatang ni siap2. seblm tu online dulu cari resepi. tengok blog hantumakan, tengok blog kakina, tengok blog cikmat. owh! banyak versi rupanya ayam goreng rempah ni ya...

tatau nak pilih resepi mana, last2 akak belasah campo semua.

bila nak goreng tiba2 cam blur. maklumla tak penah buat kan? terus akak sms seseorang for the rescue.

kak T : ayam rempah tu, tepung jagung dry coating je ke nak kena bancoh dulu jadi batter?

kak D : xyah bancuh. ayaq ayam yg skit tu dah kira ok dah


ok. here we go!


bahan2 :
  • 1/2 ekor ayam (potong kecik)
  • 1 ulas bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas cili merah
  • sedikit halia
  • sedikit jintan kasar
  • sedikit jintan halus
  • sedikit ketumbar
  • sedikit rempah kari daging
  • sedikit kunyit serbuk
  • sedikit garam + gula
cara2 :
  • blend semua bahan kat atas (jgn ko blend sekali ayam tu pulak!)
  • perap ayam etlis 2 jam
  • salut ngan tepung jagung (dry coating) pastu goreng sampai garing
dats it. setap & kranci uols!!! takyah dah gi kepsi!

hai...

˙ıɹɐɥ uɐıpnɯǝʞıp ןɐsǝʎuǝɯ ʞɐpıʇ ıʇsɐd ɐpuɐ ¿ɹǝʎ ɐqnɔ ɐdnן uɐƃuɐɾ ˙ıƃɐן dɐɾǝʞǝs ʎɹʇuǝ ʇɐnq ɐʎɐs ıʇuɐu ˙ɥǝןoq ¿ıdǝsǝɹ uɐʞuıƃuı ɐpuɐ ˙ʇɐzɐן ʇɐƃuɐs ɐʎuɐsɐɹ ˙ıpɐʇ ɹnpıʇ ɯnןǝqǝs ǝʇɐuıɹɐɯ ɥɐןǝʇ ɐʎɐs ƃuɐʎ ɥɐdɯǝɹǝq ɯɐʎɐ ƃuǝɹoƃƃuǝɯ ɐɹǝƃǝs ɐʎɐs 'unƃuɐq ɥɐןǝʇǝs ˙ɥƃıɥ ʇɐƃuɐs ɐsɐɹ ɐʎɐs ƃuɐɹɐʞǝs uɐp ʞoʇɐq ʇɐqn uɐʞɐɯ ɥɐp ɐʎɐs ˙ʇıʞıpǝs ʞoʇɐq ɐpɐ ˙ʇɐɥıs ƃuɐɹnʞ ɐʎɐs ıu ıɹɐɥ ˙ʇǝɟoɹʞıpuıs ıʇɹǝdǝs snɹnʞ ʞnʇun ıƃƃuıʇ ƃuɐʎ uɐdɐɹɐɥ ɥnɹɐuǝɯ ɐɯɐs ƃuɐʎ ɐsɐɯ ɯɐןɐp ıdɐʇǝʇ uɐʞɐɯ ɐʞns ʇɐƃuɐs ˙ʇɐɹɐʎs uɐp ɐɯɹǝʇ ʇnʞı ˙nʇuǝʇ ʞɐʇ ɥɐןɐpɐ ıqoɥ ˙ƃuɐɹoǝs nɹɐq ʞɐuɐ ˙uıʍɥɐʞɹǝq ɥɐpns ˙ɥɐɾ ʞɐʞ nɐʇɐ ɾıʇ ʞɐʞ ɐʎɐs ןıƃƃuɐd ɐɾɐs ɥǝןoq ¿ɐɹsǝɯ uɐןıƃƃuɐd ˙ɥɐɾıʇɐɥʞ ıʇıs ɥɐןuɐʞnq ɹɐuǝqǝs ɐɯɐu ˙ɥɐɾıʇ ɐʎɐs ɐɯɐu

nak cuba? boleh pegi sini.

bila makan ubat batok, maka entry terhasil adalah sedikit emo...

memblogging bukanlah sesuatu yg compulsory...

bukan juga satu kehendak mahupun keperluan...

ia hanyalah satu medium/option yg mana kita boleh buat catatan tentang kehidupan...

maksudnya disini...takde sapa paksa kita utk blogging. konsep adalah bebas. blogger pun takde kasik syarat kena komited update setiap doblas menet sekali kalu tak ko kena terminate kan?

begitu la kekdahnyer...

blogging bukannya susah. tak perlu bakat pon. jadi je diri sendiri. rasa nak tulis...tulis. rasa tanak...dok diam2. tak payah stress2 cr follower. tak payah kipas sini kipas sana utk attract reader. org kalu dah minat, dia akan dtg sindri.

tapi...

tolooong jgn la terlalu obsess sgt dgn blogging ni. tolong la jgn kata sapa yg tak seriyes memblogging ni takde live. lain org, lain ragam ok. adakah kerana tidak meletakkan gamba2 bahagia sekeluarga riang ria diatas rolerkoster bermakna keluarga kami sedang berantakan? no! no! no! tidak sama sekali. well...takkan semua nak kena tunjuk, nak kena report kan? sesetengah org sgt pentingkan privacy, sbb tu yg dipaparkan dlm blog cuma benda yg remeh temeh saja. tak perlu tunjuk semua. tapi terpulang la. ada org suka. ada org tak suka. konsepnya bebaskann?? tiada paksaan.

contoh cam brader yb. blog dia mostly tulis pasal family je. dia makan kat mana. pegi open house rumah sapa. teman wife dia beli bunga kat nilai3. tapi tau tak korang yg company dia deal project juta2? yaa! dia tak citer kan?

kakpah plak. ko tengok blog dia balik2 citer pasal budak tadika. tak pun citer pasal makan. tak pun mengadu kepayahan menolak trolley tesco kajang yg tayar dia 4-4 senget cam ketam. (hello tesco kajang! pegi repair trolley la plis!) tapi ko tau tak asben dia sapa? tau tak anak2 dia semua berjaya? tau tak tadika & nursery dia ada berapa? tak tau kan? sbb dia tak cerita. (contoh sekadar menyebut bbrp nama. ada ramai lagi org2 berjaya dlm bloglist akak tu...)

ini adalah antara sbb akak bleh tahan lama dgn diorang nih. kemistri tu ada. kalu ko rasa bleh masuk dgn blogger selebriti cam xiaxue tu (tapi akak suka gak minah nih. tak fake walupun suka pakai brg fake cam bulu mata pelsu, kuku pelsu sumer tu...) go on la. the choice is yours. tapi jgn la pandang rendah kat blogger picisan yg suka main semunyik2 cam kami nih. kami juga ada live yg hebat. kami juga pegi jln2. kami juga pegi makan2. pendek kata, kami live live to the fullest juga. cuma kami tak buat report je kat sini saja.

dan...itu adalah pilihan kami.

so...

don't judge a book by its cover...

chiaooo!!!

p/s : akak perati tengok. org paling berjaya sebenarnya...mereka amat merendah diri. dah akak nak sambung tido. harap2 bila bangun akak akan lebih hepi. adoi!!! ubat batok jenis apa la dokter ni kasik nihh!

Nov 6, 2009

what say u?

selain kat sini (komen & cetbok), akak juger sering berdiskusi (wah!) dgn blogger lain kat ym. maklum la bukan semua benda buleh reveal kat sini kan? ada yg nak kena off topic espesheli yg melibatkan perkara2 mistewi.

contoh perkara mistewi? rumah saya di kota damansara. office saya di lebuh ampang. tiap2 hari saya memandu ke pejabat dan mengambil masa cuma 15 menet.

mmm...akak syak beliau adalah seurang pemandu ambulans!

eh! tebabas plak. nak citer benda lain tadi kan?

ok begini.

kat ym, ada sorang adik blogger ni tanya akak...

"kak, kalu ko la kan. kenal baik pun tak. jumpa pun tak penah. takat exchange komen gitu2 je kat blog. tiba2 gurau kasar jerkah2 ko kat cetbok kata nak terajang ko la. sepak ko la. kata ko bangang la. ko rasa caner tu kak?"

owh! releks la!!! dia begurau je tu dik!

ye bolehhh! bergurau itu bagus! kerana ianya menceriakan suasana.

tapi biar la bertempat yer? dan biar la jugak kena dgn situasinya!

akak kasik contoh la eh?

A tulis citer lawak kat blog dia. B kawan baik A datang komen "hahaha! mengong la ko nih". A yg dah kenal hati budi B langsung tak rasa apa2 walupun telah dimengongkan sedemikian rupa. dia tau B cuma gurau saja.

tapi tiba2 datang C yg ntah dr mana (last komen pun 2 taun lepas) telah menyampok sessi gurauan manja antara A & B tersebut dgn menulis "a'ah la. rasa nak bagi penyepak je ko nih"

caner tuh!!!

sama2 la kita pikir ek? sbb akak rasa semua blogger pun penah lalui benda nih. kadang2 ada gak rasa cam nak respon balik "lu pe hal??" tapi takpe. anggap je la itu sepak terajang memblogging kan? hati kena taf. kulit kena tebal.

tapi tu la...

kalu nak persahabatan tu bertahan lama...

cakap siang pandang2...
cakap malam dengar2...

kadang2 nak bergurau ni pun kena ada chemistry. takde kalu, tak jadi. betul tak?

p/s : org NS (saya antaranya...), johor, utara & melaka cara begurau adalah agak kasar & kuang hajar. sapa tak tahan & cepat kecit ati naseb la yer? hehehe!

Nov 5, 2009

tak abes citer lagi...


njappp!!! njappp!!!
(burppp! alhamdulillah!!!)

akak tak abes citer lagi laaa!!!
(asal tiba2 muka terasa panas seperti baru lepas dilempang nih? huhuhu!)

ingat lagi tak entry ni?

haa...

tijah tu masok hospital bukan apa. dia pegi kantin hospital je tengahari tadi. pekena lunch nasi + ayam masak lomak cili api yg sodap tu.

sungguh!!! osah sodap eh sampai berasap telingoo!!!

p/s : saje je nak beguwausenda ngan kowang! err...over ke? alaaa! mak mintak hampooonn nyahhh!






TIJAH MASOK HOSPITAL!










cem...

lupa lak nak cerita.

02.11.02 aritu adalah besday cem yg ke 7. bujang dah anak akak ni. nak adik ke cem? orait! nanti mami beli kat ekonseb.

cija belanje kek & eskrem smarties kat sikretresepi. kemain la suka. tuhh! siap doa mintak acu kawen cepat2 lagi tuhhh.
kendian bangjo, abg kandong cija (huhuhu...) sms. "arep minat mickey mouse ko ngah?". akak balas la "iyo!".

cesss! tak tau lak dia nak belikan cem bag skolah mikimos. tau akak cakap cem minat gucci.

mlm tu jugak bangjo, kit & nurin datang bawak adiah. cem sgt hepi. misti dia feeling krismes sbb paklong datang mlm2 kasi adiah mcm santaklos kan?
upacara pemberian hadiah oleh pengerusi PIBG...
penerima hadiah sedang memeriksa sekiranya terdapat defect.
kata mak bapak ex-QA kan? wakakaka!

takde makan2 ke? eh adaaa. akak buat nasi briyani sket. tengok beras basmati lebih buat nasi daging aritu terdampar lesu je kan. 1st time nih! sehingga agak neves semasa menumis bahan!

guna rempah nih...
resepi/cara nak masak nasik & ayam briyani ada kat blakang plastik tu. refer sindri la ek? akak malas nak salin balik...

tuu diah! buleh la telan. nasik tu rasa cam kureng sket sbb takde daun pudina, kismis, susu cair & gajus. pastu dia suh letak kalering nak nampak menarik tapi akak belasah je kunyit. janji tak pucat sudehh!

tapiiii...ayam briyani adalah setapp (mampos sindri masak sindri puji nehh...). pastu buat la acar timun & goreng papadom sket kan. baru mecing!

tak ajak sapa2 ke? takde. makan sindri je. kena improvise sket. dah pefek sok baru berani jamu org.

Nov 4, 2009

prevention is better than cure

adoiiii! wtf! *&%#%&^$@$#^^@!!!

tuu diah tijah mencawot! (butir carutan adalah rahsea. tidak baik utk minda)

akak pegi econsave...
(mari flashback...)

nawaitu cuma nak beli mammaroti kat luar tu je utk cem. itu la satu2nya roti yg dia makan selain butterscotch. memilih sungguh. misti ikut tekak uwan dia...sazah yg agak brand konsyes ittew.

masuk dlm jap tgk...

fuyoh! siakap 6 hengget baru masuk beb! pelagi! akak pun rembat la 2 ekor. 2 ekor jer. carlos dah pesan jgn tamak2 walaupun sabkonsyes mind akak suh borong 23 ekor sebenarnya.

sampai rumah...terus jlnkan operasi. ikan mana leh simpan lama2 kan? pecah perut kang lagi susah nak siang. tetengah buang sisik tu tiba2 pengikis tu (boleh ke pengikis? boleh la...) tersagat tgn akak.

perghhhhh! berair bijik mata wa cakap lu!

akak campak binatang kaler merah tu dlm singki. akak tenung dgn penuh rasa benci!

tapi kendian akak pikir pozitif...

bleh simpan dlm bag nih! maklum la skrg ni byk org jahat kan? takottt! silat cimande? kuda2 tak brp nak kuat. step pun byk dah tak ingat. pepper spray? cam tak sempat. stun gun? denjeres!
scaler ni pun ok. bleh tahan tajam! cer bayangkan kalu kena muka? polis spotcek? kita bleh kata "saya adalah penjual ikan di pasar malam". misti lepas kan?

ok. tak kelakar!

p/s : tajuk cam takde kena mengena dgn entry. takpe ah. malas nak pikir. uuhhh. sedapnyer samosa old town nihhh.

Nov 3, 2009

dah dekat...

i'm no good.

ye la...kita ni bukan la baik sgt pun kan? nak kata alim...jauh sekali!

cuma baru2 ni agak sentap dgn kes penahanan bekas mufti dr asri. takde tauliah? bukan ke dia bekas mufti? tak tau plak tauliah tu ada expiry date ek?

what ever reason it is, takyah la sampai antar org pegi tangkap. sound elok2 tanpa menjatuhkan aib takleh ke? tunggu sampai abes ceramah ke? tunggu sumer org balik dulu ker? dia kan org cerdik agama. tak perasan ke org2 kapir kat luar sana tepok tampar gelak ketawa tgk bekas mufti dibuat cenggitu? kalu ayohping tu lain la.

sebagai rakyat biasa yg kurang ilmu pengetahuan...secara logikanya saya sungguh tak faham. ada sapa2 boleh explain?

betul la kata bekas mufti selangor allahyarham datuk ishak baharom. "politik sepatutnya diagamakan, bukan agama dipolitikkan". alfatihah buat allahyarham.

Tanda-tanda kecil akhir zaman
  • Penaklukan Baitulmuqaddis - checked
  • Zina bermaharajalela - checked
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik - checked
  • Bermaharajalela alat muzik - checked
  • Menghias masjid dan membanggakannya - checked (ady, ko betul! masjid skrg lebih jadi tempat amek gamba je ek?)
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik - checked ("weh! si polan tu beli keta...baru ke sekenhen?")
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan - checked
  • Ramai orang soleh meninggal dunia - checked
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat - checked (ada ramai nihh...)
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang - checked
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita - checked
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar - checked
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai - checked
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa - checked
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan) - checked (ya! giant senawang & econsave adalah sepelaung saja...)
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda - checked
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi - checked
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat - checked (spisis mistewi lateefa ni mmg byk nihh!)
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi - checked (termasuk la kes nak buang bapak ke rumah org2 tua kan?)
  • Orang akan melakukan homoseksual - checked
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah - checked (pastu buang merata2. cilakak sungguh)
  • Berkurangnya sifat amanah - checked
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang) - checked
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibubapanya - checked (contoh terdekat depan mata...)
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya - checked
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid - checked
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik - checked (skrg pemimpin ada kes rasuah pun bleh menang p/raya)
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya - checked
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan - checked
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara - checked
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang) - checked (aku approve projek, ko tanggung anak aku skolah...)
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar) - checked
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam - checked (tu pasal akak tak buat baju kurung byk2. recycle jer. wakakaka...)
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan - checked (sebijik kes dr asri...)
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan - checked
  • Banyaknya berlaku gempa bumi - checked
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan - checked
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan - checked
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba - checked
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat - checked (alamak! kes akak online kat masjid aritu termasuk jugak ker ek?)
wooo!!! byk sgt dah tanda2 kecik nih. maka marilah kita sama2 muhasabah diri.